Hari tu, nak kata saya sentap, tidak juga tapi ntah kenapa
macam saya rasa bengang gitu, bila kawan-kawan sama bikin A-Level dulu pos
tazkirah bubuh budak mata satu sebagai hiasan ntah-apa-apa hiasanlah dia nak
buatla dalam group watsap. Saya cukup tak suka kalau orang pos gambar bayi mata
satu lepas tu suruh kita taubat.
Saya tanya balik what if tak kiamat-kiamat? Mengikut
perkiraan saya, dunia kapitalis masih bernyawa lagi, jika jatuh pun, kita perlu
harung zaman post-kapitalis. Mereka balas sekadar ingat-mengingatkan saja. Saya
kata kalau begitu kenapa harus disertakan gambar bayi mata satu itu? Mereka
diam, marah, benci, ntahlah saya tidak kisahlah.
Itu mereka, ini saya. Kalau pun besok kiamat, saya mau
belajar, mau mendalami budaya kapitalis. Senang saya bayang kalau
post-kapitalis nanti bagaimana. Minggu ini kawan FB saya marah-marah. Saya
tanya dia, marah siapa? Lepas tu dia keluar update yang dia marah adalah sorang
professor tu. Saya follow sekejap Professor tu, nampak Professor kata lagi
sedekat lagi orang Palestine akan tawan semula bandar mereka. Kalau pun kiamat
dah nak dekat saya masih juga nak tulis share di sini pasal cerita kapitalis
yang saya belajar pada trimester yang lalu. Tapi nantilah saya tulis. Hari ini
saya tulis pasal kawan FB saya.
Kawan kepada kawan FB saya yang marah ini ada tulis buku
baru sempena Pesta Buku Antarabangsa yang sedang berlangsung sekarang ini.
Professor itu kata buku kawan dia itu lucah. Kawan FB saya kata jangan simply
kata lucah, baca dulu. Saya api-apikan dia suruh dia bukukan plak hasil kreatif
18sxnya. Kawan saya punya certot 18sx lagi best dari cerpen-cerpen underground kawan dia. Tapi saya kata lu
fikir sndrilah, sebelah badan lu kata lu tak suka polemic, kalau lu ikut cakap
wa, lu berenang longkang polemic sorang-soranglah, wa tak nak teman lu berenang sama. BUSUK! Professor itu
balas balik buat sang arjuna yang kuat melenting/melompat, nanti dah tua renta
kau menyesal yang anak-anak kau bobrok. Aku tak nak ramal cerita akhirat, nanti
kau kata aku ghairah nak jadi tuhan. Lepas tu kawan update FB, kata dia dah
jadi pakar ramal kaji cuaca jer.
Hingga Jumaat ni ramai juga yang tidak senang dengan
Professor anti-lucah itu. Hari ini saya tak pula mengintai lagi dinding
Professor anti lucah tu. Malas. Biarlah dia orang. Bila Professor sama Professor bergaduh kita jangan masuk
campur. Saya cuma nak cerita yang saya sudah tempah 3 buku yang dikatakan lucah
itu. Kenapa sampai 3? Saya tempah 1. Tapi penjual kata kalau 1 RM31, kalau 3
RM50. Tiga dari penerbitanyalah. Dalam sana ada banyak buku mereka jual. Ada
juga judul yang saya sudah ada atau sudah baca. Oh btw, saya tempah melalui
watsap penerbit buku yang dikata lucah tu. Saya kesian. Dia bebetul berusaha
menjual buku-bukunya. Ada juga berkenankan buku dari Indonesia, tapi dia cakap
buku Malaysia jak, 3 RM50. Buku Indon tak masuk. Alamak….
Jadi saya belilah 3 dari judul yang sama. Saya tau dalam
opis ni di KK ini ada yang teruja nak baca, tapi tak sanggup nak simpan, mereka
nak pinjam aje. Saya tau sebab saya sudah tanya, “Mau ka buku kuning in?” Jawabnya
“Ndaklah. Saya pinjam saja, boleh? Kalau ko sudi kasi pinjam” Jadi saya beli 3
bolehlah kami baca serentak. Saya juga sudah carikan rumah untuk 2 lagi buku
tu. Tapi di semenanjunglah. Saya akan bawa pulang semula buku-buku itu ke semenanjung
bila cuti Raya Aidil Fitri nanti. Saya sudah watsap kata “kamu jangan beli
sebab saya sudah belikan untuk kamu”
1 comment:
Bitcoin miner real income BTC
https://www.startminer.com/2285566
Post a Comment