Wednesday, March 6, 2019

Kerajaan Sepenggal 2 - Cinta Kita

Gugurlz tak tanjat pun bila lepas menang Semenyih, PAS dan UMNO kawen gitu, tapi yang tanjat sangat bila DAP DAP meroyan kata perkahwinan ini berarti perang terhadap mereka.

Tak kisahlah, kita kreatifkan cerita ini ya. Saya sambung cerita fiksyen yang pernah ditulis oleh kawan baik maya saya...


Kawan saya cerita.... Dulu.

Cerita ini pasal Mohamad PASrule bujang telajak yang tak tau mana satu dara yang harus dia kahwini, lalu dia kawen 2 terus pada satu masa. Dayang Adila dan Siti Depster. Satu Malaya terkejut. Mana tak terkejutnya Mohammad yang wara' berkahwin dengan Siti dan Dayang yang kaki clubbing itu.

Lepas tu katanya si Dayang bukan lagi bunting pelamin, tapi sebenarnya sudah bunting masa naik pelamin. tapi tak tahula apa cerita si Mohammad ni, sebab saya pun sudah berangkat ke Negara Antah-berAntah untuk menyambung pelajaran.

Life sebagai student memang menyibukkan, dan saya tak ada masa nak layan sangat cerita-cerita bawang selebriti Malaya ni. Kawan saya pula sudah lepas Mohammad berkahwin dia terus  tidak bernafsu membawang Mohamad. Ntah gossip ka ntah betul, ada orang bawangkan kawan saya si tukang karut itu frust menonggeng sebab Siti pilih Mohamad bukan dia. Jadi dia layan frustnya dengan melukis. Hari-hari dia melukis. Ntah apa-apa tah dilukisnya. "Apa ini? Lukis hantu" kata mak saya. Dia cakap lukisan "the monster". Betullah apa yang mak saya cakap tu.. Hantu, monster sikit lebih kurang aje,kan?

Setelah menamatkan pengajian, saya kerja petik buah sekejap di sana sebelum pulang ke tanah air. Masa petik-petik buah tu kebetulan ada pekerja haram dari kampung Mohamad yang turut petik buah juga di sana. Dia cakap Mohamad sudah ceraikan Dayang dan Siti. Cerita yang lebih sadis, Dayang dan Siti itu punya tabiat seksual yang pelik-pelik. Punyalah pelik sampai kandungan Dayang boleh gugur. Mohamad pun susah nak catch-up dengan selera mari-mari-MAU mereka walau puas dia berubat-berurut bagai. Viagra dia takut nak ambil sebab ada kawan baik dia yang mati sebab pil itu. Mohamad takut mati. Tak mau mati lagi.

Lalu dibiarkan sahaja Siti dan Dayang berbuat sesuka hati mereka. Bila Abang Bunga datang jual bunga di Malaya, Siti dan Dayang kenyit-kenyit mata sama Abang Bunga. Abang Bunga pandai menari twist. Mohamad hanya pandai menyanyi, menari tak reti. Macam Rick Ashleylah gitu.  Mohamad tidaklah cemburu, tapi sedar diri yang Abang bunga lebih sesuai dengan Siti dan Dayang dari dirinya. Dia pun menceraikan kedua-dua isterinya, serentak pada hari yang sama. Maka selepas tamat eddah, Siti dan Dayang pun bernikah dengan Abang Bunga.

Tika saya pulang ke tanah air, Mohamad sudah menduda. Ketika itu dengarnya macam dia  main cinta sama musuh abadinya.... Aleh-aleh semalam sudah umum mereka berkahwen pulak!!!

Saya tak terkejut sangatlah. Sebab sebenarnya atuk saya kata dulu Mohamad memang ada menaruh hati pada Engku Luna ni. Lagi pun mereka itu teman sepermainan ketika kecil. Tapi bila besar mau bercinta, jadi cerita cinta Johan Ashaari dengan Lana Nordin. Ibu ayah Muhamad mati-matian tak mau bermenantukan Engku walau Engku itu anak saudaranya jua. Benda itu berlaku bila semasa ayah Muhammad menyambung pengajian PhD di Negara tempat saya belajar dan terpengaruh dengan gerakan jihad menegakkan Daulah Islamiyah di sana. Tapi tidaklah ayah ibu Muhammad mau pergi Pelastine sana. Tidak. Mereka pulang ke tanah-air dan menubuhkan sebuah pondok modern mengajar tahfiz yang terkemuka jugalah di Malaya ini. Mohamad anak tunggal mereka sangat diharap untuk menyambung legasi pondok tersebut. Mana pantasnya seorang ustaz beristerikan wanita seperti bak artis macam Lana Nordin, kan?

Tapi Mohammad cuba jua untuk membawa Engku ke jalan yang benar agar diterima ibu ayahnya, tapi Engku keras kepala. Lagi ditegur lagi galak dia berlagak London. Al maklum Engku belajar fitness di sana. Ajar aerobik pakai pakaian yang dikata-kata ibu ayah Muhammad, berpakaian tapi telanjang, bejoget tekinja-kinja lepas tu lancar kelas fitness dalam disko paling notty di Malaya pada masa itu, manalah tak pening kepala Mohamad memikirkan  hal Engku. Lalu ayah ibu Mohamad menghantarnya belajar mengaji di Timur Tengah, sana.

