Antara hujah pengikut DSAI untuk menafikan dakwaan Saiful
Bukhari yang DSAI telah meliwatnya tanpa kerelaan dirinya, ialah Saiful muda,
DSAI dah tua, takkan Saiful tak berupaya untuk mempertahankan maruah diri. Lama
perkara itu berlegar-legar sehingga Pendakwaraya tampil memberikan penjelasan
kepada perkara ini semalam di Mahkamah. Saiful mangsa penderaan seksual
majikannya sendiri. Tak usahlah saya nak ulas panjang-panjang pasal ini. Yang
saya nak cerita ialah keterkejutan saya bila DSAI kata penghujahan pihak
pendawaraya tak lebih untuk bangkit ghairah pihak-pihak tertentu. OMG OMG….
Sungguhnya bagaimana Datuk Shafiee sudah bertukar jadi
penghibur porno. OMG OMG…oh itukah dia taste orang intelek Malaysia. Boleh
terangsang dengan prosiding pendakwaan di Mahkamah. Mmmmm patutlah tak boleh
baca buku cerita yang tak bertapis.
Barulah saya yakin, memang kerajaan wajib berbelanja untuk kawal, pantau
lambakan bahan bacaan di pasaran. Tak sangka orang bijak-pandai-pemikir ulungan
dunia ini yang tinggal di bandar ini cepat terangsang rupanya. Iyalahkan kita
ni manusia tak sama. Kita orang kasta rendah duduk di kampung dah biasa tengok
anjing, kucing, babi, kambing segala bagai haiwan mengawan, dan kita tau
manusia pun macam itu juga tinggal tak buat kerja tu bersepah macam binatang
jadi kita dah tak heran.
Saya masih ingat masa musim durian, kami tidur berhimpit di pondok
dengan sepupu-sepupu lelaki. Rumah nenek, jambannya luar rumah. Oklah tu ada jamban, sebelum tu, memang tak de jamban, memerut kat tempat khas...yang dipagari pohon mengkuang. Hah mengkuang yang gemuk-gemuk itulah kami proses daunnya untuk tikar menjemur padi, bakul junjung isi padi. Ok berbalik pasal qada' hajat yang dah tak berjadual ni lagi penangan jadual makan pun dah jadi huru-hara bila dah berkumpul beramai-ramai. Nasib tak
baik memang malam-malam sakit perut, sapa lagi nak teman kalau bukan sepupu
lelaki,kan. Tak jadi apa pun. Teringat
pula dulu mak-mak sidai kain berkemban. Seingat saya tak de dengar pun kejadian
rogol di kampung.
Lalu saya teringat tika saya mengulang-kaji peperiksaan
Sekolah Khas Agama Negeri Johor, sedara kepada sepupu saya dari Bandar tumpang
baca kitab kami, dia bekelaluan pelik bila tiba bab yang kata “dibolehkan suami
______ biji________ isteri jika itu sahaja caranya untuk siisteri ___________. Sikit
lebih kuranglah gitu, ntah saya tak ingat. Baru saya tau, dia terangsang
rupanya.
Betullah manusia ada pelbagai ragam. Ada tu baca kitab fekah
pun boleh naik steam. Apa tah lagi baca novel macam the Wedding Breaker oleh
Everlyn Rose,kan. Aku Budak Setan oleh Akhdiat Akasya. Patutlah menjerit mau
bahan bacaan ditapis. Kita ni plak kawan, pun dengan kengkawan serupa kita ja. Kataklah katakan. Katak yang malas nak merayap keluar dari tempurungnya.
Masalahnya sekarang adakah kerajaan punya bajet lebih untuk
itu? Implikasi kewangan, kos melepas. Orang yang serupa mana pula yang nak menapisnya. Ya semalam aku memang
gian nak duduk kat jabatan tapis-menapis, tapi hari ni, kalu ko suruh aku, duduk
di situ, aku pun dah mula jadi takut nih. TAKUTnya. Dengar prosiding mahkamah yang
pada saya lebih kepada menjurus ke arah teori psikologi, pun boleh naik steammmmm
LAAAARIIIIIIIIII.
Kalau sayalah menteri kewangan, kalau betul ada duit lebih
baik ku bagi kat Jabatan pendaftaran Negara untuk buat belanja daftar anak-anak
tak bernegara itu, kat Sabah tu supaya mereka boleh dapat kemudahan asas
persekolahan. Nak menapis bahan lucah. Ada sapa nak? Eh tak nak se. Takut.