Sunday, September 26, 2021

SiMata Lalat

Semalam saya pergile menonggek bukit blakang rumah dengan kawan belajar A-Level dulu---punyalah cantik tempat tu dengan bebunga simple-simple, latar pokok pine bagai. Taman tu memang terkenal tempat orang photoshoot kawen-kawen baik pra atau pre. Rozita Che Wan dan Zain Saidin le yang dok viralkan taman tu sebagai taman untuk photo-photo ni.

Lepas menonggek-nonggek, termengah-mengah (sayalah, kawan saya steady je) naik bukit, turun bukit, kita pun bergambar-gambar le, apa lagi,kan? Masa kat atas bukit, kemain lagi saya terhegeh-hegeh uting pokok pine feeling-feeling kunun berada di Genting, ka, Cameron ka, kan. Bila turun bukit, kemain pulak fokus kat gambar bebunga kunun berada di ladang bunga cerita hindustan Bobby. he he--- tapi kau tengoklah apa gambar yang saya bawa balik, ni---hurm. 

Sila perhatikan rerumput di tengah gambar. Kalau ditambah bulatan, lonjongan merah dah serupa gambar pemerhatian audit, kawalan kebersihan kawasan sudah, ni.


Begitu juga yang ini---kalau dibulat-bulat dilonjong-lonjongkan kat bunga yang dah patah-riuk, yang dah coklat kat tepi gambor tu, hurmm memang dah boleh masuk report dah ni.

Hadoooiiii heran haku macam mana benda-benda ni ble masuk hp---lain yang difokus lain yang masuk. Haish---Hp ni dia tak tau ka ini hujung minggu ni, kita nak rehat-rehat, bukan tangkap gambar untuk masuk report. Hadoiii---

Begitulah kisah hujung minggu seorang Penolong Juruaudit yang keTaman untuk rehat minda, tapi hp dia tak nak berkerja-sama. haish spoil the mood sungguh, kan. Macam kena beli Hp asing-asing jak ni. he he

Nasib baikla kawan bawa anak teruna mai sama, ada jugalah gambar yang senonoh, sikitkan? Saja je ambik gambar kekecik, sebab pesan kat jurufoto "kau amik saja apa aaar janji untie dengan mama nampak kurus. Ni bukan kurus lagi dah, cenonet terus. Nampak bunga jeer.



No comments: