Thursday, March 14, 2019

Kita & Nafsu 3

Sambung sikit membawang;

Nape suka sangat membawang ni? Kan tak baik membawang? Saja nak share, not so much pasal pemimpin "bermukjizat" ni, tapi machai-machai mereka. Bila saya kata telah terbukti pemimpin kau tu babi terbang, idaklah saya kata pemimpin yang saya pangkah dalam PRU yang lalu sebenarnya yang bermukjizat. Bukan. Jangan salah faham, jangan berfikir hanya ada hitam dan putih.

Pemimpin pangkahan saya biasa-biasa dan tidak pernah diangkat sebagai malaikat. Cuma lepas dia kalah jadi pembangkang, benda jadi bertukar. Tapi so far setakat BOSSku tu oklakan? Dia gini. Kalau kau pilih yang biasa-biasa kau pun akan biasa-biasa juga. Bila kau biasa-biasa, kau kena usaha macam orang biasa-biasa.

Maksud saya kalau exam nak dapat keputusan cemerlang, kenalah berusaha, pergi kelas, ulang kaji, buat tugasan dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh. Tapi kalau kau rasa kau bermukjizat, masa dah nak dekat exam pun kau boleh layan drama, ala macam suka-suka hati kau ajelah. Kalau kau terdesak kau baca doalah. Kaukan bermukjizat.

itu satu contoh. Contoh no 2 kau gemuk, kau nak kurus, kau kawen ajelah dengan pelukis/penyair/orang seni. Gitu. Kenapa orang seni? ntah sebab orang seni ni pandai seni asmara agaknya. Orang biasa average romen 7 ke 30 minit, orang seni ni All Night Long (ANL) barangkali. Bayangkanlah berasmara 30 minit boleh bakar 100 kcal, hah kalau (ANL) darabkan sahajalah waktu tidur orang biasa-biasa macam kita iaitu 8; dan darab lagi 2. 100 x 8 x 2, 1,600kcal. Uish banyak tu. Bolehlah kau makan bugger bakar cheese meleleh-leleh sebiji.

COntoh....aje. Jangan marah ya.

Bila kita percaya benda-benda macam ini, kita jadi malas, dan panjang angan-angan. Kita berangan besok bila kawen seniman, badan jadi kurus. Bila pemimpin pujaan jadi PM, semua senang. TOL dimansuhkan, pendidikan percuma sampai universiti, bla bla bla. Bila naik mereka-mereka ini, dah nak dekat setahun, aik sama aje, kita berangan lagi ouh, menaakul, mencari-cari dimanakah dia gerangan pemimpinnya? Ko tak rasa membazir masa ka?

Sedangkan kita tahu bila nak munculnya si dia yang agung itu ntah bila tah? Kita juga tahu sebelum Dajjal muncul, akan muncul Dajjal-dajjal kecil, yang selalu melaung-laung "I am the chosen one". Ya! sebagai orang kewangan saya banyak kali juga bertemu dengan situasi ini. Bila la dia menjerit "I am the CHOSEN" one tu? Bila kena audit query lah yang sikit-sikit ada nak masuk kena AP59. Tapi itula auditor gomen ni tegur ja, tak ada kuasa mendakwa. Aik baru kena tegur dah "goyang"? Begitu.

Itu dia ciri-ciri orang percaya dirinya luar-biasa. Kalau dia rasa dia biasa-biasa memang dia kije betul-betul. Terutama bab kewangan. Internal control, segregation of duty semua dah "check". Tapi kalau dia percaya dirinya bermukjizat, dia lepas gitu aje. Nasib baik kalau orang bawah dia jujur. Kalau tak jujur? hah itu yang meroyan "I am the Chosen one" tu. Atau dia sendiri pun hallamak peruntukan tak sampai sejuta pun dah nak gelap mata? Orang buat tak boleh, dia buat boleh. Orang lain mencuri, salah guna kuasa kerana tuntutan hawa-nafsu, kau buat benda yang sama dengan restu wahyu dari langit.

"I am the Chosen one" ni kalau kita terpedaya. susah lah kita. Kita harap kat dia, tapi harapan hanya tinggal harapan aje. Kita janganlah bersandar harap sangat kat orang, nanti kecewa. usaha sendiri. Pedulila apa orang nak janji apa pun. Kita usaha jangan jemu. Kita orang biasa-biasa, tak ada mukjizat derr nak datang selamat kan kita. Nak bahagia dunia akhirat, usaha kena seimbang.


No comments: