Sebelum saya lapor diri di KK pada Februari yang lalu saya
sempat minum kopi dengan kawan lama lebih kepada bukan kawan, tapi mentor,
kakak yang banyak memberi nasihat dan semangat kepada saya. Kita berborak pasal
kerja dan kawan saya kata “aku ni Mar, dah rasa macam hari ini juga aku mau
pencen”
“Ko pencen bila?”
“Tahun depan”
“Pergilah SPA, ka, massage, detox”
“aku yang itu bukan aku nak cakap besar, so far Alhamdulillah
aku ok lagilah”
Ya she look fantastic at the age of 59. Cergas bertenaga. Jadi
apa yang fatiguenya ya? Selepas jeda seketika, dia hirup kopi, saya pula tekun
menilik keanggunan dia pada usia yang sebegitu, dia menyambung bicara.
“Aku tak tahanlah perangai
freshie ni” dia pun cakap bla bla bla…saya angguk faham dan sesekali
menyampuk-nyampuk juga. Saya tanya kawan, ada tak kes bomoh-bomoh, saka-saka begaduh
dalam FB. Khianat antara satu sama lain A dan B begaduh rebut perhatian Bos, A dakwa B hilangkan buku Rekod Perkhidmatannya.
“Sakit misteri, sorok
buku, hilang buku RP belum ada lagi, tapi gaduh dalam FB sampai admin blok FB
memang ada. Aii bukan ka budak pejabat ko yang bergaduh sampai semua tak leh
eksess FB?”
“iya ka. Ntah aku masuk-masuk dah tak ada FB, tapi dia ada
orang cerita berejek-ejek sebut pantat
kuali segala bagai. Pasal tu pun admin boleh blok FB, iya”
Semasa saya kursus minggu lepas ada seorang penceramah pun
cerita makan hati. Zaman ini sudah terbalik bos makan hati dengan anak buah,
not the other way round. Mujur saya jadi penyelia sekejap aje. Tak sampai
setahun, nak kata makan ati, saya dah selalu ikut kursus cikgu-cikgu. Kalau di
sekolah cikgu makan hati dengan Murid, di tempat kerja bos/penyelia makan hati
dengan anak buah, Nak kata langsung tak ada rasa tercubit-cubit, aduh ah
sakitnya tuh di sini,kalau tak membohong, dia kesampukan denial syndrome.
Antara benda yang paling mengigit-gigit tangkai hati dan
jantung penyelia ialah soal kedatangan. Cuti dan punch card. Orang kata kalau cuti
tu tak pernah isi borang cuti EL memanjang…MC bersambungan dengan EL. Sepanjang
perkhidmatan, saya pun pernah sakit juga, iyalah bila kita sakit orang lain
terpaksa buat tugasan kita, begitulah seadanya. Jadi bila saya dapat anak buah yang selalu terpaksa menjaga isterinya yang dikatakan ntah ada sakit misteri, saya redah dan redha saja, walau ada juga pahala saya melayang masuk akaun dia dek melayan gossip-gossip, spekulasi liar, hal rumahtangga orang muda-mudi, sama cantik sama kacak ni... hehehe... Soal makan hati, memang
generasi hari ini kena berlembut-lembut. Tak boleh kasar-kasar. Kena gunakan
pendekatan psikologi. Begitulah
keadaannya.
Soal kerja cerita lain. Tekanan dan sebagainya itu, usah
cakap. Ekspektasi Pelanggan satu lagi. Kawan saya terlibat dalam pengurusan
Mahkamah Persekutuan di Peringkat Ibu Pejabat…bayangkanlah satu Malaysia kena
jaga. Dan saya rasa terkejut juga bila kawan yang saya anggap wanita besi,
kawan yang selama ini jadi sumber inspirasi, boleh rasa yang dia dilemahkan faktor
luaran iaitu anak-anak buahnya sendiri.
Selalu asyik saya bercerita, dia mendengar kali ini, saya pula yang jadi
pendengarnya. Saya feel good dengan peranan baru ini. Dulu pun I kat sekolah, cikgu
lantik I jadi pembimbing rakan sebaya apa? Itu petanda yang I ada quality pendengar yang baik, ok. Tapi kali
ini rasa macam an honor pula diberi kepercayaan
mendengar keluh kesah orang yang saya anggap hebat.
Well, nak buat macam mana, saya ini memang dilahirkan bertuah agaknya. As I am growing older, life jadi lebih mellow and sweet. Terasa seperti, belayar di lautan yang
tenang menuju kepelabuhan abadi…soon (not necessarily soon as tomorrow, it
could be 20,30,40 years from now) insyaallah, kita pasti akan disandingkan
dengan kekasih abadi iaitu kematian.
No comments:
Post a Comment