RATU BeDiL
Maddie anak buah Arwah Bomoh utama. Itu bikin dia jadi anak
Marhaban,kan. Jawabnya tidak. Maddie dia
adalah sebuah kejadian yang sangat aneh. Ya benar dia anak buah Arwah, tapi sebenarnya
dia anak angkat kepada adik Arwah. Dia ini campuran. Rupa parasnya sama macam
Penduduk Asal Negara Semanggol Lonjong yang lain. Tak boleh nak kata dia geng
Marhaban, sebab mama sebenarnya dia adalah cucu Makcik-Pakcik liberal + cucu
Geng Marhaban. Kejadian dia tak usahlah saya nak tulis…nanti cerita ini beranak
jadi lagi satu cerita pendek yang lain pula. Tak habis-habis nanti cerita saya
ini sudah serupa macam cerita cinetron Negara Jiran yang mak saya follow
tiap-tiap petang itu. Pendek cerita buah-benih cinta terhalanglah ni. Apa anak
luar Nikah? Idak mak dan ayah Maddie kawen betul, tapi dia kawen guna wali
hakim. Kawen di Negara Atas Angin masa mereka sama-sama menuntut di sana.
Pendek cerita lagi mak angkat Maddie, Adik kepada Arwah
berkerja di Jabatan Penuntut di Negara Atas Angin baby sit si Maddie sebab
kedua-dua ibu bapa mereka masih menuntut lagi. Satu hari kedua-dua mereka kemalangan
jalan-raya ketika pulang dari kuliah. Disebabkan Atuk dan Nenek Maddie dari
pihak ibu maupun bapa tidak mau menerima Maddie, Adik Arwah pun peliharalah si
Maddie ini macam anak sendiri. Itulah cerita pendeknya.
Jadi Maddie ni pro mana? Maddie kata jiwanya sebenarnya
sedikit kacau. Kacau sebab kurang kasih-sayang, sedih tak diterima atuk nenek
sendiri? Tidaklah juga. Kacau yang gitu-gitu sahaja. Sebenarnya Atuk biologi Maddie
tak moh terima dia, tapi dalam diam-diam Nenek-nenek biologi sentiasa datang
menziarahi dia dan memberikan dia dengan pelbagai hadiah. Ibu dan Ayah Angkat
Maddie, kan kerja di Negara Atas Angin, Nenek-nenek ini selalu pergi shopping
sana. Jadi mereka selalulah lawat cucu mereka.
Bila dia masuk sekolah tadika, mereka pulang ke Semanggol
Lonjong, Maddie dibiarkan bersama-sama arwah kerana Arwah suka Maddie sebab dia
rajin membaca dan suka duduk di perpustakaan. Arwah benarkan dia jaga
perpustakaan keluarga sejak umurnya 12 tahun, lagi. Nenek Liberal dan Nenek
Marhaban terus memewah-mewahkan Maddie dengan wang ringgit dan hadiah.
Nenek-nenek ini pun pakai mentera keluarga angkat Maddie, sebenarnya. Iyalah
orang nak jaga laki yang berpangkat-pangkat, ramai perempuan muda selalu gila
bayangkan suami mereka,kan. Jadi kena pasang mentera kuat-kuat. Sambil datang
memperbaharui lessen mentera, mereka ambillah peluang bermain-main
bermesra-mesra dengan Maddie.
Nenek Liberal namanya Esah, tapi Maddie panggil Granny
Libby. Nenek Marhaban nama Rozana, Maddie panggil dia opah sahaja, tidak ada
nama glemer. Opah dan Granny macam mana ya? Ntahla Maddie tak ada cerita
sangat, ok kut dua-dua tu. Sama-sama professional, pun. Tak semua geng Liberal
teruk. Opah dan Granny kata Atuk Liberal Maddie, setakat minum-minum. Orgy-orgy
dia tak suka. Atuk Maddie memang cinta habis sama Granny Libby. Granny memang cantik dan walau dah Granny pun
masih anggun lagi.
Dua-dua Nenek ini memang bestlah… saya berani kata best
sebab saya pernah diajak bercuti bersama-sama. Cuma kami berempat. Saya,
Maddie, Opah dan Granny. Dah namapun mulut lancang longkang, saya dengan
selamba bertanyakan soklan sensitive, betulkah geng Liberal bla bla bla… Opah &
Granny kata memang betul, tapi ada juga tak betul, ada juga tokok tambah yang
macam-macam. Opah sokong Granny. Opah kata, geng Marhaban ada juga yang tak
betul. Kalau tidak, masakan ada geng yang minta cerai semata-mata mau kawen lain setelah berskandal dengan geng lain yang pangkatnya lebih tinggi dari suami mereka. Opah dan
Granny setuju akan satu perkara. Mereka sependapat, perempuan mana-mana
perempuan pun kalau dah mata-duitan-mata-duitanlah mereka. Tak kira pakai jubah
Marhaban atau pakai bikini Liberal mereka akan gunakan bukan lelaki saja, tapi
perempuan lain yang ada nama untuk kesenangan sendiri. Opah tambah lagi
perempuan mata duitan geng Marhaban lagi mengerikan dari geng Liberal sebab
mereka percaya lelaki boleh kawen 4. Atuk Marhaban memang tak pernah putus
terima pinangan dari dulu sampai sekarang. Memang absurd. Tapi nak buat macam
mana dah takdir berjodoh dengan lelaki hebat. Sedapnya makan hati ulam jantung
Opah sahaja yang tahu. Opah kata kalau
granny kena ambil satu mentera, Opah kena ambil 4. Kami pun gelak-gelak
kuat-kuat. Nenek-nenek ini memang best.
Abeh kalau dah best, kenapa pula si Maddie ni jiwanya jadi
kacau? Ntah saya pun tak tahulah dia tu. Mungkin kesan delirium yang dululah
tu. Dia sedikit kecewa dia tak boleh jadi macam arwahlah tu. Sikit. Dia kata
dia tak boleh “masuk” makam Arwah. Dia sikit-sikit percaya darah liberal
jadikan dia ini panas, tak serasi dengan Mentera Agung. Dia selalu-selalu
cakap… alah aku ni anak angkat aje.
Saya tanya lagi “kau nak jadi macam arwah,ka?... eh gilalah
orang perempuan mencarut-catut macam tu”
Dia cakap “kalau Puter boleh, kenapa aku tidak?”
Aah saya malas nak gaduh dengan perempuan seorang ni. Eish
takut saya. Memang saya takut. Kalau perempuan liberal macam Puter itu
mencarut, saya boleh terima, tapi kalau geng Marhaban yang mencarut, saya ada
sedikit tidak selesa. Kau nak kata saya double standard, lalang tak tetap
pendirian, ko katalah. Saya tetap berpegang bukan tak boleh perempuan
mencarrut, tapi eish kalau boleh janganlah perempuan itu dikenali sebagai
pencarut, lebih-lebih lagi dia memakai
imej Marhaban. Lalu saya ajak dia masak
lemak tempoyak. Lepas tu kami pergi beli baju, buat facial dan makan aiskrem.
Lepas balik rumah baring-baring seorang diri, saya
terbayang, membayangkan what if satu hari Maddie jadi macam Puter. Pencarut
tegar dengan imej-Marhaban. Tak apalah kalau itu takdirnya. Saya akan tetap
jadi best-friend dia. Saya tidak akan tinggalkan dia. Pun begitu saya diam-diam
berdoa agar dia jadi macam cikgu Bedah. Anak murid yang rapat dapat rasakan COntrol
laser/longkangnya. Tapi umum mengenalinya sebagai guru, pakar motivasi yang
ceria bukan perempuan emosional yang kasar.
Satu hari saya tanya “kalau kau boleh jadi macam Puter, tapi
Puter Marhaban, kau akan bedil geng Liberal ka?”
Maddie ketawa…. “dua-dua aku nak laser, terutama atuk-atuk
aku tuh”
Saya terperanjat. Sungguh, terperanjat. “Kenapa?” Saya
tanya.
“Kau tengok Granny dan Opah. Kalau mereka boleh berkawan
kenapa Atuk-atuk aku tak boleh? Kenapa
Granny dan Opah kena menipu kalau mau keluar bersama?”
Saya garu-garu kepala tak gatal. Bengong minah ni. Lalu saya
belanja dia makan coklat. Sambil makan coklat saya berdoa…biarlah dia ni cepat
habis kajiannya, boleh buka bisness macam
cikgu Bedah. Kenapa kalau Maddie mula bercakap hal yang membimbangkan,
saya ajak dia masak dan makan. Sebab Maddie ini ada perangai pelik. Masa makan,
masak, waima tika menyediakan makanan dia tidak bercakap. Dia ni senang kalau
kau tak mau dia bising, kau hulur ajelah bawang ka, ikan bilis ka untuk dia
kupas dan buang taiknya. Kalau kau tengah jalan-jalan…kau cakap sahaja “Maddie
jom kita cari eskrem. Jom kita cari coklat” Saat kau kata jom cari, itu pun dia
akan terdiam, dah. Dia memang longkang, tapi kalau tak tahan kena bedil, kau
seru sahajalah nama-nama yang saya sebut tadi. Pasti tergencat semua peluru bedilannya.
Pada satu hari yang tenang-tenang, saya tanya dia lagi apa
betul dia serius ka nak jadi Ratu Bedil? Dia tergelak, sahaja. Habis gelak dia
cakap “Aku,kan perempuan.”
Saya sanggah “tapi aku tengok geng Marhaban la ni dah banyak
berubah, perempuan pun dah ada jadi calon wakil rakyat”
“Tak adalah aku acah-acah ajelah… kau gila apa. Aku macam
kau juga, tak kisahlah orang nak kata aku double standard ka apa, aku masih
tidak selesa kalau perempuan Marhaban bertempek macam minah dalam video yang
kita tengok hari itu”
Saya: “double standard. Munafiknya kita ini,kan?”
Maddie: “Kan. eh aku tak
sekuat Puter,lah. aish. Gila kuat dia tu,kan?”
Saya: “kan.”
Saya kunyah-kunyah kerepek ubi pedas sambil memandang poster
Puter dengan penuh kagum. Maddie hanya memerhatikan saja. Dia tak makan ubi kayu. Dia alahan ubi. Saya mau belikan dia kerepek pisang atau kentang, tapi semua sudah habis sold-out. Tetiba Maddie bersuara “Eh convo nanti, aku ingat
nak jual kerepek-kerepeklah. Dah orang asyik jual bunga jak,kan”
“eh dah nak jadi usahawan pula kawan saya ini” kata saya
dalam hati.
Nasib baiklah saya ini sudah pencen dah tak perlu fikir pasal duit, pasal kerjaya. Iya saya dah pencen. Saya memulakan kerjaya sebagai remisier kepada Pakcik-makcik saya semasa umur14 tahun umur 25 bila investment saya sudah cukup tampung belanja bulan saya yang tak seberapa ini, saya pun pencenlah... back-pack, tengok-tengok dunia. Orang kata susah dahulu senang kemudian. Itulah beza saya dengan dia. Dia umur 12 tahun kerja perpustawan tak
ada gaji tak ada elaun, hanya dapat tempat tinggal, makan percuma 6x sehari.
Nak berjalan-jalan tunggu Opah dan Granny datang belanja. Saving account pun
dia tak ada. Dia Cuma ada tabung bentuk mangga, dalam tu banyak jugalah duit.
Duit dari Opah, Granny, atau Mama Papa, atau Arwah yang bagi dia simpan. Lebih
elaun belajar Universiti yang Yayasan bagi, dia simpan juga. Tapi itu,lah rugi,kan
duit simpan dalam tabung tak dapat faedah tak dapat pulangan. Itu pun duit itu
habis juga sebab si Maddie ini rajin bersedekah. Pantang Nampak tong sedekah di
tempat ibadat atau kedai makan, dia akan masukkan duit. Dia juga kalau
berjalan-jalan tak lokek belanja kawan.
Pendek ceritanya
kekacauan jiwa Maddie adalah berpusat dari dirinya yang masih tak ada asset,
tak ada apa, hanya menumpang di rumah
keluarga ibu dan ayah angkatnya dalam dunia nyata. Boleh saja dia jadi
surirumah sepenuh masa. Dia cantik dan ramai peminat di dunia maya, maupun
dunia nyata. Dunia mayanya lebih “happening” dari dunia maya saya sebab dia di
dunia maya dikenali sebagai kesayangan Arwah Bomoh Utama. Semasa hayat memang
Arwah banyak menayang si Maddie ini sebab dia cantik dan tarikan ke Rumah Agam
Arwah yang menyediakan khidmat jampi-jampi dan mentera. Foto shoot Maddie
tengah menolong tika majlis macam-macam majlis di Rumah tersebut memang anggun
dan bikin pengikut-pengikut Arwah mencari-cari siapakah gadis anggun tersebut.
Bila Arwah kenalkannya sebagai perpustakawan Rumah Agam, hah lagilah saham dia
naik mencanak-canak. Lagi pun dia dah cantik, di University, sudah ramai lelaki
tergila-gilakan dia. Maddie tak pergi sekolah macam budak biasa. Dia Umur 15
sudah tamat Sarjana Muda. Pada Usia 21 ini dia sedang buat kajian untuk jadi
ahli falsafah.
Tapi dia cakap dia minat Kum Yong OOn. bintang selebriti pop
yang sangat digilai ramai. Dia nak kawen dengan artis pop. Katanya,lah.
Peminat-peminat dia semua terdiri dari Pemuda Marhaban. Dia tak minat. Pernah ada
sorang pemuda Marhaban yang telah menjadi Yong OOn jadi-jadian sebab nak
memikat si Maddie, sehingga ibu pemuda tersebut meroyan-royan di Rumah Arwah
marah-marahkan si Maddie yang baru berusia 16 tahun itu. Tika itu Arwah masih hidup, lalu arwah jampikan
pemuda itu dan selang 4 bulan kemudian, pemuda tersebut bernikah dengan gadis
pilihan ibunya yang adalah sikit iras-iras Maddie dan pemuda tersebut bertukar
marhaban semula. Maddie dia cantik, tapi cantik tipikal gadis poster. Kau
touch-up-touch-up sikit saja dah dapat rupa macam dia tu.
Muka tak cantik saya ini yang unik, susah nak ditouch-up
kasi serupa. Hanya lelaki yang benar-benar bijak pintar cerah bersih rohaninya
sahaja yang boleh nampak keunikan saya ini. Lelaki miang, gatal keladi, hidung
belang, itu memang biasalah tu, kesimpang-siuran jiwa menyelamatkan perkara-perkara
unik dan rare jadi halwa mata-keranjang. Oh saya cuma melawak sahaja, untuk
naikkan self-esteem bila berkawan dengan perempuan cantik yang sentiasa jadi
perhatian lelaki. Owh stress owh orang pandang dia saja tapi tak pandang saya
pun….hehehehe.