TA TA dari mengomen hal politik jerrr...
La ni stop baca politik-politik, apa lak saya bikin? Nak melukis saya memang malaslah. Malas sebab lukis-lukis tak laku hi hi... Bukan tak laku, tak cuba nak menjual lagi. Memang nak melelong online, tapi tu ntahla tak sempat-sempat lagi.
Busy. he he... orang bujang macam saya busy apalah pula? Hari tu saya masuk fit & cool Putrajaya. Almaklumlah dah nak masuk umur 50, aleh-aleh sakit lutut bagai. So kenalah kurangkan berat badan, disamping buatlah sikit-sikit terapi nak menguatkan lutut. eish nak operate lutut memang saya tak berani. Saya cuba kurangkan berat dan terapi dulu, kan.
So dalam journey nak mengurang sakit lutut saya kenalah kawal makan. Bila dah kawal-kawal tu saya rajinla tengok-tengok resepi apa yang sesuai... Jadinya sejak dua menjak ni saya busy baca resepi dan memasak. Sementara nak menunggu masa 14 bulan tu, jadi idok Abang Non kita tu PM, saya share resepi-resepi ajelah ya...
Sebelum tu meh tengok sikit-sikit apa yang saya dah masak sepanjang program cool & fit ini. Yang bestnya program ni, apapun boleh makan, tapi kuantiti dan cara memasak tu kena jaga. Itu je...
Tu yang seronok tu, explore resepi dan cara masak, sampai malas nak melukis dan amik port pasal politik tanah air. Saya mula program tu dah lebih sebulan dah. Last timbang, hari Khamis lepas, alhamdullillah kuranglah 3.5kg. Program ni tak kasi kita turun berat mendadak. Saya target pun 0.5kg-1kg je seminggu. Jadi, 3.5kg tu kira ngamlah tu. Sakit lutut pun dah berkurangan. Baju-baju yang dah rasa sendat di lengan dan pinggan dah mula selesa di pakai.
Oklah jom tengok apa saya masak. Gigih, kan menggambar, dah serupa budak weechat lah pulak, sebelum makan menggambar. Terpaksa sebab kena hantar diari makanan ke Dietian. Kalu tak, tak kuasa saya nak gambar sana-gambar sini, ni.
Sarapan: bubur nasi + pasta dan salad buah |
Sarapan: Sandwich |
Lunch: Spaghetti bolognese |
Lunch: Grill Chicken |
Dinner: Mee Udang |
Dinner: Nasi, Ikan singgang, sayur kukus |
No comments:
Post a Comment