Kata malas nak meroyan, nak cerita pasal apa budak rupa suam-suam kuku kat opis bikin saya gerigitan, kan, tapi tetebbeerrr terajin. Terasa nak meroyan. Nak tunjuklah macam mana saya meroyan online. Nak cerita sikit, ni rasa macam kali ke 2 ke 3 lah gitu saya meroyan dengan dia. Satu kali dia dah reti bahasa, kali ni kena royan sebab ntah tak tau ke terlepas pandang ka hapa ka--- gini, dia dah tau saya ni tak suka geng-geng ahli pikir pujaan dia tu, saya meroyanlah kata saya tak suka. So, sekali cakap dia dah tak berani dah nak ajak-ajak simpati/sokong/kesian kat mamat pujaan hati dia.
Like I said before, kali ni agaknya dia terlupa ka hapa ka, dia antar pulak bebenda yang Ai is kategorikan sebagai nak minta simpati/sokong/puja mamat tu dalam group. Atau dia ingat kalau dia blast dalam sana, saya takkan berani komen apa-apa, kut. Tapi tu hah meh tengok apa aku dah tulis dalam group, punyalah berani,kan saya. huh! keyboard lebih laju dari otak? Tak takut ka kalau dalam group tu semua pemuja mamat tu, tak takut besok masuk opis semua pandang kau as if kau orang gila? ada aku kesah? Jom bacalah dulu, then kau fikirlah gila atau tidak royanan saya tu---
Kau rasa naik opis nanti aku kena serang tak dengan pentadsub Dr? he he---tak denya derang nak serang sebab dalam group ni kami bertiga je. Itu pasal le saya berani, kau ingat, kalau dalam group ada ramai-ramai ahli, saya berani ka nak meroyan macam itu?
Lepas kena balun kaw-kaw macam gini, lepas tu dlm group tu kalau ada apa-apa, asyik ajelah dia minta excuse alumilah, kelas bahasa German lah.
By the way ini group kerja. Bincang pasal kerja. Dia buat hal share haram jadah ni pun tengah kami sibuk prepare material untuk our JKA meeting minggu depan ni. So group tu memang aktif le. So bila kami pung-pang-pung-pang share info memang dia senyap je le. Lepas tu dia masuk say sorry tak dapat join sebab yang saya cakap tu le. Siap kau tepek gambor alumni bagai. Masa google meet cerita pulak peri pentingnya meeting tu. Alumni semua duduk luar negara. Aku memang tak terbakar le sebab dah masak dengan perangai dia ni, bab-bab kerja memang ada sendu sikit. Tapi kawan aku yang lagi satu tak tau le. Kalau kau, apa kau rasa. Kita tengah struggle sediakan bahan meeting, kau sesedap dengan Alumi kau satu hal, lepas berlagak pulak tak cukup logo, cerita pula apa kerjaya ahli alumni kau, kau rasa? Apa rasa kawan yang macam nak rak sediakan slide presentation untuk meeting tu. Slide tu pulak sapa yang baca/tengok? KSU tau!!!! eh bukan setakat Ketua Jabatan kau je. KSU KPM, Kementerian terbesar di Malaysia.
As for me, I took this job seriously sebab KSU Datuk Yusran ni dia baca tau material yang kau bagi kat dia. Tu Datuk Yusran, kalau Dato' Kamel Timbalan dia, yang dah naik pangkat gi Melaka tu, lagi brutel, bukan setakat baca, kalau ada error siap diconteng-contengnya kertas tu, dia pulang balik kat kau. Tu pun masih mau berlagak-lagak lagi dengan cerita sedih Dr kau kena serah balik jawatan Menteri,lah Alumni kau di luar Negara yang semua tu Dr lah, kelas bahasa Jerman kaulah, Hadoooiiii. Macam manalah saya tak gerigitan, kan?
Ni saya nak pegi kedai, nak cari apa-apa patut untuk kudap-kudap bos. Iya PKP ni mana ada meeting pejabat, (so tak boleh klim makan mesyuarat pejabat, tapi ada je orang nak sponser kudap-kudap bos, kau kena juga sedia benda tu) tapi bos saya ni pelik, dia nak Timbalan dia, ahli dia dalam 4, 5 orang gitu selonggok dengan dia masa online meeting, pelik tak. Abeh, dah dok belonggok, takkan satu titik air pun kau tak jamu, kan. Hah itu semua kerja urus setia. Memang dalam meeting tu tak de orang pun kenal kau, kau tu kije setakat macai je---eh kalau cerdik kije bodoh-bodoh macai ni le membuatkan kau selalu tak de isu dengan bos kau yang lorat/lapar macam singa tu tau.
Ni aku bagi tips macam mana nak bos sayang, ambik tau apa makan, minuman kesukaan dia, jaga perut dia. barula dia tak meroyan. Ni kau kalau tak bergaduh dengan team mate, tak bergaduh dengan auditi, tak denya kau nak ngadap bos,kan. Jumpa bos bila ada masalah aje. Hey, bos tu dah ada banyak masalah dalam otak, lagi mau tambah masalah kau pulak. Kalau bos sembur kat kau balik, "saya tak nak dengar masalah" ko pigi rakam, dan viralkan satu opis suara bos kau yang tengah meroyan tu. Ko rasa, kalau anak buah kau macam gitu, kau rasa kau nak sayang tak anak buah yang begitu? Sebelum tuduh orang lain kaki bodek, kaki ampu, cermin dulu muka tu. Bawa muhasabah diri, apa beza kau dan mereka-mereka yang disenangi bos.
Lepas ni saya nak ceritalah tips berharmoni dengan bos yang cerewet./bermasalah atau share cerita pasal si kaki ampu, kaki bodek---
No comments:
Post a Comment