Thursday, August 12, 2021

No Update=2

Saya tulis ni terapi minda, bila dah rasa ok-ok memang tak de benda nak dibebelkan. Tapi saja je nuleh kat sini gatal-gatal nak buang masa. Menda nak tuleh? Pertama pasai benda fitna-memfitna dalam dunia maya ni. Orang katalah Orang kita ni memang no1 bab ni semua. Penghabisan semua padan muka dapat Covid tak sudah-sudah. Dapat covid tu 1Dunia pun dapat, tapi kita lagi padan muka sebab kene kurung berbulan-bulan dan nak makan bertahun. Ni semua bala. Kata derang. As a muslim saya redhalah juga. Iya kita ni memang, kan. Kalau tak memfitna, mengumpat macam dah jadi darah daging. Bagusla tu kena kurung, at least kurang sikit bergosip.

Dah kalau tak bergossip, mengumpat, mengata orang nak buat content apa? Alahai buruknya perangai kita, kan? Iyalah tak de buruk apanya memang gitulah orang yang kecil mindanya. Percakapan itu harus pasal memperkatakan orang itu, orang ini, begitulah sahaja tahap pemikiran kita-kita ini. Kalau tak mengeji, menganjing, memuji, tahap mendewa-dewa,lah pulak. Kalau tak mendewakan orang, mendewakan diri sendiri. Saya ni pun nama je belajar dah sampai tahap Sarjana, tapi 2x5 je macam budak sekolah tadika cara pembawakan diri. he he he---

Kita we go as a flow. Masa buat master dulu kemain, quote dan unquote, kita jangan go as it the flow, kita harus lawan bla bla bla---itu on paper jelah ngok, paper nak bodek pensyarah suruh dia bagi A kat kita, bior kita dapat graduate on time je tu. Balik opis cerita lain le pulak.

Ok hari ni tak nak cerita pasal orang, tak nak cerita pasal diri sendiri, nak cerita, nak buat konten pasal food---super food? ntahleerrr---tapi more on replacement food. Nak kata food idak juga, lebih tepat, penyedap rasa pada masakan.

Apa tu? Ala macam garam, gula, belacanlah gitu. MSG. Saya memang dah lama bertekad tak nak pakai MSG, tapi tu hanya bila saya beralih kepada pemakanan lebihkan sayur-sayur hijau, barulah saya langsung tak beli MSG tu. Kita makan sayurkan, pulak tu sayur mentah, ulam, memang tak payah pun MSG, sebab selalunya sayur-ulaman ni kita makan dengan sambal belacan, ikan goreng. Jadi memang tak perlu MSG.

Tapi tu kadang-kadang saya tabur Nutritional Yeast pada makanan untuk dapat nutrisi dalam sana. ok apa dia Nutritional Yeast ni? Saya share gambo lepas tu kalau nak tau lebih lagi bolehlah google, ya---


Mulanya ambik ni sebab kununlah nak tambah vitamin B, tapi lepas tu terus guna sebab dia ni boleh ganti MSG. Sama je rasa macam ko bubuh MSG kat dalam masakan tu. So, la ni memang saya guna benda ni ajelah dalam masakan. Itu pun kalau teringat, kalau tak biar saja tak tabur apa-apa dalam makanan. Nak makan dia macam ko tabur salt and pepper lah sebelum kau menyantap apa-apa makanan.

Korang bubuh salt ang pepper bila ea? masa masak? masa tumbuk bumbu? Samalah kita. Tulah ni dalam percubaan memasukkan perasa tadi hanya masa nak makan. Nak cari kat shopee bekas garam yang boleh tabur-tabur tu. ----

Nanti kita tulis lagi pasal makan-makan yeark---Nak mengumpat pun la ni macam tak best, tak bernapsu jak. Tak tau le nape??? sebab tak de pekdah kut. Sebab dah terpadan muka sendiri gara-gara wabak Corona ni.---letihlah ngumpat, lepas tu kena kurung gak tak dapat balik kampung, hurmmmm buat penat jari je, kan mengumpat?

No comments: