Sebab yang meroyan itu bukan calang-calang orang, saya pun
membuat pertanyaan kepada Encik Google “kenapa Trump jahat”
Wah banyaklah situs yang saya jumpai. Semua dalam bahasa
Indonesia. Nak tau kenapa dia ini dikatakan akan membuat dunia huru-hara? Banyak
sebabnya, kamu googlelah sendiri. Banyak sangat, sampai saya tak ingat. Yang
saya ingat berkenaan dasar luarnya dan sikap peribadinya. Dia yang dikatakan
suka mengejek-ejek dan merendah-rendahkan lawannya. Pendek kata sarkastikla.
Tak gentleman. Orang Melaka kata dia ini kahau. Biadap.
Dengan semua kuasa besar dia nak gaduh, nak tunjuk dia
campin. Tunjuk dia HERO besar. Dengan Arab yang kaya mau dirampasnya minyak Pak
Arab, dengan Cina yang mempunyai pasaran terbesar dunia, mau dipajaknya dengan
Negara Cina itu. Dengan kawan-kawan NATO dia nak tunjuk senjata sapa lagi
power. Penghabisannya semua orang nak dilawan sebab nak tunjuk dia paling HERO.
Untuk menguatkan hujjah yang si Trump ini bakal memusnahkan dunia, diambil
ramalan Nostradamus yang dikata tak pernah silap itu. Nostradamus telah meramalkan
yang tak lama lagi akan berlaku perang dunia ke 3. Kita tengokkan ajelah adakah
ramalan ini akan benar-benar berlaku.
Kalau betul kiamat
memang baguspun apa? lagi sekali "look at the bright side of it" Kita orang Islam memang dah gerenti masuk syurga. Bukankah kita sepatutnya merindui untuk menemui pencipta kita Tuhan semesta Alam. Bila dapat bersua? Hanya setelah kiamat. So apa yang doomednya kalau kiamat? Kenyataan ini kedengaranya sangat bongkak sekali,kan. Memang sapa tak takut kiamat ooohhhh... debaran sama ada dapat jumpa tuhan atau terus "masak" dalam neraka,kan? Berdebarlah gitewww. hah!
Bertabah dan beristiqamah ajelah buat baik…berhablumminanas dan berhablumminallah. Jangan Minallah aje, sampai minannas terabai. Kalau dah ada anak bini, jaga mereka baik-baik. Yang masih single macam saya, masih ada sedara-mara-mak-ayah-sepupu-sepapat-jiran-rakan-taulan yang perlu kita santuni. Masih ada majikan yang perlu saya tunaikan tugasan harian saya, kerana apa? Saya perlu bertanggung jawab ke atas nyawa kurniaan tuhan ini.

No comments:
Post a Comment