Sunday, October 24, 2010

Nenek ASN/ASB



RM10,000 banyak tu, bagi orang berpendapatan rendah macam sayalah. Sebenarnya saya belumlah lagi buka akaun ASB pun. Cuma pinjaman ASB saya jah yang sudah diluluskan. Mengikut cerita budak yang promote pinjaman ASB tu, kalu saya tak pegi pejabat pos dan buka akaun ASB sampai hujung tahun ini, makanya pinjaman tadi akan terbatal.

Saya baca update dan komen kengkawan FB eish ramai gak yang marah-marah dengan projek mega PNB yang baru ini. Orang yang marah tu memang jenis suka marah pun. Jenis eish saya rasa kalu duduk serumah dengan dia, saya boleh jadi gila baliklah gitukan. Jenis pembenci. Semua dia benci, lebih-lebih lagi kita kakitangan gomen yang dikata kunun makan gaji bute tak reti buat kerja, banyak mengulau ni. Jenis manusia yang skeptikallah kalau ada orang senang dan kaya-raya, kunun orang tu jadi kaya sebab memeras, merampas hak dialah kunun gitu-gitu.

Lantaklah heh, orang macam itu memang ramai kat Malaysia, hatta mana-mana pun dalam dunia ni, sebab memanglah kut, sistem kapitalis yang kita guna pakai hari ini memang menekan dan menindas lagi tidak adillah agaknya tu. Penuh dengan tipu daya dan 1001 satu macam muslihat. Tapi kita ni orang kerdil, apalah kuderat kita nak melawan apatah lagi nak merubah keadaan. Kita buleh ubah diri kita ajelah. Syukur juga Allah berikan saya akal yang agak bagus, boleh jalanlah juga, dengan akal dan kelulusan yang ciput ni bolehlah juga tampung keperluan diri sendiri, tanpa meminta-minta walau akal inilah juga yang pernah rosak pada seketika dulu.

Nak fikirkan hal dan kebajikan orang lain memanglah saya tak mampu, lepas diri sendiri, dapat jaga mak saya pun dah cukup syukurlah tu. Tapi bagi orang-orang benci ini, saya tak taulah ye. Kesian pun ada. Orang beli ASB lepas tu dapat dividen banyak, dengan hasil dividen yang banyak tu orang suka-gembira-ria pergi shopping sana-sini pun mereka sakit hati, mereka benci dan harapkan petaka menimpa sipemilik-pemilik ASB/ ASN ini.

ASB ka ASN ka, telah diperkenalkan masa saya kecil-kecil lagi. Masa tu depa kempen beli RM10 dapat RM100. Masa tu kami (saya & mak ) ada deposit dalam tabung haji dan akaun pejabat pos yang kini kita kenali sebagai Bank Simpanan Nasional lebih kurang sebanyak RM3,000.00. Tapi sebab ramai yang kata macam-macam pada ASB/ASN, mak melabur RM10 aje. Lepas sepuluh tahun mak dapat RM100 seperti yang dijanjikan.

Mak semacam menyesal sebab tak labur lebih sedangkan kita memang ada wang yang memang tak akan kita gunakan langsung pun dalam masa 10 tahun itu. Maka pada tahun kesepuluh ramailah orang yang dulu melabur itu jadi senang dan gembira. Ada pergi naik ajilah, renovate rumahlah, buat kenduri kawen anak grand-grandlah, macam-macamlah. Kebetulan pada tahun-tahun gembira itu, ada petaka berlaku kepada jemaah haji kita di Mekah. Maka bertempik2lah mereka yang menghalang kita melabur itu mengatakan bahawa jadi macam itu sebab pakai duit haram pergi Mekah.

Some of us still believe that ASB/ASN duit haram sebab ada melabur dalam perniagaan judi, arak dan persundalan berlesen. Sedara kita yang paling banyak melabur adalah nenek Alang kita. Nenek ini menderita sakit ntah Pakinson, nyanyuk ka gitulah. Memang nyanyuk habis. Daif sungguh. Suka pegang kertas. Dia kata kertas tu duit dia. Dia ni memang banyak duit. ASB dia ntah ada orang kata lebih RM10,000. Masa mak labur RM10, nenek labur ribu-ribu, ASN beranak-ranak tak pernah keluar satu sen pun, banyangkanlah berapa banyaklah nenek ni punya ASN masa dia menghembuskan nafas terakhirnya..Maka makin takutlah kita-kita nak melabur dalam ASB/ASN sebab takut dapat sakit macam nenek Alang kita.

Itu cerita dulu, cerita zaman 80’an, 90’an. Hari ni zaman melania, tak labur ketika masih ada kuderat ni, tua nanti ketinggalan, kadang tu good offer come once and a while. Kenapa tak labur dalam saham radix yang ramai orang kata 100% syariah compliance tu. I suppose it’s more of promotionlahkan. Memang saya tau HPA marketing ada jual saham tapi nak mendapatkan saham HPA itu tidak semudah ASB/ASN.

Saya patut marahkan diri sendiri sebab suka ambil/pilih yang mudah dari pilih yang 100% tak ada unsur syubhah, tapi tu dalam bab kita menyimpan ni, memang kita pilih yang mudah cepat dan senang.HPA tu leceh, nak ada duit cash selepuk, at least RM250, nak isi boranglah, nak Photostat IC. Orang kata kalau memang dah dalam tangang ada cash RM250, bila kita ada duit lebih dan berhajat nak melabur tu, dengan muka frontline staff HPA yang poyo lagi semak mata saya memandang bikin hajat kita yang mengebu-gebu tu terbantut….on the way balik rumah ada promosi kain kat Jackel, Moda, hah, pi beli kain baju rayalah pula….RM250 pun lebur. Lepas-lepas tu datang pula produk lain, yang alahai bukan saja sedap mata memandang, tapi azam dan kesungguhan yang menawan tu bikin kita terpesona yang produk yang kunun dah buat ramai orang penasaran dan sengsara. Pulak tu tak yah pulak RM250, dia pula bagi pinjam kat kitalah pulak tuuuuhhh….

I feel like by taking such commitment, I already help at least budak promoter tu. Dia orang kerja cari rezki. Saya suka tengok budak-budak muda yang rajin berkerja cari duit, cari pelanggan buat sales. Saya cuma nak tolong dia aje, sebab saya tau bukan senang budak kita nak dapat sales, orang kata biar budak kita lebih bersemangat dalam bidang marketing ini.

Thursday, October 21, 2010

ASB & I

Kadang-kadang saya ada juga ambil keputusan ikut gerak hati. Kalu rasa gerak hati kuat saya tidak akan teragak-agak ikut saja hati, walau saya tau betapa gila outcome yang datang nanti. Itu kemudian punya ceritalah kan. Namun saya jarang buat keputusan ikut-ikut hati. Jarang sangat-sangat, setahun sekali pun payah. Saya ini jenis manusia ikut plan, ikut jadual.

Maknanya kalu anda ada barangan baru nak dijual pada saya, chances nak laku tu memang amat tipis sekali. Namun minggu ini sedang saya mau pulang dari membeli barang keperluan harian di Tesco Cheng, macam biasa adalah orang datang nak tawar itu dan ini. Kali ini saya ditawarkan dengan pinjaman untuk beli saham ASB. Punyalah dah lama ASB ni berada dipasaran, produk pinjam duit beli ASB pun dah melambak hada, ntah dengan tak semena-mena minggu lepas ntah apa mabuknya saya pun macam lembu kena cucuk hidung terus jah setuju meminjam sebanyak RM10,000 untuk menampung kos membeli saham ASB ini.

Saya pun pelik kenapa ntah tetiba jah saya nak melabur, walhal selama ini saya tak ambik port langsung pasal labur-melabur ini. Mungkin jugalah bila kita rasa financially secured, we feel like to invest gitu-gitu kut. Perasaan nak melabur tu memang natural kut. Tak kisahlah.

Bila balik-balik rumah jah, punyalah rasa macam menyesal pun ada sebab kos pinjaman tadi agak tinggi. 6% alamak, satu keputusan yang agak salah tapi tak pe, sebab saya sudah memikirkan sesuatu untuk meminimakan kos pinjaman ini. Tapi lagi sekali saya rasa agak senak perut, dan rasa nak pitam, rasa nak masuk hospital wad sakit jiwa balik pun ada bila saya tengok berita TV. Saya rasa begitu bila saya dapat tau bangunan warisan 100 tingkat itu projek PNB.

