Ada yang meroyan, ada yang memaki hamun bila Presiden UMNO kupi-kupi di hotel KL dengan kawan lama teman sepeguruan dia. Dan aku rasa semua kengkawan aku yang Islamis kecut perut sebona ea dengan cerita semalam. Orang kupi-kupi dia pulak yang cemas, dah kenapa, kan?
Aku boleh fahamlah rasa takut deme tu. Deme takutkan Abang Non dan DAP bakal kristiankan kita semua. Aku? Apa ada aku nak takutnya. Mengarut je derang nak kristiankan aku. Ala kat singapore tu ok je Islam derang. Kadang tu organisasi Islamnya lebih teratur.
Aku bukan tak sayangkan Islam dan nak tengok sangat Malaysia jadi Singapore, tapi dah kau juga yang sengal ya amat, nak juga libatkan Mak Jan 30 yang super duper jahat tu decide president from which party tu become PM, ko hambeklah,kan.
Aku dengan kengkawan aku dah mengumpat, awat PN tak nak sangat Bang Non tu pasal takut Bang Non Forensikkan kes 600 billion dana Darurat Kobid hari tu. Katanya Gomen Kuar dana dari Tabung Daurat RM600b, yang dah guna RM400b je, yang RM200 tu pegi mana? hah! Aku rasa pulak setakat RM200b is nothing, mesti ada lagi tu. RM200b is just a tips of an icebergla, kan?
Aku fikir gini je, what if betul cerita Geng Cinta Najib yang sebenarnya Najib diinaya? Itu pasal seboleh-boleh nak si Lebam tu juga yang cover. Hurrmmm kalau dapat ke Bang Non, habis tersongket segala. Kau nak pegi mana? Memula aku risau gak dengan Bang Non ni, siang kekupi dengan kawan lama, malam merendek dengan geng Mosad, tapi tu hanya Bang Non saja yang boleh merungkai segala mesteri yang selama ini terkunci rapat. Selagi geng mamak tua tu cover everything, selagi tulah kita tak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku.
Kita menjual Islam? Bila masa aku jual, kome-komele yang pilih Abah Kau yang dogeee tu kunun nak jadi PM, tapi hareeeemmmmm sombong bodoh, langsung tak nak berbincang dengan Abg Non. Kau bayangkan dia bercakap macam Parti dia No 1, nak suruh orang gabung dengan dia kunun padahal parti Bang Non dapat lebih 9 kerusi. Dia ingat apa? Nabi utusan Tuhan itu sombong juga macam dia ka? Kau ingat Bang Non tu ciptaan Iblis? Bang Non dan Iblis pun ciptaan Tuhan, kan? Ada ustaz ustazah kau hajau menyombong diri dengan ciptaan dia yang maha Esa?
Kome cuba bayangkan kalau Nabi ataupun sahabat masih hidup, atau semalam, dah mati hidup semula, dan tetiba jadi Presiden PN, ko rasa apa rupa statement yang akan keluar dari mulut baginda? Bayangkanlah.
Itu dari segi ucapan. Ni dari segi perbuatan pulak--- ko tau apa yang Ayah Cik dan Abah kau buat, lepas Bang Non mendahului? hah dia pi culik team Mak Jan 30 seramai 15 ekor dan yakinkan Abg Jo yang they got the number. Mak Jan tak tau apa-apa pun pasal ni. Tengah malam tu jugaklah Mak Jan kuar statement mana-mana bitch yang sign SD dengan team Abah Kau, dikira tak ligit. Maknanya tandatangan SD G15 bitch tu tak laku. Lepas tu la Mak Jan ajak Bang Non Kupi-kupi. Apa lagi gelabahlah G15 tu. Tu yang meroyan-royan mintak presiden dan timbalan presiden letak jawatan.
Aku cakap macam ni ke kelaku / akhlak Nabi. Aku rasa kalau Nabi hidup semula dua hari lepas pun, Nabi boleh pengsan dengan kelaku Abah Kau dan Ayah Cik yang sangat tak Islamik ini. Gitulah dia cerita pasca PRU15. Menarik bukan?
Apa cerita seterusnya kita tunggu hingga petang nanti, apa kesudahannya. Kalau ikut pengamatan aku, kalau Allah benarkan orang yang Akhlaknya sangat buruk dapat kuasa, memang susahlah kita. Tapi aku ok-ok aje, seburuk sebusuk akhlak Abah dan Ayah, deme tak kenal aku pun. Deme tak akan datang kacau aku pun. Aku ni kuli-kuli saja.
Tapi kalau Allah bagi kemenangan kepada Abang Non, memang padan mukalah, sebab Akhlak kau buruk, sebab tu Allah bagi orang yang lagi buruk untuk lenjan kau sampai lunyai bagi kau betobat sikit, muhasabah diri agar jangan berlaku sombong kat muka bumi ni. Sapa pun orang tu, sejahat mana pun dia perlu disantuni dengan selayaknya dia sebagai pemegang status ciptaan Tuhan.
No comments:
Post a Comment