Tuesday, November 22, 2022

KECUT PERUT PART 2

Siang tadi aku dah meroyan-merentan tak puas hati pasal perangai Abah Kau dan Ayah Cik yang eksen sangat dengan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi (DSZH). Aku bukanlah fan DSZH pun. Tapi aku rasalah macam pelik napa bila Abah Kau dan Ayah Cik dah decide tak nak deal dengan BangNon, deme langsung tak bawa bincang dengan DSZH. Memula aku pelik la---

lepas tu ada orang share kat group yang Abah tu boneka Atuk je. Owhhh baru aku faham. Kalau boneka memang ikut acu tuan dialahkan? Masa aku kekecik memang aku selalu dengar orang PAS kata Atuk kuat berbomoh. So aku rasa hah! dah sah-sah Ayah Cik dengan Abah kau dah kena bomoh dengan atuk.

Lepas tu, adalah orang share pasal angka-angka kemenangan PRU15 ni. Uish memang unik kau--- dia kata BN menang 30, tu macam keramatlah, nak bentuk gomen kena ada angka ni. Yang lenlain tu, Bang Non 82 jadi 8+2, 10===Abah Kau 73, 7+3=10; Abe Jo, Abe Jiji, Abe Sapiee, 28 - 2+8=10. Kalau solat Jumaat 40 baru boleh kira satu jemaah. See magic tak angka-angka tu?

Ok kalau sekali imbas memang sebagai orang Islam yang sayangkan Nabi, kita akan pilih 73 sebab Nabi suka no ganjil dari genap. Masalahnya sekarang, pilihan nabi ni langsung tak berkomunikasi dengan Geng 30 pasal nak jadikan dia PM, ko rasa? Pilihan Nabi ni memangla ada berkomunikasi, tapi berkomunikasi dengan orang-orang yang dia suka je, tak semua. Dan dia langsung tak suka Ketua mereka. Without their leader tak cukuplah 30,kan? So faham-faham apa aku nak cakap ek. Pendek cakap tak cukup 30, berkatlah. Full-stop. 

Kau rasa takkanlah just nak memberkat benda tu semua, DSZH nak serah tengkok dia untuk di sembelih, lalu disalai bomoh Atuk KUTTY gitu-gitu saja? Sedangkan yang nak menyalai daging DSZH tu besok 2x5 je korup jugak. Kalau kumpul-kumpul rahsuah dan kejahatan yang KUTTY & Co dah bikin, lagi banyak dari 3.6b yang dia dakwa Najib dah songlap. Kalau dia ada berkomunikasi, bolehlah jugak DSZH, buat deal 50-50, kau salai aku separuh, aku salai kau separuh. Tapi KUTTY & Co langsung tak nak tegur DSZH, memang sekali pandang memang dah nekad nak bunuh DSZH. Kau rasa, aku rasa, aku pun pening kalau aku jadi DSZH. 

Mana tak peningnya, Nombor kesukaan Nabi, tapi bawak perangai setan yang maha penyombong tu. Nombor setan tapi mesra selalu. Macam adik abang. Kalau kaulah jadi DSZH apa kau buat? Aku percaya dia dah bikin istiqarah dah tu. Kau ingat kau sahaja ka yang pandai solat, orang UMNO tu masih PAGAN lagi ka, bila nak buat keputusan sukar, pegi main tarot, pegi jumpa bomoh, bagai? Aku percaya dia dah solat, dia jumpa BangNon pun lepas dia solat, Semail saberi, and the gang yang pegi jumpa tu semua dah solat, ada ompek ekor tu tak dtg tu, tak solatlah tu. Hah yang tak solat tulah geng setan broker KUTTY & Co yang duduk membarah dalam UMNO, pecat je si Ompek ekor tu? Jap, cop kalau nak pecat si Ompek ekor tu, solat dulu. Jangan tak solat, jangan jumpa bomoh hokeyyy!

Apa pun biarlah YDPA buek kijo dia esok. Bior YDPA sendiri kuiri SD geng 30 yang Abah Kau emel kat YDPA tu.  YDPA sure dah solat panjang-panjang malam ni. Kalau aku jadi YDPA, aku cakap je kat Geng 30 yang dah sign SD tu cam gini. Mu dah sign kan, Beta nasihatkan mu rign jela jadi Ahli UMNO, Beta izinkan kamu lompat parti masuk Bersatu or PAS bagi deme cukup korum he he he--- gitu. Itu kalau aku yang YDPAnya.  

No comments: