Saya dan kawan-kawan saya bukanlah jenis yang suka cakap pasal dosa, pahala. Dan perkara paling mengjengkelkan dalam alam siber ini ialah polis-polis moral atau mengambil statement seorang blogger tu "Penjaga Pintu Syurga" yang banyak berkeliaran di sana-sini di alam maya. Di sini mari kita panggil sahaja mereka ini sebagai Pengawal.
Jika dulu sebut aje alam maya, saya membayangkan syurgawi, kayangan, taman yang penuh dengan buah-buahan ranum dan boleh dipetik gitu-gitu, ada bidadari, ada sungai yang airnya amat jernih dan boleh kita minum airnya terus tanpa dimasak terlebih dulu. Saya tinggal dalam dusun, jadi anganan saya selalu dipenuhi dengan pohon buah-buahan, buah peach, buah berry, buah limau, anggur, pendek kata semua buah importlah, sebab di alam nyata dah ada buah tempatan,kan. hmm lembu, biri-biri pun masuk sekali...tapi jarang-jarang. Bila saya down, saya pejam mata dan masuk ke alam maya...
Itu dulu, tapi semua berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu bila saya mula berjinak-jinak dengan alam maya alaf baru ini. mula-mula perjalanan saya ok....saya bertemu dengan orang yang ramah-tamah, until one day yang paling celaka, yang ntah apa celakanya pun saya sudah mau lupakan dan tak mau ingat lagi. Saya fikir saya sahaja yang mengalami kecelakaan itu, tapi rupanya semua, ramai kawan offline yang tidak pernah bertembung secara direct dengan pengawal ini menyuarakan rasa tidak senang dengan keberkeliaran mereka. Yang paling teruk kena ialah para artis dunia hiburan kita. Itu pengawal yang kita tak kenal.
Masuk watsup geng lama-lama dulu memang kita kenal, dan OMG, rupanya ada juga dikalangan kawan-kawanku yang dah jadi ustaz rupanya, sedangkan mereka dulu totok pegi blajar finance dan ekonomi, dan kini pun berkecimpung dalam bidang yang sama. Bila masalah si so and so jadi ustaz ni, kata hati kecil saya. Seingat saya dulu indak saya ketemu mereka dalam usrah pun. I am the only one yang rajin pergi usrah...jadi memang saya terkejutlah bila dalam group watsaap saya sudah ada Naqib. Bila masa dia mendalami ilmu agama, fikir saya dalam diam. Itulah bakat yang tak pernah tertonjol masa belajar dulu, saya kira...
Seriously, bila fikir pasal mamat ni, memang saya mau check dia punya bacaan Quran dia. I know dia baik, But I just wanna hear dia recite ayat quran yang saya tentukan on the spot...iya mau saja saya balas watsaap tazkirahnya dengan massage ini "____, please record your recital of surah ______, ayat_______ now" and watsaap skarang juga! Tapi ko gila apa mau tulis itu macam dalam group ko,kan. So I keep quite ajelah...biarlah eh orang nak berdakwah, biarlah dia bah. Mungkin ko tak tau dia kini sudah hafaz satu Quran.
hah, kalau FB, blog orang kata "ketua Naqib/naqibah" segala bagai memang ramai. Tapi personal experience, dalam friend list saya ada berberapa orang Naqib, juga Naqibah yang pimpin usrah baik di sekolah atau pun di Program A-level. Infact saya ada 2 orang ketua Naqib Sekolah dalam friendlist saya. Saya juga ada beberapa orang kawan yang memang mengkhusus dalam bidang pengajian Islam, bahkan ada yang pernah pegang jawatan ketua biro kerohanian di Kolej Kediaman Pelajar semasa di Universiti, DJ Radio IKIM pun ada (saya idaklah kawan dengan DJ tapi friend orang rumah dia yang merupa Guru Bahasa Arab graduan Universiti Jordan). Saya tengok mereka ni biasa-biasa jak.
Yang sibuk bertazkirah segala bagai, ntah saya pun tak kenal, yang saya dapat pun dari like-like kawan-kawan. Friendlist FB sendiri memang tak ramai yang gemar bertazkirah,lah adalah satu dua orang tapi tazkirah sastera, bahasa, ekonomi, bangsa dan politik masak-memasak, sulam menyulam, fesyen. solek-menyolek....tazkirah agama jaranglah. Kalau ada pun ia bermusim, tika nak puasa, tika nak raya, nak tukar kalender tu biasalah tu..
Biasanya saya tak berapa amik port pasal para pengawal ni, tapi ada satu saranan mereka tu jak yang taklah saya rasa bengkek mana pun, tapi saya nak tulis sikit aje, pasal menghafal surah Al-kahfi bagi berlindung diri dari Dajjal. Honestly saya tak hafal surah tu....pada saya lebih praktikal jika saya lindungi diri dari kesulitan hidup dengan berhati-hati mengawal perbelanjaan saya. Jangan sampai belanja lebih besar dari pendapatan. Cara masing-masing, kan nak hadap dajjal ni. Ikut suka ko,lah,kan. Siapalah saya nak menegur-itu dan ini.
Sebenarnya bila sebut-sebut dajjal ni saya memang ada sikit sensitif...saya bikin kewangan, orang kewangan ni memanglah ada orang lihat kita ni bala tentera dajjal. Hari ini saya tak kisah, dah. Dajjal pun dajjallah asal saya tak charge orang RM ratus-ratus ringgit hanya nak mengenalkan hukum nun mati dan tanwin. Setakat sikit-sikit ajar bolehlah,kan, saya pun bukanlah pandai sangat, pun. Pada sayalah kalau nak suruh orang hafal Al Kahfi, pertama saya sendiri kena hafal dulu dan kalau saya hafal pun saya hanya akan suruh kawan-kawan yang saya ketahui memang fasih Al-Quran.
Personally, kalau mau hafal Quran tak boleh online-online, Saya bukan mau menyusahkan benda yang senang. Cuba bayangkan senario yang begini;- Kamu suka tulis update di alam maya, takut-takutkan orang dengan Dajjal. Amat terpengaruh dengan tulisan kamu dan mau mendindingi dirinya dengan ayat Quran, seperti saranan kamu. Bagaimanapun huruf jawi terlalu asing baginya. Dia google Al-Kahfi yang ditulis rumi, lalu dia hafal. Bagaimana kamu mau verify makhraj huruf yang disebut Amat itu betul, sedangkan kamu tak kenal pun Amat? Dia cuma follow kamu dalam diam. Bagaimana kamu mau pastikan hukum mad yang pelbagai ditulis dengan betul dalam ejaan rumi? Bagaiman mau tulis "ma, la, ba " (sebagai contoh) yang terkadang dibaca 2 harkat, terkadang 4, atau ada ketika 6 harkat? bla bla bla...
Itula yang saya kira blaja mengaji Quran online jak boleh nampak bukan sahaja artis dunia hiburan, selebriti tanah air, yang macam beruk,lah ungka,lah, bla..bla..bla... Orang awam yang dorman terutamanya kerja di sektor kewangan ini pun semua kelihatan bertanduk-berekor, siap bawa tombak mata tiga dok kawal lubuk harta Dajjal. Punyalah genius lagi sakti,kan blaja Quran online nih. Saya yang belajar mode face-to-face ini pun sampai ke hari ini pun masih habis belajar. hmmm blajar ngajipun tak habis,kan macam mana nak nampak manusia kepala babi, kambing segala bagai. Orang blaja online 3.4. bulan dah bule nampak manusia berkepala binatang dah.
Kenapa boleh jadi begini? Menurut kawan saya yang arif, dalam bab panggil, memanggil dengan menggunakan ayat Quran. dalam surah Alfatihah itu pun ada beberapa lubang yang boleh panggil iblis/dajjal, jika kamu sebutnya dengan aturan tertentu. i.e kamu tunggang-terbalikan-huru-harakan hukum asal bacaannya. Bila dah terpanggil tu sendiri jawabla.
Oklah enuf mengarut, jom tamatkan saja entri ini. Sebagai pengakhir kata, adakah dunia maya saya sama macam masa kecil-kecil? ntahlah. Bila sebut alam maya, kini saya lebih terbayangkan sebuah dunia yang tidak lagi dipenuhi dengan pepohon buah-buahan import. Kalau dulu bila saya down saya akan masuk ke alam maya, tapi kini kalau down, saya akan off alam maya dan berjimba ria pergi window shopping atau masak-masak.
No comments:
Post a Comment