Saya memulakan khidmat sebagai penjawat awam sebagai
Pembantu Akauntan di Kementerian Dalam Negeri. Kerja saya semak akaun. Hujung
tahun nak tutup akaun kalau ada masalah memang sakitlah, kalau taka da senyum
dan goyang-goyang kaki sahaja. First year kerja dah kena maki dengan pejabat
lain kerna item kita masuk akaun dia, akaun dia suspended tak boleh tutup. So
saya kena cari-cari-cari sepenceroboh ni tadi dan pulangkan semula ke rumah
yang sepatutnya dia duduki.
Cari punya cari dapatlah….aaarrr saya kata patutlah menjajau
benda alah ni, yang menyainnya, yang meng”apporove”kan transaksi itu
berlatar-belakangkan Ussuluddin??? Saya tanya apa orang agama ini buat di dalam
kewangan (procurement, to be precise)? Ketua Kerani saya yang kebetulan suaminya dalam skim Pegawai Tadbir
kerajaan dengan bangga menerangkan pada saya kenapa.
Katanya ini adalah “brain child” dari mantan TPM yang
tersingkir dan dizalimi itu kerna kecerdikannya, keazamannya menegakkan Islam.
Kata dia mantan TPM yang pada masa itu juga Menteri Kewangan kata ini bagi
mengelakkan rahsuah. Hanya orang agama sahaja yang tidak akan “gelap” mata.
Letak orang dari bidang lain semua gelap. Gelap mata kata dia, amboii ai hinanya kita ni pada pandangan dia ek.
Ooh aiii begitu. Saya tidaklah membantah banyak. Begitulah
dia tingginya pengiktirafan orang terhadap orang agama, sehingga perolehan
kerajaan pun diberikan kepada mereka. Yang kita ni tertonggeng-tonggeng belajar
akauan segala-bagai ni, nak buat apa? Saya fikir nasib baiklah yang tuan punya
brainchild sudah masuk dalam penjara sana, jika tidak haruslah yang kita-kita
ini perlu berkira-kira untuk mencari-cari tempat persinggahan yang lain. Oh
masa tu tahun 2000 ya.
Takdir tu tuhan dah tuliskan, bukan semudah itu mo
menghakiskan kuasa,pengaruh mantan TPM yang hebat itu. Iyalah cita-citanya
tulus untuk Islam. dah masuk penjara keluar, masuk balik dan dalam pejara kini, pun masih berbisa lagi tu. Dalam keadaan politik hari ini yang serba kucar kacir, kemungkinan
beliau yang telah terpenjara semula itu akan keluar dan jadi juga PM kita satu
hari nanti, agak besar juga tu, jika PAS dapat berkerjasama dan relax/let go their
fundamental belief. PAS mengalah, tutup mulut dan left all decision making to DAP
and PKR. Let DAP and PKR direct.
No comments:
Post a Comment