Saturday, April 11, 2015

Acar Ikan Masin

Duduk di tempat orang ini saya dapat penyakit baru, dok tangkap gambar apa yang saya makan, lepas tu watsapp ke kampung... Mak susah hati anak dia kurus kering di tempat orang, so saya pos gambar ikan masin, terus dia tak risau nanti dia tak kenal anaknya sebab dah kurus. Ikan masin, telur masin, nasi putih sudah cukup bukan sahaja untuk mengekalkan berat badan, tapi kalau tak berhati-hati boleh jadi dipam-pam nanti berat kita nih...

Saya pos gambar acar ikan masin, mak itam saya tanya susah tak nak buat, jawabnya, tak susah, tapi pada saya eish renyah...ok kenapa renyah, mari tengok gambar untuk lebih senang nak faham. oh btw, resipi acar ini saya ambil di sini. Katanya resipi ini dari Allahyarham Noreen Noor penyanyi/pelakon popular zaman saya sekolah dulu...  ok jom proceed dengan gambar:-



Rupa ikan masinnya. Apa nama ikannya idaklah saya tau. Kawan yang bagi, dia pun tak tau apa nama ikan ini


Gunting ni beli khas untuk projek ini. 

Isi ikan perlu diasing dari tulangnya. Tinggallah tulang. Tulang ini sedap dicampur dalam masak lemak nenas, hmm memang ohsemmm.


Last sekali inilah rupa isi ikan yang telah dibuang dari tulang dan digunting kecil-kecil. Nak dapat isi ikan kecil-kecil inilah yang renyah. 


Lepas tu goreng...dan toskan


Tumis pula bahan-bahan ikut langkah dalam panduan resipi ini


Ok Acar ikan siap.


hah makan dengan bubur nasi. Memang sedap.
  

No comments: