Semalam adalah part-II dari kursus caregive yang saya jalani
di Malaysian Mental Health Association (MMHA). Masa Part-I hari tu
Penceramahnya Dr Ang dia jadi attached dengan MMHA sebab adik dan juga anaknya
mengalami masalah mental. Mdm Mala pula anak perempuannya mengalami Schizophrenia.
Part-II punyalah saya terperanjat kerana Encik Mohan yang merupa paramadik di
Hospital ntah mana tah mempunyai isteri yang mengalami masalah mental.
Part-II ni best sikit mau cerita sebab kami diberikan “case-study”
dan ianya dilakukan secara berkumpulan. Yang saya mau share di sini, ialah kali
ini kami ada 3 orang perserta muda belia yang dengan sesuci-hati mengambil
insiatif untuk belajar cara-cara untuk menjaga keluarga yang mengalami masalah
ini. 2 dari mereka mempunyai ibu yang mengalami masalah mental, dan seorang
darinya menemani sepupunya dengan setia.
Sungguh mengejutkan sekali ibu mereka disahkan mengidap
masalah ini pada umur seperti saya. Ya Allah betapa saya bersyukur sebab saya mengetahui
masalah ini pada seawal usia belasan tahun. Dulu saya selalu menyalahkan diri
sendiri kerana masalah ini. Saya fikir kalau saya ikut cakap ibu, tidak pergi
temuduga JPA, pasti saya tak dapat tawaran JPA dan saya masuk matrik UM. Bila
masuk UM pasti jiwa saya tidak kacau. Saya tamat belajar dengan cemerlang dan
bertemu jodoh dan bahagia, blab la blabla.
Mengenali 3 gadis
manis tadi, menyedarkan saya kalau penyakit tu dah ada dalam badan, tak
konflik-ibu-anak yang bikin saya
tergedang dalam alam halusinasi, lambat-laun kalau tak konflik-suami-isteri,
konflik-ibu-anak pasti akan menghantar saya ke alam itu juga. Mujurlah pada
usia begini saya sudah selesaikan banyak isu jiwa kacau dalam diri, tapi andai kata jika saya ada terkacau jiwa orang lain maafkanlah saya, saya tak bermaksud untuk buat begitu.
Apa sebenarnya masalah orang yang punya penyakit seperti
saya ini ya? Dia sakit mental ini banyak jenis, yang lain saya tak berapa
pandai. Yang saya pandai sakit saya ajelah. Tapi symptom dia tu kadang lebih
kurang sama aje. Bertindak ganas,
mengasingkan diri, mencederakan diri sendiri, tidak mampu menguruskan
diri sendiri. Ada juga yang bertindak membunuh diri sendiri, atau membunuh
sapa-sapalah yang tak bernasib baik itu,kan.
Apapun sakitnya, sebenarnya pesakit bertindak tidak seperti
manusia normal adalah kerana apa ek alamak nota lupa bawalah pula. Pesakit cuba
menyesuaikan diri, bertidak balas, membela dirinya sendiri dari ancaman, rasa
insecured yang hadir disebabkan oleh penyakitnya. Sedangkan ancaman itu
tentulah palsu, mainan fikiran kacau yang dialami pesakit.
Macam si dara yang datang bersama sepupunya menceritakan,
ibunya mengharapkan sebuah keluarga yang bahagia. Tapi bila ibu dan ayahnya
bercerai, ibunya jadi maniac. Dia mengesyaki orang luar terutama orang gajinya "possessed by demon" yang mau mengancam keselamatan keluarganya. Ibunya bertindak ganas terhadap ayah mereka kerana dia mendakwa ayah mereka sudah bertukar menjadi orang lain. Bila dihantar ke hospital, pakar mengesyaki yang
ibu si Dara berkemungkinan sudah mengalami penyakit ini semenjak si ibu
melahirkan adiknya yang bongsu. Sekarang adiknya sudah berumur 17 tahun. Baru
kini, 2016 ibu disahkan mengidap sakit mental. Saya tanya “berapalah umur ibumu,
dear?” Dia menjawab “43”. Rasa jantung saya mau putus. 43? Umur saya tu. Pergh.
Mungkinlah selama 17 tahun si Ayah mungkin sudah rasa resah
dengan perangai isterinya yang pelik. Dan akhirnya mengambil keputusan untuk
meninggalkan isterinya. “now her aspiration has shatter” Tutur si Dara sedih.
Kami cuma boleh rasa simpati dan berdoa, ibunya boleh move-on with life dengan
sisa-sisa kasih dari anak-anak dan saudara yang masih boleh bertahan dan
menerima dia seadanya.
Lelaki jahat? Saya kata tidak sebab peserta-peserta yang menghadiri kursus ini “is a living
proof” that ada lelaki yang sanggup bertahan dengan diri isterinya yang malang.
Kami juga ada peserta yang sanggup menghabiskan masa mendengar ceramah demi
isteri tercinta. Dalam kelompok kecil itu, kalau dalam ilmu statistic kita
katalah sampellah kan. Sempel dari 20 orang 4 orang kes isteri mental, 3 dari mereka tidak
bertindak meninggalkan isteri. Saya kira jika ayah si Dara tahu awal yang
isterinya bersikap pelik kerana penyakitnya, bukan suka-suka buat perangai,
pasti keadaan akan jadi lebih baik. Ouwh ada lagi satu kes. Ayah masih takut
ibu… ayah tak percaya ubat moden. Ayah marah anak hantar ibu ke hospital. 2
minggu dari sekarang saya akan bertemu dengan anaknya. Kami akan sembang lagi…
Cerita pasal 3 lelaki penyabar itu? Kita sambung lain kali.
Sebab saya kena dapatkan kebenaran mereka terlebih dahulu. Alah, kalau budak
kolej baru nak naik, cakap bahasa Melayu pun tak pandai beranilah aku cerita. Hehehehe…..lagi
pun budak muda zaman IT deme tak sensitive sangat pasal blog-blog ini. Konfiden
aje mak. Mak ada sebut nama tak? Tak ada,kan.
Oh kesimpulan, kesimpulan dari 20 sampel 4 isteri mental, 3
setia, 1 saja yang cabut. Kita bolehla simpulkan yang lelaki Malaysia ini
memang lelaki terbaik,lah, cuma saya sahajalah mungkin belum jumpa lagi lelaki yang sanggup menjaga saya lagi itu. Insyaallah ada jodoh, bertemu jualah akhirnya nanti.
No comments:
Post a Comment