Thursday, November 24, 2022

Berani Bebenoooo----

Kat opis aku ni biasale orang Melayu sokong PN. Bos-bos pun semua PN. Asyik aku kena perli je le, kena bahan. Iyalah orang kata tak dapat tanduk, telinga dia pulas. Apa-apa besok dia tak puas pasal gomen mesti dia perli aku.

Nasib baik le dah masuk hari ke 2 Abg Non jadi PM Bang Non belum buat apa-apa benda pelik lagi. Kau tunggu le sikit masa nanti, if ada benda pelik yang berlaku. Harapnya tak dele benda macam apa tu itu hari tu--- yang berhimpun reramai kat KL tu bantah apa tah tu, kunun macam nak samakan semua agama?

Jika benda tu berlaku pun aku dah sedia dah. Mujur kat opis ni ada yang sokong BN jugak. Jadi if anything happened aku tak berseorangan. Tadi aku dah cakap pun orang semua bimbang bila BN masuk UG nanti semua jadi kapir. BN ni macam berani bebeno. Wah bila aku cakap macam tu semua sokong. Hah betullah itu yang mereka takut. Takut kuasa Melayu terhakis, dek kerana bersetongkol dengan Pakatan yang dalamnya ada DAP.

Adakah ketakutan Melayu itu akan jadi kenyataan? Aku cakap gini je, kalau kau takut kau selalu sebut-sebut benda tu, takut benda yang kau takutkan sangat tu akan jadi kenyataan. Aku sendiri pun tak tahu adakah benda yang kamu orang takut sangatkan tu akan berlaku. Kalau berlaku kena percaya itu semua memang Allah yang tulis dan tetapkan. Kita sebagai insan perlu muhasabah diri, perbaiki diri, taubat, periksa diri, apa kurang, apa silap dan terus maju melangkah ke hadapan.

Aku takut? Kau jangan tanya aku, sebab aku tak de anak dan tak lama lagi nak pencen pun. Aku memang tak ada apa-apa ketakutan pun. Untuk kau semua memang aku sangat berempati, tapi nak buat macam mana dah keputusannya begitulah. Orang yang sangat kau takut jadi PM, akhirnya jadi PM juga. Aku nak cakap apa pun, memang aku tak boleh cakap apa, pun. 

Apa tips--- macam aku dah tulis dulu-dulu, kena kuat, kena kental, kena perati Elon Musk. Bayangkan kau kije dengan ELON MUSK. Kat opis kengkawan pun memang ada setan ELON Musk ni, hah kena sanggup, kena kuat. Kat opis aku ni bos aku Mother Theresa, kami ok jak. Kau tengok kami macam orang gila, tapi tu, macam tulah dia kalau kije dengan bos yang kau kata kapir tu. Orang kapir dia memang macam tu, asyik-asyik prestasi-prestasi-prestasi. Kena hadap. Kena bayangkan semua bos jahat yang ada kat audit negara tu berpindah masuk audit dalam dan jadi bos engkau. Full-stop.

 

No comments: