Thursday, July 29, 2021

Tuleh Bog Merapu, Boleh, leerrr

Kau ada pernah rasa kau lost the sense of purpose in life tak? Kau tak tau apa nak jadi, begitu-begini,kan? Well I tell you what, saya tak pernahlah rasa macam itu. I single, I tak de anak, I tak de itu, I tak de ini, tapi I ada sakit. That sickness give me purpose in life. I nak sembuh dan hidup sihat dan happy. 

Apa sakit saya? Masa kecik remaja, ada penyakit kuat makan and thus, badan saya jadi sangat comel. Sebab kecomelan ini saya sukar dapat boyfriend. Sebab tak de boyfriend tu kut saya dapat sakit mental. Orang Melayu percaya kalau tak kawen memang boleh jadi gila. Some how saya rasa ada betulnya dari segi sains, hasil dari pengamatan saya terhadap kekucing yang pernah menempek kat rumah mak. Masa umur kita memuda, hormon mengawan tengah tinggi, kita tak dapat lempiaskan keinginan mengawan tu, buat kita suka marah-marah, bergaduh, gila, ka hapa, kan? Macam kucing mak, namanya baby, Baby ini gemuk. Dua pusingan musim mengawan bukanlah kata tak de kucing betina nakkan dia. Bahkan kucing betina tu siap datang rumah lagi, tapi Baby gagal mengawan. Last-last Baby dapat sakit tak boleh kencing, tak sempat bawa vet, Baby pun mati. Memang kita orang nak kembirikan je Baby ni sebab susah benau dia nak mengawan, tapi masa tu PKP, kan---so dia hanyala seekor kucing, kita ni tak le rasa urgent sangat nak kembirikan dia. Ala, besok dah dah habis PKP, kita bawak le---tak sempat habis, dia dapat sakit tak ble kencing, masa tu hari raya, klinik haiwan semua tutup, elok je bukak, sampai kat kat klinik dia pun mati depan vet. 

So berbalik pasal cerita saya yang gemuk dan gila ni, bagi saya the purpose in life. Memula tu saya tak rasalah nak ubat masalah suka makan, ni. Sebab saya fikir begini, ala cantik-cantik pun bukan ada orang nak kawen dengan aku pun, kan. Baik aku layan je tekak ni selagi tekak suka. Dari umur 20 ke awal 40 saya fokus nak baikkan mental. Dah masuk 40, bila gemuk sangat, iya gemuk, Obes type III kau. Badan macam tak larat nak gerak banyak, dapat pulak tawaran kije Penolong Juruaudit yang memerlukan kau jalan banyak-banyak, nak tak nak saya terpaksa juga rawat kegemukan yang saya alami.

Ok seems like gemuk dan susut, la ni dari obes dah jadi overweight je. InsyaAllah lagi 10 kg, dah normal. Mental pun dah ok. Bukan ok 100 persent, ada juga ketika saya dapat anxiety, panik dan macam-macam, tapi saya dah boleh kawal dan tau apa nak buat. Kira oklah tu, kan? Dapat lagi satu penyakit. Saya tak tau apa sakitnya ni. Saya google-google dia kata tinnitus. Bunyi macam angin dalam telinga. Mula-mula saya tak berapa peduli, sebab ia berlaku kadang-kadang sahaja. Jadi saya macam tak ingat benda itu ada. Bila lupa, tak de le terfikir nak jumpa doktor. PKP 3.0 ni jadi sangat kerap dah macam tak tau nak kata apa,lah kan. So saya pun pergi klinik, bulan 9 nanti baru dapat jumpa pakar.

Nanti kita cerita lagi pasal ni ya---So kau nak tengok aku tuleh novel? Ha ha kirim salamlah ya.

Macam mana boleh timbul cerita tulis novel ni pulak? Tula masa boring-boring tu kan, merayap ke mana-mana tah dalam alam maya ni, terjumpalah ada minah kije Dewan Bahasa ni. Dia ni le sibuk suruh saya tuleh novel. Saya kalau nak buat benda selain dari yang saya dah buat, kena kerja tu mendatangkan hasil yang lebih lumayan dari yang saya kerjakan. 

Masa tu saya kije kerani, gaji adalah dalam sebulan tu dah tolak hutang keliling pinggang, adalah kut dalam RM1,000 gitu. Kau nak aku tuleh novel? Boleh laku ka? Masa tu, masa ni, novel yang laku kat Malaysia ni novel pop cinta, je. Aku mana le ada pengalaman bercinta, Nak tuleh lagu mana? So saya kije kerani je. Ada duit sesikit, sambung blajar, dapat le kije sekarang ni. Oklah tukan? Ramai orang menuleh jadi kaya raya dah pun la ni, jadi influencer bagai. Saya macam ni aje. Tak de peningkatan langsung, pun dalam dunia penulisan ni. 

Tapi tu, my purpose in life is to be healthy and happy. You don't have to be rich, to have tons of followers to be happy. Benda-benda tu semua bonus je. Kadang tu benda-benda tu plak yang jadikan kau tak happy. pun ada. 

Penuleh POP laaa pulak---

Berangan memang le sedap, free pulak tu---Bayangkan saya ni penuleh novel pop box office yang ada fan dia sendiri yang sanggup tu, kuar duit berapa aje demi novel yang eksklusif untuk mereka aje, sure kaya, kan?

Tapi tula saya ni tak reti nak buat begitu, berangan reti, lah---hari tu berangan nak tuleh pasal KETURAH pun tak kemana pergi plot cerita ni, hancur jadi debu. Sel-sel otak saya langsung tak ble berhubung. Hah hari ni sibuk orang bergaduh kat Palestine nak tulis pasal ekonomi bawah tanah,lah, konspirasi politik- espionage ala-ala ntah apa-apa,kan? Berapa banyak novellah saya nak tuleh? Fuhh sure kaya,kan?

Hah--- apakata saya tuleh pasal ada satu mamat ni dia so so aje bakat dia dalam ilmu ekonomi. Dia ada cousin yang genius ekonomi. Dia cemburu dengan cousin dia. Kedua-dua masuk politik. Si Cousin ni genius juga, genius berpakat sana-sini, bertalam-bermuka-muka dan bercita-cita nak jadi PM jugak, sampai dia sanggup buat naya kat cousin dia. Dia berpakat sana- dia berpakat sini. Dia terjebak berpakat dengan politikus dua alam yang ada agenda mengibar bendera pelangi di Negaranya sendiri, dan musuh politik cousin dia sendiri. Dia tergamak menikam cousinnya dari belakang. Cousin dia pun tersungkur dari kerusi PM dan disumbat dalam penjara.

Lepas tu dia berebut nak jadi PM dengan mamat Pelangi ni. Ni tak boleh jadi. Aku mesti jatuhkan dia. Dia pun berpakat dengan anak Raja Lanun yang sangat kaya-raya. Raja Lanun ni ada bela saka KATURAH dan ada connection dengan ekonomi bawah tanah. Dah Lanun, kan? Adakah dia berjaya jadi PM. Adakah Mamat Pelangi akan berdiam diri sahaja? Amacam boleh box office tak cerita saya ni. Berangan memang le pandai. Besok aku bangun pagi, ntah apa plot cerita pula yang aku nak karang. 

Saya kalau menulis ni tak boleh sensorang. Jika sendirian tak fokus. Nak tuleh cerita macam ni kena banyak jumpa orang, tanya sana-sini. Cerita Lanun bela Saka senang sikit nak karang, memang ada, lah 2, 3 orang kawan macam itu. Ekonomi bawah tanah tu, bolehlah sikit-sikit,kan? Masa buat master dulu ada belajar pasal ni.  Nak cerita mamat gay yang ada black hidden agenda ni, memang aku tak reti, sebab tak de kawan Gay. 

Lagi pun, kerja saya kan tuleh laporan audit? So, aktiviti penulisan saya memang bukan duduk sorang-sorang menulis. Saya menulis secara berkumpulan. Waima tuleh tesis master pun, kalau tak de SV sure tak jadi.---so begitulah kesudahan angan-angan saya.

For the time being saya mau fokus kerjaya mengaudit. Tak banyak sumbangan pun. Tapi itulah punca rezeki, tak payah fikir besar-besar sangat. Yang penting syukur selalu dan happy. Masa lapang, boring nak buat apa ek?

Mungkin saya [1] berangan feefeling penuleh bermukjizat yang meramal itu, ini he he-- [2] tuleh pasal my weight loss journey.---baru sekejap tadi PA bos tanya macam mana dia nak kurus.---kita tuleh pasal PA ni nak?---TAJUK dia Saya Nak Kurus, TAPIIIIII--he he.

Yang hat pasal feefeling mukjizat pula, pagi tadi bos saya kata bla bla bla---saya cakap gini "ala, puan bukan tak tau akhir zaman ni derang akan menang sebelum kita menang balik. Nak tunggu menang balik tu, kita ni, macam mana kita nak beradaptasi dengan derang tu?"

How to deal with kekalahan demi kekalahan---hah tu dia dah macam pakar motivasilah pulak, kan? Besok kita fefeeling Dr Fadhilah Kamsah, pulak ya?

Tuesday, July 27, 2021

Fefeeling Penuleh Bermukjizat

Hari ni saya nak berangan Penuleh Bermukjizatlah pulak---ape kes, ala kes gaduh-gaduh kat Palestine tu hari leeerrr---

Tak habis lagi deme begaduh. Nasib baik le achik tak numpang semangkok,kan. Achik perati jak bebudak muda ni berkuntau sesama deme, sambil joget zumba. Hari ni Achik nak share sikit ada satu tulesan yang dah level-level fefeeling tu leeee---- Masa acik fefeeling detektif hari tu acik kata Lucky Tour vs Miles of Smile, all pasal business.

Tapi tulisan yang kawan share kat feed, lagi next levels you allsss---acik punya berangan pun naik lagi next level, dari Detektif, jadi Penuleh Bermukjizat lah plak---

ok kita tulis ringkasan yang budak ni tuleh ya, nak baca apa dia tuleh, boleh klik sini---

Dia kata

H20+TMJ(kluster Non-Mahkamah) vs Azeen TH (Kluster Mahkamah)

UEL dengan influencer-influencer yang bengang dengan dia ini sebeno ea promoter jak. Di belakang merekalah yang pemain utama sebenarnya.

Tak kisahlah,kan apa dia nak cakap.

Penulis Bermukjizat hanya berminat nak buat ramalan jak. Penuleh meramal, pemenangnya ialah Kluster Non-Mahkamah. H20 Semberong akan jadi PM kita yang seterusnya. Erk bukan bapak Pak Mentua Jovian, ka? tak kisahlah,kan? Aku rasa Pak Mentua Jovian pun not bad---kasile orang tua tu merasa sekejap jadi PM, kan? Lepas tu kau tibai leerrr---

So deme-deme yang taksub nak Najib jadi PM semula tu harap jangan nak mimpi sangat ek---Personally Penuleh rasa Najib is far more ok then H20, tapi Penuleh dah baca kitab-kitab kuno, Dalam tilikan Penuleh, belum masanya Mehdi nak tubuh cawangan Asia Tenggara. Lahir pun belum cicit Nabi yang korang tunggu-tunggu tu.

So, berdasarkan tilikan Penuleh, pemimpin yang paling SAJAK untuk korang semua ialah another Dajjal kecil, none-other then H20 yang diback-up Raja keturunan Lanun dari Selatan tanah air. So, (so, lagi---brapa banyak so, lah) Penuleh nasihat kamu orang semua, belajar bertenang dan cuba beradaptasi dengan pemimpin-pemimpin begini.

But HOW? Penuleh sarankan kamuorang semua mind your own business dan amalkan gaya hidup sihat. Jaga makan, bersenam dan be HAPPY. Kalau kome ada bakat menuleh, dari nuleh laga-lagakan orang, baik korang fiksyen kan aje tulesan korang, jadi Novel, ala-ala Dan Brown, gitu. Manalah tau boleh laku keras novel korang tu,kan? Jutawan tu. Nanti boleh tabur duit korang macam UEL, Raja Lanun Selatan tu tabur-tabur duit mereka.

Ok enuf berangan untuk hari ini. 

Monday, July 26, 2021

Be HAPPY

Minggu ni, dalam feed yang saya dapat dari FB, sama ada gaduh-gaduh pasal UEL, vs Caprice et.al, baju Olimpik yang tak cantik, doa-doa, gambo masak-masak, buat kueh, buat kek, diet, joget-joget, senam dan sudah tentula #kerajaan gagal.

Benda yang kita dapat ni pun, kita yang cari dan ada tu kita tak cari dia cari kita sebab kawan-kawan kita, kawan-kawan lama kita juga tu. Jadi mulanya saya rasa sikit pelik kalau orang komplen-komplen napa orang asyik ulas, share benda gaduh-gaduh. Dia nak tengok semua orang dalam FB share benda-benda positif je. Dah kalau ko lemas main FB, berentile main, kan? Then saya lupa kita manusia ni semua tak sama. Bila tak sama ekspektasi kita terhadap FB, pun tak sama. 

Bohonglah kalau saya kata, saya tak rimas tengok orang gaduh-sana-gaduh sini,kan. Yang paling saya rimas pasal UEL vs Caprice et.al,lah---tak rimas kat mereka, aku rimas kat UTUSAN dah macam hapa tah, batu api, melaga-laga dua pihak yang bertelagah ni tu ish---aishhh dia tu, tau la dulu dah gulung tikar, ntah saya nyawakan dia tak taula saya. Kita ni follow sebab nak support kunun inilah lidah bangsa kita,kan. Sebab lidah bangsa tu, sabo ajelah---kalau ikutkan hati, memang aku dan unfollow dah lidah haram jadah ni. 

Oklah berhentilah bad vibes ni, kan. kita cari good vibes je. Dalam covid-covid ni orang dok share bukan dalam FB je, tapi semua soc med la pasal tingkatkan imuniti dengan macam-macam cara dan paling femes ialah Vitamin C dan D. 

Saya pulak nak share satu benda, bukan C dan D, tapi Vitamin H. Happy. Ini berdasarkan pengalaman ya, bukan saya sandarkan pada data dan sains. Saya percaya bila happy baru, segala apa kau amik, ko makan, benda tu akan bertinak balas secara optimum. Ini berdasarkan saya yang ada masalah perut ni. Ada sakit perut, kembung, macam-macam. Bila kau gemuk, kau ngadu benda-benda ni, orang akan tuduh kau sekat makan sebab nak kurus. Pulak sekarang ni kau dah turun banyak kilo, kan.

Sebenarnya saya kembung-kembung ni sebab banyak makan, bukan sekat makan. Bila saya banyak dengar pasal makan dan pemakanan, protokol, aturan pemakanan, dah lama saya tak dapat sakit ni. Satu benda yang saya belajar ialah perut kita adalah otak no 2 kita. Satu cara nak happy ialah menggembirakan perut kita. Bukak tekak kita, ya! --- 

Orang masa covid-lemas, kan. Saya pulak masa covidla saya dapat belajar banyak benda pasal otak no 2ni. Iyalah, kan dulu fokus kat otak no1, so bila dah stabil barula berkenal-kenal dengan otak no 2. Topik ni lagi menarik. Otak no 2 ni kebanyakkan masanya, yang tekak kita happylah dia tak happy, kalau tekak tak berapa nak happy dia happy pulak---gituuuu---so dulu bukan otak no 1 saya jer bermasalah. Otak no 2 pun sakit sama rupanya. Bila no 1 dah ok, baru no 2 dapat berfikir dengan baik.

Benda yang menghappykan otak no 2 ni banyak. Kalau rajin saya tulis kemudian.

Hari ni saya nak tulis, sikit je---be happy. Kalau kau rasa FB kau tu penuh dengan negative vibes, elok juga kau berenti. Macam saya, idaklah berenti, kita scroll je laju-laju. Rugi berenti, sebab dalam sana ada lagi banyak good vibes, kita kena pandai nak lepas tutup FB tu ingat good vibes ka bad vibes. Contoh macam saya, contohlah, satu hari ada keluar orang gaduh-gaduh, #kerajaan gagal. Ada lagi cerita pasal resipi diet, protokol makan, ada joget-joget, senam boleh kita ikut sambil-ampai-ampai duduk rumah, ni. Contoh kalau saya terlalu fikir pasal #kerajaan gagal, saya akan sedih, sebab saya ni penjawat awam, sedihlah sebab kita sebahagian dari kerajaan. Cubit peha kiri, peha kanan terasa. gitula hal gaduh-gaduh yang lain, kan? Dalam hati dah bercakap "Itu yang tulis I don't take side tu pembohong semua"---dah jadi satu keja plak ko nak mengorek-korek nak buktikan dia pembohong, kan? 

Nah sekarang, saya share me only kat joget-joget yang best-best tu bila kau rasa lapang, ikut sama berjoget, atau try resipi diet dalam tu---result dia tentulah berbeza. Satu buat saya stress dan tak happy, satu lagi buat saya happy. Happylah lepas makan-makanan yang bagus-bagus, joget-joget, berat saya turun. 

eh tadi cakap semua orang tak sama,kan? Dah kalau yang buat dia happy tu tengok orang bergaduh, komplen itu ini dalam wall dia--apa pulak ceritanya? Tak kisahlah kawan, yang penting kau happy. Kawan yang suka komplen-komplen ni jumpa kat dalam FB je kan? So, apa masalahnya. kalau kau rimas, scrolllah laju-laju, kan? Berenti kat joget-joget dan masak-masak je. Itupun nak kena ajar, ka?

Thursday, July 22, 2021

Feefeling Detektif---

Ewah, ewah, bila anxiety dah berkurang ni, mulalah berangan, kan? My tinnitus masih macam tu la dia, tapi saya dah boleh deal. Nak tunggu pakar, awal September sok baru dapat jumpa. Biasalah pakar gomen, kan.  Speak sikit pasal apa yang saya syak tinnitus ni ya, dah lama ada dah bertahun-tahun rasanya. Cuma PKP lock down 3.0 baru-baru ini dia jadi makin kerap dan kuat, sampai ada satu tahap tu mengganggu tidur.

Ok berbalik kepada berangan ni tadi---hah apa cer, cer, cer urmmhhhhh pasal ustaz Ebit le (UEL) bergaduh dengan para Selebriti/instafamous/influencer Malaysia. Memasing ada follower,kan? Apa lagi jadi hangat leeee--memasing nak menegakkan orang yang mereka puja. Sampai kalau Ustaz ni dah follower/pentaksub wali kesayangan Allah bagai. Dikalangan FB feed kengkawan, memang tak de le yang back-up ustaz, tapi adalah kawan FB yang buat konten nasihat, netizen agar jangan taksub sangat di wall dia. Tapi saya tengok derang dah delete dah content tu. 

Dalam group, pun semua tak beranilah nak kondem UEL lelebih. Adalah sorang minah tu pada mulanya luah rasa tak senang dengan kekdah "redah dan dakwah" ustaz. From her barulah saya tau ustaz ni rupanya dah banyak buat orang kepanasan dengan cara dia yang agak sumbel ini, tinggal kali ni jak, jadi panas sebab kawan gaduh dia bukan kaleng-kaleng. Waima Neloopa laki-bini pun tersenarai. Yang saya terkejut tu Firdaus Wong pun tumpang semangkok.

Saya ni senang je, kalau kau balik sini ko gaduh dengan Arel Sharon, aku memang iktiraf kau wali, lah. Tapi kalau gaduh dengan semua orang, hurmmm lu fikir sndri la bro and sista, ya. Funny thing is, tak de orang pun pertikai, macam mana Ustaz banyak duit. Sebab dia kata tau, dlm bahasa kerek akule "you don't nak audit-audit me aarrr---I go there under my own expenses, I don't go bring other people money"

Kau tak heran ka, berjuta-juta tu beb duit dia sndliiii owhhh. Aku tak de lain, sebab dia Cina,kan. Memang kalau Cina jak, aku dah respek duit Along, je ha ha ha---"Intorducing money form ground economy back to real cycle"

Lepas-lepas UEL dah buat live bagai(aku tak tengok) tapi aku dengo-dengo, sah tak tau duit mana, tapi ada mention nama VVIP dan Istana, so it is all about business. Istana tu mungkin dia saja create story atau apa nak heran kalau dua ni memang ada connection/aksess pun dengan dunia itu,kan? It's all about business sebona eaa--kau je yang terpukau kunun UEL vs Other Influencer, tapi tu yang sebona ea it is COy1 vs Coy2. Katanyalah ustaz dapat deal coy 1 yang lagi murah dari Coy2 yang Influencer-inflencer ni guna. Dahlah murah, cepat, siap dengan iringan kereta kebal pulak tu.

Pendek cite---yang fefeeling dektektif, ni tapi malas nak siasat ni, who is behind this compony1. Ada kaitan dengan underground economy tak? Detektif Mardhiah rasa, tak mustahil wujud kerja-sama ekonomi bawah tanah dengan ahli politik Negara. Apa bukti? Hurmmm tu detektif ni salah minta kije, patut kije kat bahagian siasatan jenayah komersial kat Bukit Aman sana. Ni kije audit Negara je ---ciput sungguh le keupayaan kami, ni.

Tula, kan detektif tak pernah tau pun bakat detektif ni. Kalau dari dulu tau, lepas SPM lagi, masa aku tak gemuk sangat dulu tu aku dah diet gila-gila, excercise gila-gila. Bila kuar SPM jak terus apply polis,kan dah jadi Polis hari, ni? Zaman tu mana ada polis-polis pompuan ni sangat, kaleng-kaleng pun semua pakat nak jadi cekguuuu he he. Eh berangan nak jadi polis ni, tinggi tu cukup ke idak? Penolong Juruaudit, pun Penolonglah kan? Nikmat Tuhan Manakah yang Ingin Kau Dustakan? Cukup-cukup berangan, belajarlah mensyukuri nikmat Tuhan, ya! 😇

Wednesday, July 21, 2021

Jiwa Hamba?---

Berangan nak menuleh cerita KETULAH-KATURAH, ni teringatlah satu artikel yang dituleh oleh bakal sasterawan Negara ni. Nak baca boleh tekan sini. Kita yang feeling-feeling, assistant First Lady Kampung ni kalau dah tepampang Malaysia kini, Free Malaysia Today, hurmmm memang kita bias dan bercakap---anak sapa le tu dah gian nak glemer sangat sampai sanggup carut bangsa sendiri dalam surat khabor kafir tuh?

Well, marah sebab sebut Padang Rengas tu---saja dia provoke,kan. Tapi bila baca sampai habis tak de sebut pun Padang Rengas. Dia merapik-meraban pasal ntah sapa-sapa tah hero Melayu Zaman Purba tu. Naratif dia memang betul,lah tu. Tapi macam dia nak kata Melayu apa tah---pendek cerita tak semua tulisan dia saya setujulah. Yang dia kata Melayu ni takut ketulahan, percaya kepada tahyul, superNatural bla bla bla, memang saya akan cakap, eh iya ka? Mungkin betul pada sesetengah orang, tapi pada saya tak kut.

Like I said before, lebih kepada malas. Malas nak gaduh. Kalau gaduh, malas nak sakit badan kut. Saya ada dengo cerita ada ustaz ni le---tapi jenis ustaz kampung yang humble. Masa zaman tu ada sorang kerabat yang orang kata memang jahat le. Ayah dia dah tua dah tak jahat sangat dah. Biasalah orang Melayu ni sejahat-jahat mana pun bila dah nak mati dia cari surau Masjid bagai. Yang jahat tu anak dia yang tengah naik tu leer---dengo cite pantang tengok pempuan cantik, habis semua nak dijadikan gundik. Pendek cerita, ustaz ada le cakap, "rumah dia tu penuh dengan jaga, tak cukup manusia, jin pun dia pulun sama". 

Orang macam tu kau nak ajak berlawan---kalau tanya saya biorle nak begundik beratus betina pun pigi mampus le dia, kan? Saya boleh le cakap macam tu sebab saya tak cantik. Dan pada pendapat saya pempuan cantik yang nak jadi gundik tu memang rela nak jadi pun. Ramai je anak-dara cecantik yang tak kena usik, pun? Dah tau cantik pegi jalan depan-depan dia, pegi tonjol-tonjol diri depan dia, memang nak kena ngaple tu. Anak ustaz pun cantik jugak, tapi tak berselera deeerrr si anak kerabat tu---sebab bertutup liput nampak 2 bijik mata je.

Ini cerita ustaz kampung, ada cerita ustaz level negara pun ada cerita gak pasal ada satu Istana ni. Ustaz tegur suruh Raja hentikan amalan yang ntah-apa-apa-tah, yang bertentangan dengan Islam. Raja moden baru balik England memang tak suka pun benda-benda begitu, so amalan tu dihentikan. Penghabisannya Ustaz dapat sakit. Dalam bahasa mudah, tok nenek raja ada upah askar dari kalangan makhluk halus ni, tiba time cucu cicit dia, nak terminate servis si Makhluk ni---mengamuk le kawan tu. Habis ustaz di"gigit"nya.

Kau nak lawan benda macam tu?---baik le tak payah. Angkat kaki, lari laju-laju. My personal view, dari melawan, baik kita bagi kesedaran, benda-benda ni akhirnya menyusahkan mereka yang ada pertalian, hubungan, ambil servis Makhluk-makhluk ni. Saya ada sorang kawan yang cerita kat saya memang keturunan dia begitu, begini. Dia pergi buang benda tu. Dia kata tak de pekdahnya membela/melayan benda-benda macam tu.Terpulang pada kau sebenarnya. Benda tu akan terus melekat kalau kau juga yang ajak dia berdampingan dengan kau. Macam Raja tadi, idaklah dia mengajak, dah turun-temurun punya barang, ada pulang pawang pengasuh bela---maka bermaharaja-lelalah benda alah tu.

Akhir zaman, ni pulak, ustaz ada cakap, benda-benda ni memang saja pulak orang pi cari. Nak nampak hebat, gitu-gini. Nasib kaulah, dapat pemimpin yang bukan saja ada segerombolan pembantu dari kalangan manusia yang macam haram jadah, ditambah pulak segerombolan bala tentera ghaib,kan? Kalau dah begitu kuat Armada dia, tak de sapa nak amik tau eh---mind your own business jak,kan? Rakyat tertindas, rakyat menderita? Nanti kat akhirat Tuhan soal kau---amboi kau sedap-sedap duduk Putrajaya, langsung kau tak amik cakna pasal orang susah---aku ada excuse nak cakap sama Tuhan. Saya akan cakap begini

"Tuhan, waktu muda ku kau dah beri aku sakit mental untuk aku fahami dan tangani. Dah Tua ni kau bagi pulak sakit sendi, sakit urat, sakit telinga, yang utama bagiku ialah kesihatan mental dan fizikal aku. So macam mana aku nak berperang dengan ketidakadilan ini semua. Aku mohon kau ampunkan aku wahai Tuhan yang maha pengampun dan pemurah"

See Ai, is dah ada excuse, so sian, kat korang ek?

***

Ok ni nak cite sikit pasal kemelut yang melanda Pesona Negara Kesayangan Ramai tu---pergh pasal dia, dah ramai orang berbalah. Malas nak masuk campurlah. Personally ai think he is ok one, pembantu-pembantu dialah yang teruk sangat tu. Bila dah femes tak boleh bergerak sendiri, adalah kekwat sana sini. Last-last netizen bergaduh reramai. Tak kose nak amik tahu deh---

Hah itu le dia lagi satu kalau nak jadi HERO ni, from zero to HERO ok gak--bila dah jadi HERO, bukan balik ke ZERO ke negetif-negetif till infiniti---hah amik kau.

***

Owh laaa pasal nak nuleh kreatip tu. Ntahlah ni kalau betul nak tuleh saya kena dapat consent dari sorang kawan, ni. Saya nak tulis pasal dia. Apa? Pasal bos---idaklah. Bukan pasal bos, kan saya kata pasal bos tu, imaginasi saya jeeeerrr---kan ker dah tepek short write up hari tu pasal anxiety. Antara simptom dia, urat kau boleh bersimpul. Saya je buat cerita kreatip bos punya KETURAH simpulkan urat saya---ok meh achik share lagi incase terlupa.




 

 

Tuesday, July 20, 2021

Anxiety---Well I Think She Like Me---

Well, sapa tak suka orang pandai? Saya ni bukan sahaja dikata pandai, ada yang kata saya ini genius fuhhh---terangkat langit weh, bila dengar pujian begini. Datang dari bos-pulak tu. Tapi biasalah orang bijak pandai lain kata---orang pandai penuh dengan keraguan, sedangkan sibodoh penuh dengan keyakinan. Dalam kes saya bukanlah sangat ragu, tapi 100% LAZY. he he he--

Ni memang dah level kemalasan yang 100% ni. Saya cakap pun saya dah minta tukau. Jadi saya malas nak layan benda-benda design-design ni. Lagi sekali aku nak nyebut ni--kita Audit Negara antar KPM ni ngodit, bukan mendesign cover buku Majalah Tahunan!!!! marah ni.

Saya malas tau benda macam ni--aku dah buat sikit, bos kecik bawah si pempuan kekwat ni kondem le pulak nak tema---katanya tema Covid dan jaringan internet, macam hawauuuu je! Orang tak pernah masuk kelas grafik ni,kan dia main cakap sedap muluuuuttttt je pandai. Mengarah memang le sedap. Arah kuli-kuli ni gitu-gini---selera, arahan memamasing mengalahkan creative director kat Oglivy and Mather. Heyyy, tak kose nak bukak balik buku fundamental graphic design deeerrrrr---Tapi tu le kita pun tak nak gaduh-gaduh, iyakan ajele cakap dia ya, sementara nak nunggu permohonan tukau tu diluluskan. Nanti dalam borang laporan BDR aku, haku nak tulis Latihan Kendiri ---baca buku Introduction to Graphic Design. gitu. 

Kita mintak tukau ni pun ko pikir le kita dah belanja ribu-ribu ringgit, puluh ribu, campur diploma, boleh jadi ratus ribu---iya aku kata ratus sebab ikat janji dengan JPA pun JPA letak rege RM114,000 or lima tahun ikat kije dengan deme tau. Itu cuti separuh gaji 2 tahun jak---nak ikut aku belajo ni nak dekat 10 tahun hah!!! Teteber sesuka hati nak suruh kita design graphic kulit Majalah, lah pulak---

Apa cer ni pasal design ni. Nak citer ka--citer sikitla--patutnya kije ni kije pegawai IT. Tak taulah aku nape pegawai IT baru ni semua sengap, perasan bagus. Kije dia, kije dia jak. So, Minah kekwat yang merupakan ketua, segala ketua Pegawai IT, ni submit le design untuk majalah yang lepas yang dia buat sendiri--pendek cite dia sentap, bos no 2 kata "tak cantik". Tapi tidaklah kena rejek pun. Tak cantik pun yang tak cantik tu le dah anto pegi printing pun.-- Mula dia kata dia tak suka bos no 2, merungut-rungut nak tukau, bila dia donga Bos no 2 tak lama kat KPM ni sebab nak naik pangkat, dia tak jadile tukau, so kalau dia stress, dia seranglah pulak kami yang pangkat paling bawah-bawah ni, kan? Penghabisannya, tahun ni, dia suruh kami plak yang buat. Masa dia ngarah tu, siap dia kata "tahun ni you all(fellow auditors, the assisstant which is me&d'gang) buat, tapi I tau level you kat kat mana" Fuuuhhh, belagak nak mampus tuuuuhhhh, dengan nada suara dia, dengan memek muka dia, uish macam kita bodoh, tak berguna, sengap sangat, kan? Yang ada sekor Minah IT ni siap cakap "I masa kije swasta dulu, benda-benda ni semua ai buat tapi semua pakai bla bla bla, benda tu semua ada. Gomen ni Unit Koprat pun bla bla tu semua tak ada"----Itulah permulaannya, buat kata ada bekas menteri tu pun "elephant, elephant fight, mouse deer die" le ni. Tak dapat tanduk, telinga dia pulas. 

Meh achik belanja gambo sikit -(Work in Progress), pakai microsoft word je you allssss---kita mana ada apple, abdobe bagai tu. Ko kije Dewan Bahasa bahagian Majalah ka? btw korang tengok sndri level hachik dan perisian cikai kampung ni kat mana, kan?

Ko tau tak kenapa saya dapat tegang urat? --- ni le nak buat lengkok-lengkok, dot-dot kecik-kecik pelbagai saiz tu, achik buat manual, tau---bukan kaleng-kaleng achik nak control tetikus tu, lain le kalau ada peralatan mesra grafik, abobe apple, kan?  Kut la pakai komputer canggih, cakap je "apple, adobe,  small dot, big dot please" dia jadi gitu berdot dot

Berbalik pada "I think she like me--- dia sukale kalau saya dengar masalah dia. Dia ada tanya jugak "how do you deal dengan bos no2" ---I got no answers--- "we auditors are like that---honestly Hajjah (bos no2) just like my mother, I got no problem with her". I should have said it aloud, but due to laziness yeah, not keraguan, I said, "I go to kursus/seminar pengurusan stress, I go to the gym, to the pool" I even said, "do you wanna to join us,?"Yang hat gym le--sebab gym tu tingkat 7 je, kita tingkat 4, dan 5. Tak nak pulak. Us la sebab I memang ada geng pi gym. Kalau sorangpun dah nama Gym takkan le I, Gym KPM tau, ada le instructor dia. Gila apa KPM nak benarkan ko main gym sorang-sorang, rosak alatan, kau tergedang sensorang dlm gym tu, ah sudah, jadi berita sensasi Negara jadi,nya, kan?

Pikir ke belakang ke belakang balik, semuanya kalu kita muhasabah bebetul, semua berpunca dari diri, kita jugak---I should have said like this "I got no issue with Hajjah, but if you have, may be you should sit down and talk to her about expectation, setting up common interest and goal bla bla bla---, buuutttt if you think you still cannot get along with her, mungkin bertukar itu salah satu jalan penyelesaiannya" Itulah sebabnya saya suka doa nabi Yunus sangat-sangat. --- hat part yang "sesungguhnya aku dari orang-orang yang zalim" tu memang deep dan sajak, kan? Orang suka kau, tapi kau malas nak layan, kan. Sekarang ni padan muka siapa? GAYTUUUU

Melayan orang yang kita tak suka itu cinta yang terpaksa--terpakse beb---kalau tak pakse diri ni bangun pagi buat kije, bukak dan baca message wats-up dia yang betela-tele tu, sapa nak bayar gaji kau bulan-bulan? Tak pelah ya---introduction to graphic design, graphic design leee ye?

Nak Tulis Novel he he he---

Yang lepas-lepas saya ada tulis macam mana saya berhadapan dengan Anxiety,kan? Ada satu ni, saya tak tulis. Yang saya tak tulis tu ialah benda yang saya tengah buat ni, leeerrr---memblog, menulis. Isnin lepas saya tengok kawan saya bersyarah kat dalam FB, pasal penulisan dan penulis. Kebetulan, dulu masa mental tak stabil yang ntah-apa-apa-tah-tu saya ada terberkenalan dengan penulis yang kawan saya syarahkan dalam rancangan tu. 

Macam mana boleh kunun berguru dengan dia pun saya tak berapa mau ingat, cuma saya kata masa saya tak stabil tak tau apa cita-cita, apa nak dikejar, tu adalah berangan nak jadi penulis kreatif. Kelmarin bila saya dengar kawan saya bercerita pasal penulisan, tetiba saya terfikir pulak, apa kata saya kreatifkan bukan kisah saya yang teranxiety ni tapi kisah orang keturunan berketulahan. Saya idak le kata bos saya ada Keturah. Tidak ni kan penulisan kreatif, bukan betul pun---mana tau boleh jadi novel box office, dapat juga duit, kan? he he mengarut sungguh.

Kita nak keluar dari anxiety ni, kita jangan fikir sangat. Kita buat sesuatu yang menyeronokkan. Pasal KETURAH, ketulahan ni memang minat saya. Saya fikir begini, sapa yang ada KETURAH tu, dia janganlah marah, sebab kalau marah KETURAH menular, orang jadi sakit. Kau nak ke orang sakit? Saya fikir mana-mana orang pun tak nak orang lain sakit, kan?

Yang sibebal, pemalas, ala-bahai macam saya ni pulak, ko jangan le menyakitkan hati sesapa pun, kan. Cubele kau rajin sikit, dah le 100% LAZY, mulut pulak tu boleh tahan jugak, jahatnya. Kalau kena "gigit" dengan KETURAH memang padan muka aku leerrr---hah!

Ok la wats the plan?

Saya nak buat citer Bangsawan KETURAH yang struggle nak kawal KETURAH dia, amacam ngam tak? haha ini berangan jeeerrrr---mula-mula tu dia sukalah, kalau dia marah, dia benci, semua yang dia marah dan benci tu sakit, gagal dan sebagainya, until one day kemarahan dia menyebabkan kawan baik dia sendiri ka, atau anak dia sendiri mendapat kemalangan kerana amarahnya. abbbooodeeen? hah!

Ni ni ni ni---saya ada kawan baik tau. Lelaki, hensem, berjaya bla bla---peminat beratur nak kan dia, tapi sampai hari ni tak kawen-kawen. ko rasa? Aku rasa maybe one of his admirer ada KETURAH dan KETURAH nilah yang menyebabkan kawanku tu tak laku-laku sampai hari ini. Mamat tu bukan setakat mulutnya je yang longkang, perangai pun kadang tu, boleh tahan puaka jugak dia tu.


 

Monday, July 19, 2021

Anxiety -SAKA

 Kalau mak bacalah tulisan ni mesti dia marah. Tapi dia tak tau saya ada blog, jadi saya beranilah tulis kat sini. Sambung pasal anxiety.

Emosi je, macam berdebar-debar, cemas,kan. Terutama bila berdepan dengan situasi yang kita tak pasti, atau berdepan individu yang kita seram, tak kisahlah seram sebab kita kagum, seram sebab kita takut. Kalau kerap, dah berdebar itulah anxiety namanya.

Macam saya ni dah kira jatuh anxiety sebab sampai dah berlaku kejang otot, berdebar-debar dan mengeletar. Paling teruk saya sampai dah fikir orang yang saya geruni tu ada saka. Napa saya fikir sampai begitu---ceritakan bermula 9 Julai 2021 dimana saya kena marah. Pada 8 Julai minah dah call tapi saya tak perasan. Dia call 4.37 petang. Masa tu saya dah keluar rumah pergi terapi. Masa terapi tu juru terapi kesan ada gumpalan otot di bahu---dia cuba pecahkan/lembutkan gumpalan tersebut. Pulang je malam tu macam ok je--ada baca yassin lagi dengan geng kolej secara maya.

Keesokan harinya saya pergi ofis macam biasa. Bila kena marah, macam saya cakap siap makan doyan lagi. Malam tu, Jumaat malam Sabtu tu dia dah mula berdenyut,  peliknya dari bahu sakit tu menjalar ke leher dan belakang kepala sebelah kanan. Bunyi dalam telinga makin kerap dan kuat. Memang malam tu saya tidur-tidur ayam sahaja. Ahad makin sakit, tapi dalam sakit tu saya gagahkan diri hantar permohonan rentas negeri ke balai polis berdekatan pada jam 7 pagi. Alhamdulillah beberapa minit sebelum Asar, saya dapat berita gembira dari balai, permohonan rentas negeri untuk teman mak cek darah pada 13 Julai diluluskan. Sakit tu memanglah ada tapi dek kerana gembira segala sakit macam tak terasa. Terus teringat tuam bahagian sakit dengan ais. Alhamdulillah dapat tidur lena walau taklah sampai 8 jam, dalam 2,3 jam gitulah. Isnin baru klinik bukak---tapi saya tak dapat jumpa doktor sebab penuh. Rabu baru ada kosong. Tepat jam 12, 13 Julai tu saya dah ready kat petrol pump berdekatan tol Kajang nak masuk federal Highway. Sampai Melaka dalam jam 1 lebih. Sebab happy sakit ntah dah hilang ka hapa ka, tak pastilah saya, saya dapat tidur lena malam tu walau jam 3 tidur, 6 lebih dah bangkit dan siap-siap nak hantar mak ke pusat kesihatan berdekatan rumah.

Nak kata sakit sebab makan doyan, kat kampung melantak doyan bagai nak rak, sampai jam satu lebih saya dijamu doyan pemberian jiran bangsa cina baka D24. Besok tak cukup orang bagi, mintak belilah pulak. Melantak lagi IOI, dengan udang merah. Doyan kampung kawen mak pun saya belasah jugak. so Doyan I am positive doyan is not the culprit. Kat Putrajaya pun saya makan D24 dan IOI. 

Rabu saya jumpa Doktor sakit kat leher dah memang tak de, cuma kat bahu ni biasalah sikit-sikit bila saya pegang mouse lama-lama memang ada rasa sikit sengal. Yang dalam telinga tu memang macam biasa, makin kerap berdesing, doktor pun cakap nak refer ENT, tapi dia suruh makan ubat dulu. Kalau ubat tak jalan baru dia setkan appoinment ENT. Macam biasalah Putrajaya ni semua klinik penuh---lepas raya, Rabu 21 Julai baru nak jumpa doktor. Appointment ENTnya ntah bila agaknya dapat.

Kita ni tajuknya saka iya dop? Apa yang SAKAnya? Saya nilah punyalah takut, cemas berdebar-debar, sampai otot tersimpul, dok berimaginasi bos saya ada bela SAKA. SAKA dia marah sebab saya buat kerja tak menepati ekspektasi dia, lepas tu berani pulak tak angkat call, pepandai buat keputusan sendiri (bukan keputusan saya, ya---tapi keputusan bos lain) terus SAKA tu serang otot-otot di bahu dah leher saya he he---cemerlang-gemilang tak imaginasi saya? Kan?

Macam manalah saya boleh segila ini? ntah... banyak baca buku mistik dan khayalan kut he he---

Well, mana tau memang dia ada keturunan Demang-demang dewa-dewa ketulah. Well nobody knows. Cara dia cakap, macam bagus je, macam lagak bangsawan je, kan? Kita ni semua macam kekampungan yang bodoh je pada mata dia. Tu yang saya terfobia, teranxiety yang bukan-bukan. Kalau betul dia ada SAKA apa nak buat, alah saya senang aje cabut angkat kaki leeerrrr---kalau tak boleh angkat kaki ntah tak tahulah. Kita doalah apa-apa yang patutkan? Senjata orang Islam ni doa. Idaklah doa yang buruk-buruk, SAKA, tak SAKA ka, doa agar tenang. eh saya tak nak sebut SAKA,lah saya sebut keturunan berketulahanlah eh or pendek dia KETURAH ajelah, kan?

Saya ada kawan yang mengaku Bangswan ni, kalau dia happy, KETURAH dia ok je. Kau jangan buat dia marah. sedih, tak happy je. Dia pun manusia macam kita juga ada emosi, terkadang marah, cemas, tak keruan dan sebagainya. Cuma kau jangan cari pasal buat dia marahlah,kan. Kalau dia marah, habislah kau di"gigit"KETURAHan dia. hadooiii---

As for the ending of this cerita, I still don't know lagi. Like I wrote before, doakan saya dapat bos, team leader yang boleh bimbing dan ajar saya apa-apa yang patut. Ada master, pun bukan bermakna kau tahu semua benda. I still need a good mentor to guide me, lah. Kamu yang baca tulisan ini, doakan saya dapat team leader yang baik ya. Terima kasih. Selamat malam.

Sunday, July 18, 2021

Anxiety

 Ini sambungan dari tulisan yang lepas---

Pasal nak tukau-tukau tu. Ok, sebelum tu cerita balik kenapa nak tukau tu. Saya mengalami anxiety bila berdepan dengan bos kekwat. Bos tu bos baru,lah bos lama dah belah. Saya ada cerita kenapa saya seram dengan dia dalam n3 yang lepas. Kali ni nak kongsi apa yang saya dapat dari internet pasal anxiety--


Anxiety tu emosi je. Contoh macam saya alami, saya cemas, berdebar-debar, menggigil, gugup, bila berdepan dengan orang tu. Nak sebut nama dia, nak cerita dengan kawan pasal dia pun saya berdebar-debar dan menggigil. Kalau sekali sekala ok, tapi kalau selalu, sampai dah terfikir begini "Ini kalau ikut orang kampung kuno, yang percaya pada animisme eh dia ni ada ada saka penunduk, keee?" Itu dah jatuh jadi anxiety gaytuuuu----

Punyalah cemas, sampai berlaku muscle tension. Saya ada pergi phsyio, juruterapi tu cakap ada gumpalan otot yang sangat tegang di bahu, lepas tu dia naik ke leher dan belakang kepala, sampai saya saya tuam je dengan ais. Pi klinik Doktor suruh tampal koyok.  Dia tangkap kat situ, tau. Betullah kalau aku cereta dengan kawan-yang-macam aku jugak suka baca/dengar cereta tahyul memanglah boleh sampai kepada kesimpulan yang kawan tu ada saka penunduk yang diwarisi dari keturunan dia dulu-dulu. he he

Ok apa yang saya buat [1] saya set appoiment dengan kauselor---tapi kau taulah kaunselor KPM ni aku pun tak tahu, sama ada malas, atau masa kobid-cobib ni ramai cikgu, budak sekolah stress sampai dia rasa kes saya tak teruk mana, so macam tulah saya pun tak harap sangatlahkan servis dari mereka ni. 

[2] cakap dengan kawan-kawan
[3] hasil cakap-cakap dengan kawan cakap dengan bos minta tukau leeerrrr apa lagi

settle masalah? Tak jugak bedebau kut minah saka ni, saka dia tau dan retaliate, balas balik, saya jadi sakit. So far rasa ok je. Saya dah minta tukau tu kira oklah tu. Hari tu pun dia gak yang bukak gelanggang dengan menghalau kita keluar kalau tak minat. Kita bukan tak minat, tapi tak berbaloi rasanya buat kijenya ciput, stressnya pulak macam gunung,kan? Kita pun tak tahulah apa ekspetasi dia. Kita ni Audit Negara antar pi KPM ni mengaudit, dah dia suruh kita design majalah, siap nak bertema bagai, aish memang le kita tak reti, tau. Bila dengo dalam KPM ni pun ada lagi tempat mengaudit yang kosong, baik kita angkat kaki laju-laju, iya dop.

[4] saya ambik test psikologi yang orang group rumah share---nak tengok result sat saya share kat bawah ni bukan tipu-tipu tapi betul test ni. Saya amik semalam.


Kau tengok le result tu, hah! sangat teruk. Memang teruk le. Sebab sehari sebelum semalam, hari Sabtu, minah tu ada hantar message JPA suruh update pasal kobid. Makcik lepas Isya' dah lelap dah. Dia anto bila tah. Hari Ahad kul 7 lebih baru jawab. Orang semua dah jawab, saya yang jawab paling akhir. Teruk nau le aku, ni, kan? Jadi, hari ni kalau jawab lagi mungkin result dia lain sikit kut.

[5] Saya jaga makan dan bersenam. Bersenam ni kita bergerak. Dari kecik memang tak suka bersenam, dah tua-tua ni barule mak cik tekun bersenam 3x seminggu. 

[6] Incase minah tu ada saka, iyalah kita pun tak tau kutlah teman tu dulu ada berketurunan Demang Lebar Daun, ka Lebar Mangkuk, ka, kan?---Saya baca quran. Baca untuk zikir nabi Yunus. Mungkin mulai hari ini saya akan baca juga ayat Quran, zikir, sedekah sikit le kat dia. Saya tengok dia pun macam tak tenang juga. Kalau mata saya sorang mungkin tak betul. Hasil pengaduan dengan kawan, dah kawan pun nampak benda semata gak dengan saya. Iya kau kawan saya cakap, dia bersungut seorang diri dalam bilik air, kau! Betullah tu dia pun tak tenang. Apa kata kita sedekah bacaan pahala bacaan untuk dia. Hinihi memang aku tak pernah buat, menyedekah pahala kat orang idup. Biasa kita sedekah kat orang dah mati je, kan? 

[7] Saya doa, saya juga harap kamu yang baca ni doakan saya dapat bertukar. Tukar ni bukan sangat pasal dia ya---macam saya cakap Audit Negara antar kita sebagai auditor, bukan designer Majalah Tahunan. Saya pun kat sekolah belajar pasal kewangan, auditan. Tak kenalah dah elok-elok dapat kerja Penolong Juruaudit, aleh-aleh masuk ofis buat kije designer Majalahlah pulak, kan?

[8] kalau dah bertukau tu doakan le dapat bos yang tak haru-biru, tak emosi, boleh fokus kerja dan dapat bimbing kita dengan baik. Kita ni memang sekolah sampai ada master, tapi bukan pandai mana, pun. Kije lain, belajar lain. Kije gomen ni nak dapat bos yang boleh membimbing tu macam dapat permata intan berlian. Uiii kalau dapat tu memang rezeki besar. 

Lain-lain, kalau ada cerita pasal diari Anxiety ni kita update kemudian.

Wednesday, July 14, 2021

Paku Dulang Paku Serpih___

 Si paku dulang ni, sapa lah lagi, sayalah---

Dulu saya pernah nasihat satu kawan tu--- "kau ni pindah tempat kerja sebab tak suka orang tu, orang ni, hah tengok, kau pigi tempat baru, kau tak suka yang lain plak, hah ni nak pindah mana lagi?"

Memang ramai pun bebudak muda ni, tak suka dengan bos, angkat kaki. Pelik betullah,kan? Kita dulu kije, kena maki hamun, tahan saja, tak de le nak pindah sana-sini,kan? Tula cakap tu besar sangat, tiba masa kena kat batang idung sendiri---hah barulah tersedar agaknya inilah yang mereka rasakan.

Ada sorang tu memang saya faham le kenapa dia nak tuko, sebab saya pun rasa ada macam-macam "goose-bump" gitu bila dekat dengan orang yang trigger dia nak bertuko, tu. Pendek citer, sampai dia keguguran dan masuk kije macam orang pantang beranaklah,kan. Dengan baju sejuk, berstokin bagai, tinggal dia masih waras dan tak pakai palis kat dahi, jak he he he---

Ada sorang tu pulak kata---"Tunggu sikit hari lagi, saya rasa boleh jadi masuk wad mental nanti."

Saya pun tak taulah apa yang orang tu dah buat sampai bebudak ni berstokin, sampai nak masuk wad mental bagai---adalah dia cerita, tapi tak berapa ingat sangatlah. Cerita dia lebih kurang sama je,kan. Bos dia marah-marah, tulis messagge panjang-panjang, itu tak betul, ini tak betul, jerit-jerit, beliak-beliakkan biji mata, hempas-hempas barang hah gitu---

Ni saya nak cerita pengalaman saya sendiri---

Kita cerita cara menyongsang---cerita dari bawah ke atas. 

Cerita mula dari Jumaat lepas, 09. Julai 2021----- saya dapat anxiety attack yang teruk sampai berdebar-debar dan menggigil-- kenapa? Cerita dia gini, ada satu surat saya minta bos no 3 review sebelum nak dapat tandatangan bos no 1. Pendek cerita dia kuiri, bos kecik take over, 1 kepala jadi 2 and I follow bos kecik he he he---hapa lagi ngamukle pempuan tu dan call tak puas hati, tapi saya buat bodo je and let bos kecik explain apa-apa yang patutlah. 

Memang hari Jumaat tu memang saya berada dalam ketakutan yang amat sangatlah. Badan menggigil, tangan mengeletar, dada berdebar-debar. Tapi tu sempat jugak makan durian he he hadoooiii---dia badan je gigil, mulut tak gigil he he

Kenapalah saya takut sangat dengan dia ni, ntahlah. Salah satu sebab mungkin sebab dia suka bersungut. Saya memang lemas dengan orang macam tu. Semua dia tak suka. Itu tak suka, ini tak suka--- lepas tu masa bulan puasa dah nak dekat-dekat raya dia ada listkan kelemahan-kelemahan kita. Itu saya boleh terima. No hallah, kan. Tapi saya sikit lemas bila dia ugut-ugut nak bagi markah kosong, sebab dia tak nampak saya tak ada ciri itu dan ini dalam itu ini. Aii takkan le kosong terus, aku ni, kan? Itu saya sikit kecik atilah, kan. 2020 aku APC, come 2021, kosong, terus? Mukadimah meeting tu pun dah cakap "kalau u tak minat sini, I boleh tolong u keluar" . Dan-dan tu jugak rasa nak cakap---"I memang dah minta tukar pun tapi bla bla" 

Dia tak lah panggil I sorang, dia panggil in a group. Kalau sorang mestila saya cakap iya saya nak keluar, kalau boleh tolong, tolong, hari ni juga saya nak keluar. Tapi tulah dalam group. Lagi pun dah nak raya. Walau tak dapat balik kampung, bos no 2 ada suruh kita buat persiapan raya kat ofis, buatlah sudut hari raya gitu. So saya tak amik port pun ada pempuan ni cakap. Sibuk-sibuk raya, kita pun kena PKP3.0.----bila dah gini le jadi begitu, begini.

Saya pun nak cerita panjang malas, cuma nak tulis kat sini. Memang 09 Julai tu saya memang isi HRMIS minta tukar. Tinggal tak upload dokumen sokongan jak. Selain itu saya siap tempah sessi konsultasi dengan kaunselor lagi hah!--- solusinya adakah saya akan bertukar?

Saya dah bercakap dengan 2, 3 rakan, semua sokong saya tukar. Apa maksudnya tu? Tapi tu mereka mungkin dengar pihak saya je. 2 tu kenal saya je, langsung tak kenal orang yang kasi saya anxiety attack ni. Derang orang lain opis, Opis yang saya nak gi menyeberang tu, ler he he---Derang kata tempat derang ok je, "meh le tukau", Semalam saya tanya kawan yang lebih kurang sama umur dan agak fair jugalah pandangan dia dan dia kenal saya, dia kenal juga bos saya.  Kawan ini pun sokong juga. Bukan saya nak cari aib orang tau. Dari percakapan dengan kawan yang ini, semalam, lagi bikin saya takut.  Kau tau apa kawan saya cakap yang buat saya takut? Dia kata, satu hari tu dia ada terserempak bos yang saya takuti ini merungut seorang diri dalam tandas, marah-marahkan bos no 1. Hadooooiiii----lagilah kan?

Kompem ke nak tukar ni? Ko rasa? Dalam cerita ni 3, dari rakan sokong "tukar jeeerrr" Ada sorang je suggest saya bertahan. Siapakah dia? Offcoursela bukan kawan tapi orang yang sangat arif tentang tahap kesihatan mental saya. Sapalah lagi kalau tak Dr pakar mental sayalah. Komen dia,  "You tak nak cuba ka?" He believe I can get along lah dengan minah.  C'onla weh---kalau dah bersungut sensorang dlam bilik air, kau ingat, ini kes kicik ka? Baik aku lari laju-lajulah, kan. Tapi masa saya jumpa Dr, belum dapat cerita minah ni tumbuh sesungut dalam bilik air he he----

Tapi separuh rasa memang malas nak tukar-tukar ni. Tapi pada masa yang sama, saya risau jugak kalau terus mengadap minah sesungut ni, saya boleh dapat anxiety attack pulak. Tu je. Tukar ka tidak, cerita ni sambung minggu depan ya. Kalau tak sambung tak tukarla maknanya tu.

Wednesday, July 7, 2021

KawanKu

Semalam kata nak cerita pasal kawan, tapi tercerita pasal diri sendiri pulak. Hari ni pun bukan nak cerita pasal dia sangat, nak cerita pasal saya juga. Saya nak cerita pasal dia pun saya bukan tahu sangat, boleh agak-agak ajelah kenapa begitu, beginii--

Kenapa dia tak suka ea ikut benda yang gitu-gitu tu, ala-ala dah nak masuk ambang menopause---ala-ala umur achik Marhaban-haban-tahlil tu---Kenapa? Heran pun ada. Apa dia pandang slack kat Kumpulan makcik Marhaban ni,kan? Apa sikap makcik yang annoying? Makcik modern, saya tak tahulah sebab bila masuk umur macam ini saya masih bekerja di Putrajaya. Lagi pun buat masa ni saya tengah struggle dengan masalah kesihatan, kolestrol, berat badan berlebihan. Dengan iyalah dah tua-tua bangka beralih bidang kerja, kan. Dari segi kerjaya saya ada banyak benda nak hadam. Banyak masa dihabiskan dengan study-study-study---hah gitu.

Kumpulan mengaji kat opis pun saya tak sempat nak join. Join geng-geng sesama opis, makan-makan ajelah kijenya saya kalau ada masa lapang. Sikit-sikit tu ada lah gi brisk walk bagai, walk-walk-walknya tak sampai beberapa minit pun. Dok tersadai makan nasi lemak, roti canainyalah yang lagi lama.

Pendek cerita adalah tukut perangai Acik ni yang bikin orang takut nak dekat. Tak kisahlah. Saya pun kalau ikut hati eish tak mau semak kepala dengan achik-achik ni---tapi kalau kau kat kampung itulah kau, ikut kumpulan Marhaban untuk mengisi masa tua,kau. Tak kisah walau macam mana teruk pun mereka, kalau kau tak join derang, besok kau mati, sapa nak bacakan yassin untuk kau? Sndri mau ingatlah kan? 

Derang tu pun bukannya teruk mana, pun. Kau tak mau join aktibiti yang kau rasa tak berpekdah tu (membawang dan bawak kuar produk mary-K, produk crochet, pinggan-mangkuk-segala tok nenek perhiasan dapur) kau dok dendiam sudah. Kau follow jak. Dalam kes Marhaban ni, Mak Nah saya adalah inspirasi saya. Mak Nah adik sepupu belah ayah. Dia tak pernah kawen pun. Tapi Mak Nah macam saya, pandai menggubah dan memasak. Mak Nah mulut tu kadang boleh tahan jugak. Tapi Mak Nah dia most of the time diam aje. Achik Marhaban suka Mak Nah sebab kretif dialah tu. Orang pung-pang-pung-pang membawang, Mak Nah buat gubahan itu ini. Cara dia menggembirakan hati dan mengisi masa lapang menunggu dijemput Tuhan.

Tak de pun soksek kata Achik Bawang jaja Mak Nah anak dara tua. Ok jak. Kalau kau dah jadi kawan derang, takkan derang nak "balun" kau sebab kau tak pernah kawen,kan? Inspirasi ke-2, Mak Itam saya. Adik Mak. Itu pun satu jugak tak kawen tu. Ok aje dia dengan Acik-achik tu semua. Masa tak Covid, banyak jugak tempat-tempat pelancungan Negara Islam derang pergi. Turki, apa tah yang kia-kia tu yang ada salji-salji tu semua derang pergi. 

Ya Mulut achik memang jahat, tapi ko join derang nak membawang ka? Sekadar nak isi masa lapang je, kan? Membawang tu selingan, kalau kau amati aktiviti mereka banyak juga yang berfaedah--kadang achik buat charaty Run, Kitar Semula, macam-macam yang mendekatkan diri dengan masyarakat. I believe no man is an Island. Kena campur masyarakat. Mak selalu pesan jangan jadi kera sumbang. Menyumbanglah untuk kera di hutan walau anak di rumah mati kelaparan. Itu saya yang tambah, nak bikin gaduh-gaduh dengan mak. Saya? Sehari tak gaduh dengan Mak, tak sah. he he

******

Ni ea antara benda yang kwan tak ble masuk dengan Achik

1. Aku boringlah asyik cerita pasal anak derang jak

2. Boringlah asyik cerita pasal laki dia

3. Boringlah asyik cerita pasal yang tegangkan muka yang dah berkedut

4. Boring

5. Boring

6. Boring

7. Boring

'

'

' Boring till the infiniti he he

HUrmmm sumernya yang boring----paling boring dapat acik yang baca marhaban paling meleweh-leweh,kan?---Saya fikir balik, life saya nak ke mana lagi. Apa kekuatan saya? Masak-masak,kan? So tempat mana yang masakan saya dapat perhatian kalau tak kumpulan acik-acik ni? Mungkin kawan ada kekuatan lain. Kekuatan dia tak ngam dengan perkumpulan achik, sebab tulah dia tak mau masuk geng achik. Saya ni pulak dari sekolah lagi kengkawan dah nampak watak achik in me. I bukan Pre Madona, I achik. Kesian, umur 15 dah dapat watak achik dalam drama sekolah. So, why susahkan otak nak main watak puteri kayangan, kan? We play the part which is easy for us to play. 

Shakespeare kata hidup ini pentas drama. Apa lagi dia cakap saya lupa. Saya cakap, bila dah pentas tu, amik watak yang senang-senang kita nak main jak. Hidup ini terlalu singkat untuk kita sesak-kan kepala otak dengan nak main wayang yang langsung tak ngam dengan diri kita. Puteri Langitlah, Puteri Bulanlah, semua kau nak pulun, puteri hajeee, tak padahal, nak dapat 10 like pun semput---macam-macam,kan?

Penyakit Dah Habis----

Sambung dari cerita yang lepas. Saya sangka saya akan stress sampai malam besok, tapi tak sempat nak stress pun, kengkawan lain dah amik alih. Itulah untungnya kita berkawan dengan semua jenis orang dan tidak hadkan berkawan dengan orang-orang yang kita suka aje.

Contoh, saya introvert, kalau kau suruh aku buat event memang ke lautle jawabnya. Mencadang pandai. Kawan saya ni pula extrovert gegediks, memang sesuailah kalau bab melayan itu-ini, promo sana promo sini. So I just put a jemputan dalam FB page kami, the rest derang sambung apa-apa yang patut. 

Sebenarnya nak cerita pasal ada sorang kawan tu, saya fikir sure iyalakan, dah umur-umur macam gini dia minatlah nak join-join tahlil bagai ni. Tak sangka pula dia sort of like offended gitu. haish--- entahlah manusia ni lelain, kita tak boleh nak samakan dia dengan kita, kan.

Like myself, saya ni seorang yang kuat jeles tau! itu pasallah sebona ea aku tak belaki, aku takut sakit paranoid aku datang balik. Iyalahkan, kita kan feefeeling nak kawen dengan Henry Golding. Surele ramai pesaing. Saya fikir macam orang gila begini. Besok katalah dah kawen dengan si Golding, ni, surela dah kalau islam tu boleh kawen 4 apa? Sure mesti punya ada yang mengendeng nak cukupkan lago 3 kouta yang kosong tu,kan. Kalau laki aku setia pun, kalau penyakit aku dah datang, hurm dia apa peduli---pulak tu ada pulak dikalangan peminat laki aku tu, pempuan gila macam si Husna---allo Fika yang vavavoooommm dan sihat lagi normal tu pun boleh naik sewel dikerjakan siHusna, apalah pulak saya yang sedia-sedia dalam badan dah ada history, paranoid menari-nari dalam pembuluh darah. 

