Tuesday, April 14, 2015

PENAT

Minggu ini saya mengalami keletihan emosi. Final exam, satu hal, lain hal lagi satu hal juga... Lepas exam saya rasa mau singgah KFC di bandar. Tapi ntahla sebab letih (fatigue) saya terus pulang. Saya singgah supermarket beli bahan mentah dan masak. Menteri CGPA 3.85 kata masak sendiri jimat dari makan luar. Saya ambil ayam, carrot, gula...alamak boleh habis stok suda, saya ambil gula kastor yang harganya RM2.60. Tengok bil jadi RM9.40. Mak aiii kalau macam ini aku singgah KFC tadi sikit lebih kurang saja..tak penat nak masak. Tidak mengapalah sekurang-kurangnya masak sendiri healthy la tu kunun...mehlah ke dapur tengok apalah yang healthy sangat tu?


Healthy amendenya kalau nak healthy masak sup terjun-terjun saja kata bos saya. Kalau dah tumis-tumis kuranglah darjah ke"healthy"annya


Potong sayur cantik-cantik ek. Ukir sikit lobak merah tu.


Dah masak boleh makanlah ni. Sebab malas nak tanak nasi, rendam dan celur beehoon jadi beehoon sup. 
Memang tak sedap jika mau dibandingkan dengan KFC, tapi dah penat punya pasalkan, jadilah macam ini sahaja rupanya. Yang penting kenyang dan boleh tidur lena.

No comments: