Saya terbaca cerita ini dalam FB, bukan kawan pun, tapi ada orang like maka dapatlah saya baca. Macam jenis tazkirah juga, tapi tazkirah kewangan. Memang betul apa yang Encik Raja ni tulis. Saya suka jadi saya panjangkannya di sini.
Encik Raja kata:-
"The cost of living does not go up all by itself. Did you think that the cost of living is a magic thing – decides to go up or down at its whims and fancies? If you did think so, then you are an idiot. The cost of goods and services depends on demand and supply. When demand grows faster than supply, the price will go up. [I know some of you will argue that government policies and taxes control prices.... but the point is even with the taxes, there is still a big demand for things]. Of course, there are unscrupulous practices and bad policies which can influence prices of certain goods – but for the national economy as a whole, these are not the main drivers."
Dalam bahasa Melayunya yang saya ringkaskan kos sara hidup tidak naik secara sendiri-sendiri. Jika anda fikir penyangak utama yang bikin kos ini naik ialah kerajaan. Polisi kerajaan, kerajaan tak pandai urus negara, bolehlah, jika nak bertekak memang betul sangatlah. Tapi harus ingat dalam kita sibuk menyalahkan pihak lain, kita pun ada juga saham yang bikin kos ini meningkat kerna kos barangan dan perkhidmatan juga bergantung kepada penawaran dan permintaan. Bila permintaan bertambah dengan kadar lebih laju dari perkhidmatan, peningkatan harga akan berlaku.
Artikel Encik Raja ini secara spesifiknya berbicara tentang Restoran Mewah yang dikatakan meletakkan harga pada kadar yang tidak munasabah. Secara pedasnya Encik Raja berpendapat yang ini berlaku semata-mata kerana sikap masyarakat sendiri yang berlumba-lumba memilih restoran jenis ini. Tidak ada kaitan dengan orang lain.
Komen saya...
You choose your lifestyle....ada orang gaji RM1,000 pun dia rasa dia dah cukup kaya dah. Gaji RM1,000 tak cukup. Di Melakalah, gaji RM900 pun budak tak mau kerja katanya gaji kecik. Barang mahal. Saya tak salahkan budak-budak ni juga...di sana, apa kelas ko pi kerja bawa bekal? Hujung minggu apa kelas ko bekelah-kelah kat pantai klebang jak. Klebang sana air tak best, kotor orang suka curi pasir pantai... dah tercemar.
Mustahil mereka nak tiru gaya budak-budak Bangla, Nepal yang berbodong-bondong pegi kerja jalan kaki, bawa bekal, hujung minggu bersesak-sesak naik bas jalan-jalan di area bandar Melaka. Memang tak hips langsunglah,kan.
Kata dah kije...takkan nak blaja kawan kat McD jah...kurang-kurang pun Old Town, Cofee Bean, Starbuck barulah ada gaya orang berkerja.
Eh malu ooh dah kije keluar bandar makan kat warung aje. Orang mengata. itu belum cerita pasal benda lain lagi tu. Rasa inferior ooohhhh nak-nak dalam bulan pose ni bukak FB semua pakat tayang ifftar di hotel, restauran mewah-mewah. Abeh tu nak wat macam mana dah tak mampu. Kalau saya makan di sana alamat, ada hari-harinya nanti saya kena ikat perut makan maggie aje, atau alamatnya bajet duit raya kena potong, duit bajet belanja kueh, biskut raya pun kena potong sama.
Sekali makan ifftar di Restoran, boleh dapat 2, 3 biji kek coklat. Pada saya the joy of baking chocolate cake for raya surpasses the joy of uploading makan-makan picture at fancy restaurant, so I choose baking.
Orang lain pula, lain rasaya, pilihan gaya-hidup itu citarasa masing-masing. Kita tak payah bising-bisinglah. If you choose gaya hidup mewah memang ko rasa sakit dengan kadar gaji di Malaysia ini. If you choose yang lagi satu ko rasa lapang, tapi...hidup ko tak up to the par, tak up to the standard sebagai penghuni sebuah negara yang sedang menuju negara berpendapatan tinggi.Jika lifestyle sangat penting bagi kamu, jangan pula ko marah sama orang yang kata lifestyle itu satu penyakit....saya tak kata tapi ada orang kata, tak caya bacalah pesanan no 35 dalam artikel ini.
Monday, June 29, 2015
Friday, June 26, 2015
Catatan Penuh Kasih Untuk Keyboard Warrior sekelian....
Terkini ada produk baru di pasaran, dalam masa 21 hari kamu
boleh baca Quran dan boleh faham dalam Bahasa ibunda kamu. Hebat,kan. Iyalah
apa guna baca Quran berburdah, bertaranum tapi tak faham satu apa pun yang
dibaca?
Produk-produk Quran di alam maya ini memang hebat-hebat
belaka. Memang kalahlah kita yang mengaji method tradisional. Iyalah saya pun
malas nak gaduh-gaduh. Belajar agama 3, 4 bulan esok boleh keluar jadi penjaga
pintu syurga.
Kenapa gian sangat mau berdakwah di internet walau kadang
itu menimbulkan rasa jengkel, dalam kalangan netizen? Jadi viral, jadi gaduh satu kampung macam isu
pakaian gimnas negara Farah Ann tempoh hari? Ada orang kata dah tak de kerja,
ada orang kata di dunia nyata orang ini nobody, no life, tak de orang peratikan
dia, kurang kasih-sayang. Apa-apa teorilah heh!
Bagaimana pula bagi mereka yang ada life yang ok, ada anak,
ada suami, ada rumah besar, ada
segalanya. Tapi kenapa masih mau juga jadi polis moral baik di alam maya mau
pun alam nyata? Saya pun tak taulah. Saya tak kisah ko nak jadi apapun, tapi
kalu sampai upload grafik yang menakut-nakutkan orang, bikin orang bergaduh,
bikin orang luar lihat, alamak rapuhnya iman orang Islam ni, tengok kartun mata
satu pun boleh terpengaruh jadi murtad?
Lagi satu yang saye bengkek ntah dari mana sumber cerita,
kita tak taulah. Cerita yang dikisahkan itu kadang-kadang terlampau
mengada-ngada dan menghina logic akal. Ok mari saya ceritakan kenapa saya kata
tazkirah dari orang yang kita tak tau asal keturunan cabang ilmunya ini
kadang-kadang menjengkelkan sangat-sangat. Tapi ini cerita di alam nyata bukan
maya. Saya tazkirah maya, kalau tak betul-betul datang dari orang yang saya
kenal, memang saya tak baca.
Objektif pentazkirah mau ajak kita jihad….maka dibawanya cerita
perang yang tak pernah saya dengar. Ceritanya begini:-
Satu hari ada seorang budak umur 9 tahun, rajin pergi
masjid. Budak ini sedih sebab semua
orang ke masjid dengan ayah dan mereka berpimpin-pimpin tangan dengan ayah
mereka. Budak ini jalan seorang, tak ada sorang pun mau pimpin dia. Dia sedih
dan bila pulang ke rumah dia pun menceritakan kesedihannya pada ibunya.
Dia bertanya mana pergi ayahnya? Kenapa dia tak ada ayah macam
budak-budak lain. Mamanya pun cakap yang ayahnya sudah mati syahid semasa ikut
nabi berperang. Mulai hari itu budak ini termotivasi mau mati syahid macam
ayahnya juga.
Tak lama lepas tu, ada panggilan jihad. Budak ini pun pergi
jumpa nabi kata mau ikut serta. Nabi pun kata ok. Tapi nabi pesan agar
sekumpulan jihadi untuk jaga budak ini. Pada hari perang, maka keluarlah mereka
berperang. Sekelompok jihadi ini punyalah jaga budak ini. Dikepung sana,
dikepung sini agar senjata tak kena
budak. Tapi nak buat macam mana dah takdir budak ini mati syahid, budak nampak
ada anak panah dilepaskan dari busur ke arah nabi. Budak pun melompat lalu
busur yang sepatutnya menikam nabi, kena tepat ke jantungnya, lalu matilah ia
dalam redha Allah. Syahidlah sekecil yang berumur Sembilan tahun ini.
Usai perang, mereka bawa pulang mayat budak pada mamanya.
Mama pun amat terkejut dan sedih lalu jatuh terjelepuk. Bila orang check mama,
rupa-rupanya mama pun dah mati. Jadilah anak beranak ini ketiga-tiganya mati
syahid.
Apapunya ceritalah ini,kan. Kalau ko suka cerita ini,
silalah ambil kembang biakkan dalam internet. Bagi saya this is a lousy story.
Saya tak mau terang panjang lebar…but I hate this kinda story. Objektifnya,
budak pun mau mati syahid, tuan puan tak nak mati syahidka? (Budak berani,
tuan-puan ni pengecut sebenarnya tau tak?) yang dalam bracket tu saya tambah
hihihi. Iya saya rasa terhina, saya rasa penyampai tazkirah menghina saya kerna
tak berani berjihad ke jalan Allah. Kerja saya semak baucer, peraku baucer tidak
cukup jihad di sisi Allah. Nasib baik saya pembantu Akauntan jak, kalau saya Akauntan Negara, lagilah my pride and ego terasa dikoyak rabakkan dengan lebih dalam dan luas, lagi. Saya gamble prepare bajet defisit tiap-tiap taun demi ko dan kawan-kawan ko juga yang permintaannya ntah apa-apa tah, ko kata saya tidak cukup berani?
Siapa yang tak mau mati syahid? Nak mati syahid senang aje, pergilah
ke Palastine jadi askar. Tapi ko ingat ketua tentera sana bangang ka apa mau
terima saya gemuk gedempol ni jadi askar? I don’t think they allow me to join
them. Dan lagi satu kalau saya yang dewasa pun mereka tak terima, adakah ko
fikir mereka akan terima budak umur 9. Orang sibuk nak berperang, tapi ko
terpaksa tugaskan sekumpulan anggota tentera ko jadi nanylah pulak pada budak 9
tahun. Apa punya stratergi peranglah.
How about jadi pengembom barani mati, anyone? Saya rasa pun
kalau saya ke sana kata mau jadi pemgebom berani mati, mereka pasti akan pujuk
saya suruh saya jadi cikgu ajar anak mereka matematik atau Bahasa Inggeris. Tak
pun jadi tukang masak ka, misi ka, kan. Anyway, I love my country, di sini masih
kekurangan, kenapa saya mau mati cepat, jika saya boleh berbakti pada tanah air
sendiri? Lagi pun korang ingat mak saya bagi, ka saya pergi sana? Nak ke Sabah
ni pun semput, memujuk, ni nak pigi Palestine! Bukan ka keutamaan sang anak itu
ialah mengembirakan ibunya?
Itulah cerita tazkirah ini, ko sibuk suruh orang mati syahid, apsal ko sendiri tak pergi sana pasang
bom keliling pinggang letupkan diri sendiri. Pandailah pula kata “budak pun
berani, kita tak berani” Apa punya tazkirahlah you alls,kan. Orang Melaka kata
bako darah betul,lah. Hangin tau satu badan dengar tazkirah macam ini.
Ustaz-ustaz mana plak peginya, dok pi kasi kaunselor bagi tazkirah ni, dah
kenapa?
Sepatutnya dia sebagai kaunselor bagi motivasi agar staff
feel good about our job. Contohlah eh ceritalah, macam ini “kerja kita ini
tuan-puan semua jihad, waima mak cik cleaner. Allah suka kebersihan,
makcik-makcik dah berbakti membersihkan kawasan sini…Allah sayang itu…barulah
orang seronok nak bekerja. Ini adakah dia kata “budak kecik pun mati syahid,
kita ni budak kecik pun kita tak ble lawan…lembik!”
Ini cerita dululah masa di Semenanjung….di Sabah ini saya
masih belum berkesempatan mengunjungi taman-taman ilmu mereka. Hopefully di
sini, yang bagi tazkirah tu biarlah yang berkelayakkan, yang arif dengan
periwayatan Hadis, tahu asbabun nuzul satu-satu ayat….bukan main semberono
angkat cerita meruntun emosi audience tahap gaban untuk menyetujui idea
pentazkirah.
Dah nak dekat 2 muka surat ni, baik saya tamatkan bebelan saya pada hujung minggu
ini. Akhir kata, berdakwah tu biarlah bikin orang rasa ada sinar harapan, untuk
kembali ke pangkal jalan. Jangan sampai orang rasa untuk kembali kepadaNya hanyalah
dengan:-
i) bubuh
bom keliling pinggang, pergi ke sarang-sarang maksiat, atau lubuk musuh,
letupkan diri sendiri;
ii) memaki
hamun pakaian, atau statement penghuni alam maya;
iii) sesuka hati mengeluarkan fatwa batal iman dengan berbuat itu ini, pahala kene tolak kerna selfie
begitu-begini; atau
iv) menakut-nakutkan
orang dengan cerita-cerita “sebab-akibat” bala tuhan, Allah dah tak sayang lagi
kat kita dah, besok hari kiamat, dajjal dah keluar dah.
Sekian, terima kasih.
Wednesday, June 24, 2015
Alam Maya...
Saya dan kawan-kawan saya bukanlah jenis yang suka cakap pasal dosa, pahala. Dan perkara paling mengjengkelkan dalam alam siber ini ialah polis-polis moral atau mengambil statement seorang blogger tu "Penjaga Pintu Syurga" yang banyak berkeliaran di sana-sini di alam maya. Di sini mari kita panggil sahaja mereka ini sebagai Pengawal.
Jika dulu sebut aje alam maya, saya membayangkan syurgawi, kayangan, taman yang penuh dengan buah-buahan ranum dan boleh dipetik gitu-gitu, ada bidadari, ada sungai yang airnya amat jernih dan boleh kita minum airnya terus tanpa dimasak terlebih dulu. Saya tinggal dalam dusun, jadi anganan saya selalu dipenuhi dengan pohon buah-buahan, buah peach, buah berry, buah limau, anggur, pendek kata semua buah importlah, sebab di alam nyata dah ada buah tempatan,kan. hmm lembu, biri-biri pun masuk sekali...tapi jarang-jarang. Bila saya down, saya pejam mata dan masuk ke alam maya...
Itu dulu, tapi semua berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu bila saya mula berjinak-jinak dengan alam maya alaf baru ini. mula-mula perjalanan saya ok....saya bertemu dengan orang yang ramah-tamah, until one day yang paling celaka, yang ntah apa celakanya pun saya sudah mau lupakan dan tak mau ingat lagi. Saya fikir saya sahaja yang mengalami kecelakaan itu, tapi rupanya semua, ramai kawan offline yang tidak pernah bertembung secara direct dengan pengawal ini menyuarakan rasa tidak senang dengan keberkeliaran mereka. Yang paling teruk kena ialah para artis dunia hiburan kita. Itu pengawal yang kita tak kenal.
Masuk watsup geng lama-lama dulu memang kita kenal, dan OMG, rupanya ada juga dikalangan kawan-kawanku yang dah jadi ustaz rupanya, sedangkan mereka dulu totok pegi blajar finance dan ekonomi, dan kini pun berkecimpung dalam bidang yang sama. Bila masalah si so and so jadi ustaz ni, kata hati kecil saya. Seingat saya dulu indak saya ketemu mereka dalam usrah pun. I am the only one yang rajin pergi usrah...jadi memang saya terkejutlah bila dalam group watsaap saya sudah ada Naqib. Bila masa dia mendalami ilmu agama, fikir saya dalam diam. Itulah bakat yang tak pernah tertonjol masa belajar dulu, saya kira...
Seriously, bila fikir pasal mamat ni, memang saya mau check dia punya bacaan Quran dia. I know dia baik, But I just wanna hear dia recite ayat quran yang saya tentukan on the spot...iya mau saja saya balas watsaap tazkirahnya dengan massage ini "____, please record your recital of surah ______, ayat_______ now" and watsaap skarang juga! Tapi ko gila apa mau tulis itu macam dalam group ko,kan. So I keep quite ajelah...biarlah eh orang nak berdakwah, biarlah dia bah. Mungkin ko tak tau dia kini sudah hafaz satu Quran.
hah, kalau FB, blog orang kata "ketua Naqib/naqibah" segala bagai memang ramai. Tapi personal experience, dalam friend list saya ada berberapa orang Naqib, juga Naqibah yang pimpin usrah baik di sekolah atau pun di Program A-level. Infact saya ada 2 orang ketua Naqib Sekolah dalam friendlist saya. Saya juga ada beberapa orang kawan yang memang mengkhusus dalam bidang pengajian Islam, bahkan ada yang pernah pegang jawatan ketua biro kerohanian di Kolej Kediaman Pelajar semasa di Universiti, DJ Radio IKIM pun ada (saya idaklah kawan dengan DJ tapi friend orang rumah dia yang merupa Guru Bahasa Arab graduan Universiti Jordan). Saya tengok mereka ni biasa-biasa jak.
Yang sibuk bertazkirah segala bagai, ntah saya pun tak kenal, yang saya dapat pun dari like-like kawan-kawan. Friendlist FB sendiri memang tak ramai yang gemar bertazkirah,lah adalah satu dua orang tapi tazkirah sastera, bahasa, ekonomi, bangsa dan politik masak-memasak, sulam menyulam, fesyen. solek-menyolek....tazkirah agama jaranglah. Kalau ada pun ia bermusim, tika nak puasa, tika nak raya, nak tukar kalender tu biasalah tu..
Biasanya saya tak berapa amik port pasal para pengawal ni, tapi ada satu saranan mereka tu jak yang taklah saya rasa bengkek mana pun, tapi saya nak tulis sikit aje, pasal menghafal surah Al-kahfi bagi berlindung diri dari Dajjal. Honestly saya tak hafal surah tu....pada saya lebih praktikal jika saya lindungi diri dari kesulitan hidup dengan berhati-hati mengawal perbelanjaan saya. Jangan sampai belanja lebih besar dari pendapatan. Cara masing-masing, kan nak hadap dajjal ni. Ikut suka ko,lah,kan. Siapalah saya nak menegur-itu dan ini.
Sebenarnya bila sebut-sebut dajjal ni saya memang ada sikit sensitif...saya bikin kewangan, orang kewangan ni memanglah ada orang lihat kita ni bala tentera dajjal. Hari ini saya tak kisah, dah. Dajjal pun dajjallah asal saya tak charge orang RM ratus-ratus ringgit hanya nak mengenalkan hukum nun mati dan tanwin. Setakat sikit-sikit ajar bolehlah,kan, saya pun bukanlah pandai sangat, pun. Pada sayalah kalau nak suruh orang hafal Al Kahfi, pertama saya sendiri kena hafal dulu dan kalau saya hafal pun saya hanya akan suruh kawan-kawan yang saya ketahui memang fasih Al-Quran.
Personally, kalau mau hafal Quran tak boleh online-online, Saya bukan mau menyusahkan benda yang senang. Cuba bayangkan senario yang begini;- Kamu suka tulis update di alam maya, takut-takutkan orang dengan Dajjal. Amat terpengaruh dengan tulisan kamu dan mau mendindingi dirinya dengan ayat Quran, seperti saranan kamu. Bagaimanapun huruf jawi terlalu asing baginya. Dia google Al-Kahfi yang ditulis rumi, lalu dia hafal. Bagaimana kamu mau verify makhraj huruf yang disebut Amat itu betul, sedangkan kamu tak kenal pun Amat? Dia cuma follow kamu dalam diam. Bagaimana kamu mau pastikan hukum mad yang pelbagai ditulis dengan betul dalam ejaan rumi? Bagaiman mau tulis "ma, la, ba " (sebagai contoh) yang terkadang dibaca 2 harkat, terkadang 4, atau ada ketika 6 harkat? bla bla bla...
Itula yang saya kira blaja mengaji Quran online jak boleh nampak bukan sahaja artis dunia hiburan, selebriti tanah air, yang macam beruk,lah ungka,lah, bla..bla..bla... Orang awam yang dorman terutamanya kerja di sektor kewangan ini pun semua kelihatan bertanduk-berekor, siap bawa tombak mata tiga dok kawal lubuk harta Dajjal. Punyalah genius lagi sakti,kan blaja Quran online nih. Saya yang belajar mode face-to-face ini pun sampai ke hari ini pun masih habis belajar. hmmm blajar ngajipun tak habis,kan macam mana nak nampak manusia kepala babi, kambing segala bagai. Orang blaja online 3.4. bulan dah bule nampak manusia berkepala binatang dah.
Kenapa boleh jadi begini? Menurut kawan saya yang arif, dalam bab panggil, memanggil dengan menggunakan ayat Quran. dalam surah Alfatihah itu pun ada beberapa lubang yang boleh panggil iblis/dajjal, jika kamu sebutnya dengan aturan tertentu. i.e kamu tunggang-terbalikan-huru-harakan hukum asal bacaannya. Bila dah terpanggil tu sendiri jawabla.
Oklah enuf mengarut, jom tamatkan saja entri ini. Sebagai pengakhir kata, adakah dunia maya saya sama macam masa kecil-kecil? ntahlah. Bila sebut alam maya, kini saya lebih terbayangkan sebuah dunia yang tidak lagi dipenuhi dengan pepohon buah-buahan import. Kalau dulu bila saya down saya akan masuk ke alam maya, tapi kini kalau down, saya akan off alam maya dan berjimba ria pergi window shopping atau masak-masak.

Tuesday, June 23, 2015
Mengendap/analisa psiko kucing
Anda pernah dengar pseudoscience? Dia bunyi macam sains tak sebenar tak sains pun contoh nak cerita sini analisa psiko, personality inventory. Bunyi macam saintifik, kalau yang inventori, tu siap dengan questionernya,kan tapi taklah sesains mana pun. Apa rasa anda jika orang kata saya sedang melakukan inventori personaliti terhadap tuan-puan? Scary?
The best auditor is the one that can make good personality inventory? Itu kalau one dulu kece-kece gemar baca buku penyasiatan, mata-mata gelap, Nancy Drew, Hardy Boys dan yang sewaktu dengannya atau yang kini popular siri kartun Detektif Conan. But auditor is no mata-mata or detektif. Kita lapor saja. Walau saya pernah ditegur sebagai suka menpsiko analisa orang, but I only keep it to myself or share it with those yang saya rasa are open untuk dibaca.
Not many people selesa dibaca. dan kadang tu, pembacaan kita tak betul pun. Macam mana anda boleh kenal seseorang hanya berdasarkan tulisan, blog dan pemerhatian? Kecualilah anda benar-benar berinteraksi dengannya di alam nyata. Itu kata mereka yang mengatakan bahawa analisa psiko Sigmund Freud tergolong dalam satu cabang pseudoscience. Jika anda ingin kata TAKKK analisa, inventory saya tak pernah meleset, saya nak juga baca kamu sebagai begitu, begini, begitu, well terserah. Tak ada yang larang. Bacalah.
Bagi saya pula baca orang, kalau tak kena cara nanti boleh bikin orang marah, mengamuk dan sebagainya, jadi saya baca kucing aje. Juga saya berfikiran yang ianya sangat rude jika kita memulakan mukadimah ceramah kita dengan statement "saya sedang melakukan inventori personaliti terhadap tuan-puan" aku tau la ko tu sokme jadi penal penemuduga.
Jadi meh kita hendap kucing. Selalunya kucing adalah haiwan yang manja. Tapi ada kucing tak manja. Saya jarang jumpa kucing yang hostile, tidak mesra. Tapi kadang tu ada juga jumpa. Biasa kucing garang/tak mesra ini sangat cantik. Jantan. Kalu kucing kurap coreng-coreng muka kesan gaduh, atau yang betinanya, dah tua sikit dah pernah mengawan, memang manja. Tapi jangan usik yang baru beranak tengah menyusu...garang, sebab dia fikir kita mau culik anak-anaknya.
Kucing sombong ini memang lawa gebu... tak caya meh tengok gambar....
Pun untuk pengetahuan anda, analisa saya ini teramatlah silapnya. Saya sedar kesilapan saya hanya bila saya bercakap-cakap pasal kucing ini dengan tuannya. Kucing ini sebenarnya amat manja...tapi dia hanya lalok-meleleh liur bila ko ayun dia dengan kaki. Dia tak biasa digendong, dibelai dengan tangan, dia hanya suka meleset-leset pada kaki. dan amat suka jika kamu hayun dia dengan kaki. Tapi hari itu mood kucing tak baik, dia semacam ketakutan. Pada paginya rumah tuannya dimasuki ular tedung kecil, dialah yang mengejutkan tuannya agar kasi bunuh itu ular. Lepas tu, si putih di luar sana, asyik bikin bising saja. Jadi si "grey mackerel tabby" ini ada bad mood sikit. Takut pun iya tu barangkali.

Mana tak cantik, berdandan jak kerjanya |
Lepas tu tidur....... penatla, jangan usik saya bule tak? |
ahhh patutlah garang, rupa-rupanya di luar sana ada pesaing... |
meh zoom sikit muka dak Putih ni, haaa,kan gebu,kan. |
Pun untuk pengetahuan anda, analisa saya ini teramatlah silapnya. Saya sedar kesilapan saya hanya bila saya bercakap-cakap pasal kucing ini dengan tuannya. Kucing ini sebenarnya amat manja...tapi dia hanya lalok-meleleh liur bila ko ayun dia dengan kaki. Dia tak biasa digendong, dibelai dengan tangan, dia hanya suka meleset-leset pada kaki. dan amat suka jika kamu hayun dia dengan kaki. Tapi hari itu mood kucing tak baik, dia semacam ketakutan. Pada paginya rumah tuannya dimasuki ular tedung kecil, dialah yang mengejutkan tuannya agar kasi bunuh itu ular. Lepas tu, si putih di luar sana, asyik bikin bising saja. Jadi si "grey mackerel tabby" ini ada bad mood sikit. Takut pun iya tu barangkali.
Sunday, June 14, 2015
Damai di Hati
Sebelum saya lapor diri di KK pada Februari yang lalu saya
sempat minum kopi dengan kawan lama lebih kepada bukan kawan, tapi mentor,
kakak yang banyak memberi nasihat dan semangat kepada saya. Kita berborak pasal
kerja dan kawan saya kata “aku ni Mar, dah rasa macam hari ini juga aku mau
pencen”
“Ko pencen bila?”
“Tahun depan”
“Pergilah SPA, ka, massage, detox”
“aku yang itu bukan aku nak cakap besar, so far Alhamdulillah
aku ok lagilah”
Ya she look fantastic at the age of 59. Cergas bertenaga. Jadi
apa yang fatiguenya ya? Selepas jeda seketika, dia hirup kopi, saya pula tekun
menilik keanggunan dia pada usia yang sebegitu, dia menyambung bicara.
“Aku tak tahanlah perangai
freshie ni” dia pun cakap bla bla bla…saya angguk faham dan sesekali
menyampuk-nyampuk juga. Saya tanya kawan, ada tak kes bomoh-bomoh, saka-saka begaduh
dalam FB. Khianat antara satu sama lain A dan B begaduh rebut perhatian Bos, A dakwa B hilangkan buku Rekod Perkhidmatannya.
“Sakit misteri, sorok
buku, hilang buku RP belum ada lagi, tapi gaduh dalam FB sampai admin blok FB
memang ada. Aii bukan ka budak pejabat ko yang bergaduh sampai semua tak leh
eksess FB?”
“iya ka. Ntah aku masuk-masuk dah tak ada FB, tapi dia ada
orang cerita berejek-ejek sebut pantat
kuali segala bagai. Pasal tu pun admin boleh blok FB, iya”
Semasa saya kursus minggu lepas ada seorang penceramah pun
cerita makan hati. Zaman ini sudah terbalik bos makan hati dengan anak buah,
not the other way round. Mujur saya jadi penyelia sekejap aje. Tak sampai
setahun, nak kata makan ati, saya dah selalu ikut kursus cikgu-cikgu. Kalau di
sekolah cikgu makan hati dengan Murid, di tempat kerja bos/penyelia makan hati
dengan anak buah, Nak kata langsung tak ada rasa tercubit-cubit, aduh ah
sakitnya tuh di sini,kalau tak membohong, dia kesampukan denial syndrome.
Antara benda yang paling mengigit-gigit tangkai hati dan
jantung penyelia ialah soal kedatangan. Cuti dan punch card. Orang kata kalau cuti
tu tak pernah isi borang cuti EL memanjang…MC bersambungan dengan EL. Sepanjang
perkhidmatan, saya pun pernah sakit juga, iyalah bila kita sakit orang lain
terpaksa buat tugasan kita, begitulah seadanya. Jadi bila saya dapat anak buah yang selalu terpaksa menjaga isterinya yang dikatakan ntah ada sakit misteri, saya redah dan redha saja, walau ada juga pahala saya melayang masuk akaun dia dek melayan gossip-gossip, spekulasi liar, hal rumahtangga orang muda-mudi, sama cantik sama kacak ni... hehehe... Soal makan hati, memang
generasi hari ini kena berlembut-lembut. Tak boleh kasar-kasar. Kena gunakan
pendekatan psikologi. Begitulah
keadaannya.
Soal kerja cerita lain. Tekanan dan sebagainya itu, usah
cakap. Ekspektasi Pelanggan satu lagi. Kawan saya terlibat dalam pengurusan
Mahkamah Persekutuan di Peringkat Ibu Pejabat…bayangkanlah satu Malaysia kena
jaga. Dan saya rasa terkejut juga bila kawan yang saya anggap wanita besi,
kawan yang selama ini jadi sumber inspirasi, boleh rasa yang dia dilemahkan faktor
luaran iaitu anak-anak buahnya sendiri.
Selalu asyik saya bercerita, dia mendengar kali ini, saya pula yang jadi
pendengarnya. Saya feel good dengan peranan baru ini. Dulu pun I kat sekolah, cikgu
lantik I jadi pembimbing rakan sebaya apa? Itu petanda yang I ada quality pendengar yang baik, ok. Tapi kali
ini rasa macam an honor pula diberi kepercayaan
mendengar keluh kesah orang yang saya anggap hebat.
Well, nak buat macam mana, saya ini memang dilahirkan bertuah agaknya. As I am growing older, life jadi lebih mellow and sweet. Terasa seperti, belayar di lautan yang
tenang menuju kepelabuhan abadi…soon (not necessarily soon as tomorrow, it
could be 20,30,40 years from now) insyaallah, kita pasti akan disandingkan
dengan kekasih abadi iaitu kematian.
Saturday, June 13, 2015
Bumpy Ride KUL-BKI
Saya mengalami delusi paling sengal bila saya pulang ke Kota
Kinabalu Khamis lalu. Saya menaiki pesawat MH2616. Saya berdelusi yang semua
anak kapal MAB yang dulunya MAS sedang membikin sesuatu untuk memburuk-burukkan
MAB agar biar gulung tikar terus.
Pertama bila saya mau letak beg saya di tempat letak beg di atas tempat duduk, tapi tempat itu dah macam penuh, kena sempit-sempit. Saya minta bantuan Pramugara, dia kata “ala beg itu kecik aje, letaklah bawah kaki” eh garangnya dia. Saya balas balik dengan Double Garang “tak nak!”tutur saya tegas. Dalam hati berkata “customer always right, is this how one world allied treat their customer? Kalau aku ni tinggi, aku tak minta tolong ko, aku sendri boleh tolak-tolak beg orang lain dan sumbat beg kecil aku ni” jadi terpaksalah dia dengan geramnya meletakkan juga beg kecil saya yang mengandungi nota-nota kursus di tempatnya. Dia jeling saya, (tak pueh atila tuuu) saya jeling dia, balik! Huh!

Kedua, masa waktu makan, saya rasa pramugari plak terlupa, atau
saja tak bagi minuman pada penumpang di sebelah saya. Saya duduk di
tengah-tengah. Tapi pada ketika itu saya sudah berada dalam delusi, jadi saya sudah
takut untuk cakap/minta apa-apa sama anak kapal.
Ketiga, penerbangan KL-KK memang teruk, bergegar-gegar. Awan tebal, masa itu hidangan makan belum disajikan dan saya sedang menonton movie Cinderella yang baru. Cinderella tunggang kuda, eloklah masa kuda melompat, saya rasa kapal pun macam melompat juga. Saya sudah memikir yang bukan-bukan. Tentang pilot mental, stress, tak puas hati dengan pengurusan yang baru lalu sabotaj syarikat baru. Macam-macam saya fikir. suicidal pilot "Nose dive" theory MH370 masuk juga tu.
Kerna ketiga-tiga insiden ini saya terjebak dalam spekulasi liar memikir yang mungkin kejadian ini berlaku kerna faktor pilot dan krew kapal yang gloomy lagi rusuh hati mereka ekoran pengstrukturan semula syarikat yang menyebabkan mereka berpisah dengan rakan taulan, dan ada juga khabar angin jahat yang bercerita ada diantaranya menerima tawaran yang lebih rendah dari yang mereka kecapi sekarang. Saya pun tekumang-kamit baca apa-apa doa yang patut saya bacalah, selama beberapa minit. Minit jak, tak sampai setengah jam pun, suku pun tidak, selebihnya saya enjoy watching Cinderella the Movie...
Mentang-mentanglah beg saya tak ada tulis Prada ka, Coach, ka, kan...disuruhnya letak bawah kaki |
Masa mendarat dari KL-KK saya rasa nak jerit “wow!” tapi
saya tahan hati, takut orang kata “gila apa makcik ni”
Keesokkan harinya, masuk saja ofis, perkara pertama saya
tanya kawan opis pasal flight yang berawan. Mereka kata memang semua berawan
kini…. Kapal langgar awan bergegar bunyi “gek gek gek gek gek gek” macam itu. “Ala
ko ni, macam yang di Tawau itulah, kenapa pula” tanya mereka “Yang semalam saya naik tu, macam kuda
melompat” kata saya dan cerita pasal spekulasi liar saya, pasal
warga MAB yang mungkin tak hepi. tapi saya cuma cerita insiden ke tiga aje, pertama dan kedua, di atas saya tak cerita.
Mereka gelakkan saya dan kata sekarang ini awan memang
begitu. Saya malulah, tapi nak cover malu saya kata “eh kata professional skeptism,
kenalah skeptikal dan fikir yang bukan-bukan” Mereka gelak lagi dan kata Air
Asia pun sama…bukan MAB aje. Mereka pujuk saya agar fikir yang ianya faktor
awan, dari fikir pasal manusia yang marah. Manusia marah memang wujud, tapi
lebih molek memikir bahawa majority warga MAB adalah muslim yang tabah
menghadapi ujian yang besar dalam hidup mereka, buat masa ini. Lalu saya
memikir yang pilot saya memang best, boleh bikin kita rasa seolah kapalnya
melompat, demi mengelak awan. Saya juga doa mereka tabah dan berjaya hadapi
ujian pengstrukturan semula MAS-MAB ini.
Buat Pilot MH2616 pada penerbangan 11.06.2015 jam, 14.15, ride KLIA-BKI
tempoh hari memang gila, tapi fun. Copot-copot yang bila dikenang balik memang best
bukan negeri. Bila masa lagi nak rasa macam itu,kan.
Saturday, June 6, 2015
CEMAS yang tak CEMAS
Saya baru sahaja pulang dari auditan di luar station. Iaitu
di Kunak dan ia merupakan tugas luar station yang pertama bagi saya. Sudah
tentulah saya rasa gementar, berdebar-debar gitu. Kalau setakat auditan di
Jabatan Pendidikan sendiri, saya kurang gementar kerana salah seorang auditeenya
merupakan schoolmate yang juga rakan sedorm zaman persekolahan dulu.
Akan tetapi saya langsung tak rasa cuak, curiga pasal keselamatan
sebab saya fikir ah Kunak biasa-biasa aje, macam KK juga. Sampai di sana senior
sibuk tanya “sini ok, slamat arrr” dan pentadbir yang menguruskan penginapan
kami kata “ok…ok…” saya rasa pelik, kenapa dia tanya gitu? Saya mulalah
tertanya jika Tanduo, Lahad Datu, dekat ka dengan Kunak, barangkali? Tapi
tidaklah saya rasa untuk menggoogle peta kedudukan Kunak. Saya lebih teruja
makan ikan masak rebus, sayur pucuk paku dan juga anjing yang bersepahan di
kawasan Pejabat audite.
Semua anjing keletihan, kempang-kempis perutnya tapi mata
lelep macam tak bule buka. Cuaca sangat panas. Macam dah mati gitu, tapi
perutnya turun naik menandakan ianya masih bernyawa. Ada rottweiler seekor,
tapi keletihan, atau saya belek-belek mukanya, ia bukan rottweiler asli,
kacukan barangkali, langsung tak garang matanya layu aje, muka letih, kurus
kering, macam penat sangat aje rupanya.
Kotak fikir saya dipenuhi dengan anjing-anjing yang jinak
ini. Tidak dia menyalak dan saya sempat senyum kepada seekor darinya dan
berkata “ko haus ya, panaskan cuaca hari ini, saya pun penat macam kamu juga” tika
saya bertembung dengannya. Kalau biasa pasti dari jauh jantung saya sudah
berdebar dan sudah berbuih mula saya membaca ayat penunduk anjing. Saya akan
pilih untuk tidak bertentang mata dengannya. Ikut jalan lain. Kali ini
anjingnya benar-benar tunduk. Saya boleh menyapa dan berbual-bual seperti
kelaziman yang saya lakukan bila bertembung dengan kekucing yang bersepahan di perkarangan
Apartment saya.
Cuma waktu makan malam kawan cerita betapa dia tidak siok
berada di Kunak, takut dengan Filipino yang ganas menculik sana-sini. Saya
macam herolah pula sempat bergurau yang saya sudah minta doa restu (blessing)
dari Putera Gunung Kinabalu sana….jadi kami semua ini sedang dilimpahi kasih
sayang dan restunya ha ha ha…..
Keesokan harinya Penolong Jurutera bertanya lagi seperti
memujuk agar kami batalkan rancangan untuk ke sebuah sekolah seperti rancangan
asal. Barulah saya tahu, betapa, alangkah bahaya risiko diculik itu sejengkal
saja dari kami. Hari itulah baru saya sibuk menggoogle kejadian culik di
Kampung Air Sapang. Sungguh bila culik-culik aje kita kata Lahad Datu, Samporna…Kalau
ko bilang Kampung Air Sapang pun saya akan kata ahhh itu di sana, bukan di sini.
Tapi senior saya bertegas tidak mau tukar sekolah…esoknya
kami pun ke SK Kampung Keramat. Sesampainya kami di sana awal-awal lagi guru
besar dah ceritakan akan sekolahnya yang berada dalam keadaan kawasan penculik
berkeliaran. Saya macam terparanoid, terdengar seolah guru besar macam marah aja
dan berkata “eh gila apa perempuan 3 orang ini, berani masuk sini”… Ntah saya
tak rasa apa-apa pun. Kalau betul bahaya, kenapa cikgu masih tidak kena-kena
culik sedangkan cikgu berulang alik dari Pekan setiap hari…
Waktu pulang barula guru pengiring dan Penolong Jurutera
kami bercakap-cakap pasal penculik, pasal ladang kelapa sawit yang kami redah
ini, tempat penculik relek-relek. Penculik, penculik bla bla bla…core business
mereka culik orang, minta tebusan…Adakah pekerjaan ini mulia? To a certain
extent saya fikir ianya mulia jika diambil dari sudut pandang penculik. Mereka
berjihad, atas nama tuhan. Mereka orang Tuhan. Disebut juga antara yang
terkorban tika kejadian yang lalu itu Imam kampung yang menikahkan orang.
Kebetulan pegawai yang mengiringi kami ada saudaranya yang
kena culik. Pegawai itu cerita, rata-rata penculik kuat beribadat, semua
lelaki, tak ada perempuan. Macam ada sedikit kagum pun gitu. Saya pun hormat
mereka, walau pada mereka barangkali darah orang macam saya ini halal. Tapi
saya tak takut. Ajal maut ditentukan tuhan, bukan muncung sniper mereka.
Sedikit ada rasa terkilan, kenapa mereka pilih senjata,
berperang, instead of bercucuk tanam, memakmurkan bumi mereka, itu lagi sekali
pilihan mereka. Pun begitu saya sibuk memikirkan diri ini yang sikit pun tidak
rasa takut atau risau. Saya fikir, eh sudah psiko ka aku ni, indak takut-takut,
ni kenapa plak dah ni? Sempat plak menyepoil(spoil)kan kekaguman pencerita akan
kepahlawanan barisan penculik dengan berkata “tak pe kalau mereka itu tabligh,
kami ini pula musafir” Dua-dua pun bala tentera tuhan apa? Sambung saya dalam
hati. Eh ape kena aku ni…kerek le pula, penculik ada senapang, ko ada ada, pen
ungu dan kamera jak. Hai-hai-hai, jangan-jangan ada short circuit atau ada
wayar longgar ini, sambil mengetuk-ngetuk kepala sendiri bila saya sendirian
dalam bilik hotel. Tak pe 16/6 ini ada temujanji sama Dr, boleh servis balik
apa-apa yang tak kena.
Mau sangat rasa cemas…. Sesudah saya keluar dari tempat
berisiko diculik, dan pulang ke tempat selamat…baru saya dapat rasa cemas. Syukurlah
tu. Sudah malam gitu saya dah tidur, tiba-tiba saya terjaga seolah katil saya
bergoncangan. Initial reaction saya, alamak cemasnya hantu apa ini goncang
katil ku? Bila saya teringat kejadian gempa di Ranau, saya sedikit tenang tapi
jantung tetap berdebar. Dan siang tadi waktu tengahhari, saya sekali lagi rasa
cemas….saya rasa bilik saya bergoyang selama beberapa saat.
Nak sangat rasa cemas,kan hah dapatlah rasa itu….kemudian,
barulah saya tau, rupanya saya lebih cemaskan kemarahan hantu, jin & Afrit,
alam, gunung-ganang dari kemarahan manusia.
Sekolah juga dilengkapi dengan pengawal keselamatan, tapi mereka pun rasa cemas bila PGA sudah jumpa bekas penculik berdekatan sekolah. Guru besar pula minta CCTV. |
Jalan masuk ke sekolah. Dulu jika mau ke SK Kampung Keramat kena ikut jalan laut, kata mereka. Kiri kanan jalan inilah kunun katanya tempat penculik berelek-relek. |
Subscribe to:
Posts (Atom)