Berbalik pasal cemburu, yang paling saya cemburu bukanlah si Husna---buat habis karen jak eehhh cemburu dengan orang macam tu. Kau nak sangat si Syah tu, amik jak aarrr---, tak kose aku nak berebut dengan kau! Saya cemburu saya mudah aje, saya tak boleh tengok orang pandai dari saya. Dululah sekarang dah tak lagi. Dah tua,kan. Lagi pun dah kompem aku ni memang pandai apa? Otak pernah kena karen pun masi boleh tamatkan pengajian hingga ke master, kome tak pernah terkaren pun nak lepas SPM pun ada yang mengah-mengah. Dah tua ni jeles kita tak lain dan tak bukan iyalah, jeles, nak juga kalau mati besok ramai orang solatkan kita, ramai orang sedekahkan pahala baca quran/alfatihah sama kita.

Pemergian rakan saya yang lalu memang buat saya sikit jeleslah---tengok dalam VC, wife dia dengan anak, senyum dan tenang aje. Masa covid-covid, kutipan derma kematian jak almost 10k. tu kutip dlm seminggu jak. Orang tak covid, beriya panggil orang tahlil, doa selamat, buat kenduri, beliau tak payah itu semua, kawan dari serata pelusuk negara datang baca dalam sidang video. Ada yang dalam kereta, ada yang kat airport nak pigi mana aku tak tau. Ada yang diperantauan, semua ada.

Begitulah bendanya yang dicemburui oleh saya___

Korang cemburu apa eaa? Cemburu tengok rambut kawan kau masih hitam likat, ikal bergelombang ka? Atau kulit mukanya yang glowing, langsung tak ada kesan penuaan? he he---

Tak kisahlah, janji kita ada benda untuk dicemburui dan menggapai apa yang kita cemburukan dengan jalan yang positif.--- Ada dua cemburu yang disukai Tuhan, cemburu pada orang yang berharta dan rajin bersedekah dengan kita berusaha keras untuk jadi macam dia jugak, hat lagi satu cemburu, makcik dah lupa dah. Auntie kena google lah pulak yerk___cemburu dengan orang yang berilmu---

Oklah tu,kan apa cemburu dengan orang kulit muka glowing tu salah? Eh kamonle kalau muka dia glowing semula jadi, bukan cucuk sana-cucuk sini, apa salah kita belajar gak macam mana nak glowingkan muka yang dah kusam tu. Hah ada orang rahsia muka glowing sebab air sembahyang. Betul ka air sembahyang semata-mata? Ada jugak orang yang sembahyang sampai lebam-lebam dahi, tapi kita nak tengok muka dia pun menyampah. Ada apa? So, tak rasa,ka selain dari air sembahyang tu ada rahsia disebaliknya? 

Cemburu yang tak baik, cubalah kita jauhkan sama sekali,lah,kan. Kalau cemburu tengok kawan yang telah pergi, dihadiahi dengan doa dan ayat-ayat suci Allah, rajin-rajinlah sedekahkan ayat suci pada diri sendiri dan sedara/tok nenek/ kengkawan yang telah pergi. Ni nak tunggu mereka menjelma dalam mimpi kau baru terhegeh-hegeh nak amik yassin bacakan utk mereka? Lebih malang lagi bangkit tidur pun subuhnya,  subuh gajah, nak baca alfatihah pun tak sempat, macam manakan? Lepas tu komplen kat ustaz napa sipolan-sipolan asyik hadir dalam mimpi saya?

Hah gitu. okle pen-off dulu.

Sunday, July 4, 2021

Tak Penyakit Pi Cari Penyakit----

Minggu lepas kami dikejutkan dengan pemergian kawan sekolej dulu. Nak kirakan kawan ni jeneh yang tak "berjaya"lah. Kije bank baik-baik berenti. Semasa hayatnya kalau dia post apa-apa dalam group, tak de menyaut--- like pun idak. Tetiba dia pergi---wah riuh rendah pulak berkicau. Orang dah tak de baru nak bising, masa idup kau buat tak kisah jak---

Saya pulak yang naik hangin satu badan. So saya PM individu berjaya yang "rapat" dengan saya, cadang buat tahlil secara maya. To my surprise, derang sokong, tapi suruh saya suggestkan dalam group. Well saya ni pernah jadi representative mereka, so I know "kekuatan" kami dalam nak negendali hal ni. FYI, masa dulu bab-bab benda kerohanian ni Arwahlah yang menjuarainya.

So I go to a bigger group. So when you talk to the rite group, sekelip mata jak apa yang kau mau jadi kenyataan. So, Sabtu lalu berkumpulah kami seramai 50 something dalam majlis tersebut. Okla tukan---Usai majlis ada pulak komplen terlepas-bas.

Yang aku ni lagi satu gatal tangan dok suggest, buat lagi sekali kali ni "apa kata kau yang lead"---aduhai sekali lagi ndak ku sangka bukan dia sorang tertinggal, bas. Ada lagi dua tiga kerat yang ketinggalan jugak. Dia pulak kata ok--- Masalahnya, dah dia kata ok, kena susullah pulak bila dia free, kan. Hadooiiii satu kije. Makwe bukan kaleng-kaleng individu. Ketua Muslimat PAS tu.

Seriusly aku ni tak de stress jadi stress pulak memikio apa nak ayat si Ketua Muslimat ni nak dapatkan tarikh dia free tu. Sebelum tu dah stress nak kompem balik platform yang kami guna still terbuka lagi ka idak. Settle sebab si penganjur masjlis yang lepas masih berbesar hati membuka talian untuk kami. Ni no 2 Stress nak dapat tarikh Mak Imman. Penganjur dah tanya pulak "bila nak buat tu?" Iyalahkan, Ketua Muslimat PAS tu--- sapalah yang tak teruja menyertai Majlis Tahlil yang dikepalai orang-orang penting Negara, kan? (owh by the way saya mengusulkan bacaaan Yassin Wanita) Ni budaya orang kampung biasa, ada Yassin lelaki, ada Yassin pempuan. Kami x campur tu. 

Lepas stress no 2, tu, ada lagi satu stress, nak mengayat message jemputan di Group pulak. Seriusly saya bab-bab macam ni memang kalau boleh tak nak terlibatlah. Tapi yang ko pigi gatal tangan type-itu-type ini. Padan muka. Inilah padahnya bila jari-jemari lebih laju dari otak. Penyudahnya aku rasa seminggu ni nanti aku akan menanggung stress yang sengaja dicari-cari.  

Friday, July 2, 2021

Krisis Norma Kerja Baharu 2

Sapa kata berkurung tak jumpa ofis mate, aktiviti pembawangan terhenti secara total? Tula, kan, bila disuruh kerja online, masuk virtual meeting stress sana-stress sini. Tapi bila membawang online hidup, segar-energetik pulak rasanya he he he---

Kebetulanlah kami ni agaknya senasib, itu yang sedap membawang tu. Idaklah membawang mengata orang, just bercerita bengang bila bos push-push kita as if macam kita tak reti meet the deadline. Kita taula atur kerja kita, kita bukannya budak-budak sekolah,kan?

Myfriend tanya amacam "ok tak?" 

saya reply "Kalau tak ok dah lama pencen option"

Kami gelak-gelak, sebab dia pun rasa macam nak pencen option juga. Saya cuma joking aje pasal pencen tu. No way saya nak pencen, pun. Apa ada pasallah kita nak pencen pasal kerenah sorang dua bos yang kekwat tak bertempat tu, kan?

Lepas tu perbualan berkisar pasal benda nak buat jika berpencen awal, atau lebih dikenali sebagai pencen option. Dia pulak yang lebih-lebih cadang saya buat itu ini. Well none of her cadangan menarik perhatian pun. To her I gini-gitu, I should to this and that.

I just told her I baru tempah ada satu apartment area-area dekat Alamanda, tapi tak pastila dapat ke tidak. Kalau permohonan saya berjaya, rugilah jika saya pencen option. I cakap lagi saya nak duduk di situ dan kerja mandi-mandikan kucing kat kedai pet, or klinik haiwan, or mungkin juga kat pet shelter.

Korang besok pencen nak buat apa? Mesti dah berangan nak jaga cucu,kan. Dapat menantu macam hantu, control anak kau, sampai nak jumpa cucu setahun sekali pun payah. Padan muka kau. Tulah jangan eksen mencemuh orang yang single-mingle ni sunyi sepi, calon mati cepat, atau calon mati bunuh diri sebab tak tahan sunyi sangat he he he----sekurang-kurangnya orang single ni dah ada plan dan plan dia simple-simple, releks dan tak semak otak. 

Tak macam korang yang feeling-feeling, kunun kawen besok laki/bini sayang, dapat anak, anak sayang. Mengharap orang lain yang akan bahagia,kan kau. Ko fikir kau ada power, ubah orang ikut kehendak kau berkasih sayang menuju ke jalan yang benar? Hello brader, hello sistur nabi Luth, nabi Nuh pun gagal bawa bini dakwah anak-bini dia, tau--- Dan mutahir ni, banyak kisah orang ada laki/bini, keciwa, murung dan sedih sebab laki/bini buat hal. Murung dan sedih sebab anak tak reti-reti nak balas jasa dan pengorbanan yang ko dah tabur selama ini.