Friday, June 26, 2015

Catatan Penuh Kasih Untuk Keyboard Warrior sekelian....

Terkini ada produk baru di pasaran, dalam masa 21 hari kamu boleh baca Quran dan boleh faham dalam Bahasa ibunda kamu. Hebat,kan. Iyalah apa guna baca Quran berburdah, bertaranum tapi tak faham satu apa pun yang dibaca?

Produk-produk Quran di alam maya ini memang hebat-hebat belaka. Memang kalahlah kita yang mengaji method tradisional. Iyalah saya pun malas nak gaduh-gaduh. Belajar agama 3, 4 bulan esok boleh keluar jadi penjaga pintu syurga.

Kenapa gian sangat mau berdakwah di internet walau kadang itu menimbulkan rasa jengkel, dalam kalangan netizen?  Jadi viral, jadi gaduh satu kampung macam isu pakaian gimnas negara Farah Ann tempoh hari? Ada orang kata dah tak de kerja, ada orang kata di dunia nyata orang ini nobody, no life, tak de orang peratikan dia, kurang kasih-sayang. Apa-apa teorilah heh!

Bagaimana pula bagi mereka yang ada life yang ok, ada anak, ada suami, ada rumah besar,  ada segalanya. Tapi kenapa masih mau juga jadi polis moral baik di alam maya mau pun alam nyata? Saya pun tak taulah. Saya tak kisah ko nak jadi apapun, tapi kalu sampai upload grafik yang menakut-nakutkan orang, bikin orang bergaduh, bikin orang luar lihat, alamak rapuhnya iman orang Islam ni, tengok kartun mata satu pun boleh terpengaruh jadi murtad?

Lagi satu yang saye bengkek ntah dari mana sumber cerita, kita tak taulah. Cerita yang dikisahkan itu kadang-kadang terlampau mengada-ngada dan menghina logic akal. Ok mari saya ceritakan kenapa saya kata tazkirah dari orang yang kita tak tau asal keturunan cabang ilmunya ini kadang-kadang menjengkelkan sangat-sangat. Tapi ini cerita di alam nyata bukan maya. Saya tazkirah maya, kalau tak betul-betul datang dari orang yang saya kenal, memang saya tak baca.

Objektif pentazkirah mau ajak kita jihad….maka dibawanya cerita perang yang tak pernah saya dengar. Ceritanya begini:-

Satu hari ada seorang budak umur 9 tahun, rajin pergi masjid. Budak  ini sedih sebab semua orang ke masjid dengan ayah dan mereka berpimpin-pimpin tangan dengan ayah mereka. Budak ini jalan seorang, tak ada sorang pun mau pimpin dia. Dia sedih dan bila pulang ke rumah dia pun menceritakan kesedihannya pada ibunya.

Dia bertanya mana pergi ayahnya? Kenapa dia tak ada ayah macam budak-budak lain. Mamanya pun cakap yang ayahnya sudah mati syahid semasa ikut nabi berperang. Mulai hari itu budak ini termotivasi mau mati syahid macam ayahnya juga.

Tak lama lepas tu, ada panggilan jihad. Budak ini pun pergi jumpa nabi kata mau ikut serta. Nabi pun kata ok. Tapi nabi pesan agar sekumpulan jihadi untuk jaga budak ini. Pada hari perang, maka keluarlah mereka berperang. Sekelompok jihadi ini punyalah jaga budak ini. Dikepung sana, dikepung sini agar senjata tak  kena budak. Tapi nak buat macam mana dah takdir budak ini mati syahid, budak nampak ada anak panah dilepaskan dari busur ke arah nabi. Budak pun melompat lalu busur yang sepatutnya menikam nabi, kena tepat ke jantungnya, lalu matilah ia dalam redha Allah. Syahidlah sekecil yang berumur Sembilan tahun ini.

Usai perang, mereka bawa pulang mayat budak pada mamanya. Mama pun amat terkejut dan sedih lalu jatuh terjelepuk. Bila orang check mama, rupa-rupanya mama pun dah mati. Jadilah anak beranak ini ketiga-tiganya mati syahid.

Apapunya ceritalah ini,kan. Kalau ko suka cerita ini, silalah ambil kembang biakkan dalam internet. Bagi saya this is a lousy story. Saya tak mau terang panjang lebar…but I hate this kinda story. Objektifnya, budak pun mau mati syahid, tuan puan tak nak mati syahidka? (Budak berani, tuan-puan ni pengecut sebenarnya tau tak?) yang dalam bracket tu saya tambah hihihi. Iya saya rasa terhina, saya rasa penyampai tazkirah menghina saya kerna tak berani berjihad ke jalan Allah. Kerja saya semak baucer, peraku baucer tidak cukup jihad di sisi Allah. Nasib baik saya pembantu Akauntan jak, kalau saya Akauntan Negara, lagilah my pride and ego terasa dikoyak rabakkan dengan lebih dalam dan luas, lagi. Saya gamble prepare bajet defisit tiap-tiap taun demi ko dan kawan-kawan ko juga yang permintaannya ntah apa-apa tah, ko kata saya tidak cukup berani?

Siapa yang tak mau mati syahid? Nak mati syahid senang aje, pergilah ke Palastine jadi askar. Tapi ko ingat ketua tentera sana bangang ka apa mau terima saya gemuk gedempol ni jadi askar? I don’t think they allow me to join them. Dan lagi satu kalau saya yang dewasa pun mereka tak terima, adakah ko fikir mereka akan terima budak umur 9. Orang sibuk nak berperang, tapi ko terpaksa tugaskan sekumpulan anggota tentera ko jadi nanylah pulak pada budak 9 tahun. Apa punya stratergi peranglah.

How about jadi pengembom barani mati, anyone? Saya rasa pun kalau saya ke sana kata mau jadi pemgebom berani mati, mereka pasti akan pujuk saya suruh saya jadi cikgu ajar anak mereka matematik atau Bahasa Inggeris. Tak pun jadi tukang masak ka, misi ka, kan.  Anyway, I love my country, di sini masih kekurangan, kenapa saya mau mati cepat, jika saya boleh berbakti pada tanah air sendiri? Lagi pun korang ingat mak saya bagi, ka saya pergi sana? Nak ke Sabah ni pun semput, memujuk, ni nak pigi Palestine! Bukan ka keutamaan sang anak itu ialah mengembirakan ibunya?

Itulah cerita tazkirah ini, ko sibuk suruh orang mati  syahid, apsal ko sendiri tak pergi sana pasang bom keliling pinggang letupkan diri sendiri. Pandailah pula kata “budak pun berani, kita tak berani” Apa punya tazkirahlah you alls,kan. Orang Melaka kata bako darah betul,lah. Hangin tau satu badan dengar tazkirah macam ini. Ustaz-ustaz mana plak peginya, dok pi kasi kaunselor bagi tazkirah ni, dah kenapa?

Sepatutnya dia sebagai kaunselor bagi motivasi agar staff feel good about our job. Contohlah eh ceritalah, macam ini “kerja kita ini tuan-puan semua jihad, waima mak cik cleaner. Allah suka kebersihan, makcik-makcik dah berbakti membersihkan kawasan sini…Allah sayang itu…barulah orang seronok nak bekerja. Ini adakah dia kata “budak kecik pun mati syahid, kita ni budak kecik pun kita tak ble lawan…lembik!”

Ini cerita dululah masa di Semenanjung….di Sabah ini saya masih belum berkesempatan mengunjungi taman-taman ilmu mereka. Hopefully di sini, yang bagi tazkirah tu biarlah yang berkelayakkan, yang arif dengan periwayatan Hadis, tahu asbabun nuzul satu-satu ayat….bukan main semberono angkat cerita meruntun emosi audience tahap gaban untuk menyetujui idea pentazkirah.

Dah nak dekat 2 muka surat ni, baik  saya tamatkan bebelan saya pada hujung minggu ini. Akhir kata, berdakwah tu biarlah bikin orang rasa ada sinar harapan, untuk kembali ke pangkal jalan. Jangan sampai orang rasa untuk kembali kepadaNya hanyalah dengan:-

i)             bubuh bom keliling pinggang, pergi ke sarang-sarang maksiat, atau lubuk musuh, letupkan diri sendiri;
ii)            memaki hamun pakaian, atau statement penghuni alam maya;
iii)           sesuka hati mengeluarkan fatwa batal iman dengan berbuat itu ini, pahala kene tolak kerna selfie begitu-begini; atau
iv)           menakut-nakutkan orang dengan cerita-cerita “sebab-akibat” bala tuhan, Allah dah tak sayang lagi kat kita dah, besok hari kiamat, dajjal dah keluar dah.


Sekian, terima kasih.

No comments: