Minggu lepas saya BDP- Bekerja dari Pejabat, selepas berbulan berkerja dari rumah, so, terpaksale jumpa budak usrah ABIM yang saya meluat tu. Tak taula apa ke hanginnya saya dok usrahkan dia pasal peri penting menjaga kecantikan. Sebelum tu masa beronline dia ada buat saya rasa jengkel bila dia tuduh so and so botoks. Biasalah bebudak usrah ni, kalau orang awet muda sikit, je botoks---
Dia tak tau dah melambak mak-mak usrah sebaya saya dah mula pandai jaga kulit muka. Pergh ada satu makcik usrah tu set penjaggan dia aje dekat berbelas-belas jenis, almaklumle sekarang ni makcik dah pandai pakai mekap. Awat tak pakai purdah je? Kan jimat? tak payah pakai mekap-tak payah berabis pulak nak cuci mekap.
Tu le betul kata arwah nenek kita, jangan suka menanjing orang, nanti jadi paku dulang, paku serepih. Itule dia dah jadinya kini, dulu mengata orang macam-macam sekarang ni kau pun dah 2x5 je jadinya. Eh mana ada sama, cikgu kami KOREA. Owh kalau KOREA tu Islamik, tak kapiaq harbi, lah pula. Tak kisahlah,kan. Orang dah beruang sekarang ni, suka hati apalah derang nak buat dengan duit derang.
As for me, I is memang malas nak jaga muka, tapi lately je tetiber terajinle pulak. Dah tetua ni sedap pulak pakai cream bagai. Dulu masa muda memang boleh pakai pencuci muka je. Kalau pakai yang lain, mulalah muka rasa lemas. Agaknya dah tua, muka dah kering, tu pakai losyen bagai dia rasa elok, sejuk, sedap, nyaman je kut. Agaknyalah, tu. Muka tetap tua, gak. Kalau pegi kedai kat bawah tu, jumpa budak kekecik, tetap jugak dipanggilnya saya ni nenek. Tak de dia nak panggil kakak deeerrr---
Tak kisahlah---
OK kita nak membawang pasal minah usrah/geng usrah ni. Memang saya tak nak join deerrr dereng ni. Tak tau nape. Lagi dah tetua ni lagi meluat saya tengok derang ni. Lagi dah tua aku tengok lagi menggedik pulak acik-acik ni he he---One thing about them, derang rasa non-usrah people ni tak sebaik mereka dan perlu diberi bimbingan. So dah tetua tetibeerrr rasa begini kut---"aku nak usrahkan orang, tapi orang yang aku nak usrahkan tu lagi elok rupa fizikalnya dari aku, cam no tu---aku kena all out"
Macam budak usrah kat opis ni leerr---masa saya lebih gemuk dari dia memacam usrah diet dia bagi. tetiba saya kurus dia masih macam tu juga. Last-last dia beli trampoline, sebab dia rasa lepas saya beli trampoline le saya kurus. Tak tau dah berapa bulan dah dia beli. Hari tu jumpa kat opis macam tu gak rupa dia. Masa online dia ada gak suruh saya share macam mana nak pakai alat tu. Malas saya nak layan. Derang ni,kan serba pandai. Tak kuasa aku nak ngajo-ngajo.
One thing bila bersama dengan budak ni, dia ada power buat kita rasa "aik bodoh sangat ka aku ni"--- then saya bikin saya sedar, kalau orang tak tanya, tak usahlah nak bercerita. Kalau orang tanya pun tak usah jugak nak bercerita. Cerita pun sikit-sikit aje. kalau cerita banyak-banyak, takut orang tak selesa pulak, nanti dia rasa macam kita nak sekolahkan dia, dan dia rasa sakit hati pulak. Buang masa je bercakap, je, kan? Niat kau nak memperbaiki keadaan kawan, tapi dari dia baik, dia jadi down pulak. Mau tak downnya dia, lepas melompat ateh trampoline, tengkok, tulang belakang dia terkehel, kau jangan buat memain, ngajo orang melompat-lompat ni. So, dari bercakap, baik kau bersenam. Itu azam tahun 2022 nanti le. Bercakap bila orang ready nak bayar untuk dengar kita bercakap. No money, no talk tu dah lain makna. Dah jadi kau nak dengar aku cakap kau kena bayar.
Bukan mahal pun jadi FB friend je. FOC tu. Tips kurus semua saya share dalam sana. Kena baca atau tengok gambo je. Macam mana pakai trampoline---pegile tengok youtube sana. Bersepah ada tu.
Ok hari ni kolam dah buka---jom terjun kolam yeay---
Macam mana nak berenang? Besok kelas bukak saya share hp no coach renang saya. Kalau minat boleh masuk kelas dia. Renang adalah senaman paling baik untuk orang perempuan dah nak menopause macam kami ni. Dalam banyak-banyak jenis riadah, renanglah yang terbaik, dan yang terpaling berisiko rendah untuk tercedera sana-sini. Tapi kena masuk kelas dulu leeerrrr---
No comments:
Post a Comment