Kat sekolah dulu tentu ada kawan-kawan perempuan yang cun lagi ramai peminatkan? Ko rasa? Ada yang naturally cun tu memang orang puji, le. Ade sejenis gegedik gitu-gitu yang bikin orang gerigitan. Ko ada ka kawan, kenalan yang begitu? Saya ni sekolah bandar, campur cina India, benda tu memang tak adalah. Lepas tu masuk sekolah berasrama penuh. Bila dah berasrama penuh, dah jadi cerita lain. Bercampur dengan budak lelaki, so yang kena bawang budak lelaki ajelah.
Pesona-pesona perempuan jahat memang tak adalah sebab ni sekolah elit, semua fokus mau berjaya dalam pelajaran dan bercita-cita besar besok nak tadbir negara. So, mana ada masa nak jadi perempuan jahat. Tapi tu bakal perempuan penting negara ni pandai juga mereka mengutuk perempuan-perempuan jahat sesekali-sekala. Sapalah yang jadi mangsa kutukan itu? Masa zaman saya Imelda Marcos le. Kalau umur sebaya sikit Ziela Jalil.
Imelda tu memang sampai hari ini pun dikenang sebagai perempuan jahat. Tapi dak Ziela---hurmmmmm tekojutkan Ziela sekarang dah jadi apa? Tak kisahlah point saya, yang kita sesakit hati dengan perempuan macam ini tak de pekdahnya. Kita orang perempuan kenalah cantik dan rajin jaga penampilan. Itu tazkirah mak saya ulang-ulanglah. Kenapa dia kena ulang-ulang? sebab tazkirahnya umpama mencurah air ke daun keladi.
Tak tahulah kenapa malas sangat tu, kan? Sukanya saya ini tidur dan masak-masak. Nak bersolek-solek ni memang malas. Pulak tu masa zaman saya memang tak tahu dapat dari mana tah, kunun bersolek itu tidak baik untuk agama. Ajaran sesat manalah yang saya dapat tu? Sedangkan Nabi sangat suka benda cantik dan sentiasa berdoa agar tuhan memperelokkan rupa dan akhlak Baginda ketika bercermin. Ajaran yang saya dapat tu datang dari bisikan syaitan dan iblislah tu, kan? Membiarkan saya bermalas-malas, dan hanya rajin jika perut dah berkeroncong je. Lepas masak-masak, makan, saya tidur lagi. Mak ingat saya study, saya ni mananya studynya. Membuta je kijenya. Dalam kelas pun saya membuta. he he he---
Dia bab cantik-cantik ni bukan nak suruh kita over-over. Ni kita sangat salah, asal berdepan dengan cermin je nak bercantik-cantik, nak menggedik, nak tarik perhatian, attention seeker, bla-bla-bla---Tapi memang ada pun orang jenis begini, harap cantik je tapi buat kije satu haram tak reti. Sepanjang kije ni, adalah 2 orang yang saya jumpa macam gitu. Satu tu tak jumpa 2, 3 kali je. Tapi dia ni dah femes, kita yang jumpa 2, 3 x seumur hidup pun boleh kenal dia. Ada aje yang cantik tapi kije bagus. Yang tak pandai buat kije ni ko jumpa semur hidup sekali 2, tapi kau kenang sepanjang mati, dah kenapa, kan?
Ni bukan nak cerita pasal perempuan cantik gedik, tapi cerita perempuan yang dahlah suam-suam kuku je cantiknya, bergaya pun tak mau, kerjanya pun cincai-cincai sahaja. Dahlah kerja cincai-cincai tapi rajin benar nak mengajar-ajar itu ini. Ini yang sangat bikin saya gerigitan. Inilah yang paling dekat dengan dengan saya. Tapi tu, setiap kali gerigitan, saya memeriksa diri, adakah saya pun macam dia juga.
Tapi tu saya fikir, berlama-lama gerigitan ini langsung tidak bagus untuk kesihatan jantung dan tekanan darah kita. Iya betul, saya pernah diperhatikan tekanan darahnya (BP), diambil tiap-tiap hari sebelum Dr putuskan untuk bagi saya ubat penstabil tekanan darah. Terus saya jadi risau dan masa itulah dari saya dok gerigitan dengan budak ni, baik saya fokus membaca bahan-bahan berkenaan tekanan darah. Lepas bacaan BP dah ok Kolestrol pula. Jadi saya memang tak de masa mau lama-lama gerigitan dengan budak ini. Bila dia tau pulak saya ada masalah BP dan Kolestrol wah dia yang serba pandai, ni, kan macam-macam lah dia kongsi kan pada saya.
Macam saya ni bodoh sangatlah pulak kan? Tapi saya tak berapa hirau sangatlah benda tu. Benda dia share tu betul pun. Rasa macam semua juga saya cuba. Dia masa tu taksub dengan diet KETO, dan Intermittent Fasting (IF), earthing, brisk walk, berenang, pergi gym. Saya buat semua, alhamdulillah, menjadi. Memula tu, berat saya 100kg lebih, saya berenang sahaja. Dah turun, 70, barulah brisk walk. Pergi gym hari tu sempatlah 3, 4 x, lepas tu PKP. Tapi saya kat rumah teruskan jugalah buat senaman-senaman yang budak gym tu suruh buat. Kat rumah kita guna body weight aje.
Tulah cuba kau fikir balik, kalau saya layan gerigitan saya ni, dan berfikir begini "hai, kenapalah saya nak ikut cakap kau, kau ini buat kerja pun selalu berangan, dan selalu juga tu kami kena tolong kerja kau, kau fokus sudah kerja-kerja kau tu, janganlah sibuk nak mengajar saya pulak macam mana nak uruskan kesihatan saya" Dia sakit hati, saya pun sakit hati,kan? So, senang cerita, saya fokus saja pada masalah saya. ----
Saya masih gerigitan, lagi---masih adalah benda yang dia share-share bikin saya berang saja tu. Tapi itu tidaklah membebankan sangat, pun. Dah dia macam gitu. Apa bendanya eh malas nak ceritalah. Adalah bendanya, tu. Dari saya cerita pasal sakit hati baik cerita pasal penjagaan diri atau lebih kepada persiapan kita nak masuk menopause, kan? Kita fokus masalah kita, masalah orang kita belakang kiralah, kan? Yang kita sibuk membawang masalah orang dah kenapa. Hati ini kita yang punya, kalau kita fikir untuk mengenang benda yang menyakitkan hati, maka sakit hatilah dapatnya kita. You reap what you sow.
No comments:
Post a Comment