Suka tengok kawan FB yang sebelum ini wah bukan main tunjuk cool dengan family segala bagai, kasih-sayang, dialah punya family paling perfectlah dalam sana...tetiba ringgit jatuh, pemimpin negara didakwa ada skandal,1,001 macam benda tak baik pasal pemimpin no 1 negara di dedahkan, dia mula menjadikan FB tempat dia mencurah perasaannya.
Yang kelakarnya kawan cool tersebut pun mula hilang cool dan melalak-lalak demand kerajaan buat sesuatu. Marah betul dia walau menteri sudah bilang bagi masa hingga hujung tahun ini untuk segalanya berjalan seperti biasa. Hujung tahun tak lama pun lagi 4, 5 bulan. Pergila tanam-tanam sayur ka, jogging, atau melancung dalam negara,kan. Ini dah memekik-mekik, sampai hilang cool.
Ironinya dia selalu boast dia pandai mengurus, mengajar orang mengurus pun dia pandai, tapi dia sendiri tak dapat urus dirinya agar tunggu hingga akhir tahun. Dia kata kena buat SEKARANG! kalau tak nanti negara jadi macam GREECE.
Pada masa yang sama saya juga ada bertanya pada pendapat lain yang super cool. Saya tanya sebab saya bimbang bila semua panik dan percaya kita akan jadi macam GREECE, kita akan betul-betul jadi macam GREECE. Mamat tu kata no,lah. Our fundamental is strong. Saya percaya cakap dia sebab Zeti gabenor bank negara pun cakap macam gitu, tak ada sebab kita nak buat sesuatu pasal RM yang sedang merudum buat masa ini....Berbuih mulut menteri, timbalan menteri yang boleh tahan pakar kewangan (Timbalan Menteri ini seorang akauntan) kata kita ok, kita ok, dia nak melolong juga. Cakap saya ni memang tak ada harga, cakap menteri yang pakar pun tak nak dengar? Nak juga berzikir Malaysia akan jadi GREECE akan jadi GREECE. Nak sangat ko sorang sudah sajalah jangan kaitkan satu negara.
Yang melalak macam bagus marah-marah tu kenapa? Kata cool sangat. Macam mana mau mengaku cool, kalau baru ringgit jatuh menjunam dah boleh kata, habislah anak cucu-aku. Kalau cool, mesti ada plan untuk hadap apa yang orang finance kata systematic risk. Systematic risk ini, menurut kata investopedia akan mempengaruhi sebahagian besar asset kita. Contoh peristiwa politik yang besar akan mempengaruhi harta dalam portfolio kita. Secara amnya mustahil kita boleh lindungi diri dari risiko yang sebegini.
If you say you're truly orang management orang finance, accouting, mesti ada sikit darah risk taker dalam diri. Don't call yourself super manager if you don't have the gut to face the risk and get sunk/ suck into it. Only pondan will wail like a mad dog, in this case wailing at the government to take care of the risk that has come with an action, that if we really look at it with an open heart, kita jualah initiate it in the first place. Majority yang maukannya. Kita mau negara berpendapatan tinggi, kita hadaplah.
Saya fikir kawan patut balik semula ke sekolah belajar semula pasal risiko, mungkin masa zaman dia belajar subjek risiko masa tu tak significant, kalau ada risiko, tak sepelbagai seperti yang terdapat pada hari ini.
Bila saya tengok-tengok balik, orang yang banyak melolong ni orang yang bukanlah susah mana pun. Orang susah macam saya tak ada harta, tak ada portfolio saham bertepek-tepek, memang meluatlah dengar mereka ini demand macam tak reti-reti bahasa, pakar dah kata kita ok, dia kata tak ok.
Ko tak ok, pasal apa? Anak ko belajar kat oversea...suruhlah anak tu kerja petik buah ka, kerja tukang sapu lantai hospital ka. ko tak ok sebab ko ada buat loan dalam USD. Nasib aarr...Halim Saad pun itu hari lingkup pasal itu, apa? So, saya ambil keputusan mulai esok saya akan buka FB, bila perlu saja...sampai hujung tahun ni. Stress aku tengok orang melolong-lolong kan GREECE ni.
Nak sangat dia GREECE ya. No way jadi Greece. Melaka 1511, itu mungkinla. Faktanya kerajaan itu tidak lemah, bahkan sedang berada dalam kemuncak jaya, tapi peralihan kuasa berlaku kerana pemerintah yang sibuk kemaruk nak kawen dengan puteri mistikal yang pintanya ntah-apa-apa tah itu disokong oleh pembesar tamak yang belot. Nauzubillah.
No comments:
Post a Comment