Sunday, April 26, 2015

Pengantin Dwi Pelamin

Biasa kalau sebut Bajau saja, orang yang rajin membaca pasti "pap" dalam mindanya jeng...jeng..jeng  Kota Belud! Tapi siapa sangka,kan saya amat bertuah dapat tengok pengantin Bajau di Kinarut yang jauhnya tak sampai pun 20 km dari Kota Kinabalu. Semalam saya menghadiri kenduri kawen anak mantan Ketua Bahagian Audit Dalam KPM Cawangan Sabah, Encik Anuar bin Tumang. ok seperti biasa makin dah berumur dah macam malas nak mereceh,kan...tengok gambar sahajalah apa beza, apa persamaan Majlis orang Semenanjung dengan orang Kampung Soka, Kinarut ini....


hah ni dia...pengantinnya. Majlis persandingan ini tak ada tabur-tabur beras kunyit, tapi pengantin dipalukan musik Bajau yang unik ceria, bagi memeriahkan suasana. Tak ada nyanyian, purely musik saja. 


Tengok tu, pelamin biasa pun ada. Khemahnya macam kemah kita-kita jak di Semenanjungnya. Tapi kalau di Semenanjung, kita musik most of the time kita, pasang keset, sini siap ada penyanyi. Penyanyi, DJ dia orang memang best. Itulah orang sini memang kemahirannya adalah bercakap, menyanyi, mengacara tu itu forte merekalah tu.  Konsep pengacaraan tak rasmi, penuh santai dan ada elemen kecindan yang tak keterlaluan memang dikuasai Pengacara Majlis ini.


Mari lihat lebih jelas rupa Pelamin Bajau. Abang sado single pack tu kita abai ajelah eh. Rasanya tak mengganggu estetika pelamin itu,kan.


The FOOD. Memang superb. Lauknya macam lauk kita di sini juga...tapi orang sini suka bubuh asam boi pada acarnya. Saya perati, sini pasar besar ada jual assam boi, seolah assam boi ini rencah dalam masakan, bukan jajan gula kanak-kanak macam kita di Melaka. Lainnya nasik pengantin ini, ada ikan goreng tepung. Sedap gila, sampai saya tak malu ambil extra. Nasinya beras wangi bukit yang ditanak begitu sahaja. Bukan nasi minyak.


Inilah permainan paling unik yang mereka panggil permainan Sepak Manggis. Dalam kotak tu ada hadiah yang berupa wang tunai, kalau tuan rumah yang berada hp pun dibaginya sebagai hadiah...tapi kotak ajelah. Menang ambil kotak tu, pi tukar sama tuan rumah. Ko gila apa mau letak hp tinggi-tinggi sana. 
          Cara permainannya peserta diberi 2 peluang sepakkan. Yang disepaknya bola sepak raga. Sepak ke atas sekuat mungkin, aim pada bawah kotak tu, kasi sampai pecah...bak kata pengacaranya pun "Jangan asal kena, arr, misti kasi pecah"
          Memang tak done nak tunggu, kita orang pulang tika mereka tengah giat mau memacahkan kotak manggis itu. Dahsyat Tinggi tuh...setinggi rumah satu setengah tingkat, tapi Encik Anuar kata dulu-dulu lagi tinggi, setinggi puncak bambu. Bos saya menambah kalau orang Dusun, bamboo tu, dia kasi sambung lagi...lagi kasi tinggiii! 


oklah last sekali selamat pengantin baru Yunie dan Hairi, moga berkekalan hingga akhir hayat dan dikuraniai tuhan zuriat yang sihat, cantik, kacak, pintar lagi soleh dan solehah. terima kasih juga atas cenderahati tasbih tuuuu...

No comments: