Wednesday, November 23, 2022

Orang ke 3

Semalam masa buat kije, kita orang berborak jugalah pasal perkembangan politik semasa ni. Bos No 2 aku dah marah kat UMNO dah. Bos no 1 pun sokong PN. Team leader aku pun sama. Jadi semua dalam bilik bincang tu marah DSZH. Pok pek punya pok pek, setepek aku betulkan Bos No 2 aku.

Bos tuduh UMNO sombong runtuhkan Muafakat Nasional. Dia dapat ni dari live Anuar Musa katanya. Aku pun betulkanlah si Bos yang aku rasa tak betul tu. Aku cakap gini, sikit lebih kurangnya "dulu Bersatu duduk dalam PH, lepas langkah Sheraton, dia pergi mengendeng Muafakat Nasional yang akhirnya Jadilah Mak Janda 30"

Pada mata akulah kalau tak de langkah Sheraton, Bersatu kekal bersama PH, pasti Muafakat Nasional masih wujud. Tak itu tidak berlaku. Memula aku kata Kutty & Colah puncanya. Kutty and Co nampak gelombang kebangkitan PAS-UMNO, so dia cucuk jarum dan berjaya. Penyudahnya memang PN dapat rampas hampir semua pengaruh BN dari pengundi Melayu. So sekarang ni PN merupakan suara Melayu. Tapi ironinya usahkan nak dapat 2/3 majoriti, simple majoriti pun tak dapat. Kutty & Co merancang, Allah merancang, perancangan Allah lagi hebat. 

Benda ni memang pening, pelik, umpama ditelan mati mak, diluah mati bapak. Aku Melayu do, kalau aku pro-PH gerenti aku balik Muar besok semua sedara aku akan ludah muka aku. Bukan kampung Muo jak, balik kampung Melaka pun samalah. Kena ludah jugak. Ludah dalam hatilah. Berani dia nak ludah depan-depan. he he

Pendek cerita ini semua ketetapan Allah. Pasal Wak Zahid nak pilih BangNon ka, Midin ka itu pasal Wak Zahidlah,kan, aku terima je. Apa benda aku nak cakap tadi, hah, pada mata aku kerna Bersatu PAS berubah hati. Tapi kalau pada mata kau UMNO yang seperti kacang lupa kulit, terserahlah, kan. Pasal tu kau nak gaduh dengan aku pun aku ok je.

OK berbalik pada perkembangan terkini, pasal PM, PM ni... akhirnya PN nak jugak jumpa BN. Tapi Ayah Cik dengan Abah Kau langsung x nak jumpa dihantarnya wakil saja. Amboiii kuat betul bomoh Atuk Kutty tu,kan. Ada orang semua kata Ayah dengan Abah kena kunci kemas dengan Atuk sebab dah termakan 600b duit darurat kobid, tapi aku tetap rasa Abah terutamanya Ayah Cik, somehow macam dah kena sihir. Huuurrmmm---Ikut je cakap/Arah Atuk. Aku rasalah kalau kau tak kena sihir, 600b tu bukannya big deal pun, habis kuat kena penjara je macam Najib. Ayah Cik dah tua, tak de kena rotan, deerrr---

Orang macam Ayah Cik tu kalau dok dalam penjara sana lagilah penghuni penjara sayang giler kat dia. Macam BossKu kat penjara Kajang tu, kan. Macam Abang Non dok penjara Sungai Buluh. No problem, orang besar macam tu, pegi mana pun orang respek, kan. Kalau kau tanya akulah, aku lagi suka duduk penjara dari kije kat Putrajaya ni. Kalau dalam penjara aku nak amik yang hat tenun-tenun kain tu. hurm best, kan? Lepas tu kalau kain aku Permaisuri beli aku nak belanja penjara mate aku donut RV. 

Apa aku merapik ni, ntah. Heranlah kenapalah orang baik-baik macam Ayah Cik tu jadi sombong begitu. Kesian dia. Yang pasal PH over PN, aku rasa Wak Zahid kena pilih PH, sebab kita Malaysia ni negara majmuk. Masuk PN tak de Cina tak de India. Orang Cina dah tolak MCA, pilih DAP. Orang India pulak tolak MIC pilih PKR. Bila PN pilihan Melayu memilih untuk menolak PH, terpaksalah BN yang ciput keahliannya itu, masuk PH membawa suara Melayu.

Tapi tulah derang dapat angka pemati kesukaan Nabi, ganjil, 73. Abang Non dapat genap, tapi macam aku cakap kalau Wak Zahid pilih angka Nabi, tak adil bagi Cina dan India. Padan muka? tak tahulah tengoklah nanti sapa bakal PM 10 kita ya. Puak angka Nabi ka, Puak Angka-NonFavorite Nabi ka, Allah sebenarnya yang pilih. Percayalah itu semua. Tak terima PM10 macamlah kau tak percaya pada ketentuan Allah. Period. 

eh yang tajuk orang ke-3 tu macam tak kena, je. Sapa orang ketiga? Biasa orang ketiga tu SETAN he he he gurau saja.

Tuesday, November 22, 2022

KECUT PERUT PART 2

Siang tadi aku dah meroyan-merentan tak puas hati pasal perangai Abah Kau dan Ayah Cik yang eksen sangat dengan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi (DSZH). Aku bukanlah fan DSZH pun. Tapi aku rasalah macam pelik napa bila Abah Kau dan Ayah Cik dah decide tak nak deal dengan BangNon, deme langsung tak bawa bincang dengan DSZH. Memula aku pelik la---

lepas tu ada orang share kat group yang Abah tu boneka Atuk je. Owhhh baru aku faham. Kalau boneka memang ikut acu tuan dialahkan? Masa aku kekecik memang aku selalu dengar orang PAS kata Atuk kuat berbomoh. So aku rasa hah! dah sah-sah Ayah Cik dengan Abah kau dah kena bomoh dengan atuk.

Lepas tu, adalah orang share pasal angka-angka kemenangan PRU15 ni. Uish memang unik kau--- dia kata BN menang 30, tu macam keramatlah, nak bentuk gomen kena ada angka ni. Yang lenlain tu, Bang Non 82 jadi 8+2, 10===Abah Kau 73, 7+3=10; Abe Jo, Abe Jiji, Abe Sapiee, 28 - 2+8=10. Kalau solat Jumaat 40 baru boleh kira satu jemaah. See magic tak angka-angka tu?

Ok kalau sekali imbas memang sebagai orang Islam yang sayangkan Nabi, kita akan pilih 73 sebab Nabi suka no ganjil dari genap. Masalahnya sekarang, pilihan nabi ni langsung tak berkomunikasi dengan Geng 30 pasal nak jadikan dia PM, ko rasa? Pilihan Nabi ni memangla ada berkomunikasi, tapi berkomunikasi dengan orang-orang yang dia suka je, tak semua. Dan dia langsung tak suka Ketua mereka. Without their leader tak cukuplah 30,kan? So faham-faham apa aku nak cakap ek. Pendek cakap tak cukup 30, berkatlah. Full-stop. 

Kau rasa takkanlah just nak memberkat benda tu semua, DSZH nak serah tengkok dia untuk di sembelih, lalu disalai bomoh Atuk KUTTY gitu-gitu saja? Sedangkan yang nak menyalai daging DSZH tu besok 2x5 je korup jugak. Kalau kumpul-kumpul rahsuah dan kejahatan yang KUTTY & Co dah bikin, lagi banyak dari 3.6b yang dia dakwa Najib dah songlap. Kalau dia ada berkomunikasi, bolehlah jugak DSZH, buat deal 50-50, kau salai aku separuh, aku salai kau separuh. Tapi KUTTY & Co langsung tak nak tegur DSZH, memang sekali pandang memang dah nekad nak bunuh DSZH. Kau rasa, aku rasa, aku pun pening kalau aku jadi DSZH. 

Mana tak peningnya, Nombor kesukaan Nabi, tapi bawak perangai setan yang maha penyombong tu. Nombor setan tapi mesra selalu. Macam adik abang. Kalau kaulah jadi DSZH apa kau buat? Aku percaya dia dah bikin istiqarah dah tu. Kau ingat kau sahaja ka yang pandai solat, orang UMNO tu masih PAGAN lagi ka, bila nak buat keputusan sukar, pegi main tarot, pegi jumpa bomoh, bagai? Aku percaya dia dah solat, dia jumpa BangNon pun lepas dia solat, Semail saberi, and the gang yang pegi jumpa tu semua dah solat, ada ompek ekor tu tak dtg tu, tak solatlah tu. Hah yang tak solat tulah geng setan broker KUTTY & Co yang duduk membarah dalam UMNO, pecat je si Ompek ekor tu? Jap, cop kalau nak pecat si Ompek ekor tu, solat dulu. Jangan tak solat, jangan jumpa bomoh hokeyyy!

Apa pun biarlah YDPA buek kijo dia esok. Bior YDPA sendiri kuiri SD geng 30 yang Abah Kau emel kat YDPA tu.  YDPA sure dah solat panjang-panjang malam ni. Kalau aku jadi YDPA, aku cakap je kat Geng 30 yang dah sign SD tu cam gini. Mu dah sign kan, Beta nasihatkan mu rign jela jadi Ahli UMNO, Beta izinkan kamu lompat parti masuk Bersatu or PAS bagi deme cukup korum he he he--- gitu. Itu kalau aku yang YDPAnya.  

Monday, November 21, 2022

KECUT PERUT

Ada yang meroyan, ada yang memaki hamun bila Presiden UMNO kupi-kupi di hotel KL dengan kawan lama teman sepeguruan dia. Dan aku rasa semua kengkawan aku yang Islamis kecut perut sebona ea dengan cerita semalam. Orang kupi-kupi dia pulak yang cemas, dah kenapa, kan?

Aku boleh fahamlah rasa takut deme tu. Deme takutkan Abang Non dan DAP bakal kristiankan kita semua. Aku? Apa ada aku nak takutnya. Mengarut je derang nak kristiankan aku. Ala kat singapore tu ok je Islam derang. Kadang tu organisasi Islamnya lebih teratur.

Aku bukan tak sayangkan Islam dan nak tengok sangat Malaysia jadi Singapore, tapi dah kau juga yang sengal ya amat, nak juga libatkan Mak Jan 30 yang super duper jahat tu decide president from which party tu become PM, ko hambeklah,kan.

Aku dengan kengkawan aku dah mengumpat, awat PN tak nak sangat Bang Non tu pasal takut Bang Non Forensikkan kes 600 billion dana Darurat Kobid hari tu. Katanya Gomen Kuar dana dari Tabung Daurat RM600b, yang dah guna RM400b je, yang RM200 tu pegi mana? hah! Aku rasa pulak setakat RM200b is nothing, mesti ada lagi tu. RM200b is just a tips of an icebergla, kan?

Aku fikir gini je, what if betul cerita Geng Cinta Najib yang sebenarnya Najib diinaya? Itu pasal seboleh-boleh nak si Lebam tu juga yang cover. Hurrmmm kalau dapat ke Bang Non, habis tersongket segala. Kau nak pegi mana? Memula aku risau gak dengan Bang Non ni, siang kekupi dengan kawan lama, malam merendek dengan geng Mosad, tapi tu hanya Bang Non saja yang boleh merungkai segala mesteri yang selama ini terkunci rapat. Selagi geng mamak tua tu cover everything, selagi tulah kita tak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku.

Kita menjual Islam? Bila masa aku jual, kome-komele yang pilih Abah Kau yang dogeee tu kunun nak jadi PM, tapi hareeeemmmmm sombong bodoh, langsung tak nak berbincang dengan Abg Non. Kau bayangkan dia bercakap macam Parti dia No 1, nak suruh orang gabung dengan dia kunun padahal parti Bang Non dapat lebih 9 kerusi. Dia ingat apa? Nabi utusan Tuhan itu sombong juga macam dia ka? Kau ingat Bang Non tu ciptaan Iblis? Bang Non dan Iblis pun ciptaan Tuhan, kan? Ada ustaz ustazah kau hajau menyombong diri dengan ciptaan dia yang maha Esa? 

Kome cuba bayangkan kalau Nabi ataupun sahabat masih hidup, atau semalam, dah mati hidup semula, dan tetiba jadi Presiden PN, ko rasa apa rupa statement yang akan keluar dari mulut baginda? Bayangkanlah. 

Itu dari segi ucapan. Ni dari segi perbuatan pulak--- ko tau apa yang Ayah Cik dan Abah kau buat, lepas Bang Non mendahului? hah dia pi culik team Mak Jan 30 seramai 15 ekor dan yakinkan Abg Jo yang they got the number. Mak Jan tak tau apa-apa pun pasal ni. Tengah malam tu jugaklah Mak Jan kuar statement mana-mana bitch yang sign SD dengan team Abah Kau, dikira tak ligit. Maknanya tandatangan SD G15 bitch tu tak laku. Lepas tu la Mak Jan ajak Bang Non Kupi-kupi. Apa lagi gelabahlah G15 tu. Tu yang meroyan-royan mintak presiden dan timbalan presiden letak jawatan.

Aku cakap macam ni ke kelaku / akhlak Nabi. Aku rasa kalau Nabi hidup semula dua hari lepas pun, Nabi boleh pengsan dengan kelaku Abah Kau dan Ayah Cik yang sangat tak Islamik ini. Gitulah dia cerita pasca PRU15. Menarik bukan?

Apa cerita seterusnya kita tunggu hingga petang nanti, apa kesudahannya. Kalau ikut pengamatan aku, kalau Allah benarkan orang yang Akhlaknya sangat buruk dapat kuasa, memang susahlah kita. Tapi aku ok-ok aje, seburuk sebusuk akhlak Abah dan Ayah, deme tak kenal aku pun. Deme tak akan datang kacau aku pun. Aku ni kuli-kuli saja. 

Tapi kalau Allah bagi kemenangan kepada Abang Non, memang padan mukalah, sebab Akhlak kau buruk, sebab tu Allah bagi orang yang lagi buruk untuk lenjan kau sampai lunyai bagi kau betobat sikit, muhasabah diri agar jangan berlaku sombong kat muka bumi ni. Sapa pun orang tu, sejahat mana pun dia perlu disantuni dengan selayaknya dia sebagai pemegang status ciptaan Tuhan. 

Sunday, November 20, 2022

APA Cerita Hari INI---

 Sejak 2 menjak ni memasing tengah demam mengundi---pendek cerita keputusan semua luar jangkaan sangat-sangat. Personally aku suka BN go solo jak, tapi ntahlah tetiba BN jadi king maker. Both PN dan PH yang menang kerusi terbanyak, tak ble nak bentuk kerajaan. Tak dapat simple majority. So terhegeh-hegehlah merayu kat BN yang 30 ketul tu.

Ai is ok je memana pun BN nak pilih. Tapi for me to be fair pilihlah Abg Non sebab dah sah-sah parti dia yang paling banyak dapat kerusi. Sangat tak adil bagi kat Abah Cow walau beza undi deme 9 kerusi je, beza waima satu kerusi pun tetap beza juga, tetap mendahului. Itu pada akulah.

