Kenapa anak kau suka ponteng sekolah, kau sibuk nak salahkan anak orang kampung lain?
Tuminah bukan nama sebenar merupakan anak bongsu kepada Haji Ahkhil yang merupakan orang kaya kampung. Haji Akhil anak tunggal, Dia dikahwenkan dengan Hajjah Humaira yang merupakan anak bongsu Guru Sekolah pondok kampung Binjai
Tuminah merupakan anak bongsu yang nakal juga masa sekolah dulu. Dia gemar berpeleseran di Pasar Malam dan masa umur 16 tahun dia sudah pandai berdating di Pantai Pasir Emas, tempat remaja-muda-mudi kilang pergi merendek. Adalah sangat keji kalau Anak orang baik-baik, kaya-raya-kampung pergi merendek sama macam budak-budak kilang.
Kawasan kejiranan kampung kami tak ada budak perempuan yang pandai merendek. Umur 17 mereka akan sibuk belajar menaip, bagi yang cemerlang akademik, atau bagi yang kurang, mereka akan menghabiskan masa sementara menunggu keputusan SPM keluar dengan belajar menjahit. Begitulah rutin remaja Kampung Binjai Sebatang yang luhur lagi murni itu. Macam mana kisah Tuminah tadi?
Orang kampung tak berani nak tegur. Tak tahu apa ceritanya umur berapa ntah Tuminah akhirnya berkahwin juga dengan jejaka idamannya dan dikurnia beberapa orang cahaya mata. Anak bongsu dia yang perempuan ikut perangai emaknya. Jika dulu emak suka berpeleseran di Pasar Malam, anaknya pula suka membuang masa di Shopping Complex dan pusat Bowling. Dia salahkan Asnida Lela anak kampung jiran kerana menyeret anaknya ke Pusat beli-belah sehingga dapat amaran cikgu kerana ponteng sekolah.
Anak lelakinya Hazami Asran pula dikenakan tindakan tatatertib sebab merokok di sekolah dan ponteng sekolah juga. Sekali lagi Tuminah menyalahkan anak orang kampung 2belah pula kerana mengajar anaknya merokok.
Itulah ceritanya. Kenapa ya? Anak orang saja yang jahat.
No comments:
Post a Comment