Saya mengalami delusi paling sengal bila saya pulang ke Kota
Kinabalu Khamis lalu. Saya menaiki pesawat MH2616. Saya berdelusi yang semua
anak kapal MAB yang dulunya MAS sedang membikin sesuatu untuk memburuk-burukkan
MAB agar biar gulung tikar terus.
Pertama bila saya mau letak beg saya di tempat letak beg di atas tempat duduk, tapi tempat itu dah macam penuh, kena sempit-sempit. Saya minta bantuan Pramugara, dia kata “ala beg itu kecik aje, letaklah bawah kaki” eh garangnya dia. Saya balas balik dengan Double Garang “tak nak!”tutur saya tegas. Dalam hati berkata “customer always right, is this how one world allied treat their customer? Kalau aku ni tinggi, aku tak minta tolong ko, aku sendri boleh tolak-tolak beg orang lain dan sumbat beg kecil aku ni” jadi terpaksalah dia dengan geramnya meletakkan juga beg kecil saya yang mengandungi nota-nota kursus di tempatnya. Dia jeling saya, (tak pueh atila tuuu) saya jeling dia, balik! Huh!

Kedua, masa waktu makan, saya rasa pramugari plak terlupa, atau
saja tak bagi minuman pada penumpang di sebelah saya. Saya duduk di
tengah-tengah. Tapi pada ketika itu saya sudah berada dalam delusi, jadi saya sudah
takut untuk cakap/minta apa-apa sama anak kapal.
Ketiga, penerbangan KL-KK memang teruk, bergegar-gegar. Awan tebal, masa itu hidangan makan belum disajikan dan saya sedang menonton movie Cinderella yang baru. Cinderella tunggang kuda, eloklah masa kuda melompat, saya rasa kapal pun macam melompat juga. Saya sudah memikir yang bukan-bukan. Tentang pilot mental, stress, tak puas hati dengan pengurusan yang baru lalu sabotaj syarikat baru. Macam-macam saya fikir. suicidal pilot "Nose dive" theory MH370 masuk juga tu.
Kerna ketiga-tiga insiden ini saya terjebak dalam spekulasi liar memikir yang mungkin kejadian ini berlaku kerna faktor pilot dan krew kapal yang gloomy lagi rusuh hati mereka ekoran pengstrukturan semula syarikat yang menyebabkan mereka berpisah dengan rakan taulan, dan ada juga khabar angin jahat yang bercerita ada diantaranya menerima tawaran yang lebih rendah dari yang mereka kecapi sekarang. Saya pun tekumang-kamit baca apa-apa doa yang patut saya bacalah, selama beberapa minit. Minit jak, tak sampai setengah jam pun, suku pun tidak, selebihnya saya enjoy watching Cinderella the Movie...
Mentang-mentanglah beg saya tak ada tulis Prada ka, Coach, ka, kan...disuruhnya letak bawah kaki |
Masa mendarat dari KL-KK saya rasa nak jerit “wow!” tapi
saya tahan hati, takut orang kata “gila apa makcik ni”
Keesokkan harinya, masuk saja ofis, perkara pertama saya
tanya kawan opis pasal flight yang berawan. Mereka kata memang semua berawan
kini…. Kapal langgar awan bergegar bunyi “gek gek gek gek gek gek” macam itu. “Ala
ko ni, macam yang di Tawau itulah, kenapa pula” tanya mereka “Yang semalam saya naik tu, macam kuda
melompat” kata saya dan cerita pasal spekulasi liar saya, pasal
warga MAB yang mungkin tak hepi. tapi saya cuma cerita insiden ke tiga aje, pertama dan kedua, di atas saya tak cerita.
Mereka gelakkan saya dan kata sekarang ini awan memang
begitu. Saya malulah, tapi nak cover malu saya kata “eh kata professional skeptism,
kenalah skeptikal dan fikir yang bukan-bukan” Mereka gelak lagi dan kata Air
Asia pun sama…bukan MAB aje. Mereka pujuk saya agar fikir yang ianya faktor
awan, dari fikir pasal manusia yang marah. Manusia marah memang wujud, tapi
lebih molek memikir bahawa majority warga MAB adalah muslim yang tabah
menghadapi ujian yang besar dalam hidup mereka, buat masa ini. Lalu saya
memikir yang pilot saya memang best, boleh bikin kita rasa seolah kapalnya
melompat, demi mengelak awan. Saya juga doa mereka tabah dan berjaya hadapi
ujian pengstrukturan semula MAS-MAB ini.
Buat Pilot MH2616 pada penerbangan 11.06.2015 jam, 14.15, ride KLIA-BKI
tempoh hari memang gila, tapi fun. Copot-copot yang bila dikenang balik memang best
bukan negeri. Bila masa lagi nak rasa macam itu,kan.
No comments:
Post a Comment