Kawan yang tak setuju dengan pendirian saya mesti kata ini
kes denial, tak nak percaya yang orang yang dia siokk tu jahat. Penelokop khazanah Negera, pengkhianat bangsa dan agama. Saya tak pernah
suka, cinta, gila bayang pun dengan PM kita ni. Dah dia PM saya kerja gomen,
saya kena sokong beliau. Lagi satu saya ini Melayu, kalau Melayu tak sokong
Melayu, siapalah lagi,kan.
Poster yang saya upload ini janganlah ditanya sohih ka
tidak, suka tak suka kena terima akan kewujudan dana ini sejak zaman khalifah
lagi. Ustaz saya cerita, pada zaman itu pegawai perbendaharaan akan tunjuk sama
khalifah bahawa hadiah yang dia terima lebih banyak dari hasil kerajaan yang
dia kutip.
Sekarang ini baguslah semua dah tau akan kewujudan dana,
ini. Semua parti dah ada penaja mereka, kita tengok pula siapa pengurus
dananya, latarbelakang pendidikan mereka. Jika dilihat dari sudut kelayakan
akademik, calon yang paling layak mengurus dana tak lain dan tak bukan ialah PM
kita. Janganla marahkan saya yang tak sokong pemimpin kesukaan kamu sedangkan kamu lebih tahu dari saya, kan akan kisah
seorang sahabat yang meminta Rasul kita untuk jadi pemimpin? Apa ke namanya Abu Dzar?
Memang tu dari segi perwatakan, gaya, tingkah laku memang
kita benci, meluat pun ada dengan orang-orang UMNO ni, tapi dari segi itulah tu
tadi, walau mereka kerek macam mana pun, dalam satu sudut, dari segi mentadbir,
menggerakkan organisasi, pengurusan dana, tak boleh nafi mereka ada advantage
di situ.
No comments:
Post a Comment