Saturday, June 6, 2015

CEMAS yang tak CEMAS

Saya baru sahaja pulang dari auditan di luar station. Iaitu di Kunak dan ia merupakan tugas luar station yang pertama bagi saya. Sudah tentulah saya rasa gementar, berdebar-debar gitu. Kalau setakat auditan di Jabatan Pendidikan sendiri, saya kurang gementar kerana salah seorang auditeenya merupakan schoolmate yang juga rakan sedorm zaman persekolahan dulu.

Akan tetapi saya langsung tak rasa cuak, curiga pasal keselamatan sebab saya fikir ah Kunak biasa-biasa aje, macam KK juga. Sampai di sana senior sibuk tanya “sini ok, slamat arrr” dan pentadbir yang menguruskan penginapan kami kata “ok…ok…” saya rasa pelik, kenapa dia tanya gitu? Saya mulalah tertanya jika Tanduo, Lahad Datu, dekat ka dengan Kunak, barangkali? Tapi tidaklah saya rasa untuk menggoogle peta kedudukan Kunak. Saya lebih teruja makan ikan masak rebus, sayur pucuk paku dan juga anjing yang bersepahan di kawasan Pejabat audite.

Semua anjing keletihan, kempang-kempis perutnya tapi mata lelep macam tak bule buka. Cuaca sangat panas. Macam dah mati gitu, tapi perutnya turun naik menandakan ianya masih bernyawa. Ada rottweiler seekor, tapi keletihan, atau saya belek-belek mukanya, ia bukan rottweiler asli, kacukan barangkali, langsung tak garang matanya layu aje, muka letih, kurus kering, macam penat sangat aje rupanya.

Kotak fikir saya dipenuhi dengan anjing-anjing yang jinak ini. Tidak dia menyalak dan saya sempat senyum kepada seekor darinya dan berkata “ko haus ya, panaskan cuaca hari ini, saya pun penat macam kamu juga” tika saya bertembung dengannya. Kalau biasa pasti dari jauh jantung saya sudah berdebar dan sudah berbuih mula saya membaca ayat penunduk anjing. Saya akan pilih untuk tidak bertentang mata dengannya. Ikut jalan lain. Kali ini anjingnya benar-benar tunduk. Saya boleh menyapa dan berbual-bual seperti kelaziman yang saya lakukan bila bertembung dengan kekucing yang bersepahan di perkarangan Apartment saya.

Cuma waktu makan malam kawan cerita betapa dia tidak siok berada di Kunak, takut dengan Filipino yang ganas menculik sana-sini. Saya macam herolah pula sempat bergurau yang saya sudah minta doa restu (blessing) dari Putera Gunung Kinabalu sana….jadi kami semua ini sedang dilimpahi kasih sayang dan restunya ha ha ha…..

Keesokan harinya Penolong Jurutera bertanya lagi seperti memujuk agar kami batalkan rancangan untuk ke sebuah sekolah seperti rancangan asal. Barulah saya tahu, betapa, alangkah bahaya risiko diculik itu sejengkal saja dari kami. Hari itulah baru saya sibuk menggoogle kejadian culik di Kampung Air Sapang. Sungguh bila culik-culik aje kita kata Lahad Datu, Samporna…Kalau ko bilang Kampung Air Sapang pun saya akan kata ahhh itu di sana, bukan di sini.

Tapi senior saya bertegas tidak mau tukar sekolah…esoknya kami pun ke SK Kampung Keramat. Sesampainya kami di sana awal-awal lagi guru besar dah ceritakan akan sekolahnya yang berada dalam keadaan kawasan penculik berkeliaran. Saya macam terparanoid, terdengar seolah guru besar macam marah aja dan berkata “eh gila apa perempuan 3 orang ini, berani masuk sini”… Ntah saya tak rasa apa-apa pun. Kalau betul bahaya, kenapa cikgu masih tidak kena-kena culik sedangkan cikgu berulang alik dari Pekan setiap hari…

Waktu pulang barula guru pengiring dan Penolong Jurutera kami bercakap-cakap pasal penculik, pasal ladang kelapa sawit yang kami redah ini, tempat penculik relek-relek. Penculik, penculik bla bla bla…core business mereka culik orang, minta tebusan…Adakah pekerjaan ini mulia? To a certain extent saya fikir ianya mulia jika diambil dari sudut pandang penculik. Mereka berjihad, atas nama tuhan. Mereka orang Tuhan. Disebut juga antara yang terkorban tika kejadian yang lalu itu Imam kampung yang menikahkan orang.

Kebetulan pegawai yang mengiringi kami ada saudaranya yang kena culik. Pegawai itu cerita, rata-rata penculik kuat beribadat, semua lelaki, tak ada perempuan. Macam ada sedikit kagum pun gitu. Saya pun hormat mereka, walau pada mereka barangkali darah orang macam saya ini halal. Tapi saya tak takut. Ajal maut ditentukan tuhan, bukan muncung sniper mereka.

Sedikit ada rasa terkilan, kenapa mereka pilih senjata, berperang, instead of bercucuk tanam, memakmurkan bumi mereka, itu lagi sekali pilihan mereka. Pun begitu saya sibuk memikirkan diri ini yang sikit pun tidak rasa takut atau risau. Saya fikir, eh sudah psiko ka aku ni, indak takut-takut, ni kenapa plak dah ni? Sempat plak menyepoil(spoil)kan kekaguman pencerita akan kepahlawanan barisan penculik dengan berkata “tak pe kalau mereka itu tabligh, kami ini pula musafir” Dua-dua pun bala tentera tuhan apa? Sambung saya dalam hati. Eh ape kena aku ni…kerek le pula, penculik ada senapang, ko ada ada, pen ungu dan kamera jak. Hai-hai-hai, jangan-jangan ada short circuit atau ada wayar longgar ini, sambil mengetuk-ngetuk kepala sendiri bila saya sendirian dalam bilik hotel. Tak pe 16/6 ini ada temujanji sama Dr, boleh servis balik apa-apa yang tak kena.

Mau sangat rasa cemas…. Sesudah saya keluar dari tempat berisiko diculik, dan pulang ke tempat selamat…baru saya dapat rasa cemas. Syukurlah tu. Sudah malam gitu saya dah tidur, tiba-tiba saya terjaga seolah katil saya bergoncangan. Initial reaction saya, alamak cemasnya hantu apa ini goncang katil ku? Bila saya teringat kejadian gempa di Ranau, saya sedikit tenang tapi jantung tetap berdebar. Dan siang tadi waktu tengahhari, saya sekali lagi rasa cemas….saya rasa bilik saya bergoyang selama beberapa saat.


Nak sangat rasa cemas,kan hah dapatlah rasa itu….kemudian, barulah saya tau, rupanya saya lebih cemaskan kemarahan hantu, jin & Afrit, alam, gunung-ganang dari kemarahan manusia.

Siapa sangka keadaan yang damai ini, tidaklah sedamai pada permukaannya. Menurut guru besar dalam minggu-yang kami melawat inilah, pasukan PGA menemui kesan penculik tidur baring berdekatan sekolah. Mujur cuti sekolah.

Sekolah juga dilengkapi dengan pengawal keselamatan, tapi mereka pun rasa cemas bila PGA sudah jumpa bekas penculik berdekatan sekolah. Guru besar pula minta CCTV.

Jalan masuk ke sekolah. Dulu jika mau ke SK Kampung Keramat kena ikut jalan laut, kata mereka. Kiri kanan jalan inilah kunun katanya tempat penculik berelek-relek. 

No comments: