Tuesday, March 19, 2019

Lelaki Oh Lelaki

Saya ni memang tak ada kawan lelaki lah. Kalau ada kawan sembang online je. Saya peliklah kawan-kawan saya ni macam suka jak nak tengok 13 Mei berulang....

Maksud saya, selain kena marah bini, their next biggest fear ialah 13 Mei. Bangsa mereka di perhambakan macam Nazi hambakan Yahudi, satu ketika dulu. Fasis??? kata dia. Satu bangsa perasan super bagus diutus ke dunia untuk membuli dan membunuh bangsa yang tak serupa dengan mereka..

Itulah kita ni orang Islam mana ada ajar benda macam itu? Kalau kita nak kata wujudka benda macam itu, sejarah dah tunjuk benda tu ada. White supremacy lah, Zionismelah, Nazi lah. Benda itu boleh terjadi dan sudah terjadi.  Persoalannya bolehkan bangsa Melayu jadi macam itu. 

Sejarah tunjuk juga ianya tak pernah berlaku. Tapi ada juga yang membayangkan benda itu boleh berlaku dengan perkahwinan PAS-UMNO, walau sebagai orang Melayu saya percaya benda itu tak mungkin, mustahil berlaku. Lagi pun bila PAS-UMNO kawen, MIC, MCA tetap ada dalam barisan.

Bukan...bukan le kawan saya kata Melayu akan buli bangsa lain. Tidak. Dia kata, bangsa lain tu sebenarnya nak buli Melayu, tapi terpekik terlolong kata Melayu nak buli dia. 

Bila pertama kali baca pasal 13 Mei's fear ni, saya cakap dalam hati "eishhh!! Abang ni, paranoid mengalahkan Ai yang mentallah pulak. Lepas baca lagi sorang lagi membayang-bayang benda sama tapi tukar jak perkataan "ketidak-seimbangan kuasa, kepada" Fasisme, terus saya fikir boleh jadi ka? What if jadi? If sorang cakap, mungkin paranoid, kalau jadi 2? Derang ni dua-dua pun paranoid jugaka? Opss!!! Lagi pun hari ini nampak macam nak jadi. Saya fikir lagi, kalau Abang NON jadi PM adakah ia akan lebih jadi,  menjadi-jadi. Sebab itu ka orang-orang lelaki kita ada yang sangat tidak mau Abang jadi PM?

Hurmmmm....

fikir-fikirkanlah ya.

Apapun saya percaya negara ini dilindungi tuhan. Who's the lesser evil? TUN or ABANG? Wait and see jak. Yakin Tuhan itu maha adil dan akan menyebelahi ummat Islam.

on separate Note...

Ada budak "kecik" dari Sabah yang lantang amat, mengutuk-ngutuk TUN sampai dah kena penjara. Wah glemer le jadinya budak tu. Saya pun tak follow budak tu. Muka comel, macam alim gitu, pemimpin/ imam dambaan muslimah. Dia pakai imej bersihlah.

Dah meroyan-royan dalam internet, apa lagi polis di bawah kuasa yang dipertuan AGONG pun tangkaplah budak ni. memang aku kata budak ni "sakit"lah, kan. sewel apa??? gitu. 

Lepas beberapa hari kena tangkap, rupanya ada juga orang back-up. Ayoo pemback-up, ni tak tau beza antara freedom of speech dengan penghinaa ka? Dua-dualah jatuh penghina. Sorang menghina pemimpin: sorang lagi menghina Polis Di Raja Malaysia. adoiii ... Polis kata dia menghina, dia menghina, lah. takkanlah polis benak benar tak ble beza antara hina dan mengkritik. Hurmm ada orang back-up sebenarnya. Patutlah dia berani.

Adooiii mak tepuk dahilah macam ni.

Lagi satu hal, bagi budak yang minat membaca pasal politik. Saya membesar zaman Harkah kadang tu lebih glemer dari Utusan, saya tidak lupa apa yang saya baca. TUN M tu dalam Harakah memang penjahat utama negaralah. Tu lah, adik-adik saya sekarang ni tak baca Harakah. Kalau derang baca pun derang kata Harakah temberang, atau wartawan Harakah kaki kencing. Delusi jak tu apa ditulis dalam sana. Tak kisahlah, kita kata delusilahkan. Cerita-cerita jahat TUN semua tipu. Saya dah kena kencing bertahun-tahun dengan Harakah. Kita kata macam itu ajelah sebab la ni TUN PM. Sejarah ditulis oleh orang yang menang. Hari ini pemenangnya ialah TUN, jadi TUN Hero. Hey, kalau ku tak tulis macam ini, kalau budak KV kat umah tu baca... ada yang moyok murung dia nanti. Dia nak pekse tak lama lagi baik kau akun jak cakap dia. Punyala sayang dia kat TUN, karang ku bilang "kakak baca surat khabar dulu-dulu, TUN tu MAHAFIRAUN tau!!! Takut dia boleh murung sahaja sampai tak pass Exam. gituuuhhh...


Tapi sebab rasanya dia takkan tau saya ada blog di sini saya tulislah apa saya nak tulis dan terlintas dalam benak saya. Katalah TUN tu memang jahat. Bolehkan budak yang bikin saya tertepuk dahi ni kalahkan dia? Sejarah mencatat, penjahat boleh kalah dengan nyamuk, ada juga kalah kena lestik budak. Tak mustahil Tun yang jahat boleh kalah oleh budak biol, kan?

Tapi lagi sekali persoalannya, kalau TUN kalah, sapa ganti TUN? jeng-jeng-jeng....well we wait & see. Apakah sejarah yang akan ditulis buat TUN. Adakah ketakutan kawan-kawan lelaki saya akan jagi kenyataan ekoran dari kekalah ini?



No comments: