Thursday, September 2, 2021

Respondent???

Kebiasaannya kalau nak tulis tesis untuk master ka, phd ka mesti kau berangan cari respondent bos-bos besar je,kan? I mean kalau research qualitatiflah,kan? Nak yang bebesau je---- tetiba terfikir pulak, buleh tak, valid tak kalau kita punya respondent tu setakat orang biasa-biasa je. Kumpulan pelaksana ka? kan. 

Tetiba saya rasa kalau bos cakap besar, orang bawah satu hereeemmmm tak faham, macam mana tu? Tetiba saya rasa walau sebesar mana pun idea tu, dengan komunikasi berkesan, kau letaklah macam mana besar pun sesuatu idea tu, ia boleh sampai ke sasarannya.

Ini aku cakap pasal persidangan yang bos-bos besar kami pergi pada bulan Julai yang lepas leeerrr--- kita pun tak de kose sebona eh nak ambik tau pun, tetapi ntah kenapa kena le pulak jadi translator tak berbayar bagi pihak bos-bos kekecik---kita pun baca kita pun terjemah. Aku cakap dalam hati ini ucaptama ni ditujukan pada sapa? Kata audit Dalam Gomen. Audit Dalam Gomen paling besar di Malaysia ni duduknya kat opis aku le. So kau rasa?

Memula aku rasa KAN aku ni siok sndri, lepas tu aku fikir balik dalam-dalam, KAN lantak apalah dia bebel, dia bebel le kan. Kalau tak de orang layan, jadi le KAN siok sndri. Tapi kalau kita layan, idak le dia siok sndri. Ceritanya dah nak masuk bulan ke dua KAN, melontarkan idea dia, ada orang layan tak? Tetiba aku rasa, aku ada benda nak cakap, aku rasa, aku kena cakap benda ni. Aku rasa kalau orang KPM tak layan KAN sapa lagilah nak layan dia. Aku kena cakap benda ni.

Lepas tu mulalah aku bercakap. Bercakap-punya-bercakap itu yang tetiba terfikir ada ke orang buat research qualitiatif, respondentnya orang kekecik je. I think this is time for me to give a visit to kawan sekolah yang dedekat yang ada gelaran prof Madya, kan?

Manale tau boleh jadi research proposal untuk my next academic write-up.

tetiber nak bermadah pulak---
Tak de benda yang besar, unless kau rasa benda tu terlalu besar untuk kau. Walau sebesar manapun sesuatu benda tu, kalau kau pandai adjust mengukur dan menyukatnya ikut saiz kemampuan kau, benda tu fit je dengan kau---

apa bendalah aku merapik ni. haiiiii----

No comments: