Friday, August 14, 2015

BUNGA

Rentetan rombakan kabinet hari tu, makin teruklah PM kena serang. Masing-masing menjerit tuduh PM dah gadaikan anak-cucu-cicit dia. Kisah gadai menggadai ni dari saya kecik lagi orang kampung yang pro-PAS dah dok kata-kata macam itu. Tapi setakat ini, rasa macam itu juga.

Sebenarnya negara sedang menuju negara berpendapatan tinggi. Kalau kat Negeri Omputeh orang kata best, tak ada orang kaya sangat, miskin sangat pun tak de, negara bersih, bahan makan, shopping murah, semua free, makmur aje. Ntah saya tak pernah ke sana, tapi kita orang bukan orang Puteh, kita tengok orang Asia. Jepun, Singapura…Rakyatnya rajin giler. Korea, kawan saya kata jual Ikan masin pun pakai smart, siap bertali-leher.

Dia macam itulah kalau rajin ok. Income disparity ratio tu memang wujud, cuma kita jangan berangan lelebih nak jadi macam mereka udahlah. Ukur baju di badan sendiri. Kalau pandai mengukur, life is good. Kalau tak pandai itu yang tergadai.

Macam di Singapura tu, tengok betul-betul macam azab pun ada, terkejar sana, terkejar sini, ada tu dah tua-tua pun masih bekerja. Tapi tengok orang kaya, wow macam best aje. Tengok pula kat Hong Kong ini, azab, kan…tapi baca last ayat, mereka kata mereka happy…la pula. Betul ka happy, ka mamat tu saja propa nak kata kapitalis ini  terbaik, layanlah ia. Pasti hidup dalam gerobok pun happy juga.

Ntahlah, pada saya ada kerja, ada gaji happylah, kalau tak de kerja, duit berkepuk pun tak happy, banyak sangat masa singgang, bosan. Kerja bikin saya happy, walau tak kaya, walau ada orang kata kerja saya tak setimpal dengan upah yang saya terima pun saya happy juga, janji ada kerja, tak bosan. Saya selalu ingat pesan bos saya masa bekerja di Firm dulu. Sibukkan diri anda dengan bekerja dan anda tidak akan rasa bosan.

Lagi satu, nak hidup zaman high-end, suka tak suka kena pelajari ilmu high-end juga. Kena tau pasal annuity plan, interest rate, inflation rate dan sebagainya. Saya rasa saya dah banyak bebel pasal duit kita hari ini tak akan sama nilainya dengan duit kita pada masa 10 tahun akan datang. Cara lawan kemerosotan duit, dengan mengandalkan bunga dengan bunga, bukan emas.

Tapi saya tahu orang akan marah saya, menghalalkan riba. Saya ada ilmu kewangan tapi saya tak mau infakkan hidup saya menentang bunga. Saya tak jihad untuk hapuskan bunga, bahkan saya menyokong pula bunga.

Saya tanya kalau tak bunga, apa lagi option saya? Mereka kata Dinar Emas. Ko buatlah penyelidikan itu. Honestly, saya emas-emas ni memang saya tak minat. Too way, too old fashion. Saya lebih suka kertas hutang. That’s how people do business now. Saya tak de modal, tapi saya ada idea, saya jual idea, belum tentu orang mau beli, jadi saya jual kertas hutang dengan bersandarkan pada bunga. Itu cara saya raise a capital.

Lainlah kalau orang tu dia ada ilmu Qarun, atau keturunan bani Tamim yang katanya dulu heboh emas bani Tamim dah timbul di celah rekahan Gunung Kinabalu, semasa gempa kelmarin. Sori saya bukan bani Tamim, saya orang Melayu biasa-biasa aje yang tak ada idea, tak ada emas, cuma coolie biasa-biasa yang tak rasa terancam dengan kertas hutang orang lain, dan berpuas-hati dengan pencapaian saya pada hari ini.

No comments: