Sunday, August 9, 2015

RAUSYANFIKIR

Kakak/makcikmu ini
masih belum cukup ilmu
untuk berpencak silat dengan musuh
dalam gereja

Kamu dari generasi terbilang, gemilang
diasuh dengan ilmu dan kasih,
ditebat dengan iman dan ikhsan
sedangkan saya hanya orang biasa
dulu sarapan nasi lemak, roti canai
hari ini nasi goreng kangkung
timun tepi kuali, telur ganti oren
Ilmu agama tidak seberapa
tidak pandai berhujah
tak mahir berfikir
apatah lagi menakul alam seluas saujana

Maafkan saya yang dungu
masih mau berpayung,
masih mau bertongkat
melambatkan perjalanan kalian

satu hari mereka akan pergi jua
mungkin penggal akan datang
mungkin hingga hujung tahun ini saja
tika itu berlarilah kamu
kejarlah gemilang yang kau impikan itu

Sejak dua menjak ini asyik betul saya membaca komen-komen dalam FB PM. Sebelum ni tak pernah baca pun. Rupa-rupanya dari tahun lepas lagi orang dah dok bubuh Najib undur, panjang-panjang. Suka betul saya baca ada satu perempuan tu meroyan sikit lebih kurang begini:-

“berundurlah kau womanizer, pegi main dengan bini kau sahaja, jangan ikut hawa nafsu yang tak berfaedah. Saya tidak akan maafkan engkau. Kerana nafsu serakahmu yang tiada penghujung itu sanggup kau jual negara ini”
PM cuma minta kita masa hingga hujung tahun ini saja, untuk dia buktikan yang dia boleh "manage the country, well" dengan berbekalkan rangkaian ikhwan peringkat antarabangsa dan berlatarbelakangkan ilmu Ekonomi dan kewangan yang ada padanya. Keputusan yang beliau ambil adalah terbaik untuk negara dan rakyat. Ikhwannya mungkin wahabi, jahat musang berbulu ayam. Benar juga dalam ilmu kewangan ini ada kritikan tentang maximise utility. Kalau pandang PM seperti perempuan tu lihat PM, seolah utility PM kita terhadap wanita sangat luarbiasa sehingga boleh menelokopkan negara ini. Tidaklah ada beliau minta kita kumpul air mata 7 tempayan, lapah hati nyamuk 7 dulang, bla bla bla, beliau cuma minta kita bersabar hingga hujung tahun ini sahaja. Jadi apalah salahnya kita bagi beliau peluang.

Sebelum itu kita tengok dulu apa kata Husni Hanazlah yang juga merupakan orang kuat kewangan Negara. Husni adalah graduan dari Universiti Malaya dalam jurusan Ekonomi, tapi kalau kamu mau juga percaya rausyan-rausyanfikir dari luar bidang kewangan, yang meramal systemic effect*, menyamakan Krisis 1MBD dengan Krisis Hutang Negara Greece, sapalah saya mau cakap lebih-lebih.  

*nota panjang-panjang

Mungkin Rausyanfikir tu nak kata perverse effect, bukannya systemic effect Perverse effect ini, sikit lebih kurang macam inilah satu polisi baik kerajaan bawa petaka pada yang lain…(when the intended solution makes the problem worst) contoh (contoh saja. Contoh boleh sahaja berbentuk fictional-dongengan, tak semestinya contoh yang real life, proven data ) polisi bail out anak tiri PM, macam Tun M bail-out Halim Saad dan Tajudin Ramli, bertukar jadi petaka yang menggadaikan negara. 

No comments: