Tuesday, September 21, 2021

Nahi Mungkar---

Sejak gomen umum bukak Langkawi, kecoh suapan FB pasal Nora-Danish---Percutian Daring, katanya. Ntah, apa yang daring, tak tahulah---biasalah dalam soc-med, orang bercuti pakai, posing lagu tu. Lagi pulak lagi dah berumur macam dia tu, lagilah mau tunjuk kat semua, as if masa bagaikan terhenti gitu. Langsung tak kedut, tak luak bagai. Model/acuan soc-med kita, dari macam-macam negara seluruh dunia. Dah katanya internet ni jadikan dunia tanpa sempadan,kan. Ikut suka hati akulah nak amik acuan dari mana, kan.

Yang jadi kecoh tu, minah bernama Nora ni ikut acuan Amerika. Apa masalahnya? Dia memang budak bandar, bukan asal kampungpun. Hat mari budak muda kampung pun ramai dah terikut acuan amerika, korea ni, ini pulak dari bandar, kan. Saya ada online bestie yang memang asal kampung, ceruk kaki Gunung Kinabalu, Sabah sanaaa----lagi tua dari dak Nora, baya saya. Rasa 10, 15 tahun lagi tua dari dak Nora, kut. Pun boleh lebih kurang gaya acuan konten online dia geng-geng dak Nora gak. Nasib baik bestie saya tu lelaki yang saya rasa tak de six pack---habis kuat pun tunjuk lutut sikit-sikit dengan lengan yang tak berapa nak kekar tu he he---cubalah ada six pack, harus dah berposing dalam kolam belengging macam siNedim, laki dak Nora ha ha. Lagi satu kita ni kalau lelaki, nak tayang dada pun tak de masalah, cuba kalau pempuang, amboiii kecohnya macam nak kiamat je, kan?

Nak ngata orang, saya sendiri pun konten FB tak langsung tunjuk kampung-kampung. Habis kuat kampung pun setakat ulam-ulam, sambal belacan ade, le. Nama nak tunjuk desa, sawah, kebun, memang tak de. Kampung saya di Rembia Melaka, yang paling dekat Tesco, Family Store. Nak pegi posing kat kampung Morten pun tak ada. Ironinya kali pertama saya jejak kampung tu, masa saya ngodit negeri Melaka. Itu pun bos orang Selangor yang teringin sangat nak ke sana. Itu pun idak teringatlah saya nak jadikan ia sebagai konten FB/Blog sini. Kita pegi pun masa kuar ngodit,kan. Kije. So memang tak de masa nak buat konten, pun.

Sebenarnya nak cerita pasal komen-komen dalam update dak Nora, tapi dah terpanjang sangat mukadimahnya---

Cerita komen pun sikit ajelah. Kita pun dah tau kalau retis pempuan gitu-gitu sikit, mulalah Warganet bising.----Dah takut dosa,lah, tak penat ka tayang bodylah---gitu-gitu. Kau dah kenapa sarkastik sangat. Apabenda leerr---kita nak kata dia tak takut dosa, yang kita ni dok meroyan dah seropa orang hilang akal, tak berdosa sama ka? Dosa apa? Dosa sebab menggambarkan umat Islam ni macam orang gila. Islam agama yang menganjur kedamaian, keharmonian. Islam agama yang menjadikan salah satu tunggaknya ialah memelihara akal. Kalau dah dalam internet tengok bontot tetek orang helok terletak montok, pun kau dah hilang akal, so apa yang Islam ajar kamu tentang akal? Di mana letaknya statment yang claim kata Islam pelihara akal, orang Islam itu orang yang terpelihara akalnya? Ini kalau mengomen dah macam orang hilang waras, tak ka itu berdosa juga sebab sudah mencemarkan imej Islam .

Itu ajelah setoet tu aje saya nak kongsi.

konten ala-ala retis barat: Harap lepas ni ada le retis laki bini pi becuti, tunjuk aktiviti tumbuk padi, anginkan beras, noreh getah, tangkap ikan, bla bla bla la pulak ya. Sian Netizen kita, dah muak sangat tengok konten ala-ala Kris-Jenner ni, sampai meraung-meroyan macam gila talak-hilang-laki/bini. Or laki/bininya dirampas GARUDA---


No comments: