Sunday, November 27, 2016

Apa Cerita 2...

Ini sambungan dari cerita yang dulu....

Kata nak tulis pasal lelaki yang jaga isteri mental. Tak jadilah, sebab rasa memang tak sempat dah nak sembang hal peribadi lepas ni. Terus dah hada kije dah kita ni. Hah itulah deme, orang bukan Islam ni. Cepat jer, memang tak de kupi-kupi,lah.

Apa kerjanya ek. Advocacy,lah apa lagi,kan. Kami kalau boleh mau distigmatized kan sakit mental ini. Hajatnya biarlah orang tau sakit ini, macam sakit biasa juga. Macam sakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantunglah.

Advocacy memang perlu sebab pada September 2016 statistic kejadian ini sangat tinggi, iaitu pada tahap 29% dari penduduk negara ini. Pada angka ini, impaknya pada Negara adalah besar. Jadi memang kami ada banyak kerja mau dibikin ni. Tak de masa nak mengarut nak mengenang ape cer ape cer, ape cer.

Tambah kalut lagi kami ini bukanlah golongan yang mendapat keutamaan dalam bajet Negara. Jadi kenalah berusaha keras untuk ini. Ramai percaya kerajaan kena buat sesuatu. Tapi cuba kau bayang, PM kita itu bagai mana orang nya? Sibuk dengan PERMATA. Bekas isteri tua dia sakit gila meroyanpun dia boleh tinggalkan dan kawen PERMATA lain, apa kau fikir dia kisah pasal mental-mental ini? Kita pun faham kalau dia berenti kerja jaga bini sakit, kita taklah punya Perdana Menteri Terhebat alaf ini,kan. Otaknya bergeliga. Kita taklah punya PERMATA umur belasanpun dah mampu buat konsert keluar Negara sana sini. Orang keluar bon 10, 15 tahun, 1MDB keluar 35 tahun. Punyalah hebat tuh...hehehe. Kita tengoklah nanti apa lagi kehebatan yang dia bakal cipta untuk kita semua. Pengeskpot utama Elektrik (dari Nuklear) utama Asia? hehehhe.

Bolehla doa minta sama tuhan orang tua tu sedar akan kesilapan lalu dan mau tebus kesalahan,kan manalah tau makbul doa kita ini. Manalah tahu aleh-aleh ada anak-anak MENTAL kita bertukar PERMATA, atau macam Salina Gomez,tu, aleh-aleh ada retis kita bikin statement dalam surat khabar"I mental u". Buat konsert luar Negara tarik juta-juta peminat, tapi sakit MENTAL, Hah baru, itu,kan PERMATA, bulat bijik mata kau menengoknya,kan.

Apa pun sementara menunggu doa dimakbul ada baiknya bergerak dengan apa yang ada dari mereceh tak puas hati dengan establishment,kan.



No comments: