Najib Razak Pemimpin Pekan
Muhyidin Yasin dari Johor
Yang nazak dah disembuhkan
Pembaca yasin telah dikubur
Kabinet Bijan penuh seteru
Parti Rawna Porak Peranda
Dari sejarawan kita berguru
Baca segala khilaf yang ada…
Ini puisi yang saya ambil dari FB, reaksi dari scenario politik
negara baru-baru ini. Maknanya keadaan sudah tenang dah ekoran dari pembubaran
kabinet tempoh hari. Puisi ini menyokong tulisan Facebooker yang kita bulehkata pro establishment, yang ditulis masa bulan puasa yang lalu. Jadi saya
letak sini sebagai tangkal untuk menyenangkan hati saya.
Kenapa saya susah hati kalau kerajaan bertukar tangan…itulah
kunun,kan naik pangkat itu hari, kununlah ada lebihan gaji, nak melaburlah
kununnya, saya ada beli satu skim tu, it cost me RM650 sebulan. Hah itulah
risaulah jugak kut-kut ada peralihan politik, bawa systematic risk tu.
Saya membuat komitment dengan Amanah Saham. Amanah Saham ada
yang paling kurang risiko. Kurang tak bererti zero risk. Systematic risk dari
peralihan politik mungkin ada. Amanah Saham saya Amanah Saham Bumiputera, parti
politik pembangkang negara ini mendokong idea Malaysian Malaysia, Negara
berkebajikan, tanpa melihat bangsa. Jika mereka dapat mengambil alih negara
ini, tak mustahil perkataan bumiputera akan dihapuskan. Malaysian, Malaysia apa? Where got Bumiputera?
Oh ya kenapa ya despite tangkal azimat dari dua Facebooker
kacak hensem, otak bergeliga ini, saya masih susah hati juga. Betul pemuisi
kata dari sejarawan kita berguru, baca segala khilaf yang ada. Tapi kenapa
sejarah Melaka berulang di Peranchis? History repeat? Sebab kebanyakkan
masanya sejarah mencatatkan yang manusia tak belajar dari sejarah, sebaliknya mereka mengulang-ulang sejarah.
Contoh sekarang ini, apa pembesar UMNO, buat ialah mereka
akan ulang silap pembesar Melaka, mereka akan belot. Ini benar sedang berlaku, Timbalan
Perdana Menteri sendiri pun dah mengaku ada pakatan mau jatuhkan kerajaan
melalui surat akusumpah? Akujanji, akuan bersumpah? Ntah. TPM berikrar akan
pastikan perkara ini tidak berlaku.
Hah tengok tu tak cukup dengan dua orang graduan dari East Anglia
University, ikrar TPM lagi, tapi orang perempuan ini, dia masih juga susah
hati, dan akan risau. Hanya doa sahaja yang mampu buat saya kurang rasa risau.
Ko tengoklah,kan komitmentnya RM650 jak sebulan, susah hati berpanjang-panjang.
Teruknya saya ini. Ok saya mengaku saya bukan Halim Saad yang, dahlah business
lingkup isteri pula buat hal tuntut cerai, tuntut harta sepencarian segala bagai
tapi dia ok jak. Aha, saya akan ingat Halim banyak-banyak so that saya tidak
akan meroyan lagi. I promise this will be my last royanan.