Saya tau kalu adik-adik baca benda yang saya tulis ni derang mesti murung. But don’t worry derang takkan baca punya… Info ni
saya tak dapat dalam Harakah, tapi cerita kedai kopi orang kampung. Ntah dari
mana orang kampung tau cerita ini, saya pun tak tahu. Mungkinla ada orang
kampung ini kije polis SB barangkali.
Cerita memang tak masuk akal. Tapi masa tu semua benci Atuk,
orang sukalah mau percaya Atuk gitu-gini. Masa tu memang popularlah pasal
bomoh-bomoh ni, sampai ada politician yang mati kena kerat-kerat sebab
percayakan bomoh.
Jadi Atuk pun dikata-kata sebagai orang yang percayakan
bomoh. Kunun ceritanya Atuk akan rujuk kepada bomoh tentang apa-apa keputusan
besar yang bakal dia ambil. Masa tu orang sibuk bersains teknologi, IT bagai,
buleh atuk terpalit dengan bomoh. Saya ketawa aje. Tak mungkin Atuk begitu
orangnya. HM kata Atuklah orangnya yang nak sekolah Sains, nak ada Matrik sains
bagai. Dengan usaha Atuk Sains nilah, budak-budak Melayu ramai dapat jadi
Doktor, Engineer. Kalau tak kerana Atuk yang mementingkan sains dan teknologi, saya mungkin tak jadi Penolong Juruaudit, setelah diserang penyakit mental yang akut,
pada usia awal 20-an.
Mak saya bawa berubat hospital. Masa tu orang kampung tak tau apa itu sakit mental. Kalau mental tu Tanjung Rambutanlah jawabnya. Tak ada pula cerita orang mental boleh kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti orang normal. Juga, kalau tetiba tak sedarkan diri tu, hah kena sampuk jin dan orang Bunianlah tu. Tapi usaha sayang / cinta sains yang Atuk bikin, membolehkan ada uncle saya dapat pergi
university belajar sains dan ajak mak bawa jumpa roommate dia masa di Uni. Uncle ada tengok video orang Afrika rawat pesakit sampuk. Teruk pesakit dipukul-pukul sampai separuh nyawa untuk mengeluarkan hantu, jin atau Bunian dari tubuh pesakit. Bila dah tinggal nyawa-nyawa ikan, pesakit dibawa ke hospital. Rupa-rupanya pesakit bukan kena sampuk, tapi mengalami sakit mental. Jadi uncle, syor mak bawa saya ke hospital, takut kalau-kalau bukan kena sampuk, tapi masalah mental. Mak ragu-ragu juga pada mulanya. Tapi uncle yakinkan bahawa doktor itu rommate dia masa di Universiti, mak pun ok. Itu pasallah sukar untuk saya doakan Atuk mati cepat, walau memang saya nak tengok dia mati cepat. Kenapa? eh sakitlah hati saya bila tengok Atuk biar saja Menteri kewangan bagi fakta yang memperbodoh-bodohkan saya dan biar Menteri Agama sakitkan hati orang Melayu Islam selalu-selalu.
Atuk juga mula cakap
pasal ramal-meramal. Ramalan Atuk, Why? Punyalah tinggi sekolah, sampai jadi
Dr. akhirnya lebih megahkan ramalan dia? Apa sudah jadi, ya? Kita tak berani
nak cakap lebih-lebih, lah. Suruh menteri mentot bukak sekolah Harry Potter. Saya dengar, ntah sapa cakap ntah, bila nak akhir
zaman ni, sekolah-sekolah magic memang akan lebih popular dari sekolah sains.
Orang lebih tertarik untuk belajar magic dari belajar sains dan teknologi.
Wallah a’allam.
Tak kisahlah, Sains ke Magic ka, saya ini dari kecik pun mak antar pergi sekolah sains, jadi menyainlah saya
sampai masuk kubur ya. Tak berani kita nak main-main magic. Fikir ajelah cara sains macam mana nak
sihat di hari tua. Sains kata kalau berat badan kita berada dalam julat yang sihat, risiko penyakit macam
kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, boleh dikurangkan. Bukanlah makna gerenti tak
de penyakit, bukan, bukan begitu. Kita cakap pasal risiko. Kurangkan risiko, ya
bukan gerenti, hazard free, terus. Tak dia tak macam itu. Kita tetap percaya
setelah kita berusah bagai, nak dapat penyakit, pun dapat juga. Itu kuasa yang
di luar kawalan sains. Jadi, usaha untuk jaga berat badan ini hanyalah usaha
pengurusan risiko jer. Bukan nak eliminate terus. Mana-mana pergi pun, ada
risiko.
Eh susah tau nak stick to 1,400 kcal sehari untuk mendapat berat badan yang ideal. Kalau nak tau
senang ka susah, cubalah. Anggap ini satu cabaran. Macam masa kita sekolah
dulu, nak jawab soklan calculus, ka, Trigo ka, Kan best tu? Lagi susah masalah
yang cikgu bagi, kan, lagi kita bersemangat nak selesaikannya, masalah tu?
Tapi tu sesusah-susah penyelesaian secara sains, susah lagi
penyelesaian cara Harry-Potter. Eh korang tak tengok Harry Porter lagi ka? Tengoklah.
Susah. Banyak musuh yang mau lihat dia mati segera, kawan pun ada yang cemburu dan nak lihat dia celaka, kena bertarung dengan macam-macam bentuk magic lain yang pendek katanya kena bergadai nyawalah gitunya.
Kalau cara sains, mudah sahaja, kawal kalori dan bersenam je. Tak lah susah mana, pun. Yang
susah tu, nafsu ni aje. Ngada-ngada kejap nak makan itu, nak makan ini…. Perut
dah sendat pun masiiiii mau makan lagi.
No comments:
Post a Comment