Belajar seni-bina sekerat jalan lepas tu dengan SPM dapat
jadi kerani, sudah tentulah saya kena bekerja dengan orang yang IQnya jauh
lebih rendah dari saya. Ada ok, ada kala tak ok. Ok kita cerita yang tak OK.
Yang tak OK itu sampai dia kata saya ejen spy dia buat kerja. Saya ini staff Akautan Negara. Jadi dia rasa saya mengadu-domba dengan akauntan akan hal dia. Dia ada buat salah dengan Akauntan ka? Mana saya tau, saya jaga bajet jer. Saya tak ambil cakna pun bajet yang saya minta untuk dia dan diluluskan itu benar-benar diguna/dibelanjakan dengan sewajarnya. Saya ditukarkan
buat kerja yang tak boleh saya membajet… Ya saya rasa malu jugalah bila sudah
berkhidmat lebih 10 tahun saya kena buat kerja budak junior. Kutip duit, duduk kaunter
bantu kawan kalau ramai orang datang bayar saman.
Tapi saya cakap dalam hati saya mau kerja. Kalau tak kerja
sapa nak bagi makan. Cakap-cakap orang tak usahlah nak ambil cakna sangat. Tapi
banyak yang ok dari tak ok. Contoh saya rasa seronok bantu kawan duduk di
kaunter. Saya juga rasa tidak terbeban bila melakukan kerja yang tidak ada risiko
fraud. Ya benar kutipan hasil pun ada terdedah dengan fraud. Tapi sebab system
yang kami guna ok. Pematuhan kewangannya tahap 5 bintang, kerja pun senang.
Hubungan saya yang tegang satu ketika dulu dengan bos jadi
baik semula, sehingga saya dapat naik pangkat pula. Alhamdulillah. Resipi kerja
dengan orang yang IQnya rendah dari kita ialah selalu berbaik-baik dengannya
dan jangan sesekali menyampah dengannya walau ada ketika solusi yang dia
arahnya berbelit-belit-berputar-putar dan susah yang amat, dan kita ada solusi
yang lebih ringkas, tapi dia ragui keberkesanannya. Bukan setakat dia rejek
idea kita, dia pula kata idea kita bodoh, gila! Hehehe sabau ajelah.
Jangan sesekali rasa jengkel bila kita diperlaku seperti
orang bodoh sebab rasa jengkel dan menyampah akan melantunkan rasa menyampah
balik pada kita. Amalan yang saya lakukan ialah membaca ayat 200 surah Ali
Imran. Boleh juga amal ayat 1-4 surah Yusof. Pagi-pagi masa memandu kereta saya
amalkan penghulu istigfar. Saya ni cepat menjawab, cepat panas, melentinglah
jua. Bangun pagi jangan lupa baca doa bangun tidur. Selalu amal baca Quran,
solat tahajjud kalau terkejut nak terkencing tetengah malam.
Ada juga masa semua ayat dah tak jalan. Pernah juga kawan
sekerja yang IQnya tersangatlah rendah jika mau banding dengan saya, rasa menyampah
tahap gaban dengan saya. Solusi saya senang aje. Minta pindah tempat kerja.
Selesai masalah.
Wah yang panjang
lebar ni mukadimah aje ni…. Yang nak ceritanya sedikit secoit jak bawah ni.
Masalahnya sekarang yang ramai meroyan dengan Donald Trump
yang duduknya beribu batu dari kita, tapi kita rasa insecure, saya pun tak
tahulah. Risau tak dapat masuk Amerika? Risau saham berkepuk di Wallstreet,
mereka reject suruh jual, balik KLSE ajelah ?
Ntahlah… Nasib baikla saya tak kaya. Kalau tak susah juga
hati saya ini,kan. By the way berapa IQ Trump ya? Betul ka rendah? Bila bini
dia fleshing a lot of flesh sampai kawan kata merecik, kenapa ramai yang
meroyan… bimbang tentera tampal gambar separuh bogel wanita pertama? Apa semua
tentera gatal macam itu ka? Semua lelaki merecik bila tengok gambar wanita
pertama dunia ka? Tak faham. Apa masalahnya gambar separuh bogel itu, sedangkan
gambar bogel terus dah melambak dalam internet.
No comments:
Post a Comment