Honestly muthahir ini saya agak skeptical dengan kepandaian Rosmah Mansur mengemudi bahtera perbendaharaaan kita. Ntah honestly saya tak percaya sapa pun kecuali Tun Mahathir dan Lee Kwan Yue aje dalam bab-bab kewangan ini. Saya memang dilanda 1001 kerisauan kalu-kalu, projek mega warisan jadi projek gajah putih, dan seterusnya memberikan impak negetif pada PNB.

Tapi apa nak buat, den dah labur dah, den hanya punya satu aje option, iaitu doa dan terus doa PNB berjaya. He he he orang kata doa itu senjata orang lemah dan miskin macam saya.

Saturday, October 16, 2010

Tunggu Mati Dulu

Membaca hujan pagi adalah seperti apa eh ntah…macam baca kisah orang gila? (memang Hujan Pagi cerita pasal wartawan yang terperangkap dalam halusinasi yang panjang) Ya ya ya macam itulah kalu anda sanguine, membaca helai-helaian tinta si malankolika. Ko kata dia gila, dia kata ko gila. Kita saja yang tak gila. Namun semakin kita dewasa kita mula menghargai kerencaman dalam kerekter manusia. Kita mula belajar untuk saling hormat menghormati.

Saya menghormati insan-insan yang jatuh gila gara-gara gagal bercinta seperti Laila & Majnun, walau separuh hati kita berkata ah… alangkah sia-sia hidup yang sebegitu. Membaca Hujan pagi juga menyedarkan saya satu benda, lelaki malankolika mudah mengingat/merindui perlakuan nakal/tak senonoh seorang perempuan ha ha ha. Salahkah/gilakah cinta yang bermukadimahkan berahi?

Hujan pagi walau seronok dibaca tidaklah ada apa-apa sangat yang mengujakan dari sisi intelektual, cuma menyedarkan saya pandangan penulis yang tidak menyebelahi tidak menghukum, sekadar bercerita. Orang kata believe in freedom of speech??? Sebegitulah sepatutnya sikap seorang penulis yang bertaraf sasterawan, bercerita tanpa menetapkan apa-apa hukuman. Namun mutahir ini saya melihat seseorang akan dihantam dengan sangat melampau oleh mereka-mereka yang mengaku pejuang sastera jika mereka mempunyai pendapat yang berbeza. Contoh kata mereka cinta mesti dimulai dengan perkara-perkara suci seperti membela watan. Selain itu bukanlah sastera bahkan picis lagi lucah yang membawa kemudharatan kepada watan jika tidak disekat dengan undang-undang yang ketat, hukum kerat jari, kerat lidah, mati kena panah petir, kena hempap hujan batu, mayat berkecai terhempas kapal terbang, mungkinnya yeah???

Sasterawan ka macam itu kalau tak berapa pandai, tak berapa mau percaya akan “freedom of speech”. Ya ya ya saya tau dalam Islam tidak ada absolute freedom, sasterawan Islam tidak wajar mengadvokasikan akan hal ini. Mungkin wajar dihukum bunuh sesiapa yang melanggar tahap kebebasan ini, kalau kita ambil kes Ayatollah Iran vs Salman Rushdie dalam penulisan The Satanic Versus.

Sejujurnya saya hanya pembaca sastera yang percaya kepada freedom of speech dan saya sejujurnya agak risau juga jika ntahlah….jika satu hari nanti Malaysia mengeluarkan fatwa bunuh kepada mana-mana penulis yang melanggar peraturan. Itu saja. Saya tak mau Malaysia jadi macam Iran. Saya Anti-Syiah? Taklah juga, cuma saya rasa ntahlah…. Mungkin ini soal kesumat peribadi yang tidak ada kena-mengena langsung dengan syiah atau sunni.

Mungkin juga sebagai penjawat awam yang terdedah dengan hadis-hadis palsu yang dicipta oleh orang Syiah menyebabkan saya tidak suka Syiah. Atau memang sejak dari awal lagi sebagaimana kita dipesan oleh orang tua kita agar berhati-hati dengan kristianisasi, begitulah juga kita sentiasa diingatkan agar waspada dengan Syiah menyebabkan saya berdoa dalam hati “ya Allah janganlah Negara ini jadi macam Iran, kalau nak jadi macam Iran pun nantilah lepas aku mati.”

Friday, October 15, 2010

Amputation

Adoring God
Loving my friends
Not hating my enemies
Detesting superstition

Sepupu saya ini memang orang kata ntah apa eh, macam saya jugalah masa dulu-dulu masa belum kena sembur semasa kursus induksi. Orang kata apa antik, konservertif, tak suka berubah, old style, memang tak suka internet-internet dan moden-moden nih.

Satu hari saya terkejut juga bila dapat add dari hubby dia. So-so, and lebih terperanjat bila minah pun berFB sama. Saya PM dan tanya apa mimpi? Dia tak jawab, tapi bikin crita lainlah pula. Satu perkara yang saya lebih terkejut bila dia guna nama suami bukan nama bapa seperti kebanyakkan kita. Ironi? Mengada-ngada, dah nak jadi omputeh? Yup kalu ko pulang dari Britain memang biasa kalu ko dah kawen ko guna nama suami instead of nama bapa ko, especially kalu suami ko memang ada family name, tapi kalu ko pulang dari Al Azhar tak ka itu boleh jadi isu?

Is she facing the same problem like me? I dare not asked. Kebelakangan ini saya merasa yang saya kejangkitan sejenis penyakit yang saya namakan sebagai penyakit “Voltaire” petanda jelas yang saya sedang mengidap penyakit ini ialah saya menyerahkah bahagian harta pusaka Tok Siti yang saya warisi melalui ayah saya kepada Pak Long saya.

Sewaktu saya membuat mengakuan penyerah dihadapan pesuruh jaya sumpah, mamat tu banyak cekadak pula tanya itu dan ini. Dia kata adalah satu yang sangat pelik bagi orang menyerahkan bahagian harta pusakanya pada orang lain. Saya cuma cakap yang saya tidak akan pulang lagi ke kampung dan sangat susah untuk saya menguruskan harta peninggalan tersebut. Dia tanya lagi, “awak tak de nak kasi anak awak ka?” jawab saya mudah, saya tidak ada anak.

Setahun yang lalu sepupu saya yang menggunakan nama suami di FB, ada memujuk agar saya ubah fikiran tentang rancangan menyerahkan bahagian saya pada ayahnya, iyalahkan mana tau kemungkinan saya berumah tangga dan beranak, saya jawab mudah “kalau aku kawen, pandai-pandai bapak dialah” Kalau esok lusa dia tanya lagi saya ceritakan akan penyakit “Voltaire”.

Tuesday, October 5, 2010

Hantu Nenek Bongkok

Semalam saya ke Bandar Maharani untuk settlekan apa-apa yang patut tentang pembicaraan semula untuk pembahagian ini rete pusaka Tuk Fakeh, langsung ziarah family sebelah ayah saya. Sebenarnya bukan pusaka Tuk Fakeh, tapi bini dia punya rete. Bini Tuk ni anak orang kaya. Tak cantik, hitam legam, tapi tuk hensem. Katanyalah. Tapi bukan hensem yang jadi ukuran, kerajinan dan kebaikkan Tuk yang jadi, adalah kut mak-mak kepada anak dara cantik yang tak puas hati dengan pasangan tadi, komplen “dahlah tak cantik, pemalaslah pula” Saya rasa memang adat resam dunia, kita suka benar mempertikaikan jodoh pasangan yang kita tengok pada mata kita macam pinang dibelah kapak.

Kita selalu percaya bahawa jodoh yang baik ialah rupa paras mereka macam adik beradik, sama cantik sama sepadan, sama hodoh sama sepadan. Sama muda sama belia, Macam Erra dengan Yusri. I plak kata this is absurdlah, how can you @#$$ your own brother or sister? Yucks!!! Ntah ada orang hanya boleh terangsang dengan incess tak taulah plak ha ha ha…cita rasa kita berbeza.

Ok berbalik pasal peminat Tuk Fakeh yang tak puas hati Tuk yang hensem, rajin lagi baik itu berjodohkan perempuan hodoh bernama Tuk Siti. Benci betullah nenek ini dengan Tuk Siti ni tadi. Bodohnya si krepot bongkok tak sedar diri ni, dia mengutuk-ngutuk Tuk Siti di hadapan cicit Tuk Siti sendiri. Memang saya poker face, saya cakap layaaaannnn, senyum jah dengan cerita si krepot ni, tapi dalam hati, sakit bagai nak gila, Allah saja yang tahu. Ada ka dia kata nenek kita pemalas, nenek kita busuk, nenek kita ada hantu saka, nenek kita tak tau pakai baju, berkemban jah kerjanya, hobi nenek kita memancing dengan berkemban, memanglah kita rasa nak kerat-kerat nenek ni buang kat laut kasi makan sama ikan jaws, tapi orang kata sabar itu separuh dari iman. Lagi pun dia nenek, dia nak bercerita, kurang ajarlah kalau kita pusing bontot tak moh dengar. Jadi saya dengarlah aje.

Memanglah saya sakit hati, dan saya checklah semula, bab malas-malas tu saya tak kisah sangatlah, yang bab ada hantu saka ni memang saya buat cross checkinglah. Memang saya pernah pergi jumpa bomohlah, memang bomoh sendiri kata tak dek, nenek ni plak beriya-iya, suka benar dia bercerita pasal ular hijau melengko atas kepala Tuk Siti. Akhirnya, hari ini orang mula bercakap bapak nenek inilah yang ada hantu sakanya. Tuk Siti dan Tuk Ali (bapak nenek ni tadi) adik bradik. Hantu saka tak turun tak Tuk Siti walau mengikut empunya cerita Tuk Siti busuk dan tak reti pakai baju, hantu tadi turun pada adik Tuk Siti.

Sekarang ni yang klakarnya semua orang kampung sok-sek-sok-sek nenek tadi jadi bongkok tiga sebab memikul hantu saka Tuk Ali….ntah saya pun tak tau betul atau tidak nenek ni bongkok sebab memikul hantu belaan keluarga dia, ops keluarga kami, (Tuk Siti dan Tuk Ali adik bradikkan…) Saya rasa memang tak de hantu pun, atas bongkok nenek ni pun, tapi orang saja suka tambah ajinamoto dalam masakan. Manalah ada hantu nak bertenggek kat nenek ni, nak masuk rumah nenek pun hantu takut, sebab rumah dia nauzubillah bersih. Lantai tu entah berapa kali mop. Mop pula dengan dettol tau!…tak mainlah fabuloso-fabuloso ni, fabuloso ini untuk orang pemalas mop lantai, adaka mop saja tak payah bilas, eish tak sah, kotor, najis nak buat tempat lantai sembahyang. Lepas mop dengan Dettol, bilas dengan air campur air panas, kasi 2x bunuh itu kuman-kuman. Bersih macam itu, bukan kuman aje mati, hantu pun mati melecr kena air panas. Nenek ni pun tak lekang baca Quran. Memang rumah dia tak de hantu, tapi ntahlah orang kampung dah habis modal nak cerita hantu, jadi ceritalah hantu nenek bongkok. Cerita hantu ular dah habis, keluar pula cerita hantu nenek bongkok, wow vast lagi vogue lagi ha ha ha ha…

Orang kampung taklah macam penulis fiction yang suka tulis cerita hantu, mereka bercakap tentu ada benda yang mereka nampak. Menurut ceritanyalah, mereka dah banyak kali terserempak dengan ular besar di tanah kebun nenek bongkok. Itu pasal mereka bercerita. Pasal saka-saka ini memang menjadi topic yang seronok kita ceritakan, itulah kita ni asal kita dulu, bukan Islam, orang pagan, nak buat macam mana. Ko cakaplah syrik ka, hapa ka, tapi kisah-kisah mitos dan ajaib ini ko tak kan dapat buang dan padam dari ingatan orang-orang sini, macamlah orang Amerika dan orang Britain yang dah maju dan kaya raya yang masih tak dapat buang cerita-cerita tahyul toyol, ahli sihir, dan 1001 macam cerita folklore mereka.

Jadi mulut tu jaga-jaga sikit, kalu tak kene cili, tak bertumbuk, tarik rambut karang…tak tahulah kan. Orang kata kita tok sah ngata orang ada ilmu hitam, ada hantu sakalah …pendek cerita lagi tok sah mengumpat orang sudah. Titik. Rentikan perbuatan mengumpat dan bergosip. Kalu dalam diri tu dah memang tabiat suka mengumpat dan menyocok tu, pi amik jarum, cucuk manik, jahit sulam lagi ada faedahnya.

Sunday, October 3, 2010

Jalan-jalan Raya 2010

Semalam, saya ke Seremban menumpang kereta Enche saya. Nak jimat? Itu satu hal, satu hal lagi best juga orang lain yang drive, jimat petrol, jimat tol. Next week, we are going to go to Singapore. I guess I kena bawa keta I plak. Kita jalan dekat kita naik keta besar, kita jalan jauh kita naik kete kecik. Itu pun kalau sepupu di Singapura sana ada masa nak jemput kita di Tambak Johor. Kalu tak kami memang dah cadang nak naik bas aje. Lagi jimat. He he he.