Engku terus maju dalam perniagaan fitness yang difusionkan dengan jual jamu-jamu. Jenama Jamu Anggun Malaya memang sangat laris dan masih terkenal hingga kini. Bila business dah maju Engku upah orang saja. Engku bukak spa, pusat peranginan pula. Sebab dia tak ada pengalaman dan ilmu pasal hartanah dan perhotelan, dia bergabung dengan Encik Mark Cheng-Chong. Engku tak de ilmu, tapi nenda dia wariskan banyak harta pusaka dalam bentuk hartanah. Jadi dua orang ini mengusahakan sebuah tempat peranginan siap Spa-Spa campur kasino pulak di sebidang tanah luas milik Engku yang lokasinya sangat strategik untuk cuti-cuti dan bergembira. Tempat itu sangat popular untuk orang-orang kaya dan juga artis kaya yang datang bukan hanya untuk berfitness, tapi juga buat pembedahan plastik untuk kembali remaja. Sebab kedua-dua Engku dan Encik Chong tak ada ilmu dalam bidang pembedahan ini, mereka membawa masuk Encik Ramasami seorang doktor bedah plastik terbaik di Malaya untuk membantu mereka.

Wah menjadi sungguh perniagaan Engku. Dari loncat-loncat menari aerobik sambil jual jamu, sampai berniaga hotel bagai, bikin Sultan pembesar Negara menanugerahkan Engku sebagai Ushawan Wanita Unggulan. Bila dah jadi begini, bentuk tubuh Engku tidak lagi menggambarkan dia wanita penjual jamu atau guru fitness. Badannya mendebab dan mendebab sekian hari sebab dia dah tak meloncat-loncat ajar aerobik lagi, semua  dia upah sahaja trainer-trainer yang terlatih. Engku bukannya dia makan pun Jamu Anggun Malaya tu, tapi dia sibuk makan rendang dan pulut kuning hari-hari. Lepas tu dia pergi shoping, makan-makan kek, minum frappuccino, sana-sini.  Dalam satu temubual dalam majalah wanita, Engku berkata "makanan adalah untuk mengurangkan stress" Mana Engku tak stress, bukan setakat ibu ayah Mohammad dan Mohammad sendiri yang mengajak Engku kembali ke jalan yang benar, pelajar pusat tahfiz juga turut serta. Ajakan mereka amat extream hingga bergaduh-gaduh sampai kafir-mengkafir. Bila dah kafir, jadi bermusuhlah.

Kenapa sampai jadi begitu? Ceritanya, kan mereka itu bukan orang lain, teman sepermainan yang bukan sekadar teman sepermainan tapi teman yang punya nenda yang sama. Bila dah nenda sama, hartanah sama duduk dekat-dekat. Ada bule ka sekolah tahfiz nak duduk sebelah Kasino? Ceritanya bila Engku nak bukak tempat peranginan libur-libur orang kaya-kaya, masa itulah Engku dengan bantuan licik Encik Chong, ntah macam mana dibuat ea, berjaya dia halau pondok Tahfiz ibu ayah Mohammad keluar dari tanah nenda. Ala bukan halau pun ntah derang buat macam mana tah, tetiba jak Mahkamah kata Pusat Tahfiz kena pindah sebab Engku nak buat tempat hiburan. Lepas tu bukan pula taman hiburan macam Lego Land di Iskandariah sana, tapi hiburan tempat judi macam Genting Highland. Mau tak marah ibu, ayah Mohammad dan Mohammad? Itula mula pergaduhan jadi makin parah, sampai berpolis-polis gitu. Dengar cerita ada budak tahfiz mati ditembak polis dan Ayah Mohammad mengarahkan mereka dikuburkan begitu sahaja sebab mereka mati syahid. Kalau dah kasi mandi, apa buktilah nanti nak di bawa dipengadilan akhirat sana?

Tapi hari ni ntah macam mana buleh berkahwen pulak dua tu? Bila dah kawen, Siti pula bertempik bahawa perkahwinan itu tidak akan ke mana, sebab ianya bukan kawen cinta-sama cinta, tapi lebih kepada sebuah konspirasi nak menghapuskan Siti....Setelah seharian menempik, Siti jadi tenang dan tarik balik kenyataannya itu. Gila bayang barangkali Siti itu. Mungkin rindukan suara lemak merdu Mohamad la tu, walau tarian twist Abang Bunga lagi memukau.

Dayang? Dayang diam-diam aje. Ada gossip kata Dayang dah gila, berilusi main anak anak dengan anak patung. Katanya lepas keguguran, Dayang selalu berdelusi yang dia masih mengandung sampai berjaya melahirkan bayi comel. So jadi hari-hari dia berdelusi bermain dengan bayi tersebut, sehingga dia tidak kisah mana lebih menawan, tarian Abang Bunga ka atau nyanyian Mohammad. Masa dia nikah dengan Abang Bunga pun, dia main ikut saja apa kata Siti. Dia pun tak perasan yang suaminya sudah bertukar, yang dia tau mari-mari, dia MAU mengemut. Kalau dengan Siti pun dia boleh kemut. Dia sakit sampai tak boleh beza mana satu kontol mana satu vibrator. Yang dia tau hanyalah nak mengemut. Kalau boleh kemut dia kemut. Lepas mengemut, dia main anak-anak.

No comments: