Semalam masa buat kije, kita orang berborak jugalah pasal perkembangan politik semasa ni. Bos No 2 aku dah marah kat UMNO dah. Bos no 1 pun sokong PN. Team leader aku pun sama. Jadi semua dalam bilik bincang tu marah DSZH. Pok pek punya pok pek, setepek aku betulkan Bos No 2 aku.
Bos tuduh UMNO sombong runtuhkan Muafakat Nasional. Dia dapat ni dari live Anuar Musa katanya. Aku pun betulkanlah si Bos yang aku rasa tak betul tu. Aku cakap gini, sikit lebih kurangnya "dulu Bersatu duduk dalam PH, lepas langkah Sheraton, dia pergi mengendeng Muafakat Nasional yang akhirnya Jadilah Mak Janda 30"
Pada mata akulah kalau tak de langkah Sheraton, Bersatu kekal bersama PH, pasti Muafakat Nasional masih wujud. Tak itu tidak berlaku. Memula aku kata Kutty & Colah puncanya. Kutty and Co nampak gelombang kebangkitan PAS-UMNO, so dia cucuk jarum dan berjaya. Penyudahnya memang PN dapat rampas hampir semua pengaruh BN dari pengundi Melayu. So sekarang ni PN merupakan suara Melayu. Tapi ironinya usahkan nak dapat 2/3 majoriti, simple majoriti pun tak dapat. Kutty & Co merancang, Allah merancang, perancangan Allah lagi hebat.
Benda ni memang pening, pelik, umpama ditelan mati mak, diluah mati bapak. Aku Melayu do, kalau aku pro-PH gerenti aku balik Muar besok semua sedara aku akan ludah muka aku. Bukan kampung Muo jak, balik kampung Melaka pun samalah. Kena ludah jugak. Ludah dalam hatilah. Berani dia nak ludah depan-depan. he he
Pendek cerita ini semua ketetapan Allah. Pasal Wak Zahid nak pilih BangNon ka, Midin ka itu pasal Wak Zahidlah,kan, aku terima je. Apa benda aku nak cakap tadi, hah, pada mata aku kerna Bersatu PAS berubah hati. Tapi kalau pada mata kau UMNO yang seperti kacang lupa kulit, terserahlah, kan. Pasal tu kau nak gaduh dengan aku pun aku ok je.
OK berbalik pada perkembangan terkini, pasal PM, PM ni... akhirnya PN nak jugak jumpa BN. Tapi Ayah Cik dengan Abah Kau langsung x nak jumpa dihantarnya wakil saja. Amboiii kuat betul bomoh Atuk Kutty tu,kan. Ada orang semua kata Ayah dengan Abah kena kunci kemas dengan Atuk sebab dah termakan 600b duit darurat kobid, tapi aku tetap rasa Abah terutamanya Ayah Cik, somehow macam dah kena sihir. Huuurrmmm---Ikut je cakap/Arah Atuk. Aku rasalah kalau kau tak kena sihir, 600b tu bukannya big deal pun, habis kuat kena penjara je macam Najib. Ayah Cik dah tua, tak de kena rotan, deerrr---
Orang macam Ayah Cik tu kalau dok dalam penjara sana lagilah penghuni penjara sayang giler kat dia. Macam BossKu kat penjara Kajang tu, kan. Macam Abang Non dok penjara Sungai Buluh. No problem, orang besar macam tu, pegi mana pun orang respek, kan. Kalau kau tanya akulah, aku lagi suka duduk penjara dari kije kat Putrajaya ni. Kalau dalam penjara aku nak amik yang hat tenun-tenun kain tu. hurm best, kan? Lepas tu kalau kain aku Permaisuri beli aku nak belanja penjara mate aku donut RV.
Apa aku merapik ni, ntah. Heranlah kenapalah orang baik-baik macam Ayah Cik tu jadi sombong begitu. Kesian dia. Yang pasal PH over PN, aku rasa Wak Zahid kena pilih PH, sebab kita Malaysia ni negara majmuk. Masuk PN tak de Cina tak de India. Orang Cina dah tolak MCA, pilih DAP. Orang India pulak tolak MIC pilih PKR. Bila PN pilihan Melayu memilih untuk menolak PH, terpaksalah BN yang ciput keahliannya itu, masuk PH membawa suara Melayu.
Tapi tulah derang dapat angka pemati kesukaan Nabi, ganjil, 73. Abang Non dapat genap, tapi macam aku cakap kalau Wak Zahid pilih angka Nabi, tak adil bagi Cina dan India. Padan muka? tak tahulah tengoklah nanti sapa bakal PM 10 kita ya. Puak angka Nabi ka, Puak Angka-NonFavorite Nabi ka, Allah sebenarnya yang pilih. Percayalah itu semua. Tak terima PM10 macamlah kau tak percaya pada ketentuan Allah. Period.
eh yang tajuk orang ke-3 tu macam tak kena, je. Sapa orang ketiga? Biasa orang ketiga tu SETAN he he he gurau saja.
No comments:
Post a Comment