Bestnya jalan-jalan naik kete ramai-ramai ini. Tahun ini walau saya kata tahun paling tak best raya, tapi sebenarnya tahun inilah yang paling best sekali, sebab saya dapat beraya sampai ke Singapura sana. Tapi yang paling best sekali dapat berkenalan dengan lebih dekat lagi dengan Bibik dan Mak Long Midah. Mak Long might say Bibik suka membazir, but it’s really fun skali sekali berborak dengan kaki pemboros. Bibik lelaki pula pandai main band. Macam-macam gitar Bibik boleh main.

Mak Long pulak dia jenis kiasu he he he. Anak-anak semua nak antar blajar kat England. Dunnu why. She can afford it. Lagi pun ramai family Mak Long belah suami yang sudah pun menetap di Britain. Saya no commentlah walau memang saya sangat rasa cuak juga bila dengar Mak Long membebelkan tabiat berbelanja Bibik. Tapi orang kata apa ada susah, incase satu hari, anything bad happened to Bibik, Mak Long kan ada ha ha ha. But offcoursele I sincerely hope Bibik suksess selalu.

Ok enuf about my Bibik and Mak Long, back to my Pak Enche dan Mak Enche. My Pak Enche kata saya patut tukar kerja. Saya patut masuk politik. Saya ceritakan limitasi yang saya ada, tapi Pak kata no hal, sebab Pak percaya saya boleh tangkis gitu-gitu aje. Lalu saya berterus terang sama Pak yang saya tak boleh, sebab nanti saya akan mengecewakan family belah ayah saya dan juga teman-teman yang rapat dengan saya.

Pak suruh saya tukar jadi lawyer plak. Saya cakap dalam hati “kenapa , jadi Akauntan tak bagus ka?” Mungkin pada Pak, jadi Akauntan ni kerja macam lembu, tapi orang tak pandang atau “robotic”- focus, without passion. Ha ha ha Ntahlah suka hati sayalah nak jadi apakan. Muthahir ini ramai orang suruh saya tukar kerjaya, as if saya tak sesuai dengan bidang perakaunan aje, tapi ntah saya suka accounting. Pada orang mungkin accounting ni membosankan tapi ntah saya sukalah pulak.

Memang saya saya sedih dan kecik ati sangat-sangat kalau orang suruh saya tukar kerja especially tukar Lawyer dan Politik. Orang tak lulus maths pun boleh jadi lawyer, boleh jadi ahli politik, kenapa pula saya yang pandai Maths ini nak sibuk2 bersaing dengan orang tak pandai kira-kira. Memang saya tak suka, saya benci, saya tak boleh ngam dengan orang tak pandai kira-kira saya boleh jadi gila kalau dekat-dekat dengan mereka. Tapi saya pujuk hati dengan cakap, I guess, it has something to do with, no body like an accountant he he he. Akauntan yang ikut rule tak popular bahkan at certain level membahayakan nyawalah pula. Off courseleh mereka bimbangkan keselamatan saya, sebab baru jadi kerani akaun pun dah ada orang benci sampai ugut2 medical board, ugut-ugut benda tak baik, jadi akauntan besok ntah apa tah lagi ujian yang datang. Saya percaya Tuhan sentiasa melindungi saya. Mereka boleh ugut apa pun mereka nak.

Ntahla. But then, bila family kita ada yang sudah berjaya dalam bidang perakaunan kita dah tak rasa takut dah. Anak Mak Long, Ben sekarang dengan EY, tapi diletakkan di Shell sebagai persediaan peperiksaan pengkhususan IT. Mak Long kata Ben, will be among the first few yang akan ada sijil khas ini di Malaysia. Off Courseleh Ben is not Malay, as uncle Lee is Chinese.

Hamidah, adik dua pupu belah ayah pula dijangka akan pulang setelah suaminya tamat belajar. Midah adalah antara graduan sulung perakaunan dari MMU ini. Currently she working in an audit firm tempat suami dia belajar. Midah is Malay because Pak Ngah Hassan is Malay. Mak Ngah Ramlah, mak Midah adalah Adiguru Prinsip Perakaunan itu yang cina, itu pasal walau both Midah dan Ben campuran Cina-Melayu, bangsa mereka tak sama. Sebenarnya tak ada apa yang family saya perlu risaukan pasal kerjaya pilihan saya. Tapi kadang tu bila family kita ini over caring ni, eish, geram pun kita rasa ada. Kerja, apa kerja pun ada risiko. Kerja ahli politik, lawyer lagi bahaya lagi ramai orang kenal, lagi bahaya.

Friday, October 1, 2010

Pepatih Bertatih

(kini baru ku tahu)




What do you really expect if you come a cross fictional work carried out such title? PERPATIH BERTATIH. First thing that came to you mind is adat Perpatih right? When did we learned about this adat? Off course in history lesson. Since I live in Alor Gajah, even though it is in the state of Melaka, in regard of inherit property division, some of us exercising the Perpatih customary law. (Read, Inherit property) not acquired one… Faraid law did allow you to create will. All you have to do is work hard getting enough property to achieve certain percentage so that 100% the said property can be passed to the next generation by way of will. Wasiat.

That is to say if you come across this title you’ll be expecting something about law or at least about land division and is 1001 conflicts. Or since it said bertatih, more precisely you are expecting, it will touched on the difficulties exercising/ mendukung Adat Perpatih yang memang kurang popular di Semanjung. What it feels for a young women to be unpopular, or label as feminist (to a certain extent because) because of her interest/passion wanting to know/ to explore the whole system.

Saya tak nak cerita pasal perasaan terguris, terluka, remuk redam seorang wanita muda yang sedang mencari jati diri, sebab saya memang adat-adat ni ntah 50-50 jah, nak terima/tak nak terima. Kita dah masuk Islam apa nak megah-megah sangatkan adat-adat ni, kita ikut adat orang arab ajelah, kita masuk arab 100%. Saya cuma nak cerita pasal kisah kebengongan saya menjawab soalan paper Business Law hari ini. Susah, taklah susah, alah law untuk orang ciput-ciput macam accountant ni sikit-sikit, idaklah in sedetail mana pun. Nak score entahlah. Kalau lecturer kesian bulelah kut…sapa tak mau A, sapa tak mau 4flat. Cuba cakap dengan saya, ada tak orang masuk university aim saja-saja nak dapat gred sipi-sipi, sebab main focus nak cari bed opps business partner?

Berbalik pasal saya menjawab soalan ni tadi, actually ada jugalah soalan yang saya main baling buah dadu jah, ikut-ikut rasa, naluri, selawat doa-doa berkat baginda Ali, pastu “tembak”. Ada satu soalan yang memang saya really orang kata put a deep thought into it. Sangat bermegnet hingga, tergeletek perasaan anda nak tau lebih lagi, nak tau benar apa jawapan dia. You just can't get it out of your mind. Soalan pasal Adat Temenggong. Soalan tu tanya Adat Temenggong ni ikut sistem apa, dan apa sifatnya.

Memanglah saya tau Adat Temenggong memang ikut lelaki, atau dalam bahasa lawyernya Patrilineality system, tapi adakah ia autokratik atau demokrasi? Tapi sebab dia guna bahasa lawyerkan jadi saya terkedu gak dengan perkataan Patrilinelity tu. Saya tau perkataan itu wujud, tapi saya tak tau mana satu perempuan, mana satu lelaki. Tembak jelah Matri – Mama, Patri- Papa. Buleh-buleh tanya sama lecturer minta bahasa Melayunya apa. Lecturer pun biasa mereka akan bagi tau, sebab mereka tak uji kepandaian kita berbahasa Inggeris, mereka uji kefahaman kita, alah kalu bule tembak-tembak ajelah dulu, kan.

Malulah nak tanyakan, orang dah pepandai jah macam-macam perasan bagus mengondem-ngondem ex MASB punya artikel yang dah keluar dalam the business starlah pulak, masa tutorial itu hari kan. Macamlah dia pulak lagi pandai dari pakar yang sememangnya dah pakar tu. eh malulah, kalu lecturer tau Patri dengan Matri pun tak tau apa makna. Malu bertanya sesat jalan. Tapi bagus gak tak tanya sebab jawaban saya memang salah pun.

Mana nak betulnya saya padankan dengan Patri-papa dengan demokrasi. Ko nak tau kenapa saya padankan macam itu sebab saya fikir Papa bule kawen 4, Mama tak buleh. Mama autokratik, papa demokrasi. Kembang dada, konfiden gila jawaban tu betul, dan terhabis cunlah tu, akulah yang paling pandai dalam dewan periksa ni. Gila punya kepala hotak. Hujah saya yang seterusnya, yang agak cerdik sikit nak myedapkan hati(hujah ni dapat lepas exam, dalam perjalanan pulang ke rumah, sebab naluri mengigit-gigit kata "berk, jawaban ko tak betul"). Counter naluri pun cakaplah "Adat Temenggong berasaskan Islam mestilah ia bercorak demokrasi", ceh, masih tak moh kalah dengan tuntun naluri tuh. Jadi, untuk berlaku adil kepada naluri yang tegar mendesak tanpa henti, balik rumah makcik pun bukak lah nota, makcik google lagi, sebab mak cik tak puas hati. Jawapannya tetap Adat Temenggong is autocratic in nature. Kira makcik dah silaplah tu.


Apa pulak cerita pasal Adat Temenggong tapi tulis Perpatih Bertatih. Bila kita bercakap pasal customary law ini kita mestilah tak boleh tinggal kawan dia yang lagi satu tuh, iaitu Adat Perpatih. Adat Perpatih berlawanan dengan Adat Temenggong kerana dia menggunakan Matrilineal system. Bermakna perwarisan harta pusaka adalah mengikut nasab ibu.

Dalam saya mengoogle-google dan membelek2 nota itu saya sangat terperanjat bila saya dapati bahawa kedua-dua adat ini berasal dari Minangkabau. Lebih memeranjatkan saya ialah pengamal atau champion kepada kedua-duanya itu adik beradik. Adat Temenggong di asaskan oleh Datuk Ketemenggongan manakala Datuk Perpatih Nan Sebatang yang merupakan saudara tirinya mencatat pula kegemilangan dalam mengusahakan adat Perpatih.

Tidak ada apa-apa yang perlu kita kisahkan sangat pasal adik beradik ni, cuma saya pelik macam mana selama ini saya sangat percaya yang dua adat ini berasal dari tempat yang lain, asing sama sekali. Yang kelakarnya tu macam mana saya boleh sangat percaya ianya berasal dari Perak. Sapa bagitau fakta yang sesat ini kepada saya eh?

Cerpen Perpatih Bertatih tu ka bagi idea yang macam itu? Eish tidak, cerpen tu tak sebut apa-apa pasal adat pun cuma cerita-cerita cintan-cintun Ana-anti, antuma,antum yang mengada-ngada saja sifatnya. Saya kata mengada-ngada, bidaah. Tak taulah bidaah hasah ka, bidaah tak hasanah, sebab yang saya baca dalam Quran tak de cinta-cinta, rindu-rindu pendam-pendam sebelum nikah ni. Suruh tundukkan pandangan bila hati dah berkocak adalah. Ntah ada kut source of reference lain yang bilang buleh kita intai-intai antara nampak, esok jangan rindu-rinduan dek kerana peredaran zaman, complexity of our society yang menuntut kita mengangguhkan dulu hasrat yang membuak-buak itu sehingga mencapai had-had tertentu.

Saya melihat Islam sebagai aturan hidup yang bertunjangkan demokrasi yang prograsif lagi dinamik maka ia terbuka terhadap other source of reference selagi ia tidak bercanggah dengan Quran dan hadis and in the case of lacuna in two main sources. Like I said, saya seorang yang jahil undang-undang. Undang-undang ni kadang-kadang sekali pandang, macam ada yang tak masuk akal, sebab ia meliputi wilayah jangkauan yang melepasi sempadan akal logic kita yang tahap makcik-makcik jual karipap tapi ada ati nak jadi Akauntan nih. Just follow ajelah apa yang lawyer, ustaz syariah, peguam syarie bagi tau, don’t ever banyak tanya-tanya, sangatlah.

Lepas tu cerpen tu adalah sikit-sikit cerita pasal masak lemak cili padi. Ntahlah itu saja yang saya ingat. Atau mungkin ada sentuh pasal law, tapi bila dicampur aduk dengan cinta budak university, cinta ajelah yang kekal dalam ingatan. Pepatih yang bertatih nak kenal alam dewasalah tu, nak jadi mak, nak jadi bapak. Apa sebenarnya yang terpacul di minda anda bila sistem deria anda menerima perkataan bertatih? Bertatih nak main-main cinta, asmaradana? Bergantung pada umurlah kut...saya bukannya budak baru lepas SPM pun. Masa asmara-asmaradana ni dah lama berlalu.