Friday, August 13, 2021

Good Vibes---

Orang ada soc med, ko pun nak hada jugak. Dah jenis zaman digital ni,kan. Pentingka. ntah. Saya terjebak ni pun masa dulu-dulu le zaman tak tentu hala tu, merayap dalam alam maya, aleh-aleh je kena tuduh orang gila. Saya tak begitu sangat nak amik port pun benda-benda ni. Sebab saya bukan kenal, pun orang yang tuduh-tuduh saya tu. Bohongla kalau nak kata saya langsung tak terjejas dari segi emosi. Terjejas tu memanglah terjejas. Tapi mujur tak melarat sampai menjejaskan kewangan saya, walau tak banyak mana, habis bulan habis gaji lepas tolak hutang keliling pinggang. Alhamdulillah.

Akceli kawan yang buatkan FB untuk saya. Blog pulak kawan lain yang sarankan bukak satu untuk terapi minda. Semua kawan ni kenal kat internet je. Saya sangat hargai kawan ini, sebab walau kenal dalam internet mereka boleh terima saya seadanya. Derang langsung tak kisah pun saya sakit mental. Kau bayangkan kawan yang kau jumpa hari-hari pun ko tak berani nak open cerita ko ni pesakit mental, tapi yang ko tak pernah jumpa, selamba je ko boleh percaya dan bercerita. Itula istimewanya kawan kenal dalam internet ni. 

So enuf dengan dia yang mencemuh persahabatan yang terjalin bersumber dari alam maya ni. Kita tak usah nak jeles menjeles antara satu sama, lain,kan? Ada orang dia ada ramai kawan. Saya pula kawan boleh dibilang dengan jari. Sebab kalau ramai-ramai nanti saya pening, paranoid, lemas pulak. Biarlah orang nak kata kita sombong, pun. Yang penting kita tak kacau orang, dan sebolehnya dalam medium apa pun baik di pentas maya, atau nyata, kita bagi imej yang baik-baik aje,kan. Kita hantar gelombang baik. 

Zaman Covid-covid ni memasing kena kurung, tak boleh jumpa kawan yang secoit tu, masa tulah kita hantar posting-posting yang molek-molek di media sosial,kan?  Jadi dalam FB saya update aktiviti hujung minggu saya. Selalu kalau weekend saya briskwalk di kawasan kejiranan. Benda tu memang tak di halang pun masa covid-covid ni. Kau nak jogging, briskwalk, berbasikal hari-hari pun boleh. Tapi saya idaklah buat gitu. Mana sempat je le saya buat. Saya ni tinggal di Apartment yang kalau dah opis arah Work From Home, alamat tak kaki tak jejak tanahle. Sihat ka macam gitu. Ntah, saya orang kampung. Saya sangat seriau kalau tak jejak tanah lama-lama. Ntahlah tak tau kenapa---tak boleh terkurung macam tu je. Mesti nak keluar rumah, nak jejak tanah. Itulah mana sempat saya jalan-jalan di persekitaran saya. 

Oklah bebel je--meh belanja sikit kejiranan kita yang cantik ni---





Tula bila upload gambar ni ramai kengkawan pujilah. Owh saya dah kurus bla bla bla. Niat kita nak hantar good vibes,kan, so kita dapatlah balik good vibes. Dia hidup ni senang je. You reap what you sow. Saya dalam bermedia sosial ni memang tak de niat nak sindir apa-apa, sapa-sapa. Purely terapi minda. Kalau marah-marah tu bila fikiran bercelaru, just nak let it go. Tak de apa yang serius pun. Dalam sana tu pun semua kengkawan sekolah atau kawan yang saya kenal dari internet yang baik-baik semuanya. Yang tulen, bukan scammer he he---  Alhamdulillahlah semua yang saya kenal kat internet tu orang betul, bukan scammer. Saya ni bertuah agaknya. Kalau dapat yang kaki scammer tu alahai, kesian jugakan? So, bercakap pasal kawan ni, kita semua pun sekepala. Nak bagi good vibes, especially masa-masa covid ni. Tak de isulah nak menunjuk ke hapa, ke---Kengkunun le dia tinggal Putrajaya sana, gaji jalan---sempat memasak bagai tunjuk makan sedap-sedap, Pinggan mangkuk mahal-mahal--- bla bla bla, kan? Kau pun kalau pandai menggambar, tunjuk pucuk ubi, pucuk kayu sambal belacan, ikan goreng, plating atas daun pisang pun lagi lawa, bah gambar kau dari makanan yang dihidang dalam pinggan portmeirion yang mahal tu. Yang penting kreativiti, kan?

Kalau tetebeerr kawan kau meroyan, kita semua sedia maklum, alah dia nak lepas tension jak tu. Tak de masa de kita nak menyibuk, nak menyiasat, membawang, mengspakulate apa-apa, kan? Dah tau dia meroyan, doakan ajelah dia tenang. So, kalau kita treat kawan kita macam tu, Insya Allah manalah tahu esok lusa saya plak meroyan, Besarlah harapan, kawan yang terbaca royanan saya mendoakan yang baik-baik juga untuk saya. 


No comments: