Sunday, March 2, 2014

Ubat Orang Panas Baran



Saya ingat dalam yahoo aje yang heboh pasal Sharnaz Ahmad, ropeny sampai ke dalam TV dan FB sekali ada cerita pasal dia. Yahoo ni memang dia kalau cerita pasal yang tak brapa bagus sangat pasal Melayu dia memang cepat aje dan Sharnaz adalah contoh artis Melayu yang tidak berapa baik akhlaknya.

Shanaz, kalau kita tengok kadang-kadang tu serope macam orang gila pun ada. Emotional. Saya pun merupakan seorang yang emotional dan memang selalu kena dengan mak. Bukan mak tak boleh terima saya seadanya. Tapi mak tau perangai begitu tidak dapat diterima dalam masyarakat Melayu yang terkenal dengan sopan budi-perkerti leluhur yang tinggi.

Ok tinggalkan cerita pasal Melayu yang luhur ini, janganlah kita asyik nak mengata orang yang tak sama dengan kita itu. Mari cerita pasal saya yang boleh beradaptasi dengan baik bersama dengan orang Melayu yang leluhur ini. Proses ini tidaklah berlaku dalam sekelip mata, begitu sahaja. Ianya mengambil masa yang cukup lama dan panjang dan saya masih berusaha keras memperbaiki akhlak agar diterima dengan baik walau di mana saya berada.

Saya tidak malu untuk menyatakan di sini, saya pernah jumpa orang alim untuk mengubat peragai saya yang emotional itu. Ketika itu saya berusia lewat awal 30an. Salah satu petua yang diberi ialah membaca penghulu istigfar setiap pagi, selain dari kita celik mata kita baca doa bangun tidur dan sebelumnya itu kita baca doa tidurlah,kan.


Apa pun sikap yang tidak disenangi masyarakat ada ubatnya. Setiap rungutan masyarakat adalah untuk kebaikkan kita juga. Saya percaya jika kawan-kawan redha dan sayang, itu tanda Allah turut menyangi kita.

1 comment:

Anonymous said...

nak tegur sikit, kalau buat macam ni tidak ke mengumpat? takut berdosa pemilik page tanpa sedar.. betulkan jika saya silap.