Amboi….tajuk kemain lagi mengalahkan dewa na, saya punya
judgementalnyakan. Sapa yang the best among the worst tu? Sapa lagi PM yang ada
sekarang ini,lah. Itu pasallah hayatnya sebagai PM masih ada.
Siapa lagi yang layak jadi PM kalau tidak dia. Jawabnya
timbalan dia sekarang. Mantan Timbalan boleh belah sebab asyik berbalah.
Pembangkang? Kalau mereka berani bawa usul undi tidak percaya dan menang. Diadakan
snap election dan menang juga. Itu pun kalau tentera serahkan semula kepimpinan
negara kepada awam. Kalau tidak jadilah kita macam Korea Utara.
Tapi cuba anda tengok apa yang pembangkang buat sekarang
ini? Hah tuan-tuan dan puan-puan mereka sekali lagi bakar amarah rakyat dan
heret mereka ke jalanan. Sebab apa? Sebab ntah. Hanya mereka sahaja yang tahu.
Orang hebat ka macam ini? Orang hebat jangan libatkan rakyat
dan bersakit-sakit mengadu-domba memburuk-burukkan system yang ada. Caranya,
undi tidak percaya. Dengan cara ini ada kemungkinan, mereka kalah, mereka menang.
Sekurang-kurangnya cara macam ini lebih ikhlas. Kalau ko dah kalah, bolehlah ko
nak kata system negara ini haprak. Kita nak buang yang buruk, ikut system,
bukan bawa ke jalanan. Ni belum lagi cuba system yang ada, dah meroyan-royan
kata system tak bersih.
Bila berjaya tak kisahlah tentera nak terus peram negara ini
buat hak milik mereka, atau mereka serahkan semula, bertanding, menang
pembangkang punya, kalah jadi loser yang hebat lagi cool, tunggu lagi next
election. Tunjukkan pada marhean yang anda lagi well organized dan lagi boleh
diharap dalam menyelesaikan masalah rakyat.
Prediction?
Kalau pembangkang ada courage bawa usul undi tidak percaya
ke parlimen, ini sudah beri kemenangan moral yang besar untuk dibawa bekal ke
pilihan raya yang akan datang. Kalau tentera jadi gila kuasa tak nak serah kuasa, memang sahlah mereka tu
tidak ditakdirkan jadi pemimpin kita.
No comments:
Post a Comment