Mak saya telefon tanya rumah saya ok tidak sebab dia baca dalam paper Putrajaya dilanda ribut. Saya rasa macam ok, jer sebab saya lebih sibuk mengikuti perkembangan ribut di Ibu Kota. Iyalah kan, hari tu kita sibuk sambut hari wanita. Tapi sambutan hari wanita kita dicemari oleh tuntutan puak yang gitu-gitu itu.
Jadi saya tak berapa kisah sangat pasal ribut di kejiranan saya. Bila bukak FB, ramai yang mengkaitkan kejadian ribut di Putrajaya dengan ribut di KL. Saya berfikir balik, jika begitu Tuhan itu amat kejam. Kenapa yang buat kecohnya di KL, Putrajaya yang "kena". Allah maha mengetahui, mungkin mereka tinggal di Putrajaya kut. Agaknyalah tu.
Kejadian itu tidaklah membuat saya berfikir sangat pun. Tapi ada tulisan yang saya baca di FB yang buat saya fikir sejenak. Well penulis tak mengkaitkan pun hubungan kedua-dua ribut ini. Penulis cuma fokus pada ribut di KL. Marah betul dia dengan tuntutan-tututan yang dilakukan oleh puak-puak ini.
Dia kata ini semua nafsu. Nafsu songsang itu aib yang perlu disimpan ketat-ketat dan perlu di rawat. Syukurlah saya tak dapat sakit itu. Saya pendekkan dengan perkataan saya sebagai penyakit layan nafsu. Penyakit ini ada macam-macam. Bukan nafsu songsang je, nafsu straight, kalau tak nikah, penyakit juga. Jadinya penyakit ini maha banyak dan saya pun tergolong dalam kelompok penyakit ini. Tapi tidak la nafsu yang itu, tapi nafsu makan. Punyalah bernafsu sampai lemak betempek di badan.
Ada orang makan banyak jua tapi tak nampak. Saya ni nampak. Saya bandingkan saya dengan manusia yang telah bikin ribut di KL pada hujung minggu yang lalu. Tak ada bezanya saya dan mereka. Ada orang dia malu dia gemuk, saya ini pulak, jenis ada aku kisah. Aku makan pun bukan aku mencuri duit kau pun, aku kerja duit aku sendiri. Itu fikir saya sebelum saya baca artikel penulis ini. Selepas saya baca, saya baca pasal penyakit terlebih makan sampai semua orang boleh nampak betapa terlebihnya kalori yang saya ambil, saya rasa betullah keputusan saya join MySihat ini.
Bila join tahulah ntah dah berapa banyak kalori harian terlebih yang telah saya ambil. Saya makan melebihi keperluan badan saya. Pun begitu dietitian kami memberikan kata-kata yang membuat saya sangat bersyukur. Dia kata, "eh bersyukur tau, awak jenis gemuk. Ada orang makan lebih tapi tak gemuk, check darah, kolestrol tinggi"
Gitu. Syukurlah, kita ni jenis terlebih kalori jak berat badan dah bagi signal. Pendek cerita, kisah terlebih layan nafsu ini banyak. Kita jangan pandang orang aje yang tak pandai jaga nafsu, belek diri sendiri, apakah penyakit yang sama ada pada diri. Betulkan diri sendiri dulu sebelum kecoh-kecoh nak betulkan orang lain. Kita tak payah sibuk-sibuk nak betulkan mereka. Kerajaan kita ada badan agama yang diberi peruntukan khas untuk orang-orang seperti ini. Biarkan mereka buat kerja mereka. Jangan kita pula sibuk nak jadi auditor tak bertauliah buat audit prestasi Jabatan-jabatan ini.
Saya ada kerja sendiri, disamping ada penyakit sendiri untuk dirawati. Orang lain pun ada masalah mereka. Biar kita saling mendoa semua selesai lepas dari sakit masing-masing, kita selidik dan dalami masalah kita sahaja sudahla ya...
No comments:
Post a Comment