Thursday, November 3, 2022

How To Serve The Loard - Part 3

 Aku asyik cerita Lord-Lord cetak Elon Musk, Mother Theresa,kan? Aku ok je dengan bos yang begini. Means to say aku masih boleh handle lagilah. Ada satu jenis bos lagi yang memang jauh sayup dari aku, tapi ropenyeee dokek sangatlah dengan ku. Dedengo cereta jak. Dengo pun dah menyampah. Lord jenis ini memang aku tak boleh nak respeklah. Bos jeneh apa kah itu. Jeneh miang he he he---

Akceli memang ada pernah berboskan orang macam ni, end-up aku sakit mental. Dalam hidup ni aku hilang waras 2 kali sebona ea. Yang masa remaja belia, betarik-rambut berebut jantan kolej tu dengan sekali ni masa kijelah. Aku stress berboskan orang bodoh tapi miang ya amat. Eh dia tak de le kacau aku, dia miang dengan bukan aku le? Aku jeles? tak de makna nya. Dia memiang, kita pulak kena cover kije dia. Gitu-gitu, ada sesikit begaduh-gaduh, berperang mulut, tau-tau aku sado aku dah ada dalam wad mental spital Melaka je.

Lepas tu memang selalunya bos aku bos pempuan. Ada sekali tu orang kata bos aku ni jenis gitu-gitulah tapi dia ok je dengan aku sebab aku ni secara tak kusadari dah jadi spy/bestie bini dia. he he. Berani dia nak kacau aku,kan? Lepas aku dah berpindah-randah tu barulah keluar cereta bos ni menggatal. Bos macam ni memang boleh tunggan-langgan organisasi dibuatnya. Orang tak pueh hatilah. Tak pueh ati itu, ini. 

Dalam jauh, rupanya tak jauh bos No1 aku ni jeneh miang jugak rupanya. Aku tak perasan, tapi macam perasan, tapi iayalah aku kat Putrajaya ni level kuli-kuli memang aku tak deal direct dengan dia. So, memang jauhlah dari dia. Tapi bila dah nak dekat 2 cycle dia ada kat pejabat aku ni, dah mulalah orang tak pueh hati pasal dia, sebab perangai miang dia nilah tadi. Dia tak de le buat apa-apa benda gatal ke hapa ka, tapi bos macam ini dia favour /staff pegawai yang merenyam, tapi tak perform.

Dah berantak katanya ada Pegawai A tak puas hati dengan Bos sebab bos asyik memenangkan Pegawai B yang getek tu. Dah jadinya satu ofis meluat dengan si getek ni tadi. Katanya bukan sekor tu je yang getek, yang orang tak pueh hati, ada lagi 2 ekor getek sama naik. Getek-getek ni memang satu benda haram tak perform pun, kijenya 24 jam kompleeeeennnnn aje. 

Itu cerita deme, dah dok kerana bos ni suka nak melayan pepempuan-pempuan getek yang suka komplen sana-komplen sini, kita ni dah tunggang-langgang jadinya. Some how it affected melah. Memula dia melayan pegawai Getek B, aku dicampaknya ke mana tah, kunun aku tak perform geytuh, last-last pempuan getek tu pun tercampak jua akhirnya, rupanya dia pun sama naik tak perform. Aku dah happy-happy dengan team baru, dah macam aku cerita sekarang ni dah capik dah. Demi melayan pempuan jugak, team member aku kena cuplik, pempuan getek yang lain pulak aku denote Pegawai Clah, Last-last si C ni pegi sambung blaja, terkonteng-konteng anak buah dia, bos lain yang aku kata bos yang tuduh aku lalang tu, yang feeling suci sangat tu take over. See, sapa buat life dia huru---aku ka si C? he he he---, kan? tapi dia tuduh aku plak. Gila apakah dia itu, kan?

Dengo gegosip baru ni, nak delete terus satu team, nak kecikkan team, nak buat team ntah apa tah tu. Dengonya team akulah yang akan dia delete. Itu hari dia up, tak sampai setahun dia delete. Gila ka apakah namanya ini. Semua buat, lepas tu padam sebab pempuan-pempuan pegawai Getek yang dia suka. Hai memang aku sumpah dia, pegi mampus mereputlah kau di situ. Tak tahula lepas ni dia nak campak aku kat mana tah. Rasa hati memang sedih tau. 

Tapi tak boleh nak sedih-sedih sebab kije tengah menimbun ni, aku cakap dengan team member aku, tak kira tinggal kita saja ni, kita kena tetap jadi no1, Ini kalilah memang aku nak no1 tu. Aku dah cakap dengan kawan aku tu, nanti besok aku nak bilang dengan yang sorang lagi, KITA KENA jadi No 1 walau lepas ni kita akan berpisah. Gitu, Aku nak skrip akhir tahun 2022 ni jadi begini, team si GETEK C yang corot, tapi team No 1 yang kena bubar. Bio orang lagi tak puas hati dengan si Tua Miang Keladi ni.

Owh how to deal dengan Miang Keladi ni, buat bodoh je. Biar dia tak pandang kita, biar dia kata kita bodoh, asal kita jangan nak mengedik-gedik nak dapat dia punya favour. Dia nak tendang kita, dia nak hantar kita ke sana-ke mari, kita ok je. Pedulila sama dia. Lalama besok dia tu nanti lemas sendiri dengan getek-getek yang dia sayang sangat tu. he he he 


No comments: