Tulis-tulis ni takkanlah langsung tak admirerkan. Saya
bermula di online esastera. Saya kritik pasal perangai pendewaan sesama
penulis. Penulis baru mendewa-dewakan penulis dulu-dulu. Apa lagi teruk saya
kena. Orang yang mengkritik saya balik tu student medic belajo kat Ireland. Saya
ni pula masa tu kerani cabuk pejabat kerajaan, aje. Jadi adalah satu tu, ntah,
pempuan ka lelaki ka, tak taulah sebab guna nama samaran, ntah dia minat ka,
kesian ka, tak taulah. Tapi dia memang tak berani komen balas di situ, berani
emel jeh.
Dia suruh saya keep on tulis, ko gila apa, ko ingat aku ni
robot tak de hati dan perasaan. Saya malas nak layan orang tulis emel, guna
nama samaran, tapi dek kerna pujinya yang taklah melambung tapi bestlah,kan.
Make u feel good, saya pun layan, balas, 2 ke 3 emel ka gitu, dia start ajak
benci that mufti, the same mufti, yang hater yang baru menang buku tu ajak
hate.
Ok wat about cikgu yang ajar ko tulis-menulis ni? Dah kalau
anak murid kena cubit, cikgunya mestila kena blasah. Dia tak tahan, dia lari
pergi luar Negara. I don’t know what had happened to him. Ntah hidup, ntah dah
mati, saya tak tau. Kami lost contact macam itu saja. Saya anggap dia sudah
matilah saja. Tinggallah saya keseorang terkontang-kanting, gitu. That is the
worst period in my life.
Lepas tu, adalah dua tiga orang kontek, kami bertemu
offline. Ada yang pelawa join group Jalan Telawi. Itu saya kira penghargaan
yang terbaik pernah saya terima, but then again kita kerja kerajaan di Melaka,
Jalan Telawi Bangsar, dan kebiasaannya kalau nak ikut abang ni, biasa malam,
sampai 3, 4 pagi gitu.
Keje gomen gaji kecik, pun keciklahkan, ikut deme, tak tau
lagi arah. Arah-arah nak mendewakan DSAI dan family. Itu saya tak suka, saya
tak setuju. Lagi pun saya kerja gomen.
Suka tak suka kita makan gaji gomen, bersama abang ini tadi umpama saya ini bermain kayu tiga. Tak setia. Orang yang tak setia ni jahat tu. Khianat. Untuk tidak kecilkan hati kawan,
saya pun sambung belajar. Ada juga penulis sastera bagi galakkan, tapi macam
yang saya cakap blog ni blog cari jodoh, bukanlah blog cari nama, atau blog nak
ubah dunia. Tapi idaklah saya cakap yang blog ini ditulis untuk mencari jodoh. Kang
dia kata ko kawen jah dengan aku bini no 2 kang….tak ke haru. btw, dia memang
dah tua dah, la ni dah kembali ke rahmatullah pun. Nasib baik,kan…tak dah janda
dah mak, nih. Kalau janda Hugh Hafner berbaloilah juga. Janda sasterawan
Malaysia, minta mahaple….memang menyedihkan. Sasterawan dulu-dulu,la, Sasterawan zaman sekarang, berebut orang mau. Hadiah sastera sekarang ni pun dah besar-besar, Orang kita pun dah mula menjadikan seni itu sebagai karang aku tulis sini menyinggung pula...ok ok cuba cari yang terlembut eh ok begini.Orang kita sudah jadikan seni itu sebagai lifestyle orang intelek.
Tulisan feminist 18sx ini memang taboo. Bagi sesetengah (majority
I guess) orang, ia boleh menyuburkan imaginasi yang he he he….I leave it to
your imagination. Saya di persimpangan dilemma, mau tulis tak mau tulis? Tak
pernah pun. Always this blog untuk cari jodoh jah. Oghang lelaki suka ka
bininya tulis frinjan 18sx? Kita sendiri, yang perempuan ni, pun tepuk dada
tanyalah selera/iman. Lebih baik diejek sebagai hanya berada sekadar di pinggiran,
dari jadi bahan imaginasi seks orang tak kira lelaki, perempuan. Zaman cyber ni
macam-macam seks ada. Puisi pun boleh dijadikan alat siok-siok sendiri? Nauzubillah, zaman dah nak kiamat, ni,kan macam-macam ada, Cam mana? Ntahlah, ntah iya ntah tidak, ntahkan paraniod seorang seniman, yang saya bet mesti jantan punya kije nih. Apapun jom click sini dan gunakan
imaginasi anda kui—kui--, selamat berimaginasi.
No comments:
Post a Comment