Lagi pun aku, kan monster he he-- dah itu hari ko kata-kata monster, monsters hah amik kau kali betul-betul monster datang. Kalau betul Bang Non monster ajen Mosad yang melacurkan Islam, so be it. Kau orang jugak reramai yang seru-seru benda tu. Adan uker---As for kuli gomen aku ok-ok aje dengan memana PM. Kita kije makan gaji. Sapa-sapa yang pernah rahsuah, amiklah, terimalah hukumannya. 

Kalau dapat Pak Lebai, pun aku ok. Waima Lebai gatal. Kalau gatal, biasa lebai gatal tak kacau orang macam aku, tapi kalau dia biol nak kacau jugak. memula aku layan, dulu, lepas tu aku bubuhlah racun dalam makanan dia, kasi dia mampus, hah gitu he he---




Thursday, November 3, 2022

How To Serve The Loard - Part 3

 Aku asyik cerita Lord-Lord cetak Elon Musk, Mother Theresa,kan? Aku ok je dengan bos yang begini. Means to say aku masih boleh handle lagilah. Ada satu jenis bos lagi yang memang jauh sayup dari aku, tapi ropenyeee dokek sangatlah dengan ku. Dedengo cereta jak. Dengo pun dah menyampah. Lord jenis ini memang aku tak boleh nak respeklah. Bos jeneh apa kah itu. Jeneh miang he he he---

Akceli memang ada pernah berboskan orang macam ni, end-up aku sakit mental. Dalam hidup ni aku hilang waras 2 kali sebona ea. Yang masa remaja belia, betarik-rambut berebut jantan kolej tu dengan sekali ni masa kijelah. Aku stress berboskan orang bodoh tapi miang ya amat. Eh dia tak de le kacau aku, dia miang dengan bukan aku le? Aku jeles? tak de makna nya. Dia memiang, kita pulak kena cover kije dia. Gitu-gitu, ada sesikit begaduh-gaduh, berperang mulut, tau-tau aku sado aku dah ada dalam wad mental spital Melaka je.

Lepas tu memang selalunya bos aku bos pempuan. Ada sekali tu orang kata bos aku ni jenis gitu-gitulah tapi dia ok je dengan aku sebab aku ni secara tak kusadari dah jadi spy/bestie bini dia. he he. Berani dia nak kacau aku,kan? Lepas aku dah berpindah-randah tu barulah keluar cereta bos ni menggatal. Bos macam ni memang boleh tunggan-langgan organisasi dibuatnya. Orang tak pueh hatilah. Tak pueh ati itu, ini. 

Dalam jauh, rupanya tak jauh bos No1 aku ni jeneh miang jugak rupanya. Aku tak perasan, tapi macam perasan, tapi iayalah aku kat Putrajaya ni level kuli-kuli memang aku tak deal direct dengan dia. So, memang jauhlah dari dia. Tapi bila dah nak dekat 2 cycle dia ada kat pejabat aku ni, dah mulalah orang tak pueh hati pasal dia, sebab perangai miang dia nilah tadi. Dia tak de le buat apa-apa benda gatal ke hapa ka, tapi bos macam ini dia favour /staff pegawai yang merenyam, tapi tak perform.

Dah berantak katanya ada Pegawai A tak puas hati dengan Bos sebab bos asyik memenangkan Pegawai B yang getek tu. Dah jadinya satu ofis meluat dengan si getek ni tadi. Katanya bukan sekor tu je yang getek, yang orang tak pueh hati, ada lagi 2 ekor getek sama naik. Getek-getek ni memang satu benda haram tak perform pun, kijenya 24 jam kompleeeeennnnn aje. 

Itu cerita deme, dah dok kerana bos ni suka nak melayan pepempuan-pempuan getek yang suka komplen sana-komplen sini, kita ni dah tunggang-langgang jadinya. Some how it affected melah. Memula dia melayan pegawai Getek B, aku dicampaknya ke mana tah, kunun aku tak perform geytuh, last-last pempuan getek tu pun tercampak jua akhirnya, rupanya dia pun sama naik tak perform. Aku dah happy-happy dengan team baru, dah macam aku cerita sekarang ni dah capik dah. Demi melayan pempuan jugak, team member aku kena cuplik, pempuan getek yang lain pulak aku denote Pegawai Clah, Last-last si C ni pegi sambung blaja, terkonteng-konteng anak buah dia, bos lain yang aku kata bos yang tuduh aku lalang tu, yang feeling suci sangat tu take over. See, sapa buat life dia huru---aku ka si C? he he he---, kan? tapi dia tuduh aku plak. Gila apakah dia itu, kan?

Dengo gegosip baru ni, nak delete terus satu team, nak kecikkan team, nak buat team ntah apa tah tu. Dengonya team akulah yang akan dia delete. Itu hari dia up, tak sampai setahun dia delete. Gila ka apakah namanya ini. Semua buat, lepas tu padam sebab pempuan-pempuan pegawai Getek yang dia suka. Hai memang aku sumpah dia, pegi mampus mereputlah kau di situ. Tak tahula lepas ni dia nak campak aku kat mana tah. Rasa hati memang sedih tau. 

Tapi tak boleh nak sedih-sedih sebab kije tengah menimbun ni, aku cakap dengan team member aku, tak kira tinggal kita saja ni, kita kena tetap jadi no1, Ini kalilah memang aku nak no1 tu. Aku dah cakap dengan kawan aku tu, nanti besok aku nak bilang dengan yang sorang lagi, KITA KENA jadi No 1 walau lepas ni kita akan berpisah. Gitu, Aku nak skrip akhir tahun 2022 ni jadi begini, team si GETEK C yang corot, tapi team No 1 yang kena bubar. Bio orang lagi tak puas hati dengan si Tua Miang Keladi ni.

Owh how to deal dengan Miang Keladi ni, buat bodoh je. Biar dia tak pandang kita, biar dia kata kita bodoh, asal kita jangan nak mengedik-gedik nak dapat dia punya favour. Dia nak tendang kita, dia nak hantar kita ke sana-ke mari, kita ok je. Pedulila sama dia. Lalama besok dia tu nanti lemas sendiri dengan getek-getek yang dia sayang sangat tu. he he he 


Wednesday, November 2, 2022

Berpantang (part 2)

Baru cakap nak berpantang bergossip dah nak meroyan balik. Bukan apa ni kali nak cerita /kongsi benda gumbira. Pagi ini punyalah gumbira bila ada satu Feed tu muncul dalam FB. Feed apa? hah pasal Puteri Lindungan Bulan. Selalu saya memang menyampah Puteri ni. Hah kalau Puteri Lindungan Nuraka tu aku sukalah jugak. Bukan apa aku ni asyik jadi Nuraka aje dalam drama Puteri-putera suci ni, kan? Monsterlah, itula, inila,kan?

Tula derang nikan, kadang tu nak elevate kesucian tu, kengkadang tu desprate sangat sampai mengarang watak-watak monster,kan? Padahal tak wujud pun. Hah macam bos yang aku cakap, kalau dia ulang lagi sekali aku lalang tu---hah,kan? Apalah sangat yang dia takut dengan aku tu. By d time dia begocoh, tetarik rambut nak jadi KAN besok aku dah lama pencen, dah. Waima dia bertarik-tarik-bertikam-tikam nak jadi JUSA C, pun aku dah pencen dah. Betina bengong. Agaknyala kan dia memang slalu dapat mimpi kena tikam dari belakanglah tu, kan?

Ni dapat cerita Puteri Bulan ni memang aku suka. Tu diaaaa hah wanita Paling Suci Gitu. Hah sampai runtuh kota bapak dia, sampai bapak dia pun dah tak sanggup lagi membela ea, sampai bapak ea sendiri suruh orang bunuh jak dak Puteri tu.

Kau sorang punyalah suci sampai runtuh sebuah KOTA. Adan ukeeerrr nak sangat suci, kan? Ko nak ka suci sangat sampai jadi begitu. Taknak, kan? Tapi tulah yang nak sangat suci, sampai create watak bukan-bukan, sampai menfitna orang tu dah kenapa, kan?

Nak suci kena usaha, bukan buat cerita monster DEK NON, oooiiiii? he he

BerPantang

Orang perempuan kalau sebut berpantang, pantang masa lepas bersalin ajelah yang paling koman, kan? Ada lagi selain tu macam berpantang ajal sebelum maut, apa lagi pantang, pantang jumpa, pantang itu ini, maksud dia kadang tu macam macam-macamlah.

Ni saya nak cerita pasal pantang yang semacam pantang perempuan lepas beranak. Kunun-kunun la ni kunun nak berpantang macam-macamlah. Pantang no 1 nak pantang mengumpat orang, membawang, bergosip. He he boleh ka....

Kenapa teteba nak berpantang jadi baik, ni. Kunun-kununlah fefeeling gitu tengah menulis laporan ni kunun nak tulis yang terbaik. Iyalah sekarang ni pasukan saya yang saya bangga-bangga sangat kengkunun segak sangat tu dah punah. Kan? Kita ni tak boleh bangga sangat, kan sekarang ni dah tempang? hah! gitu. Senang aje nak tempangkan? Macam mana boleh tempang? Itulah hat bos, team leader kami dah dapat naik pangkat, sorang ahli tu pulak dah dicuplik team lain.

Kesianlah kat kami. Tapi itu tidaklah mematahkan semangat, malah jadi lebih bersemangat lagi nak menulis, nak menyiapkan laporan. Dia kalau ada cabaranlah baru kita bersemangat, kan? Itulah dalam keadaan macam orang dah capik, ni kenalah extra daya usaha untuk berjaya menyiapkan laporan tepat pada waktunya.

Jadinya tetebeee teringat cerita satu masa dolu-dolu masa berkawan-kawan dengan penulis-penulis hebat negara, kita ikut contoh mereka, apa kata mereka dan kepercayaan mereka. Penulis dah level nasional, bahkan internasional, peringkat Asia Tenggara ni, kepercayaannya menulis ini ibadah, menulis ni berkait dengan amalan spiritual yang kudus. So bebenda yang kudus, suci dan murni ni kenalah ditukangi dengan hati-hati. Macam kau nak buat tapai, ka, kueh bulan,ka, semua benda kena bersih. Hah macam itulah dengan menulis, semua kena suci, dan bersih. Sang penulisnya kenalah kudus, bebas dari dosa dan noda. 

Dan, kita yang banyak dosa suka bergosip ni kenalah kurangkan bergosip, menganalisa orang, fokus pada benda murni-murni je. Bebaskan diri, hati dari titik hitam dan noda. Kudus spiritual. Ceh geytewww---- hiks macam bagus,kan. 

Tapi tulah kena bagus, kena bersemangat, barulah hidup ini jadi gumbira. Jangan jadi orang yang cepat down, sesikit down, bila dah down down down down down, ambil jalan mudah bersara pilihan. Bersara awal.

Apa pelan nak kurangkan bergosip? 
Satu---ajak kawan gosip cerita pasal makan-makan je. Buat kueh, buat kek, masak-masak.
Dua---bersenam. Kenapa senam, kena senam kasi penat, balik terus tidur. Dia kalau tak tidur tula yang merapik-rapik besoknya nak bergosip yang ntah apa-apa tah tu.

itu ajelah pelan saya. Lain pelan---owh belanja orang yang kita tengah bengkek ni makan-makan. he he--- selamat makan-makan.  

Erk, ni nelepon Cikgu bawang ni nak membawang, ka? Idak lah begitu, Sekolah dia tu namanya SK Bawang tu yang tersave LorenBawang he he