Friday, September 17, 2021

Angan-angan

Saya ni memang kuat berangan --- dan tak malu pun ngaku. No 1 berangan nak jadi bini orang baik-baik, kaya, bijak, berbakat, artistic hensem macam model antara bangsa, bla bla bla. Memang le tinggi, tapi itu berangan maaa FOC.  No 2 berangan jadi pegawai penyiasat. Berangan No 2 sangat kerap menjadi-jadi, lepas jadi Penolong Juruaudit, ni. Tapi tau diri ini kadang tu setakat berangan ajelah.  

Tapi tu orang kata berangan yang semi-real,lah jugakan? Memang kije mengaudit ni kije menyiasat-nyasiat gitu, kan? Berangan No. 1 memang punah le bila saya digambarkan begini___


Yang melukis ni lelakilah pulak---hadoooiiii malunya saya ndak terkata-katalah rasanya,kan. Memang menangis lama jugak le kita ni,kan. Rasa sampai hari ni pun sedih hati tu ada lagi. Tak boleh nak move onlah-- Sikit-sikit saya terima kenyataan yang maha hodoh ini, dan perlahan-lahan suka pulak dengan imejan ini. Kenapa saya suka? Hey berangan no 2 kan sebagai penyiasat. Penyiasat, polis, kenelah rupa hodoh macam tu---barule orang jahat, takut, kan? !!!!

Berangan punya berangan--- hari sebelum hari Malaysia lagi, saya dah dapat dah emel dari Unit Integriti. Sebenarnya saya dah tau benda ni dekat sebulan jugak, tapi masa tau tu rasa gitu-gitu aje---hanya bila dah bukak emel, dan baca surat perlantikan, baru ada rasa macam tak tau nak cakaplah----Oklah meh tengok apa bendanya yang bikin saya rasa seronok sampai tak tau apa nak cakap ni.---



Saya telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Siasatan tuuuuu----cer cer tengok tu kepala surat dari mana---fuhhhh. Masa ni memang kau really wish,kan orang yang kau nak siasat tu tengok muka kau sebijik macam lukisan di ataskan? 

Wish me luck, diberi kesihatan untuk menyiapkan laporan siasatan tepat pada masa. I don't have much time actually. Pejabat KSU bagi sampai sebulan je untuk siapkan laporan. Ala kes kecik-kecik jak tu. Simple straight forward. Tapi tak kisahlah kecik ka besar ka yang penting kepercayaan yang diberikan oleh Ketua Jabatan kita. Agaknya bos pun lama dah nampak, ni muka-muka monster yang sangat bagus dihantar menyiasat he he he----

No comments: