Saturday, January 29, 2011

Pink - Fuckin' Perfect with lyrics



First time dengo lagu ni memang rasa dag dug dag dug yang panjang...Masyaallah, astagfirullah panjaaannnggg. Kalu zaman saya dulu memang dah kena ban lagu macam ini. Namun saya tenang kembali sebab budak ini jaman tak faham bahasa Inggeris.

Overall saya suka dengan ketelanjangan bahasanya, ada sikit meradang dan garang. Saya tak malu mengaku saya suka gaya terus terang macam ni. Walau bahasanya agak kasar dan menyinggung perasaan mat dan minah bunga kita. Tapi pada sayalah kalu buang "fucking" itu lagu ini akan jadi sangat perfect untuk ditujukan pada seseorang sempena hari valentine????? sempena HARI FRINJAN untuk cikgu2 Frinjan.

Kadang-kadang guru kita memang. Kerenah kita yang hapa-hapa tah boleh memaksa guru kita mencarut dan memaki-hamun. Mujur kawan-kawan saya di MMU ini rata-rata bolehlah tidaklah seteruk kawan-kawan saya masa sekolah agama Johor dulu... Johor oh Johor... Memang belajar agama ini memang ujian, ujian pada pelajar dan pengajar. Belajar Agama memang kalu memang guru yang passionate senang nak naik darah boleh menjeritkan perkataan yang kreatif-kreatif seperti "Bangkai beranyut". Guru saya akan memekik bangkai beranyuuuuuuuuutttt. Dia punya mad arid lissukun tu bergantung kepada darjah ketololan kami. NOSTALGIA...NOSTALGIA.

Looking, browsing through the internet, blog yang kecek pasal politik..memang kita akan berangan sebentar kalu ada akademi blog politik mestikan cikgu dia mesti yang macam sewel-sewel sikit. Sesekali kalu banyak budget mesti depa undang Pink jadi penceramah jemputan.

Bukan cerewet, bukan dendam, cuma tak yakin aje

Menarik juga baca blog-blog politik ni especially masa PRK ini. Sama ada betul atau tidak kita tak payahlah amik port sangat pun. Macam-macam cerita ada. Serangan peribadi itu memang sudah lumrahlahkan. Dari satu sudut bagus juga, supaya sapa yang nak tawar diri jadi wakil rakyat/law maker ukur baju di badan sendiri. Secara automatiknya kita sebagai pemilih berhak dapat lawmaker yang senonoh bukan main tangkap muat aje.

Ada satu kempen kata kunun Haji Hadi melalui Hassan Ali secara sulit minta ahli PAS sokong UMNO bagi men”gajar”, mengejutkan Nik Aziz yang tengah leka dan lena dengan puja-puji melambung-lambung pihak yang sebenarnya mau ummat Islam jadi less Islamik. Mungkin hanya rekaan aje. Jika Haji Hadi bersikap demikian, maksud saya jika apa yang saya baca itu memang betul, sohih bukan rekaan, memang saya gembira. Samalah kita (saya & Haji Hadi).

Bagaimana saya mau pilih jika calon yang dihadapkan suaminya sakit, anaknya pun kata mengidap gangrene yang memerlukan amputation sebagai jalan penyelesaian. Bolehkah dia focus pada pekerjaannya barunya sebagai Lawmaker sedangkan dia hanya guru pendidikan Khas sahaja, berbanding pula lawan beliau yang memang seorang ADO yang kalau orang kata ADO ini kaki tidur, kaki malas, orang mai ADO tak pernah nampak, sekurang-kurangnya ADO yang bergred M44 memang didedahkan secara sistematik akan urus tadbir kerajaan. Mereka memang peka akan undang-undang. Isterinya mungkin tembun tak cantik, dah beranak 3 mungkin dah grip dah tak seperti dulu, nanti bila kasi dia jawatan lebih dia akan mungkar dan curang. Itu perkara, perkara ghaib yang bukan dalam pengetahuan kita yang marhean ini. Maka tidak bolehlah dituduh kita ini akan dibakar di neraka kerana enggan menerima calon yang anak dan suaminya sakit.

Bercakap macamlah saya ini pengundi di Tenang. Namun itulah dia serba sedikit pertimbangan yang akan pengundi ambil bila mereka memangkah parti bukan Islam. Bukan kita tolak Islam, tapi kamu tidak yakin dengan calon yang diberi. Bila Allah beri Muhammad, beliau yang ketika itu berumur 40, walau tidak tahu membaca, beliau bukan sahaja lelaki yang kacak, tapi sudah mencatat rekod sebagai usahawan yang berjaya dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh melalui modal isteri beliau Siti Khadijah. Isterinya walau orang kata lebih tua dari beliau, sejarah tidak menunjukkan beliau seorang yang sakit-sakit bahkan dalam ramai-ramai isteri (setelah kewafatan Khadijah) yang ada beliau seorang saja yang bertuah memberikan zuriat pada nabi, selain dari budak hadiah dari Puak ntah saya lupa…Mariah apa tah. Mariah, satu-satunya wanita yang nabi yang dijatuhkan talak ke atasnya. Tak betullah ye kalau ada orang bersangkaan yang seumur hidupnya Muhammad tidak melafazkan talak.

Sakit-sakitnya Khadijah hanya selepas Nabi di utus Allah untuk menyampaikan risalahNya. Menyeru puak jahilliah yang jauh menyimpan untuk kembali kepada Allah. Bayangkanlah jika Khadijah yang segak dan bergaya itu pun boleh sakit-sakit selepas dilayak sedara mara yang lebih selesa menyembah patung dari Allah yang maha esa, bagaimana pula keadaannya dengan pasangan yang memang sudah disahkan doktor mengalami depressive disorder. Tidakkan kejam namanya kalau kita tugaskan pasangannya jadi Lawmaker untuk bertarung dalam state Assembly membawa risalah Islam.

Orang kata kerja Lawmaker ini senang yeah. Senang ka? Wat if usul itu tidak menyebelahi Islam. Buleh anda lawan dengan serang-serangan peribadi, ko ada pempuan simpan, ko ada bela pelacur, ko bocor, ko kafir, ko kaki judi, ko alat Amerika, ko perompak harta rakyat bla bla bla… Tidakkah itu kebudak-budakkan dan nampak tidak cukup ilmu? Kita sudah tengok Cikgu Mala bersilat mempertahankan MC 21 hari yang diberikan pada suaminya…. Sudahlah rasa macam mau keluar muntah hijau. Belum lagi hentak dia dengan …. Nanti ntri akan datang saya nak bagi Cikgu Mala jawab soalan Mock subjek Company Law saya. Barang diingatkan soalan yang akan saya uploadkan pada ntri akan datang hanyalah untuk budak-budak Accounting yang amat superficial lagi kulit semata-mata.

Monday, January 24, 2011

Akibat Gemuk

Semalam saya menyelak sikit pasal Amerika yang dah gemuk. Dalam dunia moden, dunia selepas perang Salib dunia selepas Eropah melepasi zaman gelap kita. Alam perniagaan jadi lain, jadi kompleks di mana jika anda berniaga, perniagaan anda dan anda adalah dua entity yang berbeza. Syarikat anda menjadi a corporate body that can sue and be sued under its own name, can have its own property, have a perpetual succession, antaranyalah tu. Maksudnya di sini, bolehlah anda menanggap, Syarikat itu sebagai orang lain yang bukan anda, walau andalah pemegang saham terbesar Syarikat tersebut. Orang baru yang anda lahirkan bila mana SSM keluarkan sijil pendaftaran syarikat.

Pelik tapi benar. Iyalah macam itulah benda pelik yang dicipta oleh English Common Law. Syarikat-syarikat inilah yang kadang itu yang jahat. Macam Perwajakan asyik malas, asyik skandal itu pasal rugi juta-juta. Bukan-bukan-bukan, bukan CEO dia yang malas. Tak, Perwaja yang malas, tapi kuat makan sampai gumuk gitu, sampai Kerajaan kena masuk campur untuk buat liposuction pada Perwaja. Bila kurang gemuk harapannya dapat menarik pelabur baru dan seterusnya berdaya saing dalam pasaran.

Ok berbalik pasal Amerika yang dah gemuk dan yang dah tak cantik lagi tu. Hari ini bila saya buka mail, saya satu lagi kisah yang akan bikin Amerika jadi bertambah-tambah “sakit” rentetan dari tidak mengawal pengeluaran senjatanya sendiri/ tak mengawal berat badan syarikat-syarikat senjata yang ada dalam Amerika macam SSM mengawal berat badan Perwaja. Bila dah keluar senjata bebanyak dan dalam keadaan sekarang orang dah nampak tak ada faedahnya berperang, sudah tentulah senjata sudah tak berapa diperlukan sangat lagi seperti zaman-zaman perangang Vietnam, perang Afganistan, perang Iran-Iraq. Kini cuma tinggal perang Palestin-Zionist aje yang masih belum tamat. Adalah sikit2 Osama Ben Laden, lanun Somalia. Lanun Somalia, tentera Laut Malaysia dah Kawteim dan dengan kepakaran pendakwah-pendawah Malaysia ini sudah tentu Somalia dah tak nak melanun lagi. Iya buat apa nak jadi lanun, kalau boleh kerja lain, masuk frenchise Jambu 88 ka. Jual jambu tepi jalan lagi hensem tau, dari perang-perang, jadi lanun. Modal murah aje. Orang Somalia mesti suka makan Jambu yang sedaplah. Jadi, kalau satu dunia dah pakat-pakat nak berkawan dan memanjangkan salam friendship dengan meniaga, sapalah yang nak pakai senjata Amerika tu? Buat sikit-sikit untuk Zionist dengan orang Palastine aje cukuplah tu.

Cuba anda bayang juga tetiba aje Zionist cakap ala malaslah dah nak bedil Palestine lagi. Penat berperang ni. Dari berperang baik bikin karipap ayam, kueh apam daun rambai, makan pun sodappppp. Anak dara, orang bujang Palestin ni pun ramai yang cerdik-cerdik dan hesmen, lawa, bikin dari dibunuh di bikin menantu ada pekdahnya. Bayangkan ajelah, tapi itu memang tak mungkin akan berlakulahkan. Kalau depa dua berhenti berperang, aduh makin parahlah Amerika, sapa nak boli pistol, senapang ntah apa-apa tah senjata canggih tu? Makin ramailah orang Amerika tak de kerja. Bila tak de kerja, berangan sampai paranoidlah mamat minah kat sana tu. Senjata plak banyak yang dah tak laku, itu yang dok bertembak sesama sendiri tu.

Bila dah tembak rambang, masuk court, lawyer plak kata tak boleh gantung aje dia nih, sebab dia sakit mental, kena masuk wad mental dulu…pergh…aduhai Lawyer, ko ingat ubat sakit mental ini murah ye? Dari diubat baik gantung jah orang yang memang dah sewel lagi dah rosak otaknya. Ko ingat buleh baik ka orang yang macam ini. Memanglah buleh baik, kalau makan obat, kalu esok lusa dah balik rumah sendiri, ko nak antar misi sampai rumah pantau dia makan obat jugeeerrr keeerrr? Namun kalau diberikan hukuman mati pada orang macam ini tak berperikemanusiaanlah pula, kan.

Itulahkan Amerika ini dia sibuk suruh rakyat dia kurus, sepatutnya dia patut lebih sibuk menyuruh mana-mana syarikat yang dah gemuk tu kurus juga. Jangan suruh orang aje kurus, Syarikat pun kena kurus juga, barulah tak double standard. Kalau double standard nanti orang marah, orang dah tak respek, ko cakap pun orang tak moh dengar dah, macamlah doktor gemuk yang suruh, nasihat pesakit dia kuruskan badan…. Macamlah pak imam, ustaz-ustazah yang suruh orang sembahyang, tapi anak dia sendiri jadi penyanyi yang isap dadah. Orang sembahyang ada hisap dadah ka?

Sunday, January 23, 2011

Amputation

“Even though a company has perpetual succession, bad management, poor planning, wrong decision, economic turn down will result the winding up of a company. One way to ensure the survival of the “sick” company is via capital reduction. That is to say under a certain circumstances related to the going concern of the company, section 64 of the companies Act 1965 giving an exception to a fundamental rule whereby once a capital was raised, it cannot be reduced. SSM have set up a committee to review the section 64 of the Act to balance up the need of protecting creditor without burdening the company with unnecessary procedure and cost.”

Ini part of my report write-up pasal capital reduction. Dulu masa saya kekecil, eh remaja ntahlah memang saya suka kalau syarikat macam Perwaja Steel tu mampus aje. Diistiharkan gulung tikar. Asyik skandal, skandal, skandal aje kan baik tutup ajelah. Tapi syarikat gergasi seperti Perwaja, Proton, MAS, PETRONAs itu semua-semua nyawa memang liatlah sebab dilindungi kerajaan. Walaupun Tun Mahathir dah tak ada, pewaris kepimpinan BN akan memastikan syarikat-syrikat ini kekal ada sampai bila-bila semampu yang buleh bertahanlah.

Perwaja telah diselamatkan melalui pelupusan rugi berjuta ringgit melalui kaedah “capital reduction” ini. Idup lagi ka Perwaja ini, apa khabar adakah macam dulu juga atau pun sudah insaf macam Lotus dan mula mengorak langkah untuk mempastikan untung dapat diraih, tak kuasalah saya nak tau sangat, sebab saya ini dah opt skim pencen. Kalu KWSP tu, adalah juga saya perihatin nak tau, kut-kut syarikat-syarikat besar ini buat hal lagi. Iyalah yang banyak simpan saham dalam kompani-kompani haram jadah inikan KWSP. Kenalah kita bersusah-susah beli annuity luar incase kelembapan dan kemalasan syarikat-syarikat besar ini membuat untung akan menyebabkan KWSP pun lingkup sama. Paranoid. Ya memang paranoidlah ni.

Looking at the way politician kita berperangai, memang kita patut paranoid dan take care of our own business. Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Suka tak suka saya tak boleh lagi mengharap bila dah tua saya boleh goyang-goyang kaki macam nenek, pak cik dan mak cik saya dulu-dulu. Nasib saya mungkin tidak sebaik generasi terdahulu yang boleh menghabiskan sisa-sisa hayat mereka tenang-tenang beribadat di pondok. I’m seeing myself akan berkerja sampai nafas terakhir. Kalau tak sakit dan terlantar di hospitallah.

ii)
Ok berbalik pasal capital reduction, cerita ini bersambung pasal cerita East-India Company ini. Kenapa sampai gulung tikar. Wrong decision? Sebab peranglah. Perang dengan lanun, perang dengan Red Indian, perang-perang-perang, sampai penghabisan dah habis perang tak de duit plak nak bayar gaji askar. Ha ha ha…joking aje.. Orang kata bila company itu jadi bertambah besar memang kos mengurus itu jadi tambah besar, kerenah birokrasi lagi. Company yang sudah membesar itu sudah tidak efficient seperti company itu mula-mula beroperasi. Analogynya tengoklah orang yang gemuk Bila dah gemuk sangat buleh bawa maut juga. Jadi kena kurangkan beban. Salah satu cara mengurangkan beban ialah mengurangkan apa-apa yang patut, termasukkan mengurangkan modal. Macam cerita Perwaja inilah tadi tu.

Hari ini Obama pun pening kepala pasal company senjata di US. Apa Amerika nak buat? Buat bodoh ajelah, walaupun ada kemungkinan syarikat senjata Amerika ini boleh “memakan”* Amerika, sebab kalau tutup nanti ramai kena buang kerja. Kesian Obama sebab dia bukan Islam. Sebab kalu Islam dia buleh sembahyang Istiqorah aje.


* Industri sejata canggih “memakan” Amerika dengan membuatkan Amerika jadi sigemuk paranoid yang sangat hodoh lagi jahat dan gian melepaskan peluru sesat tanpa usul periksa pantang ada peluang lagi menghadapi pelbagai komplikasi masalah kesihatan yang rumit.

Saturday, January 22, 2011

Mau Standard tak?

Saya baru saja menyiapkan tugasan terakhir sebagai pelajar MMU. No saya tak akan sambung degree sebab cuti saya pun akan berakhir hujung bulan Mac nanti. It’s about the need for convergence, harmonization of an accounting standard through the world. Memang ada “real” need for the convergence due to globalization. I said “real” bukan tak real yang sengaja diada-adakan, pretentious lagi mengada-ngada.

Zaman hari ini memang banyak benda mengada-ngada yang sengaja diada-adakan untuk mengutip laba, keuntungan dan kepuasan peribadi. Self-fish? Ikut nafsu-serakah, tak ingat tuhan. Tak kisahlah. Penganut secular memang sudah lama merajuk sama tuhan lama dulu. Ada yang nak rujuk semula, ada juga yang mau terus merajuk dah tak kisah besok mati nanti kena bakar dalam api neraka. Oleh sebab sudah tidak ada tuhan, cuma ada manusia sesama manusia aje. Undang-undang sumer bikinan akal fikiran manusia.

OK berbalik kepada standard dalam perakuanan ini. Busisnesslah. Orang Inggeris memang handal dalam bidang business ini. Mereka tak sama macam Portugis. Mereka datang nak berniaga. Ratu mereka bukan kisah pun ko Islam ka, pagan ka, hindu ka, Budha ka, asal kita boleh berniaga, boleh buat untung kita boleh bersama. Freemason? Ada tujuan lain disebalik penubuhan East-India Company? Ntahlah. Saya lebih suka memikir East-India Company hanya sebuah badan perniagaan biasa yang objektif utamanya mau untung. Sultan Muhammad Jiwalah yang gatal-gatal tulis surat pada Sir Francis Light minta mereka campur tangan dalam urusan Istana.

Ratu England tidak pernah merestui permintaan Sultan Muhammad Jiwa ini, tapi Sir Francis Light yang memandai masuk campur dan natijahnya East-India Company untung besar. Ratu pun tak marah, yang penting saham dia dalam East-India Company melonjak naik dan tiap-tiap tahun dia dapat dividen yang bagus. Namun busisness mana yang akan kekal, penghabisannya East-India Company pun dah tak wujud lagi dah. Perang dengan Jepun dan Jerman menyebabkan kerugian yang penghabisannya membuat syarikat ini terpaksa gulung tikar.

Evolusi perniagaan moden bermula di England. Penyata kewangan, analisa semua bermula bila yang berniaga itu orang lain, yang keluar modal orang lain. Bermulalah ada ntah saya pun dah lupa apa dia, macam pihak ketigalah gitu untuk mengesahkan kesahihan pelapuran dalam penyata kewangan. Ini bagi menjamin pengeluar modal tidak tertipu manakala pihak yang “menjalankan” modal tersebut berlaku jujur dan berkerja bersungguh-sungguh untuk memajukan syarikat.

Hari ini cara pelapuran dan analisa kewangan jadi semakin kompleks dan ada bermacam-macam cara dan gaya orang melapurkan kedudukan kewangan mereka. Bila kita mau menjemput orang luar melabur, cara yang paling baik ialah memastikan apa yang kita lapurkan adalah real dan boleh dipercayai, bukan sebarangan pelapuran yang boleh dipetik-petik dari langit. Dengan kemudahan internet, lagilah pula, orang dari mana ntah sapa-sapa tah boleh melabur dengan sapa-sapa tah, walau tak pernah jumpa bersua mukapun boleh bikin business deal yang kemudian harinya akan mendatangkan sama ada laba atau rugi.

Sapa mau rugikan, jadi sebelum melabur kenalah tilik betul-betul, boleh jalan atau tidak, sungguh bagai dikata bagus sesebuah perniagaan itu. Jadi cara menilik ini ialah dengan membaca lapuran kewangan. Nak suruh orang luar baca lapuran kita dan percaya kita ini trustworthy untuk menjadikan pelaburan mereka bertambah, kenalah bikin lapuran yang standard dan difahami semua.

Kini seperti sudah ada dwi standard, satu yang berbudayakan komeresial, satu lagi pula yang menjaga kepentingan penguasa cukai dan pemuitang. Kita di Malaysia cukup bertuah kerana kerjaan kita telah meng“enact”kan Financial Reporting Act 1997 yang membolehkan satu lembaga yang diberi nama Malaysian Accounting Standard Boad (MASB) menjalankan apa-apa tugas yang patutlah. MASB ini pula di awasi oleh ntah dah lupa ada badannya, fondation. Financil reporting Foundation. Kita ini dalam hal ini pula kita dah nama Malaysia, dan pengasas ekonomi baru kita tu Tun Mahathir, tentulah kita ini pro pada penguasa cukai. Jadi ini mau full convergence dengan IFRS by 2010.

Berlainan pula kepada England yang pernah mengaset syarikatkan Malaya dalam akaun East-India company mereka lebih cenderung kepada menjaga kepentingan pemodal maka kiblat mereka adalah Amerika dan kitab panduan mereka adalah US GAAP. Memang ada banyak bezalah jika kita guna dua standard yang berbeza ini. Nak cerita bezanya saya kenalah belajar lagi dan tulis sebuah buku barulah ngam gitukan.

Kat Malaysia ni pula macam nak tak nak aje dengan IFRS. Iyalah syarikat ini kalau untung, kalau buleh memang tak sorok seberapa banyak untunglahkan, mau taknya cukai Corprate 25% ooohhh gitu-gitu aje bagi kat kerajaan. Kalu buleh tu tak mohlah, memang nak buat derk ajelah dengan IFRSkan. Tak pepasal kena bayar cukai lebih, sapa mau. Tak pepapasal kena disclose apa-apa kurap kudis untuk tontonan bakan pemuitang, sapa mau. Kalau ada bentuk pelapuran yang boleh menyorokkan segala gala untung dari disingkap Lembaga hasil dalam Negeri, bagus juga boleh bikin make-up yang hodoh dan jelik jadi cantik, kenapa mau dedah-dedah benda ini semua.

Persoalan utama kalu tak mau standard, pelabur jeling pun tak mau. Lagi satu MASB memang komited mau laksanakan standard IFRS pada tahun 2012, kalau tak ikut…apa akan jadi? Boleh sajalah mereka ini buat apa-apa, sampai tak kasi disenaraikan dalam KLSE pun buleh. Ntah saya pun belum arif lagi. Memandangkan topic standard, convergence, harmonization ini memang mengujakan nampak gaya saya kena belajar lagilah ni. Terpaksalah den kerja sama blajar sebab cuti belajar dah habis.

Wednesday, January 19, 2011

Kita idaklah sebaik dan sesuci manapunnnn

Istilah berbloggin pada sayalah pada kamu tak taulah pula saya, termasuklah menulis, membaca, atau meninggalkan komen dalam blog. Kalau anda sekadar membaca pun kira blogging lah juga tu, pada sayalah tu. Jadi mulai hari ini, saya nak tukar surfing kepada blogging jah.

Oh ya sebelum saya terlupa ini cerita lain ini, dah masuk topic lain, pasal topic yang lepas. Saya kata pelajar Melayu di MMU ini rendah moral mereka. Rendah moral yang saya maksudkan moral kepada semangat juang untuk bertarung menghadirkan diri ke kelas, menyiapkan tugasan penysarah, begitu-begitu. Bererti rendah moral di sini saya maksudkan kepada kadar enthusiasm & partipation during lecture dan tutorial yang rendah sekali. Bukan moral pergaulan dan bersosial yeah. I think nanti kalu rajin saya tulis pasal moral pelajar dalam satu entri khaslah, sebab kita nak ngumpat pasal ada sorang blogger tu.

Joooommmmkita umpaaattt……

Blogger ini dia wartawanlah, uish kalu ko baca dia punya yang kat tepi-tepi tu memang mempesonalah, I’ve met him masa berbengkellah. Nampak orangnya biasa. Memang tak nampak ada boleh jadi tokoh politik ka, low profil. Saya note, penulis kreatif ini mereka memang ada yang low-profile. Ada juga yang datang berbengkel sekadar memerhati. Antara perbuatan yang sudah lama saya tinggalkan (kecualilah pada kelompok yang meminta-minta “hai perhatilah, aku, tulis, puji, kalu tak puji pun komen kondemlah aku…tolong ingatkan aku???” Bila diberi ingat melentinglah pula) kerana silap hari bulan boleh kena masuk court dan disabitkan dengan jenayah criminal “stalking” lagi sekali akak/ makcik nak cakap stalking itu jenayah iya adik-adik-anak-anak semua.

Tapi since blogger ini wartawan dan masa muda, zaman pelajarnya dia ini penulis kreatif, dan pernah pun menulis frinjan tapi dah bertaubat dan dah berubahlah tu, saya tidak segan untuk mengpsycho-analisa orang semacam ini. Kalau anda tak suka dipsycho-analisa, jangan psycho-analisa orang. Titik.

Saya tidaklah tiap-tiap hari singgah blog dia saja nak psycho analisa dia ini, tapi kebelakangan ini saya memang membuat kunjungan ke blog-blog mereka saja nak cari info, nak tengok reaksi mereka pasal interlock. Hari ini saya berkunjung lagi sebab semalam saya miss tengok TV, sebab ada kelas gantian. Saya nak taulah apa kata Menteri, sebab semalam tengok, ntah ada sapa mamat tu, orang KPMlah, timbalan menteri kut kata, esok-esok-esok. Itu pasallah saya ke blog mereka-mereka nak tengok jika ada apa-apa berita.

So far sehingga saat saya menulis ini masih tak tau apa jadi pada Interlok, tapi saya dapat satu kenyataan yang mengilhamkan sesangat dan menuntut saya menulis ala-ala detektif Sherlock Holms, atau bertindak luar batasan macam cerita Mentalis TV7 tu.

Yang saya baca dan saya tulis balik di sini ialah “tetapi kita masih tidak faham apa perlunya pusat hiburan menyajikan minuman keras”

Aduhhhh duh duh duh duh duh duh. Ha! Mamat ini keluar dari gua apa? Kalau dia cikgu ka, kerani ka, saya tidak menganalisa begitu, sebab life kami memang suci, bukanlah suci sebab kami baik, sebab kami tak de peluang menghiburkan diri dengan hiburan yang mahal-mahal sebab gaji kami ciput, nak beli beer pun tak mampu, kalau beli sekali nak beli berkali-kali, kopak poket ooohhh. For those who have high purchasing power….temptation to drink is there. Itu saya cakap kalau saya tak minum janganlah saya kata saya ini baik bila, saya belum diuji lagi. Dan kalau diuji dan berjaya pun janganlah kata saya ini baik juga, sebab saya tak biasa dah tua-tua macam ini baru ko nak ajar aku minum, dengan ko ko sekali aku piat-piat telinga ko, aku kasi satu karate kick nanti, tahulah ko. I’ll resist drinking first & foremost it is my duty as Muslim not to harm my self & my brain, also my cash flow. If I drink, a possibility of being an addict is there, once addicted will give effect to our cash flow tremendously.

About the Mamat??? The Psiko analisatak de analisa, ada conclusion jah, sebab kita sama-sama pandai menganalisa, tentu buang masa saya menerang bagai mana saya boleh sampai kepada kesimpulan MAMAT INI BARU KELUAR DARI GUA KA? ok sekian terima kasih.

Tuesday, January 18, 2011

Suka Tenang

Lelaki kalau kena serang dengan perempuan kaki kacau (what I mean is lelaki yang memang benar lelaki dan gentlemanlahkan, bukan lelaki yang dia sendiri pun minta dibela kekasih tak kira sama jantina atau berlainan jantina) dia akan back off. Back off sebab dia sendiri akan rasa ngeri dan turut malu sama jika semua yang sepatutnya kekal sulit terlondeh sana-sini. Lebih-lebih lagi kalau usia sudah meningkat, jika terlondeh, nampak hodoh, melainkan kamu itu benar-benar kaya boleh bikin body lift. Orang bikin facelift, anda bikin the whole body lift and botox.

PAS sudah pun meletakkan calon wanita pada PRK Tenang. BN ada calon wanita juga. Seorang graduan dari UKM yang berkecimpung dalam bidang perniagaan kunun katanyalah. Kita memang suka nak tengok perempuan lawan perempuan. Adakah wanita UMNO ini juga sama feel macam SETPOL Menteri Besar Selangor. Jika benar, wah ia akan menjadi gelanggang hiburan yang terhangat dalam abad melania ini.

Jika tidak pula, ia akan sedikit sebanyak mengangkat persepsi negetif masyarakat terhadap golongan Andalusia, anak dara tua seperti kami. Memang saya akui sebab utama perempuan akan jadi desperado mengharap diri dibela lelaki walau cukup serba-serbi bukan sangat dengan gelaran anak dara tua itu, tapi lebih kepada takut dirinya jadi seorang manusia yang orang puteh kata “a pain in an oppps” Mulut macam %*(@_@ ayam, lebih kuah dari sudu, tapi idakla cantik sangat, perfect sangat pun outputnya. Ala kalau badan dah tua, kalau dulu umur 18, 20 tahun rajin masak, masak sedap, rajin berkemas ish I tell u dah umur macam I ni, masak pun malas tau! Kalau banyak duit tu rasa hari-hari nak pigi facial massage, swimming, memanjakan badanlah gitu. Kita tenaga dah kurang, kita memang bencilah nak penat-penat busuk-busuk main dengan makanan masak-masak ni. Gitula gamaknya bila umur dah meningkat, nak masak apa pun sumer dah tak jadi.

Tapi umur 36 itu belumlah kurang, susut sangat tenaga kami ini, masih boleh memberi khidmat dengan baik. Kalau lebih kederat empat kerat dari air liur, kenapa tak diletakkan perempuan lawan perempuan aje. Kita nak tengok juga, mulut sapa lebih lancang. Mulut sapa yang lebih bijak menyelak isu-isu hangat lagi tertutup lagi sensasi. Biasa orang banyak kerja dari cakap ini mereka memang tak berani lancang-lancang sangat sebab takut cakap tak serupa bikin maluuuu oooohhhh. Anda mungkin berpersepsikan yang successful business itu perlu pandai cakap. If you think so, you’re taklah 100% betul, sebab kejayaan sesuatu business itu juga bergantung kepada perancangan yang baik dan teliti. Bermakna ada juga business people yang berjaya terdiri dari mereka yang lebih banyak memerhati, memikir dari bercakap. Contoh yang paling nyata ialah Tun Daim. Sehingga orang bikin buku bertajuk Daim yang diam.

Kita tak kenal lagi calon BN, kita suka juga nak kenal dia kalau dia jenis yang peramah, merendah diri namum ada track record yang baik dalam bidang perniagaan dengan menjana keuntungan yang baik dan dapat memberikan peluang pekerjaan pada orang lain. Now adays an independent savvy voter like me don’t really see how eloquent you are on humiliating your opponent, but how creative you are on bringing job opportunity to your people. We do want to solve our problem by our own. Wouldn’t it good to send you children to university with you own hard earn pocket money?

Like I said earlier, if calon perempuan mulutnya macam siyal, calon macam Mat Sabu aje yang boleh pin her down dan bikin senjata makan tuan. And off course we don’t know yet mulut cikgu Mala macam mana. Saya cuma borong sakan menyamakan Cikgu Mala dengan SETPOL MB Selangor dan juga anak puteri Anwar Ibrahim yang ntahlah pandai berdrama dan perpuisi, bermadah pujangga???, cuma belum pandai main drama macam Neng Yatimah aje. Saya suka juga kalau saya silap, Cikgu Mala idaklah begitu, lain dari yang seperti yang kita dah ada pada hari ini.

Friday, January 14, 2011

Do I care about your past?

saya terbumb dengan satu site yang ntah misteri??? Ala ala uncle seekers paranormal tulah. Tak kisahlah, namun nak kondem apa? Saya percaya tujuan penulis itu sangat mulia. Mau jadi setinggi dan sehebat Tun Sri Lanang yang berjaya mengangkat moral Melayu yang sedang sangat lemah ketika saat kejatuhan empayar Melaka. Adakah kita hari ini dah sama macam Melaka dulu? Yang pasti moral kita rendah. Honestly saya tak tau kat university kerajaan, tapi di MMU ini memang lemah, solat pun berimamkan budak foreigner. Saya sembahyang jemaah sekali sekali aje, mungkinlah saya ini Allah yang aturkan setiap kali saya solat berjemaah, bukan Melayu berada di saf hadapan. Tak payah intip tinjaulah dengar bacaan dia aje dah tau memang anak Arablah yang jadi imam tuh… tak anak Arab anak orang Yemen, ka Palastine ka…

Lebih rendah moral kami, sebab apa tah Presiden eh, kita borong presidenlah heh, pelajar bagi kampus Melaka ialah bukan Melayu yang beragama Kristian. Namun itu tidakalah mematahkan semangat sama sekali sebab MMU ini university termahal di Malaysia, jadi memang tak ramai anak Melayu yang bijak datang belajar di sini. Yang ada tu memang budak-budak yang dah nak masuk ITM, politeknik pun dah tak lepaslah tu, baru mai sini. Mungkin keadaan di University Awam lain ceritanya. Bila anda berada dalam keadaan macam yang saya hadapi ini, watak-watak seperti Hang Tuah itu memang akan sikit bikin kita feel goodlah. Bagi saya yang tua ini, idak rasa apa-apalah sebab budak2 itu dah macam pangkat anak, kalu saya umur 16,17 dah nikah dan dapat anak. Ko ngada-ngada aku rotan jah. Aku suruh lecture aku rotan ko. Dah Lecturer pulak semua pangkat adik. Aku suruh adik-adik aku rotan ko.

Rotan imaginarylah….oklah berbalik pasal situs misteri mistus ini. Apakah kita dah teruk sangat rendah moral kita sampai kita perlukan tukang tulis yang mengangkat-angkat asal usul susur galur kita untuk menghiburkan kita? Satu saja kekhuatiran saya terhadap kecenderungan ini. Kita terlalu mengagungkan masa lampau sehingga kita terlepas masa kini dan hadapan. Orang kata, buat apa pun biar berpada. Orang tinguk kita sekarang ini bukan masa lepas kamu.

Pernah datang kepada saya seorang anak muda, ntah yang kunun kata (dia kata ka, kawan yang rekemen dia kat saya kata ka, ntah saya tak perasanlah pula) pernah menjejak kaki di Oxford sana, namun ijazah pertamanya dari university sini saja, bukan university awam pun swasta jah. Tak payahlah saya sebut apa nama universitinya, dia datang emel itu dan ini, cakap ntahla apa yang dia nak cakaplahkan, pasal darah keturunan dia pasal apa pasal yang dia nak pasal-pasalkanlahkan. Do I care about his past, his past legacy? Do I care to help him building up his ruin legacy? Besides, what is it pun yang I boleh tulun dia. Tulun bikin kuih karipap, susun-susun bunga, buat bunga hantaran sedara-mara dia nak kawen bulehlah. Lebih-lebih memang aku rak retilah beb.

Thursday, January 13, 2011

Kunci yang dibakar

Saya sangat tertarik dengan formula yang dikemukakan oleh blogger yang juga seorang orang surat khabar tersohor Negara A Kadir Jasin mengenai Pakatan Rakyat. Bagaimana menyatu-padukan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat agar menjadi pesaing yang akan menggerunkan Barisan Nasional. Saya percaya kewujudan pembangkang (saya lebih suka pesaing dari pembangkang) akan menguntungkan rakyat.

Sebagai rakyat yang membayar cukai, amat jahatlah jika kamu kafir-kafirkan dan menggesa agar saya segera bertaubat jika saya undi Barisan Nasional yang kamu taksub bagai nak rak merupa-jelmakan ia sebagai pakatan Sekular, satu sen tak da guna kepada Islam sebaliknya hanyalah sebuah boneka Tangan Ghaib yang berfungsi untuk menghancurkan Islam lagi melacur-leburkan anak-anak kamu untuk keseronokkan dan hiburan askar bala tentera, tak lupa agen & spy oohh ohh tak lupa juga think tank kepadaTangan Ghaib tadi.

Dalam keghairahan kamu mencari agen-agen tangan ghaib tadi, kamu terabai untuk membaja-hijaukan ikatan yang baru kamu bina bersama selepas ribut taufan tsunami PRU yang lalu. Atau memang cara kamu membaja ikatan dengan bercakap hodoh dan memburuk-burukkan musuh ops pesaing kamu agaknya. Atau terlampau nak membaca kamu terbakarkan satu kunci formula perpaduan yang terkandung dalam sebuah karya fiksyen yang diberikan judul Interlok.

Saya masih tak ada mood nak baca novel itu lagi walau sudah berada di rak buku saya lama dulu, sekarang ini saya pindahkan dalam kereta, agar saya tak lupa untuk mencapai dan membacanya bila saya ada masa bosan. Dah tu, macam mana pula saya pandai-pandai kata Interlok itu kunci, formula kepada penyatu-paduan Pakatan Rakyat? Saya baca ulasan blog orang intelek pejuang sasteralah. Manalah lagi kan saya dapat rumusan yang sebegitu intelek sedangkan obsessi saya hanyalah setakat kepada mengenal variasi bunga-bungaan, baik artificial, maupun real dan juga menghasilkan kulit karipap yang garingnya sampai kepetang. Goreng pagi, petang makan, gaaaariiiiing juga indak ada beza.

Oklah dah orang besar Intelek sastera ini kata Interlok itu kunci, maka memang amat malanglah bila pembakaran Interlok berlaku dalam kawasan jagaan Pakatan Rakyat dan kunun nampak semacam Tangan Ghaib telah berjaya membuatkan seolah upacara pembakaran Interlok itu direstui oleh wakil Pakatan, walaupun sesudah habis majlis pembakaran, Wakil tersebut mati-mati kata apa-apa yang patut beliau katalah. Beliau dah berkata dalam akhbar harian, jadi tak payahlah saya tulis balik apa beliau kata. Kawan-kawan lain pun dah ganyang beliau cukup-cukup. Buta seni, itulah dia hadiah yang diberikan oleh wakil anak dara tua yang kepetahan-mulus bicaranya memang selalu membikin kita terhinjut-hinjut kesakitan digigit semut api giant.

Tak kisahlah yang dah terbakar tu biar terbakar, sekarang ini saya memerhati adakah Pakatan akan mengikut saranan intelek muda sastera ini untuk mengambil Interlok untuk mengunci komponen pakatan yang kelihatan selama ini menjadi kuda tunggangan dari diterbangkan kepasukan lawan untuk menjadi kuda tunggangan orang belah sanalah pula. Lebih tepat lagi bolehkah pemikir-think-tank Pakatan mengolah-menterjemah isi-intipati Interlok menjadi sebuah kunci real bukan sekadar cakap-cakap dalam blog.

Ya ya ya kita kena perhati mereka-mereka ini, kita perhati bukan nak godam, sekadar perhati untuk menimbang mana satu bakal dipilih pada pilihan raya umum akan datang, atau mana taulah ada kena keluar mengundi untuk pilihan raya kecil. Kami ini pemilih, bukan pemain. Kami pilih mana yang mantap, jadi kalau belum mantap, kami rejek, jangan kata kami kafir busuk yang bakal dihumban dalam neraka jika tak segera bertaubat.

Wednesday, January 12, 2011

Interlok



Saya merayap-rayap juga ke blog-blog orang-orang muda sastera yang satu ketika dulu bising pasal KOMSAS, kununlah, kerajaan nak tukar teks yang ada kepada karya kreatif pop. Masa itu jenuh jugalah bersilat dengan cikgu sendiri pasal KOMSAS ni. Saya rasa cikgu saya ter”over” busy body dalam kes KOMSAS. Pertama dia bukan sasterawan pun. Iya, pemain-pemain sastera tinggi kita tidak boleh terima Frinjan. Jadi memang kelihatan macam gatal merenyamlahkan dah orang tak terima awak, tapi awak ya terhegeh-hegeh, hidung memang mancunglah pipi tersorong-sorong…. Memang tersorong-soronglahkan sebab, tumpang glemer kat blog kawan. Allah, getik lagi geteknya dia.

Pendek cerita, berjayalah puak-puak anti karya pop picis ni tadi. Maka kerajaan pun tak jadilah ambil novel Syarifah Abdul Salem sebagai teks KOMSAS. Iya, Che Syarifah yang tulis cerita Triology cinta dalam TV tulah yang ada Rosyam Noor sebagai hero tu, jangan tak tau…ok berbalik pasal pelayaran saya tadi. Saya sukalah juga nak tengok ayat berapi-api mereka pasal Interlok lah ni pula, bila orang dah bakar buku tersebut. Mestilah melentingkan. Bayangkan orang bakar buku Prinsip perakaunan kita, orang bakar companies Act 1965 kita, orang bakar kitab panduan kita, mesti ianya akan menjentik sensitiviti kita dan mengundang kita untuk memberikan respond dan tindak balas.

Namun so far semalam masih senyap, sehinggakan mendatangkan pula kemarahan rakan merekalah pula. Sehingga menuduh rakan-rakan yang berjuang dari tikar sejadah sebagai bacul. Lantak koranglahkan, nak kata apa pun. Mana tak baculnya, memang bacullah, awak yang mulakan isu, sedangkan ada rakan yang dah naik darah nak tukar dakwat dia dengan darah politikus yang berada di belakang pembakar-pembakar interlok, bila singgah blog depa, ada yang tunjuk plak gambar-gambar dekat luar Negara, kawan manalah yang tak rasa geram, hingga terpacul perkataan yang tak sepatutnya dilemparkanlah kan. Hudoh benar, orang intelek bertuduh-tuduhan macam itu.

Pada saya, calllah dulu tanya, itu lebih molek. Kita pemerhati pun buleh nampak, those yang tak participate mengancam politikus-politikus bangang tu, mungkin sudah mengkhusus memertabatkan susastera melalui keadah lain. Contoh yang tunjuk gambar dia di luar Negara, dengan cara itu menarik minat anak muda akrab dengan sastera, sebab biasa orang muda ini dia mudah tertarik dengan material. Dia tengok wah penulis sastera gereklah jalan kat oversea, maka dia pun sukalah sastera.

Itu pandangan sayalah. Cuba bayangkan, anda tulis something macam nak mengancam nyawa politikus-politikus bangang tu, ai saya pun takut dan akan lari lintang pukang dari saaaasssastra, tak berani nak dekat. Sapa tak takut mati…semua orang rasa ngeri untuk mati, sementalah kita berada di zaman serba canggih yang banyak melalai, melekakan sehingga kita tergelincir dan meremeh-remehkan perkara-perkara bersangkutan dengan bekalan di alam selepas mati.

Ada orang suka berperang, ada orang suka meniaga, bukan nak menggoda, tapi meniaga. Ikut suka yang manalahkan. Ada orang membuktikan cinta mereka terhadap sastera dengan merekodkan berapa banyak demo bantahan yang dia dah pergi, ada orang pula menunjukkan bukti-bukti bergambar berapa banyak buku sastera yang ada dalam koleksi dia, ada orang menunjukkan berapa banyak buku dan artikel yang telah mereka hasilkan dalam setahun, ada orang menunjukkan betapa mewahnya hidup dia hasil menulis, sebagai tarikan orang lain untuk turut sama bersastera. Tak kurang juga yang menunjukkan betapa passionate dia terhadap sastera dengan mengugut, memberi kata ancam terhadap terhadap mereka yang diyakini petualang, perosak yang akan mencemar kesucian sastera. Suka hatilah apa yang mereka nak tunjuklah kan. Sebab bila orang bilang cinta sayang, maka semacam sangat biadap jika pihak lain mempertikai atau meragui cinta mereka. Atau seolah semacam mempertikai, apa motif dia bilang sayang, bilang cinta, bilang passion sama sastera.

Tuesday, January 11, 2011

PAGAL

Masa saya mula-mula aktif berblog, weird things happened, people around you mula inteprate yang bukan-bukan. Mungkin kerana bahasa saya atau pemikiran saya yang agak absurd. Mungkin juga “cikgu” saya yang sangat absurd. Iyalah kan dalam blog tu ada ramai cikgu, ko pilih gak berguru dengan cikgu yang ntah-apa-apa-tah sapa suruh? Namun saya kira kecenderungan saya kepada establishment yang bikin ramai fikir yang bukan-bukan pasal saya. Biasanya orang intelek, dari saya sekolah dululah, kerjanya memandang remeh hal kerajaan. Kalau kamu kata kerajaan bagus, dan bangga jadi Melayu ada benda yang tak kena dengan kamu, kamu itu anak orang UMNO, kamu jahat, kamu dibesarkan dengan duit haram, kamu sepatutnya kekal bodoh dan dungu macam bapak kamu, tapi kamu dapat masuk kumpulan kami sebab bapak kamu guna kuasa politik.

Sorang kutuk, lain akan angguk-angguk tanda setuju dan akan tambah lagi itu dan ini. Namun sedang kami gian mengutuk kerajaan kami sendiri, seorang kawan kami, kakak (kami form 4, dia form 5) dengan tenang berkata, itu ekonomi kita, walau kotor, kita menikmati apa yang kita nikmati pada hari ini dengan campuran kekotoran itu. Woow. Saya memang terkejut dan terkedu dan saya sangat hormati pendirian dia. Selepas itu kakak ini semacam dilanda krisis perasaan yang amat dalam. Dia migrane, asyik-asyik migrane aje. Sampai amik pereksa English apatah, triple 19 ntah lupa dah kat hospital. Dia ada adik angkat(tingkatan 3) yang sangat comel. Adik angkat dia ini saban kali akan jadi pelajar terbaik batchnya.

Satu hari kakak tadi tanya saya soalan begini “kenapa xxx(adik angkatnya) tak semesra dulu” saya memang poyo, saya ntah kampung ka tak de perasaan ka, mental ka terus cakap “dia takut orang anggap dia lesbian” kakak kata “I knew, I can always count on you on giving me such an honest answer” What happened to this kakak? I pun lost contact. Betul ka dia lesbian. Who am I to judge? What happened to the adik, well I met her masa kat KPP dan dia ambil jurusan undang-undang.

When you came from sains Muar and you end-up bikin undang-undang, hanya ada 2 kemungkinan aje, you nak tak over your family’s firm, kalu mak bapak anda bukan lawyers, bererti there’s something wrong with you maths and other subject. Meaning you’re a flop. Masuk form 4 aje adik tadi punya prestasi memang menurun, dan bila dia kata dia ambil law, saya fikir dia tidak dapat balik semula pada pretasi kebiasaan sebenarnya, top 1 student. Dia jawab perlahan aje “Law” bila saya tanya “ambik course ape?” “law???” dengan nada sinikal dan riak muka yang mencebik honestly saya mencebik bila mengecho perkataan Law. Yup I am that bad you know. I am bad. I just hate lawyer dululah. They are the dumbest kind in our group, but they talk a lot ha ha ha. They want to talk almost everything, even the thing that beyond their expertise. When you talk thing beyond your boudries, you do look stupid, but we dare not argue with you because you are a Lawyer, we sure kalah one, and the argument will get dumber and dumber. Stupid debate, but please oh please oh please don’t hate debate ya adik-adik. Adik-adik patut debate lagi dan lagi dan lagi. Adik-adik usah risau, dengan persepsi begini “ Nanti tak ada lelaki yang mau kat aku sebab asyik aku jah memang” Sebab memang ada lelaki gila kat luar sana, kalau adik-adik tak mau bertingkah dengan dia, dia akan jadi bosan. Yakinlah yang Allah ciptakan kita berpasang-pasangan.

Oh ya when you’re from Sains Muar, and you only managed to do accounting aje, pun embarrassing juga, why? because we fail the objective penubuhan Sains Muar. We should be doing paling koman pun engineering. Itu cerita dululah cerita zaman budak-budak. Hari ini tak ada cerita itu lagi dah. Ko saintis ka, ko engineer ka, ko kena dengar cakap lawyers dan akauntan kalau mau selamat ha ha ha…. Ya ya ya dengar cakap ustaz juga yang paling penting. Namun sembahyang doa, aje, buat kata ada kawan FB dalam blog dia, duduk kat tikar sembahyang aje sebenarnya pun cool juga, power juga, tapi kalu nak gedebe-gedebe lelebih, kena tanya lawyer, kena tanya akauntan. Kalu kena sumbat ISA pun hati tak risau, hati tak bimbang.

Sunday, January 9, 2011

Tenang-Tenang aje.

Menarik, menarik, menarik sebab khabar blog kata PAS nak letak calon pempuan dalam PRK Tenang, sementara BN tak tau mana satu nak pilih antara lelaki atau pun anak dara terlebih umur. Walau masih puteri, rasa musti dah masuk zon terlebih umur tu sebab dah jadi ushawan pulak tu.

Tentulah saya suka nak tengok Cikgu Maktab lawan usahawan anak dara terlebih umur, sebab kita dah tengok anak dara terlebih umur setpol Menteri Besar Selangor, kepingin nak tengok BN pula. Ya ya ya dulu kita ada Menteri solo terlebih umur, itu dulu. Adakah yang ini yang sapa namanye ek, Haslina??? Ka gitulah namanya, ada itu macam punya aura…rambut pendek, gitu-gitulah. Tapi kenapa ek saya membayangkan dia macam Lecturer Entrepreneur saya (lulusan Amerika)… tot tet tot tet tot tet tapi friendly ataupun lecturer financial accounting 1 saya(graduan UKM), pot pet pot pet pot pet tapi klakar.

Tapi mak oiii mintak simpang selilisih malaikat 44 kalu dia macam Lecturer Business Maths saya (UM’s grad) yang tot tet tot teeettt tot tetnya halmak bisa bikin kamu rasa mau terjun tingkap aje (tingkap tinggat 1, ground floor jah). Satu hal si BN ini ada brani ka mau letak anak dara terlebih umur dalam orang dah takut-takut gejala anak dara tua gara-gara Setpol Menteri besar Selangor tu??? Memang scaryla u, bukan stakat lebih kuah dari sudu jah, lebih dari itu…nak tau lebih lanjut korang rajin2 lah jengok blog satu mak janda seksi pro establishment. Saya tengok blog dia haje. Ntah iye ntah tidak, benar bagai di papar itu indaklah saya ada kepakaran menyelidiknya. Remember previous allegation pasal saya stalk sorang mamat calon menantu anak buah Haji Hadi Awang, ganu kite pun tak settle lagi, jadi memang saya tak brani berlama-lamaan dalam blog orang(kecualilah kalu kita memang sedia maklum blog tersebut memang ada ciri-ciri e-Commerce atau memang tuan blog punya mencari rating dalam blogsfere ini) atau lelebih dalam menyelidik/menjejak blogger-blogger kesukaan saya sampai ke dunia real. Masih dalam probation orang kata tu. Stalking is a serious offense under criminal law ye adik adik, kanun kesiksaan??? Den idakle blajar law tinggi sampai ke situ. Blajar kulit2 yang superficial jah. Dah keluar topiklah pula cerita pasal diri sendirilah pula.

Ok berbalik pasa PRK Tenang, memang bagus kalu dapat Usahawan Graduan UKM tu bertanding. Kalau dia sebagus lecturer-lecturer kesukaan kita orang dapatlah kurang sikit rasa gundah orang-orang intelek sana dengan kami. Kalu dia macam si Faekah tu….cepat-cepatlah korang gegar-gegar Parlimen bikin apa-apa akta yang patutlah. However, saya percaya BN tidak dalam mood nak bereksperimen-eksperimen nih dan akan play safe dengan meletakkan calon lelaki. Ada lelaki, letak pempuan memanglah orang akan fikir ada something wrong with BN. Nothing's wrong with BN, tapi orang, ops saya akan kata, jantan BN pun dah dapat penyakit malas juga ka?

Saturday, January 8, 2011

Akta Pencegahan Gejala Anak dara tua

Orang kata bila kita makin jauh dari Nabi maksud saya zaman nabi, kita akan jauh menyimpang. Cubalah kira dah berapa lama Junjungan Besar kita Nabi Muhammad meninggalkan kita. Maka tidak hairanlah pada hari ini semua benda pelik-pelik yang Nabi pernah ceritakan sewaktu hayat baginda boleh kita saksikan iaitu perkara yang berbentuk negetif dan merunsingkan jika berlaku kepada diri kita dan orang dekat-dekat kita yang kita care. Maksud saya kita rungsing adakah kita nanti dapat berkumpul di Jannah bersama. Perkara yang kita panggil gejala.

Kita ada macam-macam gejala dan yang terbaharu, tapi tak baharu juga, agak lama jugalah ialah gejala Andalusia. Dulu orang bijak pandai namakan sebagai fenomena, tapi ada orang yang lebih bijak lagi sudah mengukur fenomena ini telah memasuki fasa yang lebih membimbangkan lalu diketegorikan sebagai gejala. Bila dah sebut gejala, maka jalan penyelesaiannya kenalah mereka fikir dan cari bersama-sama. Apa nak dibuat dengan anak-anak dara terlebih umur ini? Apakah kesalahan dan kerosakkan yang telah kami lakukan? Adalah agaknya perkara yang kami dah buat itu sehingga menganggu ketenteraman awam. Bermula dari ketenteraman awam, kalau tak dibendung jadi mengancam keselamatan Negara pula nantinya. Aduhai. Maklumlahkan Malaysia, yang tamadunnya bermula di Melaka ini dulu sejarahnya dikenali sebagai Bumi Emas. Dah emas tu semua mau, kenalah bagi extra care sebab banyaklah ancamannya.

Tak kisahlah iye kita tunggu saja apakah langkah yang akan diambil terhadap anak-anak dara tua seperti saya ini. Saya menantikan senarai kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh anak-anak dara tua ini. Yang saya tau satu anak dara tua yang sangat femes dan terhangat dalam blogsfere dikata-kata sebagai anak dara tua terlampau ialah Faekah, Setpol kepada Menteri Besar Selangor. Oh jangan lupa pula seorang lagi rakan kami Cik Teresa Kok yang pernah buat kecoh sampai ke Negara Cina sana. Adakah perlu Parlimen kita menggubal satu undang-undang untuk memperbetulkah salah laku Faekah ini dan Teresa ini? Nak klasifikasikan sebagai criminal ka, sivil?

Saya kira pun ada eloknya kalau intelek, bijak pandai buat undang-undang untuk kami agar kami lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang kami ambil. Manalah tau saya juga pernah melakukan perbuatan yang difikir sebagai gangguan kepada ketenteraman awam. Al Maklumlahkan sekarang ini zaman orang banyak fikir banyak stress dan mudah penat, letih dan tak larat, mudah benar terganggu ketenteraman mental dan fizikal mereka.

Saya cuma sedang berfikir-fikir apakah bentuk tindakannya. Adakah macam kempen Anti Rahsuah, Anti Merokok? Apapun wahai anak-anak dara tua semua, janganlah kamu rasa takut, malu segan atau apa-apa rasa negetif, sebab kawan-kawan yang merasuah atau dirahsuah, juga yang merokok, tak de bising-bising, ok, relek aje gituh.

Thursday, January 6, 2011

You will never have to power to make them stay forever, so jangan happy sangat, no.

Kemasukan semula pemodal dalam pasaran kita memang mengembirakan. Saya dengar cerita index sudah mencapai paras tertinggi seperti rekod zaman gemilang Harimau baru ASEAN. Saya pun malas nak keep track for the exact figure. Pendek kata kegemilangan dulu bermula kembali. Namun orang putih kata kita patut bersifat “once bitten twice shy” dan tidak terlalu seronok sangat dengan perkembangan terbaru ini.

One thing for sure, kalau mereka berbondong-bondong menziarahi kita dan sanggup meletakkan punggung mereka pada kerusi kita, perkara pertama yang harus diingat, tentu buat masa ini ada kerusi yang sedang kesejukan ditinggal pergi. Ntahlah. Pensyarah saya kata mereka sedang sakit hati dengan Negara Cina dan mengambil keputusan untuk pulang semula ke sini.

Kenapa mereka sakit di sana? Kunun ceritanya, walau sana semua lebih baik dari sini, cekap, cepat dan murah, namun satu perangai orang China yang bikin mereka tidak boleh tahan ialah, hari ni ko jual let say teddy bear ekor kontot yang let say akan di promosikan oleh let say Mawi, oh tak nak Mawilah, saham Mawi dah jatuh..aha Anuar Zain. Sure laku punya. Esok berderet lagi teddy bear ekor kontot yang serupa akan membanjiri pasaran dengan harga yang lebih murah.

Dalam business supply barang alat ganti oil & gas, selalu orang akan tanya…ko tak takut China ka? Orang yang dah berpengalaman akan kata “no…” Kenapa no? One of the CEO yang diinterview kata, oil & gas punya barang no matter how good you are, ko tak buleh tiru. (saya baca dalam internet jerh, bukan saya pi interview mereka, no. Jgn pepandai mengandai itu dan ini, saya ini kera sumbang, anti social, manalah ada kenal orang-orang yang hebat-hebat ini)

We just hope that this time around they would stay in our market longer. It is impossible for them to stay on here forever. Sure one sooner or later akan ada market yang lebih competative emerging . Think of Africa. What will really happen if the technology is so advanced, that scientist can turn more dessert into an Oasis? Or suddenly manalah tau ada ntah apa-apa mineral di bawah tanah Africa sana yang boleh generate energy yang selama ini kita tak pernah terfikir pun. One thing for sure mamat-mamat Afrika yang ada kat MMU ni sure tak sabar mau pulang dan sudah tentu ada di antara mereka yang dah belajar entrepreneurship kat Melaka ni tak sabar nak bukak business dan memajukan Negara mereka.

Jadi sementara mamat-mamat Afrika ini belum lagi terfikir untuk menyambar pelabur yang ada macam mereka menyambar anak-anak dara kita, kenalah kita berusaha keras dan tumpukan pada apa yang tidak ada pada Negara China. Amat mustahil kita ini buleh menyamai kerajinan dan kesungguhan bangsa Cina, namun creativity dan ketulenan kita harus kita gembar-gembur dan sebar luaskan akan kehebatannya, agar kita tak rasa terkurang, atau rendah diri bila bersama dengan rakan-rakan yang memang kita akui tamadun bangsa mereka bermula lebih lama dari kita so that in the end they too feel that their tamadun bermula di sini bukan dari Tanah Besar Cina sana. We are no Zionist, as we do not have any Zion to remember. We are one Malaysia. This is our country, this is where we belong.

Tuesday, January 4, 2011

Beberan yg ntah apa-apa tah

Apabila kita dikumpulkan bersama dengan orang dari negeri lain menyertai program peringkat nasional, contoh macam PLKN, atau dapat melanjutkan pelajaran ke University ternama Negara macam UM atau UKM, barulah kita rasa kita orang Melaka. Atau ada orang malu mengaku dia orang Melaka ka? Mungkin sebab orang Melaka ini bahasanya kasar, kalau tak betul-betul boleh tahan, memang tak mampu nak bertahan dengan kami.

Dalam kita semacam taksubkan Negeri kita, (saya pun dulu lebih suka mengaku orang Johor dari mengaku orang Melaka he he he) Selalu rasa orang Johor lebih refine, teratur, standard bahasa mereka dari negeri-negeri lain kerana bahasa Melayu-Riau yang diguna secara meluas di Johor telah kerajaan pilih sebagai bahasa standard Negara. Orang Melaka? Orang Melaka bahasanya tak baku, tak standard. Itu pasal bahasa. Namun setelah saya menetap di Melaka, saya rasa walau orang Melaka pakai bahasa tak standard, orang Melaka peramah. Sebab kami peramahlah kami ini orang kata pandai dan sangat organized teliti dalam mengatur apa-apa event seperti majlis kenduri Kahwen. Event orang Melaka mesti meriah dan pesona. Ada bunga api wah memang best, walau kini junjung2 usung-usung pengantin dah tak main lagi. Ntah kut la lepas saya tulis ini ada pengantin nak berjunjung pulak, majlis tetap meriah. Pendek kata Melaka memang teratur.

Ok kalu dah Melaka teratur, negeri manalah pulak yang bercaca-marba acara mereka? Kalau kenduri tu, tetamu tak di sambut, tak di rai? Ntahlah sebenarnya pergi kenduri kawen nasib-nasiblah mana-mana pun sama, kena rezki baik, pengantin sndri yang sambut, kena rezki tak baik tak de orang layan, pengantin, dengan mak bapak adik-beradik pengantinnya semua dah letih nak melayan tetamu yang datang. Oklah tinggal sebentar pasal kenduri, sebab saya nak mengutuk negeri yang sedang berkecamuk dan caca-marba urus tadbir negeri ini.

Negeri manalah lagi kalu tak Selangor. Saya pun tak tau kenapa memang saya selalu rasa Melaka lagi umph dari Selangor walau dalam apa-apa acara, terutama sukan, susah untuk Melaka kalahkan Selangor. Jadi kekecohan yang melanda Selangor mutahir ini memang bikin saya tersenyum sumbing kesukaan “hah, seronoknya, padan muka” Iya padan muka.

Selangor selalu semacam nak menunjuk alahai merekalah yang macam lebih alim dan wara’ berani dan tangkas tangkap sana-tangkap sini orang buat maksiat. Ini membuatkan macamlah pegawai pencegah maksiat dari Negeri lain bacul kaki penjilat dan tak buat kerja. Masa saya sekolah dulu heboh Mufti Selangor Datuk ishak Baharom dikecam hebat kerana menangkap ratu cantik. Kini orang Agama Selangor berani lucutkan apatah kelayakan seorang Ilmuwan agama yang rapat dengan politikus Negara, tak kira UMNO, PAS dua-dua dia rapat. Jadi tak kira Malaysia jatuh ke tangan BN, atau PR, Ilmuwan ini, kalau benar seperti yang didakwalah tetap akan ada kuasa dan pengaruhnya yang tersendiri.

Tak cukup dengan itu, orang kuat Agama Selangor ini juga berani menangkap ahli-ahli syiah yang sedang membuat hal merekalah, ikut suka merekalah, tapi saya memang tak suka, tak berkenan sangat pasal Syiah ini. Pendek kata Pegawai dari Selangor ini sungguh berani sehingga saya fikir orang dari negeri lain patut malu dengan kesungguhan dan iltizam pasukan Agamawan Selangor ini membela kesucian Agama Allah ini.

Dek kerana berani, kita semua rasa segan bila Agamawan ini dilantik sebagai setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Kali ini kita malu pula sebab Sultan yang selalu kita ejek-ejek sebagai kaki betina, suka berfoya-foya yang maukan orang agama menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri baginda. Malu-malu-malu-malu. Eh apa pula nak malu sebab Melaka memang tak de Sultan pun. Maksud saya dalam padanlah muka ko Selangor asyik kecoh tak sudah-sudah, dari isu pasir sampailah isu SUK, tapi kita hormati, kehendak dan keyakinan Sultan mereka memberikan kuasa kepada orang Agama dalam menangani kemelut yang sedang melanda Selangor ini.

Apa kemelutnya Selangor ini? Ntahlah biasalah kalau negeri dekat dengan ibu Negara, pusat nadi pentadbiran Negara, ramai orang pandai-pandai, bila dah yang pandai minda kelas A1 A1 berkumpul, sure meletop-letoplah kan. Banyaklah konflik dan krisisnya. Lainlah macam Melaka ini minda belacan. Sorang aje pandai, lain pak torot, ikut tanpa banyak bicara dan bahas. Selain dari berkumpulnya minda kelas A1, hiburan pun banyak, pusat Maksiat pun sama naik juga. Orang minda Kelas A1lah katakan, tak boleh ikut ini, aku ikut itu, janji aku tak demam terkulat-kulat, berkulat. Tak siok ikut depan aku pusing ikut belakang.

Satu yang saya tak faham pasal orang Selangor ini, kenapa mereka tak suka pegawai yang berani ini? Dulu mereka letak thumbs up pada petugas yang berani menangkap ratu cantik atas arahan Mufti, tapi hari ini kenapa mereka hina-hinakan pegawai ini sampai begitu sekali. Sampai keluar kenyataan dalam TV, cakap Pegawai ini tidak akan dibenarkan masuk apa-apa Mesyuratlahkan.

Ada pula pak yet-pak yet yang memang itu hari terpaksa panjat bumbung dek kena serbu dengan anak buah pegawai berani tadi, tulis pulak benda tak yang tak sedap kita dengar pasal pegawai ini. Kunun pegawai ini sebenarnya langsung tak layak jadi pegawai pun, berbahaya kepada Islam. PARANOID, pulak? Saya ingat dalam perkhidmatan Awam ini, saya sorang aje yang PARANOID...tak sioklah macam ini, selama ini saya fikir saya the one and only kalu dah SUK pun PARANOID, alah jatuhlah saham PARANOID saya.

Tak cukup dengan itu, Sultan mereka pun kena selepuk juga sebab kunun bergirlfriendkan perempuan Bengali. Apa kena mengena perempuan Bengali tu dengan keberkenanan Sultan dengan Pegawai ini? Ko ingat senang ka Perempuan Bengali tu nak lepas dari agama sikh dia dan masuk Islam, kalau dapat lepaslah memang rezki dan tuah Sultanlah dapat beristerikan perempuan Bengali itu. Sikh kuat agama, kuat disiplin, kuat berusaha, rajin memajukan diri, kuat adat oohhh. Untung, bertuah sapa dapat kawen dengan Sikh oh.

Dulu masa Sultan belum jadi Sultan, mereka benci baginda sebab kunun dakwa mereka baginda fasik, buta agama, gila dunia, jual benih kat pelacur FBI, CIA (isteri dulu American) hari ini, bila Sultan berkenankan orang agama, jadi macam ini pula ceritanya. ORANG MACAM INI TERLALU BANYAK SONGEHNYA, KALU TURUN PEMIMPIN DARI LANGIT PUN MEREKA TAK AKAN PUAS HATI. Macam cerita dalam Quran tu, dah bagi nabi, dia minta malaikat, bila bagi malaikat, dia kata mana buleh ikut dia, sebab dia Malaikat, saya manusia. Memang buleh jadi gila kalau dilayankan sangat kerenah mereka.

Beberan yg ntah apa-apa tah

Apabila kita dikumpulkan bersama dengan orang dari negeri lain menyertai program peringkat nasional, contoh macam PLKN, atau dapat melanjutkan pelajaran ke University ternama Negara macam UM atau UKM, barulah kita rasa kita orang Melaka. Atau ada orang malu mengaku dia orang Melaka ka? Mungkin sebab orang Melaka ini bahasanya kasar, kalau tak betul-betul boleh tahan, memang tak mampu nak bertahan dengan kami.

Dalam kita semacam taksubkan Negeri kita, (saya pun dulu lebih suka mengaku orang Johor dari mengaku orang Melaka he he he) Selalu rasa orang Johor lebih refine, teratur, standard bahasa mereka dari negeri-negeri lain kerana bahasa Melayu-Riau yang diguna secara meluas di Johor telah kerajaan pilih sebagai bahasa standard Negara. Orang Melaka? Orang Melaka bahasanya tak baku, tak standard. Itu pasal bahasa. Namun setelah saya menetap di Melaka, saya rasa walau orang Melaka pakai bahasa tak standard, orang Melaka peramah. Sebab kami peramahlah kami ini orang kata pandai dan sangat organized teliti dalam mengatur apa-apa event seperti majlis kenduri Kahwen. Event orang Melaka mesti meriah dan pesona. Ada bunga api wah memang best, walau kini junjung2 usung-usung pengantin dah tak main lagi. Ntah kut la lepas saya tulis ini ada pengantin nak berjunjung pulak, majlis tetap meriah. Pendek kata Melaka memang teratur.

Ok kalu dah Melaka teratur, negeri manalah pulak yang bercaca-marba acara mereka? Kalau kenduri tu, tetamu tak di sambut, tak di rai? Ntahlah sebenarnya pergi kenduri kawen nasib-nasiblah mana-mana pun sama, kena rezki baik, pengantin sndri yang sambut, kena rezki tak baik tak de orang layan, pengantin, dengan mak bapak adik-beradik pengantinnya semua dah letih nak melayan tetamu yang datang. Oklah tinggal sebentar pasal kenduri, sebab saya nak mengutuk negeri yang sedang berkecamuk dan caca-marba urus tadbir negeri ini.

Negeri manalah lagi kalu tak Selangor. Saya pun tak tau kenapa memang saya selalu rasa Melaka lagi umph dari Selangor walau dalam apa-apa acara, terutama sukan, susah untuk Melaka kalahkan Selangor. Jadi kekecohan yang melanda Selangor mutahir ini memang bikin saya tersenyum sumbing kesukaan “hah, seronoknya, padan muka” Iya padan muka.

Selangor selalu semacam nak menunjuk alahai merekalah yang macam lebih alim dan wara’ berani dan tangkas tangkap sana-tangkap sini orang buat maksiat. Ini membuatkan macamlah pegawai pencegah maksiat dari Negeri lain bacul kaki penjilat dan tak buat kerja. Masa saya sekolah dulu heboh Mufti Selangor Datuk ishak Baharom dikecam hebat kerana menangkap ratu cantik. Kini orang Agama Selangor berani lucutkan apatah kelayakan seorang Ilmuwan agama yang rapat dengan politikus Negara, tak kira UMNO, PAS dua-dua dia rapat. Jadi tak kira Malaysia jatuh ke tangan BN, atau PR, Ilmuwan ini, kalau benar seperti yang didakwalah tetap akan ada kuasa dan pengaruhnya yang tersendiri.

Tak cukup dengan itu, orang kuat Agama Selangor ini juga berani menangkap ahli-ahli syiah yang sedang membuat hal merekalah, ikut suka merekalah, tapi kita majoriti memang tak suka, tak berkenan sangat pasal Syiah ini. Pendek kata Pegawai dari Selangor ini sungguh berani sehingga saya fikir orang dari negeri lain patut malu dengan kesungguhan dan iltizam pasukan Agamawan Selangor ini membela kesucian Agama Allah ini.

Dek kerana berani, kita semua rasa segan bila Agamawan ini dilantik sebagai setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Kali ini kita malu pula sebab Sultan yang selalu kita ejek-ejek sebagai kaki betina, suka berfoya-foya yang maukan orang agama menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri baginda. Malu-malu-malu-malu. Eh apa pula nak malu sebab Melaka memang tak de Sultan pun. Maksud saya dalam padanlah muka ko Selangor asyik kecoh tak sudah-sudah, dari isu pasir sampailah isu SUK, tapi kita hormati, kehendak dan keyakinan Sultan mereka memberikan kuasa kepada orang Agama dalam menangani kemelut yang sedang melanda Selangor ini.

Apa kemelutnya Selangor ini? Ntahlah biasalah kalau negeri dekat dengan ibu Negara, pusat nadi pentadbiran Negara, ramai orang pandai-pandai, bila dah yang pandai minda kelas A1 A1 berkumpul, sure meletop-letoplah kan. Banyaklah konflik dan krisisnya. Lainlah macam Melaka ini minda belacan. Sorang aje pandai, lain pak torot, ikut tanpa banyak bicara dan bahas. Selain dari berkumpulnya minda kelas A1, hiburan pun banyak, pusat Maksiat pun sama naik juga. Orang minda Kelas A1lah katakan, tak boleh ikut ini, aku ikut itu, janji aku tak deman terkulat-kulat, berkulat. Tak siok ikut depan aku pusing ikut belakang.

Satu yang saya tak faham pasal orang Selangor ini, kenapa mereka tak suka pegawai yang berani ini? Dulu mereka letak thumbs up pada petugas yang berani menangkap ratu cantik atas arahan Mufti, tapi hari ini kenapa mereka hina-hinakan pegawai ini sampai begitu sekali. Sampai keluar kenyataan dalam TV, cakap Pegawai ini tidak akan dibenarkan masuk apa-apa Mesyuratlahkan.

Ada pula pak yet-pak yet yang memang itu hari terpaksa panjat bumbung dek kena serbu dengan anak buah pegawai berani tadi, tulis pulak benda tak yang tak sedap kita dengar pasal pegawai ini. Kunun pegawai ini sebenarnya langsung tak layak jadi pegawai pun, berbahaya kepada Islam, pulak? Tak cukup dengan itu, Sultan mereka pun kena selepuk juga sebab kunun bergirlfriendkan perempuan Bengali. Apa kena mengena perempuan Bengali tu dengan keberkenanan Sultan dengan Pegawai ini? Ko ingat senang ka Perempuan Bengali tu nak lepas dari agama sikh dia dan masuk Islam, kalau dapat lepaslah memang rezki dan tuah Sultanlah dapat beristerikan perempuan Bengali itu. Sikh kuat agama, kuat disiplin, kuat berusaha, rajin memajukan diri, kuat adat oohhh. Untung, bertuah sapa dapat kawen dengan Sikh oh.

Dulu masa Sultan belum jadi Sultan, mereka benci baginda sebab kunun dakwa mereka baginda fasik, buta agama, gila dunia, jual benih kat pelacur FBI, CIA (isteri dulu American) hari ini, bila Sultan berkenankan orang agama, jadi macam ini pula ceritanya. ORANG MACAM INI TERLALU BANYAK SONGEHNYA, KALU TURUN PEMIMPIN DARI LANGIT PUN MEREKA TAK AKAN PUAS HATI. Macam cerita dalam Quran tu, dah bagi nabi, dia minta malaikat, bila bagi malaikat, dia kata mana buleh ikut dia, sebab dia Malaikat, saya manusia. Memang buleh jadi gila kalau dilayankan sangat kerenah mereka.

Saturday, January 1, 2011

D'persimpangan DELIMA .... no more dillema please



Minggu lepas pensyarah Malaysian Studies minta one of her student bagi presentation pasal dasar Ekonomi Baru. Dia minta mamat ini ceritakan dasar-dasar saja. Mamat ini ntah lebih suka nak kondem dasar yang dia rasa a failure. GAGAL. Pada pandagan mata anak muda ini, dasar-dasar ini dibentuk untuk memuaskan hati orang Melayu/Bumiputra yang ketinggalan jauh dalam penguasaan ekonomi yang menjadi punca kepada pertumpahan darah pada 13 Mei. Dia juga cakap walaupun perhatian dan modal telah banyak dicurahkan kepada bangsa mabuk darah ini, Melayu/Bumiputera, hasilnya tidaklah begitu memberangsangkan, orang kata buek habeh boreh ajo yoooh. Dan yang bercakap ini adalah anak Melayu yang diberikan nama oleh ayah dan ibunya seperti perpendaharaan kata yang terdapat dalam kamus bahasa Arab. Melayu tapi nama dia tak bahasa Melayu. Maksud saya idaklah nama dia senduk ka, teja ka, tanjung ka, aduka ka, arjuna ka, pekan ka. Alah, nama macam-macam nama sayalah, Marjan ops.

Pada satu ketika dulu saya juga berpemikiran seperti anak muda ini. Nak kasi apa Melayu ini agar dia tak layu? Kasi duit dia layu, kasi tarbiah alamak, kita lihat dan diam-diam nilai sendirilah, tak payah nak ulas-ulaslahkan. Itu menyebabkan, pada hari ini saya fikir, mungkin itulah satu-satu cara yang terbaik yang boleh difikirkan oleh pemikir kita, dan pimikiran ini sememangnya mendapat restu langit, walau ramai yang meragui ibadah, amalan harian dan akidah ahli fikir yang memikirkan dasar-dasar tersebut. Memang saya banyak dengar cerita mulut kemulut pasal kesesatan dan kemenyempangan pemikir ini dari gaya hidup Islam. Saya juga pernah tengok foto-foto hitam putih yang menunjukkan pemikir-pemikir ini sedang main Mahjung, minum beer, main poker, mandi kat kolam renang dengan mem salleh seksi bagi membuktikan lagi sememangnya pemikir yang membentuk dasar ini semangnya tidak Islamik, fasik.

Perdana Menteri yang merupakan penyambung legasi lama, dalam ucapannya yang lalu, menyeru kita memperbaharui keyakinan kita terhadap pemikiran ahli fikir yang telah didedahkan* yang mereka ini menjalani kehidupan orang-orang fasik ini agar kita sama-sama menerus dan menambah baik asas yang telah tersedia. We ain’t no fail Nation, we just a small kids, who are experiencing the growing-up process through trial and error. True, no such thing as trial & error as Islam itu lengkap dan Muslim ada Quran dan hadis and some said Ahlul bait. However, now we are dealing with more complex situation such as plastic money, on-line transaction, which is not happening in the era of Muhammad and his daughter, Fetema.. Should we shut-down the internet and lead our life like in the Ahlul bait’s era in order to stay as pure as possible? Should we close the door for other sources of reference in Islam such as Sahabah, Qias, Ijma’?

Well, the choice is in our hands. Whatever choice we make, one day, if things don’t favour us because of our lack of knowledge, we always have syaitan to blame. Just, please don’t be angry with those who feel it is safer to embrace the opportunity that comes along with the advances in technology instead of put everything on syaitan’s shoulder on their way back HOME. Sometimes, too much blame put in Syaitan will make us untrustworthy and childish. Iyalah kalau dia tak berjaya bangkit solat subuh sebab malamnya sibuk berjaga malam mengadap Peti TV, atau sembang politik, dia salahkan syaitan, salahkan kalau orang lain merasakan yang orang sebegini lemah tapi mengerikan lagi tidak boleh dipercayai?